PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, July 31, 2008

Carilah ketenangan di Masjid & Surau..

Tidak ada tempat lebih baik di bumi ini selain rumah-rumah Allah SWT yang dikenali sebagai Masjid ataupun Surau. Ini kerana di situlah terbit segala ketenangan yang diimpikan oleh segenap insan, iaitu insan yang berusaha membentuk dirinya menjadi hamba Allah SWT yang terbaik sepanjang hidup dengan amalan-amalan yang bersifat peribadatan hanya kepada-Nya. Tidak ada tempat di bumi ini yang mampu menjanjikan ketenangan dan kedamaian hidup, melainkan rumah Allah SWT. Justeru terdapat sebuah hadith Nabi Muhammad SAW menegaskan bahawa rumah Allah SWT menjanjikan bukan sekadar ketenangan, malah beberapa nikmat lain sebagai dorongan berbuat kebaikan.

Hal ini telah disebut menerusi hadith Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah yang maksudnya:

"Tidak berhimpun satu kaum dalam rumah daripada rumah-rumah Allah SWT (masjid/surau), membaca kitab Allah SWT (Al-Quran) dan berdiskusi mengenainya sesama mereka, melainkan diturunkan ke atas mereka ketenangan, mereka diselubungi dengan rahmat Allah SWT, dikelilingi dengan para Malaikat (menulis segala kebaikan mereka) dan Allah SWT akan sentiasa mengingati mereka (kerana mereka juga mengingati-Nya)."

Segala janji yang ditaburkan oleh baginda Rasulullah SAW dalam hadith di atas, bukanlah satu perkara retorik seperti janji-janji dalam pilihan raya, ia janji yang akan ditunaikan sendiri oleh Allah SWT, iaitu agar umat Islam menjadi umat terbaik dengan mengecapi ketenangan, kedamaian hidup, rahmat Allah SWT serta yang paling penting mereka diingati oleh Allah SWT selaku Pencipta manusia.

Janji-janji tersebut diberikan apabila ada di kalangan insan Muslim yang memiliki ciri-ciri kebaikan seperti membaca dan mendiskusikan al-Quran, dalam erti kata mereka bersedia untuk mengkaji isi-isi kandungannya untuk dijadikan bahan rujukan, pegangan, kefahaman menuju jalan sempurna.

Justeru, Allah SWT menegaskan bahawa golongan Muslim yang sanggup memakmurkannya rumah-Nya adalah terdiri daripada mereka yang benar-benar memiliki kualiti iman yang sempurna.

Hal ini ditegaskannya menerusi ayat 18 surah at-Taubah maksudnya:

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah SWT itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah SWT, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk."

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa keimanan yang kental, kepercayaan teguh berpegang kepada hari akhirat, melaksanakan tugas utama dengan bersolat, mengeluarkan zakat serta takut hanya kepada Allah SWT dan tidak yang lain selain-Nya, adalah senjata utama bagi mengekalkan seseorang yang beriman itu menjadi pemakmur rumah Allah SWT yang setia.

Di mana remaja dalam hal ini?

Remaja Muslim pada hari ini lebih tersohor dengan kumpulan 'mat/minah rempit', menjadi golongan yang suka membuang masa seperti terlibat dalam budaya lepak di sana sini, terlibat dengan program-program hiburan melampau, menjadi penyokong kelab bola sepak negeri dan bermacam-macam lagi.

Remaja Muslim hari ini tidak berusaha meningkatkan prestasi kefahaman mereka dengan Islam, sehingga sanggup menjadi golongan penagih dadah, golongan perosak agama dengan penampilan yang tidak sama sekali memperlihatkan 'Islamik', malah ada ketikanya memalukan Islam itu sendiri.

Ada di antara mereka sanggup menjadi golongan yang membuat angkara terhadap program-program masjid, dengan bertindak liar menghalang mereka yang mahu ke masjid atau surau, atau pun terdapat di kalangan mereka yang bersukan berhampiran dengan masjid, tetapi tidak mengendahkan azan yang berkumandang pada waktu Maghrib, berhenti apabila ada teguran daripada pihak tertentu.

Inilah yang dikatakan tindakan bagaikan meroboh masjid, banyak pihak merasa bimbang dengan tindakan seumpama itu, apatah jika tindakan itu boleh dikaitkan dengan firman Allah SWT menerusi ayat 114 surah al-Baqarah yang membawa maksud:

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah SWT untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah SWT di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah SWT (bukan secara apa mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar."

Itu semua tidak melambangkan mereka hidup dengan Islam secara serius, malah hala tuju hidup mereka pun masih kabur, justeru apa yang amat diharapkan dari golongan remaja muslim ini adalah tercetus rasa kesedaran yang amat mendalam terhadap Islam, di ketika Islam diinjak, difitnah, dimahkamahkan, dituduh dengan pelbagai pendekatan negatif, oleh itu remaja seluruhnya disaran agar menjadi remaja seperti yang pernah disebut oleh al-Quran dengan istilah 'Ashabul Kahfi' dan 'Ashabul Ukhdud'.

Ketahuilah bahawa pada usia remaja ini juga tidak akan terlepas daripada dibuat perhitungan di sisi Allah SWT pada hari akhirat. Ia pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah SAW dalam hadith yang bermaksud:

"Sebelum kedua-kedua kaki anak Adam (manusia) tergelincir untuk dimasukkan dalam syurga atau pun neraka, maka dia akan ditanya dengan empat perkara: Waktu remajanya apa yang telah dia habiskan, seluruh umurnya apa yang telah dibuat (untuk kebaikan dirinya), tentang hartanya daripada mana sumber ia diperolehi dan bagaimana pula ia dibelanjakan, tentang ilmunya, apa yang telah dia lakukan." (Hadis riwayat Mu'az Bin Jabal).

Remaja hari perlu mencontohi remaja-remaja silam khususnya di kalangan para sahabat dan lain-lain, mereka juga ada perasaan untuk bersuka-ria, rasa nak 'enjoy', tetapi semuanya dikekang kerana ia tidak memberi apa-apa kepada Islam, justeru remaja hari ini juga perlu mentelaah sejarah itu untuk mengembalikan keyakinan diri dengan Islam.

-am-

Tuntutan faedah pengurusan mayat - PERKESO, KWSP & ASB

Salam,
Kemaqin aku p breifing kat PERKESO, salah satu benefit PENCARUM yg mungkin ada antara kita yang tak tau, atau x perasan atau x diberitahu ialah tentang FAEDAH PENGURUSAN MAYAT. Faedah akan dibayar (boleh dituntut) dari perkeso sekiranya pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab. Pembayaran faedah akan dibayar kepada waris atau pihak yg menanggung perbelanjaan pengkebumian. Amaun yang diberi adalah RM1500.00 atau kos sebenar pengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.

Untuk muslim x kira berapa kos pengebumian, PERKESO tetap bayar untuk khairat kematian sebanyak RM1500.00 dan perkeso akan bayar pencen Penakat untuk waris yg layak seperti balu dan anak2 si mati yg berumur di bawah 21 tahun pencen dikira 50% dari gaji terakhir si mati yg ada potongan socso setiap bulan. KWSP pun ada bayar khairat kematian sebanyak RM2,500.00 untuk waris tapi x de pencen bulanan. Bawak sijil mati, surat nikah, siji beranak anak2 surat pengakuan balu kalau ada. Pergi kat socso Jln Ampang tingkat bawah kalau x de masalah dlm tempoh sebulan siap tapi kena follow up selalu.. kalau x makan tahun.. tp dia org bayar tunggakan dari tarikh kematian. KWSP pun sama pergi Jln Gasing ambil borang dulu pas tu submit balik.. PNB tu kalau x silap Khairat kematian dia RM1,500.00, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional pun ada bayar khairat kematian.

JIKA ADA SEDARAMARA, JIRAN ATAU KENGKAWAN YANG MENINGGAL TOLONG LE SELIDIK / INFORM KAT KELUARGA SIMATI TTG PERKARA NI DAN WAWARKAN/SAMPAIKAN MESEJ NE KPD ORG DISEKELILING KITA.SEMOGA DGN INI KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATANNYA... INSYALLAH.

-am-

Mengapa WANITA sangat Istemewa.......

Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata;

"..i letih la.. dah lewat ni, i nak tido lah...."

Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas... leceh pulak nanti.. dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink.. rendam lepas makan tadi.. basuh jap... susun pinggan kat rak, lap dapur.. terpercik kena sambal masa masak tadi... check air panas dalam flusk.. takut habis pulak nanti malam anak nak susu... memang dah kering pun flusk ni, jerang la air... sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong... salin la gula... check bubur untuk anak nak hantar ke taska esok.. nasib baik ade lagi... ishh... ni lauk bila ni, semalam... dah beku dah... basuh la kejap...

pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh... penat dah ni, besok je la basuh... sidai kain lap je lah... tik... bunyi air dah masak... salin air dalam flusk... oksettle...

baru teringat tak semayang lagi... on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi... nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska... check... baju 2 pasang, towel... towel kecik utk selsama... calamine lotion untuk sapu ruam... pampers 4 keping... alamak.. terlupa pulak masukkan botol... basuh botol jap... ok settle...

ternampak pulak beg g keje... emm.. besok nak pakai beg polo coklat lah, asyik2 pakai beg hitam ni je... salin jap barang2 g beg coklat... cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2.. leceh pulak.. selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti... hishhh sempit la beg ni... hangin je... nak kena beli ni beg baru... rasenya 25hb ni Sogo sale nih... mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa.. ok settle...

Tetiba dengar suara papa...

"..u buat apa lagi tu.. tadi kata nak tido.."

"..yelah nak tido la ni.. nak semayang jap..."

masuk toilet.. buat apa2 yang patut... cuci muka dulu.. 2 jenis lak tu... adoi.. gosok gigi... semayang... pakai toner... pakai treatment cream... nak lawa and maintain punya pasal lah ni... nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak... huhuhuhu...

bukak almari... emmm... pakai baju hijau ni lah besok... gosok kejap.. check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni... kat bilik belakang...

la, napa komputer ni tak tutup ni.. gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah.. ishhh... g dapur, basuh, sambung gosok baju... gantung elok2... kemaskan baju gantung2... masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor... ok settle..

dgr suara papa lagi...

"..i dah ngantuk ni.."

..dalam pada nak masuk ke bilik... owh... pokok aku dah nak mati ni ha.. lupa dah 3 hari tak siram... ok, siram jap... check jap pintu ni... sah tak kunci lagi... grill pun tak tutup.. ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku... bukak lampu luar..

ni mainan ni sepah2... masukkan la dalam bakul mainan budak ni... banyaknya... sampai bawah meja makan pun ade... adoi.... ok dah...

ok dah boleh baring... adoi sakitnya pinggang... cium si comel ni kejap... selimutkan die... la.. napa basah ni... emm, tukar la pempers ni... tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la... nanti g Sogo 25hb ni beli la skali... ok sayang tido k... kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh.. tido sampai pagi k... gud nite.. sweet dreams...

aaahh... sedapnya dapat baring.... mana pulak lotion sapu kurus aku nih... ha, ni dia... sambil sapu lotion kurus... setkan alarm... setkan program kerja besok... pg kul 9.30 ade meeting..

ahh... boring... panas pulak lotion nih.. dah la... emm.. sedapnya lelapkan mata... Ya Allah... terima kasih untuk rezekiMU hari ini... mohon keberkatan dari mu Tuhan... papa pun bangun tutup tv...

"...i dah ngantuk sangat ni... nak tido lah... citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."

...selang seminit... dengar suara papa berkeruh... dah agak dah....

So?....apa yang peliknya..??

Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?....

SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT...

tu yang tak boleh nak mati cepat tu...

Tak kira la wanita berkerjaya atau surirumah... setiap wanita adalah istimewa dengan cara mereka sendiri...

Kalau lelaki mengakui kebenaran ini... hormat dah hargailah mereka... untuk keperibadian dan kebolehan mereka untuk berdikari...

-am-

Wednesday, July 30, 2008

Kesamaran dalam cahaya..

Betapa sukarnya menyusun bicara..
Meluahkan rasa..
Menuturkan sayang..
Andai kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah..
Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia..
Apakah yang hilang andai dilisankan bait penghargaan penuh kejujuran..
Jangan dibiarkan kehilangan menggantikan lafaz yang tersimpan..

-am-

Semalam yg hangat...

Salam,
Fuhh dah lamer tak kopek deqeyan... ngidam penye pasai aku p beli buah deqeyan kemaqin 6 bijik.. ni semua gara2 masa aku balik qeja.. jalan jem tetibe aku tersangkut kat depan org juai deqeyan.. mau tak kechoq ayaq lioq.. haha.. dia punya bau nalla punya dok mai.. teghuih beqenti beli dlu... yg bestnya siap makan kat tepi jalan tu dlu.. balance baghu bawak balik qumah mkn ngn kengkawan.. hahaha..

Tapi... tapi.. yg tak bestnya.. mangkuk hayun tulla aku nih.. duit balance aku terlupa nak amik.. huhu.. 6 bijik = RM30.. buah moktan 2kg = RM5.. so total RM35.. aku bagi kat tokei deqeyan tu RM50.. cekau ja buah terus blah... tak sabaq nak sambung makan kat qumah la katakan.. amik kau.. ha ha ha hampehh.. tapi takpa.. dia penya
power mengurangkan kehanginan aku..

Hangpa tau apa jadi 1 qumah.. jgn kata bau aroma dia susah nak ilang.. semua pakat susah nak tidoq.. kipas buka 5 pun tak jadi pa.. panas sioott.. hahaha... ari ni aku p qeja nek keta dok bau deqeyan lagi... hahaha... itulah penangan kempunan deqeyan.. memang tetap mabelesss... i like it's...

"..hangpa tau dak apa yg aku pegang tu ..
pelek tapi benar, anak deqeyan dalam buah deqeyan..

bleh buat pelaqih nih.. hahaha.."


..tu dia resepi baqu.. dah lama tak kene nih.. nasi deqeyan.. bahan2: nasi putih 2 pinggan, buah deqeyan 4, 5 bijik, air garam secukup rasa dan sedikit gula buat taboq atas nasi.. gulai tu menu tambahan sebab ada kawan aku yg peqak tak besa makan nasi + deqeyan.. haha..



..haa macam tu la caqa makan nasi deqeyan.. balun macam tu ja.. sedapp..
hangpa try la nanti noo..


..auww seksi nya cik abg makan deqeyan.. haha..
tu dia depa punya dok syoq balun makan deqeyan,

sait malam semua pakat dok gaduh hangat.. hehe..


..wei apa tu aki yg hang pi boh ataih pala opie tu.. dah la pala dia botak, sait bedaqah plak tak dak insuran woo.. hahaha...

-am-

1 in A Billion....

Baby - like Frog (unidentified baby - Nepal)

On 2006, this bizarre-looking baby was born in Charikot, the headquarters of Dolakha district, attracting a huge number of onlookers to witness the astonishing sight.

The neck-less baby with its head almost totally sunk into the upper part of the body and with extraordinarily large eyeballs literally popping out of the eye-sockets, was born to Nir Bahadur Karki and Suntali Karki at the Gaurishnkar Hospital in Charikot. The Karki couple is a permanent resident of Dolakha's Bhirkot VDC.

The bizarre baby, however, died after half an hour of its birth, Suntali, the mother, informed. It was taken to the hospital after its death. The news about such a baby being brought to the hospital spread like wildfire and there were hundreds gathered at the hospital to have a look. The police had to be deployed to control the crowd.

The baby weighed 2kg at birth and was born after the normal nine-month gestation period. Suntali, already a mother
of two normal daughters, was not suffering from any illness during the pregnancy. Nir Bahadur, the father, says he does not feel any remorse for the newly-born baby's death. "I am happy that nothing happened to my wife," he said.

13-inch Tailed Man (Chandre Oram - India)

With a 13-inch tail, Chandre Oram, a tea-estate worker, has become quite an object of devotion in his native Alipurduar, West Bengal and believes that Hanuman is manifest in him. "I was born on Ram Navami (birthday of Lord Ram). People have a lot of faith in me - they get cured of severe ailments when they touch my tail. I believe I can do a lot of good to those who come to me with devotion," says the man, before whom thousands of people queue up each day to seek blessings. In a corner of the courtyard of his home, Oram has set up a small Hanuman temple, where he receives offerings on Ram Navami, which he later offers to the deity.

However, because of the tail, Oram has found it difficult to get a bride. "Almost 20 women have turned down marriage proposals. They see me and agree to a match. But as soon as I turn around, they see my tail and leave. But I have decided I will marry the woman who accepts me and my tail. Or else, I'll remain a bachelor like Hanuman," he said.

Oram's family is proud of his tail and has turned down offers from doctors for its removal by surgery. "He will not survive without his tail. It has become part of his

being, his existence," said Rekha, his sister. Doctors say that true tails are rare. But they are located in the coccygeal end of the vertebral column whereas Oram's tail shoots out from the lumbar region. "The coccyx is a vestige in humans and we stopped growing tails from that region a long time ago when we evolved from monkeys. Oram's case seems an aberration, an offshoot of a congenital defect," said eminent surgeon Dr B Ramana. The medical community reads the monkey man's case as a spina bifida -- a defect in the bone of the spine covered by a hole with lots of hair covering it.

Cyclops Baby (unidentified baby - India)

On 2006, this baby was born with an only one eye in India. Medical staff who helped deliver the child believes that the child's condition was caused by an experimental anti-cancer drug. Another cause written in the report by the hospital was that it could also be the result of a chromosomal disorder. The child was diagnosed with a rare chromosomal disorder, known as cyclopean.

She was born with a single eye in the center of her forehead, no nose and her brain fused into a single hemisphere. With such severe deformities, it was a miracle that the girl survived even a few minutes after delivery. The baby died days later.

World's Largest Hand (Lui Hua - China)

Lui Hua suffers from a rare condition known as macrodactyly. When he was hospitalized in Shanghai on July 2007, his left thumb measured 10.2 inches and his index finger measured close to 12. On July 20 surgeons undertook a seven-hour operation to reduce the size of Liu's fingers and thumb.

Doctors removed 11 pounds of flesh and bone in the procedure. A second surgery is scheduled to take place. Enlarged limbs can be caused by a number of medical conditions. Lymph edema is perhaps the most common cause and results in some extraordinarily enlarged limbs.

Feet facing backwards (Wang Fang - China)

Wang Fang, 27, of Chongqing city in China, was born with her feet facing the wrong way. She has learned to live with her condition without problems and recently refused a disability pension by being classified as disabled.

"I can run faster than most of my friends and have a regular job as a waitress in the family restaurant. There is no reason to class me as disabled."

Baby with Three Arms (Liu Junjie - China)

This 2-month-old baby named Liu Junjie from Anhui Province, China, was born with a third arm on 2006. Doctors successfully removed the extremely rare and well-developed third arm, but the baby required long-term physical therapy to gain function in his remaining hand, which has no palm and flexes in either direction.

"We're hoping to exchange information with doctors who've dealt with similar cases anywhere in the world," said Chen, head of the orthopedics department at Shanghai Children's Medical Center. "This is so rare that we have virtually no information to go on."

Nipple on the foot (unidentified 22-year-old woman - Brazil)

The bizarre paper describing the case reads: "A 22-year-old woman sought medical care for a lesion in the plantar region of her left foot, a well-formed nipple surrounded by areola and hair. Microscopic examination of the dermis showed hair follicles, eccrine glands, and sebaceous glands. Fat tissue was noted at the base of the lesion.

Clinical and histopathology findings were consistent with the diagnosis of supernumerary breast tissue, also known as pseudo mamma. To our knowledge, this is the first report of supernumerary breast tissue on the foot."

Wallahualam..

-am-

Monday, July 28, 2008

Dapatkah sumpah di masjid menggugurkan jenayah fitnah liwat?

Apakah makna dan maksud juak-juak AMENO beria-ia sangat mendesak DS Anwar bersumpah? Adakah, jika DS Anwar bersumpah, maka segala jenayah fitnah liwat ke atasnya gugur dengan sendirinya?

Jika DS Anwar bersumpah, dan pada masa yang sama, proses mahkamah diteruskan juga, maka dari sudut perundangan, apa manfaat yang DS Anwar dapat?

Justeru, desakan para juak konspirator AMENO, agar DS Anwar bersumpah, tegasnya bersumpah di Masjid, bukan sahaja tidak masuk akal bahkan jahil dari sudut proses undang-undang yang sedia diterimapakai dan disepakati oleh pengamal perundangan masyarakat sejagat.

Demikianlah agaknya yang dimaksudkan oleh Dato’ Seri Harussani Zakaria, sebagai “cadangan dari orang yang terlebih pandai.” Sementelahan, Mohamed Hanipa Maidin, menyatakan bahawa, hanya si jahil yang bersumpah dengan Al-Quran.

Oleh hal yang demikian, maka saya bersetuju dengan nasihat Dato’ Seri Harussani Zakaria, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa lagi ulama’ lain yang menegaskan bahawa, DS Anwar tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana perbuatan tersebut tidak menepati undang-undang Islam.

Betapa perbuatan Saifool AlBaqori yang menuduh DS Anwar meliwat duburnya adalah suatu jenayah fitnah yang bukan sahaja menjatuhkan maruah DS Anwar, bahkan meranapkan harga diri dan martabat bangsa melayu dari segi kaca mata masyarakat lain di dalam negara ini, bahkan masyarakat antarabangsa, mengotorkan sejarah umat melayu waktu muka.

Dengan ungkapan lain, betapa jenayah fitnah liwat oleh Saifool AlBaqori tidak boleh diselesaikan dengan orientasi bersumpah di Masjid.

Perlu ditegaskan bahawa, DS Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Manakala Saifool AlBaqori pula sah seorang melayu pembohong besar tanpa maruah sehingga dapat mengemukan saksi sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum-hakam jenayah mengikut islam.
Yang demikian, seandainya Saifool AlBaqori gagal, maka sahlah dia seorang pembohong laknat dan wajib disebat 80 kali. Kah kah kah, sakit tu!

Bahawa sanya teori politik dubur ini tidak berbangkit sama sekali dalam kamus umat melayu silam, ia hanya timbul dalam AMENO (Angkatan Mendaliar Najis Oraganisation) yang ditimbulkan dan dipelopori oleh Si Mamak Mahathir yang kununnya berlaku di Tivolli Villa yang tarikh tuduhan pertamanya telah diranapkan oleh alibi.

Malang sekali, dengan muka babi si konspirator 6 Jahannam korek.. korek.. korek.. telah beberapa kali meminda pertuduhan mereka tanpa sedikit pun ada perasaan aib dan malu kepada masyarakat sejagat yang melihatnya dengan mata yang terbuka.

Betapa konspirasi akan mengatur logik. Jenayah fitnah jijik dan kotor Saifool AlBaqori boleh diatur oleh instrument negara atau persekongkolan oleh antara polis, mahkamah dan doktor sehingga menjadi kelihatan seolah-olah berlaku dan benar.

Oleh itu, adalah menjadi tugas suci dan kewajipan murni seluruh cendekiawan melayu, sama yang berpati atau tidak berpati untuk mencabar kesahihan tiap-tiap fakta yang bakal dikemukakan oleh ketiga-tiga instrument negara yang saya maksudkan.

“Seruan agung kepada Pimpinan, Peguam dan Doktor Pakatan Rakyat agar mengganyang para konspirator melayu yang begitu kotor dan jijik hingga lumat bagai anjing kepala busuk hendaknya..”

-am-

Saturday, July 26, 2008

Kebesaran Allah SWT !!!


Sungguh agung kebesaran Allah SWt. Terkadang kita terlupa akan Dia. Maka diwujudkan pelbagai cara agar mengingatkan kita kepada Nya. Seharusnya kita menginsafi kebesaran Allah SWT. Dari gambar yang dipaparkan ini kita tidak mempunyai alasan lagi untuk 'TERLUPA' pada Nya.
Ada yang mulanya bukan Islam kagum dengan kehebatan Allah SWT yang kita sembah terus sujud pada Nya dengan memeluk Islam gara-gara petunjuk keagungan Nya di muka bumi ini.
Hairan bila kita yang dilahirkan di dalam keluarga Islam boleh lalai akan yang Maha Esa.
Ssaya bukan seorang pendakwah, tetapi kalau blog ini dikunjungi ribuan pengunjung, apa salahnya kita hayati dan insafi kehebatan Allah SWT yang boleh menginsafkan kita..




-am-

Wednesday, July 23, 2008

AWAS !!!! Port baru polis trafic utk buat Speed-trap..

Memandangkan minyak dah naik, jgn tambah beban bayar saman pulak.
So kena jaga-jaga, sbb polis trafik sekarang semakin kreatif.

Gambar seorang abang polis buat speed-trap dalam gerai jual mangga @ Sabak Bernam.
-am-

AWAS!! Lemak babi dalam kebanyakan makanan kita!!

Salam,
Kadang kala kita tidak sedar akan apa yg terkandung dalam pemakanan kita seharian.. Oleh itu marilah kita sama-sama mencari produk yg halal..

MARILAH KITA RAMAI-RAMAI MENCARI PRODUK KELUARAN YANG MEMPUNYAI
LOGO IMP (ISLAMIC MANUFACTURING PRACTICE) SAHAJA.

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam Oleh Dr. M. Anjad Khan.

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua jenis dan mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran, bahan-bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan Pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja di Badan tersebut bahagian QC, oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai
jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod
matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab "KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA."

Jawapan tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42,000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang; di manakah lemak-lemak babi tersebut? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang
lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut. Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan, ubat-ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh kerana itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan
hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan kerana terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan
beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera-tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970-an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi (lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan
ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk-produk tersebut di atas banyak di konsumsi [penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim
tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu, kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari kerana produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Wallahualam..
-am-

Petua kurangkan lapar dan dahaga ketika berpuasa

Salam,

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga..


Mesti sahur.


Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1x dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3x lah kita baca surah Al Ikhlas..


Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi..


Sampailah 7x. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya..


SEBENARNYA : Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah SWT..


Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah SAW, selain dari memberikan tenaga..


Cubalah dengan izin Allah SWT. Wallahualam..


-am-

Tuesday, July 22, 2008

Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak berakhir

Salam,

Rasulullah SAW bersabda :

"Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal iaitu ;

1] Sadaqah jariah, 2] Ilmu yang bermanfaat, 3] Anak soleh yang mendoakannya."

(HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )

SEDEKAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.

2.
Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit
menggunakannya, anda dapat hasanah.

3.
Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang.

4.
Bantu
Pendidikan seorang anak.

5.
Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah

6.
Berbahagi CD Quran atau Do'a.

7.
Libatkan dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta.

8.
Letakkan pendingin air di tempat umum.

9.
Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.

10.
Sampaikan pesanan ini kepada orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat hasanah sampai hari Qiamat.

-am-

Saturday, July 19, 2008

Kronologi Gerakan Anwar - Sejak hadir di BPR, Putrajaya dan di IPK, Kuala Lumpur

Khamis, 17 Julai 2008

16 Julai

10:05 pagi : Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Badan Pencegah Rasuah Putrajaya untuk memberi keterangan berhubung laporannya terhadap Peguam Negara dan Ketua Polis Negara 1 Julai lalu.

12:10 tengah hari : Anwar selesai memberi keterangan kepada BPR.

1:00 tengah hari : Anwar ditahan polis berdekatan dengan rumahnya di Bukit Segambut.

1:15 tengah hari : Anwar tiba di Ibu Pejabat Polis Kontigen Kuala Lumpur (IPKKL).

1:30 tengah hari : Isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bersama ananknya, Nurul Nuha tiba di IPKKL.

2.30 petang : Anwar mula memberi kenyataan kepada polis berhubung kes liwatnya dengan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

3:15 petang : Dr.Wan Azizah dan peguam Anwar, Sankara Nair memberi kenyataan kepada pihak media yang menunggu di luar IPKKL.

8.35 malam : Anwar dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk menjalani ujian DNA.

8.45 malam : Anwar tiba bersama kenderaan polis di Hospital Kuala Lumpur.

9.00 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ditemui Azmin Ali, Naib Presiden PKR di bangunan Parlimen.

10.20 malam : Anwar selesai menjalani ujian DNA dan bergerak pulang bersama kenderaan polis ke IPKKL.

10.30 malam : Peguam Anwar berkata, Anwar menjalani pemeriksaan biasa di HKL dan ujian DNA tidak dijalankan hari ini. Anwar tidak membenarkan sampel DNA diambil.

11.30 malam : Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah tiba di IPK KL dengan beg, dipercayai pakaian untuk Anwar.

11:45 malam : Anggota MT PKR, Badrul Hisham Syahzani mengisytiharkan gerakan reformasi bermula malam ini.

17 Julai

12.10 tengah malam: Peguam Anwar, Sankara Nair mengesahkan anak guamnya akan ditahan malam ini.

12.24 tengah malam: Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mohd. Akin menenangkan penyokongnya di kawasan IPK KL dengan meminta mereka supaya tidak bertindak ganas.

12.35 tengah malam: Sivarasa memaklumkan polis akan menyambung mengambil keterangan daripada Anwar pukul 7.30 pagi (Khamis) dan akan memutuskan pada pukul 1 tengah hari sama ada dihadapkan di mahkamah ataupun sebaliknya.

9.45 pagi: Anwar dibebaskan dan dibawa pulang ke Mahkamah, beliau dikehendaki untuk melapor diri di IPK KL bulan hadapan. Beliau yakin tuduhan berkenaan tidak berasas sekiranya polis menjalankan tugas secara profesional dan telus.

Isu Altantuya, Anwar cabar polis siasat Najib berkaitan pembunahan wanita Mongolia, Altantuya Sharibu.

*sumber dari suarakeadilan.com