PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, May 28, 2009

KAABAH ENGGAN BERGERAK

FENOMENA ISTIWA MATAHARI DI ATAS KAABAH

Peluang menyemak arah kiblat. Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 2 tarikh ini setiap tahun:

•28 MEI 5.16 PM
•16 JULAI 5.28 PM
(Waktu Malaysia)



KAABAH ENGGAN BERGERAK

Rasa nak menangis bila membaca. Rindu rasanya nak pergi ke Tanah Suci. Semoga Allah SWT murahkan rezeki dan semoga dapat tawaf dengan sempurna di Kaabah yg dicintai..

Tersebut sebuah peristiwa yang menceritakan tentang peristiwa yang bakal berlaku di akhirat kelak. Tentang syurga, tentang neraka. Para jemaah masing-masing diam, tunduk dan insaf..

Salah satu cerita menarik yang berkaitan dengan titian As Sirat. Jambatan yang merentangi neraka menuju ke syurga itu bersifat fleksibel. Ia boleh membesar, mengecil, memendek dan memanjang mengikut kumpulan yang akan melintasinya..

Jika orang beriman, pastilah ia akan melebar dan memendek. Manakala bagi orang kafir, ia akan mengecil dan memanjang. Antara yang akan turut berarak menuju ke syurga ialah kaabah. Malaikat datang membawa perintah Allah kepada kaabah yang dihias indah pada hari itu supaya bergerak menuju ke syurga..

Yang menghairankan, biarpun kaabah tahu itu perintah Allah, namun ia enggan bergerak. Lalu malaikat bertanya kenapa enggan bergerak ke syurga. Kaabah menjawab bahawa ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan jika diiringi oleh semua manusia yang pernah tawaf di sekelilingnya..

Lalu malaikat mengumpulkan semua yang pernah tawaf untuk mengiringi kaabah ke syurga. Kaabah terus mendiamkan diri tak mahu bergerak. Malaikat bertanya lagi kenapa tak mahu bergerak. Kaabah menjawab, ada lagi beberapa orang yang tidak hadir..

Apabila diperiksa, rupa-rupanya orang-orang berkenaan telah dilempar ke dalam neraka kerana kesalahan yang pernah mereka lakukan di dunia..

Malaikat maklumkan bahawa orang berkenaan adalah orang-orang yang berdosa dan perlu disiksa di dalam neraka..

Kaabah berkata, ia tidak peduli orang itu berdosa atau tidak. Yang penting ia tidak akan bergerak ke syurga melainkan diiringi oleh semua orang yang pernah tawaf di sekelilingnya..

Malaikat mengadu kepada Allah tentang hal yang berlaku.. Allah yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani terus mengisytiharkan bahawa orang-orang itu telah diampunkan dosa mereka. Mereka lantas di bawa keluar daripada neraka dan mengiringi kaabah menuju ke syurga..

Betapa nikmat dan beruntungnya.. bersyukur sekiranya dapat mengerjakan Haji dan Umrah..

Semoga kita juga tergolong dikalangan mereka yg berjaya menunaikan umrah dan haji dengan penuh keikhlasan di Baitullah al Haram.. Amieenn..

-ibnumustafa-

Wednesday, May 27, 2009

Tajdid Iman


http://www.koolpoetry.com/bismillah.gif
Seseorang yang memiliki hati pasif, diam dan tiada gerakan ibadat sebenarnya sudah mati sebelum dicabut nyawanya. Kekosongan hati timbul akibat lemahnya semangat manusia untuk bangkit dan melawan keinginan hawa nafsu. Kita perlukan semangat melupakan kesedihan, bangkit dan berjuang melawan musuh yang nyata iaitu syaitan. Tiada seorang manusia yang tetap tinggi kedudukan imannya. Ada kala dia terjatuh dan tersungkur, kemudian menyesali kelalaian dan kembali bertaubat. Ini digambarkan dalam al-Quran yang bermaksud:

“Dan orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.” - Surah Ali Imran, Ayat 135.

http://www.trevwilliams.co.uk/metips/images/cartoons/sleep.jpg

Hati menganggur, malas dan berputus asa ada ciri-ciri sebagai berikut: Berlebih-lebihan melakukan perkara mubah. Terlalu banyak berehat, santai dan mengisi kekosongan masa dengan hiburan, makanan, tidur yang panjang, bermain dan bergurau, banyak tertawa, panjang angan-angan dan semua itu berbahaya jika diteruskan dalam kegiatan seharian.

Kehidupan serba senang tanpa cabaran dan tekanan membuat manusia lupa diri dan lemah semangat bila ditimpa susah. Berhati-hati jika terus berada dalam zon selesa. Orang mu'min hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan paling teruk yang menghalangnya. Amirul Mu'minin Muawiyah bin Abu Sufyan RA yang hidup sebagai Khalifah paling berkuasa selama berpuluh-puluh tahun pernah berkata:

“Aku memakai pakaian daripada semua jenis kain, tetapi tidak pernah menemui sehelai pakaian terbaik setanding pakaian taqwa. Aku juga sudah merasai semua jenis makanan, tetapi tidak pernah menemui kelazatan seperti kelazatan sabar. Aku memiliki segala jenis kenikmatan, tetapi tiada kenikmatan mampu menandingi kenikmatan duduk mendekatkan diriku kepada Allah SWT.”

Anggota badannya menolak hidayah Allah SWT. Pernahkah anda berasakan suara hati anda menyuruh berbuat baik, melakukan ibadat dan meninggalkan maksiat? Sebenarnya dalam jasad manusia ada yang mempengaruhi hati dan perasaannya, adakah ia unsur malaikat atau unsur syaitan. Rasulullah SAW bersabda bermaksud:

“Tidak ada seorang pun daripada kamu melainkan dia diiringi temannya daripada bangsa jin (syaitan) dan temannya daripada malaikat. Sahabat bertanya: “Pada dirimu juga ya Rasulullah? Sabda baginda: Padaku juga begitu, tetapi Allah Ta'ala menolongku terhadapnya sehingga ia tiada menyuruhku melainkan kebaikan saja.” - Hadis riwayat Muslim.

http://adultcardiac.stanford.edu/images/heart.jpg

Hati yang suka menganggur menjadikan syaitan sebagai teman karibnya. Sementara hati yang aktif dan positif gerakannya dipengaruhi hidayah Allah SWT. Sesungguhnya hanya Allah SWT mampu menggerakkan kita berbuat baik. Hidayah-Nya saja menunjuk kita ke arah jalan selamat. Namun, ramai manusia menolak hidayah Allah SWT. Mereka lahir sebagai orang Islam, tetapi tidak mahu belajar agama Islam. Mereka dipilih Allah SWT sebagai hamba-Nya yang beriman, tetapi membiarkan dirinya kecundang oleh bisikan nafsu dan syaitan. Mengapa kita menolak hidayah Allah SWT yang berada di dalam hati kita? Allah Ta'ala berfirman bermaksud:

“Mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat Allah. Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga, tetapi tidak digunakan untuk mendengar ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai." - Surah Al-A'raf, ayat 179.

Biasanya masa membuat mereka bertangguh menerima hidayah Allah SWT. Sampai bila harus menunggu? Jika tulang rapuh dan mata menjadi rabun, fikiran bercelaru, mengapa menunggu kematian menjemput, padahal setiap hari hidayah Allah SWT itu turun ke hati kita. Suka bergaul dengan ahli kelab penganggur. Persekitaran mempengaruhi keperibadian kita. Jika suka duduk bersama dan mendengar perbualan ahli perniagaan berjaya atau pakar motivasi hebat, kita semestinya terpengaruh dengan kata rangsangan dan galakan untuk lebih berjaya.

Namun, jika melepak bersama orang bermentaliti lemah dan kualiti kehidupannya juga rendah, sedikit sebanyak ada pengaruh ditinggalkan dalam karakter diri kita. Lebih baik rajin di dunia dan menganggur di akhirat selama-lamanya daripada memanjangkan angan-angan di sini, namun sengsara tiada penghujungnya di akhirat.

http://ekspress.psz.utm.my/jba/spp/bola-senyum.gif
-ibnumustafa-

Menghayati Kekuasaan Allah SWT melalui alam ciptaan-Nya

Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

“Demi matahari dan cahayanya di pagi hari, dan apabila bulan mengiringinya, dan siang apabila menampakkannya, dan malam apabila menutupinya, dan langit serta pembinaanya, dan bumi serta penghamparannya, dan jiwa serta penyempurnaannya. Maka ALLAH mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya, kaum Thamud telah mendustakan (rasulnya) kerana mereka melampaui batas, ketika bangkit orang yang paling celaka di antara mereka, lalu Rasul ALLAH (Saleh AS) berkata kepada mereka: Biarkanlah unta betina ALLAH dan minumannya, lalu mereka mendustakannya dan menyembelih unta itu, maka TUHAN mereka membinasakan mereka disebabkan dosa mereka, lalu ALLAH menyama-ratakan mereka dengan tanah, dan ALLAH tidak takut terhadap akibat tindakan-NYA itu.” - Surah Asy-Syams, ayat 1-15.

Surah ini diturunkan pada Nabi Muhammad s.a.w sebelum hijrah dan diklasifikasikan sebagai Surah al-Makiyyah. Ia mempunyai 15 ayat, 54 kalimat dan 247 huruf. Terdapat banyak pengajaran yang dapat diambil daripada surah ini. Antaranya ialah dorongan supaya manusia sentiasa memperhatikan, memikir dan mensyukuri segala bukti kekuasaan ALLAH yang mencipta pelbagai jenis ciptaan di alam ini.

"Betapa tingginya kekuasaan ALLAH yang Maha Pencipta dan kerdilnya diri manusia..."

Selain itu, terdapat janji ALLAH kepada hambaNYA yang bertakwa pasti akan merasai kebahagian di dunia dan akhirat dan sudah pasti ganjaran Neraka kepada hamba-NYA yang fasik serta kufur di mana mereka akan kecewa dengan apa yang mereka lakukan di dunia ini. Dalam pembukaan surah ini, ALLAH menyuruh kita supaya menghayati setiap kejadian yang ALLAH telah kurniakan. Betapa tingginya kekuasaan ALLAH yang Maha Pencipta dan kerdilnya diri manusia yang hanya diciptakan daripada tanah yang tidak mempunyai sebarang kuasa untuk melakukan sesuatu tanpa izin-NYA.

Kisah teladan yang boleh diambil daripada surah ini ialah Kisah Nabi Saleh a.s dengan kaumnya. Nabi Saleh a.s mengingati kaumnya agar mereka berhati-hati dan tidak menganggu mukjizat ALLAH kepadanya iaitu unta betina dan juga tempat minuman. Ternyata Kaum Thamud tidak menghiraukan peringatan itu lalu mereka membunuh unta tersebut.

Rentetan daripada perbuatan mereka ini, ALLAH telah menurunkan azab bencana ke atas mereka tanpa pengecualian seorang daripada mereka di mana ALLAH meratakan mereka dengan tanah. Begitulah keagungan kekuasaan ALLAH yang tiada tolok bandingannya dengan sesiapa di dunia ini. Marilah kita hayati ungkapan surah-surah di dalam al-Quran yang membicarakan keagungan ALLAH yang ditamsilkan dengan alam semulajadi.

"
Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa memikir dan menghayati ciptaan yang Maha Agung..."

Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang sentiasa memikir dan menghayati ciptaan yang Maha Agung. Dan kecewalah orang-orang yang hanya menjadikan hawa nafsunya sebagai tongkat membawa dirinya di dunia ini. Sesungguhnya manusia ini diciptakan oleh ALLAH untuk berjuang menghadapi kesulitan dan jangan terlalu lalai atau leka dengan harta benda serta anak-anak yang banyak kerana mereka tidak akan mendekatkan manusia kepada ALLAH.

Surah ini juga mengingatkan manusia atas beberapa nikmat yang telah diberikan oleh ALLAH dan DIA-lah yang memberi petunjuk kepada jalan kebahagiaan di dunia dan akhirat….

-ibnumustafa-

Friday, May 22, 2009

Tazkirah Jumaat: Manusia diibaratkan sebiji pinggan..


Andaikan 3 individu berbeza meminjam sebiji pinggan daripada kita.. selang beberapa tempoh masa, individu pertama memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan bersih cantik tanpa sebarang kecacatan.. lalu kita pun terus meletakkannya di atas rak pinggan mangkuk seperti keadaan asalnya..


Individu kedua pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaannya yang masih kotor; tidak berbasuh.. Pinggan tersebut akan kita basuh sehingga bersih, kemudian barulah ianya diletakkan di tempat yg sepatutnya..


Individu ketiga pula memulangkan pinggan tersebut dalam keadaan pecah bersepai.. tidak boleh dibezakan lagi bentuknya antara pinggan mahupun serpihan kaca.. tiada nilainya lagi.. kita tiada pilihan lain selain menghumbankannya ke dlm tong sampah yg hina..

Begitulah jua halnya dgn Allah Ta'ala.. Jika kita kembali kepadaNya dalam keadaan bersih, elok, tanpa kekotoran dosa, maka Allah SWT akan terus meletakkan kita di tempat yang baik dan tempat yg selayaknya bagi kita.. iaitu Syurga..


Namun jika kita kembali ke hadratNya dlm keadaan kotor dgn dosa, Allah SWT akan 'mencuci' kita sebersih-bersihnya di dlm api neraka sebelum memasukkan kita ke dlm Syurga..

Tetapi jika kita kembali kepadaNya dlm keadaan yg rosak imannya, sehingga tidak dpt dibezakan antara iman dengan kufur, maka Allah SWT tidak akan teragak2 untuk menghumbankan kita ke dalam neraka jahannam yang hina buat selama-lamanya, ibarat pinggan yg pecah; tiada nilai lagi..


-ibnumustafa-

Thursday, May 21, 2009

Pertarungan akhir Nizar-Zambry

Perebutan kuasa Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir berada di peringkat akhir di Mahkamah Rayuan hari ini.

Selepas pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, petang ini giliran peguam Mohammad Nizar berbuat demikian.

Jika tiada pembentangan lain selepas itu, panel tiga hakim dijangka akan membuat keputusan seawal-awalnya esok.

Mahkamah mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.

[Laporan penuh menyusul]

Jangan! Jangan! dan Jangan!..

Perkara-perkara yang dapat membantu kita daripada cepat hilang ingatan dan tumpul minda:

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu, air dalam tin

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak-kanak

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan:

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain

Selalu makan makanan yang panas-panas

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain-lain

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam-ulaman

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imajinasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai (yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dlm bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00 malam

..dan yang paling penting dibawah ini...

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar)..
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.


Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing..
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh..
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh..
Nanti rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan..
Nanti rezeki kita
dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan..
Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan..
Makruh dan
mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan..
Nanti hati kita gelap diselaputi
dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa..
Kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang
kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan..
Nanti rosak Persahabatan kita hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH SWT dalam setiap hal/kerja kita.
.
Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah..
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa..
Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan..
Doa makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH SWT.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia..
Akhirat itu lebih utama dan
hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN!
Sebab semuanya untuk
keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." - Surah Al-Ahzab, ayat 71.

-ibnumustafa-

Wednesday, May 20, 2009

KESIHATAN: Lima Fakta

Lima Fakta

Ikuti lima fakta kesihatan yang mungkin dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan anda sekeluarga.

Soya untuk wanita

KAJIAN mendedahkan pengambilan soya tidak meningkatkan ketumpatan payu dara.

Ini berita baik kerana ketumpatan payu dara yang tinggi meningkatkan risiko barah payu dara.



Kacang soya adalah antara makanan yang mengandungi genistein. Genistein adalah sejenis kimia yang menyerupai hormon estrogen.

Ia dapat membantu mengimbang dan mengawal kadar estrogen wanita. Semakin meningkat usia seseorang wanita, pengeluaran hormon estrogen juga semakin menurun. Amalan makan produk kacang soya dapat membantu mengurangkan kesan kekurangan estrogen ini.

Sumber: HealthDay


Serangan penyakit lyme

LEBIH banyak kes serangan penyakit lyme iaitu sejenis gigitan sejenis serangga dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) berbanding kes serangan serangga lain.

Ini kerana terdapat lebih 27,000 kes yang dilaporkan dan kebanyakan kes yang berlaku dilaporkan dari timur laut dan barat tengah AS.



Penyakit yang boleh berjangkit ini disebabkan oleh sejenis bakteria Borrelia Burgdorferi yang terdapat pada serangga tersebut. Kebiasaannya ia menyerang kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Sumber: Centers for Disease Control and Prevention


Bayi mati mengejut

WALAUPUN kadar kematian bayi yang mati secara mengejut (SIDS) telah berkurangan di AS, tetapi kematian bagi bayi yang lemas di atas katil dilaporkan semakin meningkat.



Melalui penerbitan pediatrik, kematian yang berlaku adalah disebabkan mereka mengalami masalah ketika tidur sama ada lemas atau terjatuh.

“Persekitaran tidur paling selamat untuk seorang bayi adalah beralaskan tilam yang pejal. Bantal juga harus diletakkan pada jarak yang agak jauh mengelilingi bayi,” kata Carrie K, seorang ahli Epidemiologi Bahagian Kesihatan AS

Sumber: HealthDay


Kanak-kanak sakit mental

AMERIKA Syarikat telah membelanjakan sebanyak AS$8 bilion (RM28 bilion) pada tahun 2006 bagi merawat kes penyakit mental yang berlaku di kalangan kanak-kanak di negara itu.



Agensi Penyelidikan dan Kualiti Kesihatan melaporkan, dianggarkan sebanyak 4.6 juta kanak-kanak yang menghidap tekanan mental telah dirawat pada tahun 2006 dengan kos purata AS$1,931 (RM6,793) untuk seorang kanak-kanak.

Sumber: Reuters Health


Sajian berserat

SATU kajian mendapati wanita yang bersenam lebih mudah membakar lemak selepas menikmati satu sajian tinggi serat dan rendah glisemik pada setiap pagi.

Para pengkaji dari Universiti Nottingham, United Kingdom memberitahu, penemuan ini pasti memberi kesan terhadap wanita yang ingin mengawal berat badan.



Malah, pembakaran lemak lebih berkesan jika wanita menikmati sarapan dan tiga jam kemudian berjalan selama 60 minit.

Sumber: The Journal of Nutrition, May 2009. – Reuters Health

* Sumber dari laman kosmo!

KESIHATAN: Sebiji epal sehari


KANDUNGAN serat epal berupaya mengisi perut yang lapar.



PIGMEN merah yang terdapat pada buah epal adalah antioksida semula jadi.





MUNGKIN ramai yang memilih buah epal sebagai snek harian sebelum menikmati sarapan pagi, tengah hari atau malam. Hakikatnya, masih ramai yang belum mengetahui khasiat sebiji epal.

Buah yang mempunyai tekstur kulit yang licin, warna hijau dan merah itu antara buah-buahan yang mempunyai kelebihan dalam diet pemakanan dan sistem tubuh.

Terdapat pelbagai sebab mengapa kita perlu makan sekurang-kurangnya sebiji epal setiap hari. Satu kajian mendapati mereka yang makan lebih lima biji epal seminggu memiliki fungsi paru-paru yang lebih sihat berbanding mereka yang langsung tidak makan epal.

Para saintis juga mengesahkan epal merupakan penyumbang kepada kesihatan jantung.

Pengambilan dua hingga tiga biji epal sehari dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

Menurut pakar pemakanan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, Tan Yeng Sing, epal menjadi kegemaran bukan sahaja kerana rasanya tetapi khasiatnya.

"Epal tidak mengandungi lemak, sebaliknya mempunyai kandungan nutrien dan serat termasuk antioksida yang meningkatkan prestasi badan dan kulit seseorang.

"Serat yang terdapat pada biji dan kulit epal membantu mengurangkan kekenyangan dan mencegah anda daripada makan berlebihan," katanya.

Tambah beliau, sebiji epal wajar diambil setengah jam atau satu jam sebelum anda menikmati hidangan utama setiap hari, iaitu antara makan tengah hari dan malam.

Dengan cara itu, kita mengurangkan hidangan yang diambil kerana kandungan serat sudah berupaya mengisi perut anda yang lapar.

Bercerita mengenai kelebihan buah epal merah, pigmen merah yang terdapat pada kulit buah tersebut mengandungi sejenis bahan yang dipanggil likopena.

"Ia adalah rahsia yang membuatkan buah epal sangat luar biasa. Bahan ini mempunyai pelbagai khasiat antioksida semula jadi yang baik untuk kesihatan badan.

"Selain antioksida yang berfungsi menjauhkan seseorang daripada serangan kanser kerana melawan radikal bebas dalam tubuh, likopena juga baik untuk mengurangkan risiko jantung.

"Likopena dikenal pasti membantu merendahkan paras kolesterol LDL (kolesterol jahat)," jelasnya sambil memberitahu epal merah mengandungi komponen likopena yang lebih tinggi sementara epal hijau mengandungi karotenoid.

Bagaimanapun, kajian menunjukkan epal sememangnya baik untuk mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser, sekali gus mengurangkan kolesterol darah.

"Seperti kebanyakan buah, epal mengandungi vitamin C. Ia juga hos sebatian antioksida lain bagi mengurangkan risiko kanser dengan menghalang kerosakan deoksirinukleik (DNA).

"Kandungan seratnya membantu mengawal pergerakan usus dan merendahkan risiko kanser kolon," ujarnya.

Bagaimanapun, nasihat Yen Sing, elakkan pengambilan buah yang mempunyai warna yang sama setiap hari. Katanya, untuk mendapatkan diet yang ideal, kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.

Justeru, pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi. Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.

"Amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, strawberi, oren, kiwi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses," kata Yen Sing.

Sementara itu, dalam usaha menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati buah epal, Suruhanjaya Epal Washington (WAC) telah menganjurkan siri program pendidikan dan promosi kepada orang ramai bermula bulan Mei ini.

Untuk memberikan ganjaran hebat kepada para penggemar epal, program pertukaran epal Washington akan diadakan di semua gedung terbesar Giant, Cold Storage dan Jusco di seluruh Malaysia.

Di gedung-gedung itu, dengan setiap pembelian minimum epal Washington, para pembeli akan menerima cenderamata menarik seperti cawan dan rantai kunci daripada pihak WAC. Tawaran ini sah selagi stok masih ada.

"Bagi memastikan rakyat Malaysia sentiasa kekal sihat, WAC memberikan epal percuma kepada kakitangan di salah sebuah pusat kecergasan utama, True Fitness, di Jaya 33, Petaling Jaya, Selangor dan kepada 55 orang kanak-kanak kurang bernasib baik dari Rumah Hope, Petaling Jaya," jelas wakil pasaran WAC, Eddie Saw.

* sumber dari laman kosmo!

Tuesday, May 19, 2009

Mengambil iktibar dari watak Saidina Abu Bakar RA & Omar RA

Bagi pengamal sirah para sahabat RA, akan mendapati bahawa antara kedua-dua pimpinan tertinggi khalifah Islamiyah selepas kewafatan baginda Rasulullah SAW iaitu antara Khalifah Saidina Abu Bakar as-Siddiq dan Saidina Omar al-Khattab, mempunyai perwatakan dan keperibadaan yang sama sekali berbeza antara satu sama lain.

Ini kerana ada yang ulama' sirah seperti Prof Dr Yahya Ismail, pensyarah Hadith di Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar dalam buku sirahnya berpendapat, bahawa kelainan perwatakan yang ada antara kedua-duanya merupakan satu anugerah Allah SWT yang paling besar ke atas umat Islam. Ini kerana Saidina Abu Bakar RA sering dikaitkan dengan seorang yang bersikap lemah lembut dan mirip kepada sifat berkasih sayang, sementara Saidina Omar RA pula ada yang mengaitkan dengan seorang yang tegas, berani dan agak sedikit keras.

Kedua-dua perwatakan tersebut sebenarnya amat diperlukan dalam sebuah 'jemaah Islam' seperti PAS yang bercita-cita memperjuangkan Islam dalam segenap aspek kehidupan, terutamanya memastikan undang-undang negara berdasarkan prinsip hukum Ilahi. Ini kerana kedua-dua cara dan penampilan kedua-dua pimpinan khalifah tersebut sesuai sepanjang zaman di mana wujudnya kambing-kambing hitam yang mahu menumbangkan pemerintahan secara tidak demokratik.

Apa yang kita boleh belajar daripada kedua-dua tokoh sahabat Rasulullah SAW berkenaan, ialah salah seorang daripada keduanya memiliki sifat 'low profile' dan seorang lagi tegas, lebih-lebih lagi berlaku insiden atau tragedi yang menyanggah kesucian agama, ia dapat dilihat dalam satu peristiwa selepas berakhirnya perang Badar Kubra.

Dalam peperangan itu, umat Islam berjaya membunuh kira-kira 70 musyrikin dan menawan 70 yang lain, baginda Rasulullah SAW tidak dapat memutuskan kedudukan 70 tawanan tersebut. Maka kedua-dua Abu Bakar RA dan Omar RA dipanggil untuk mendapatkan pendapat mereka. Saidina Abu Bakar RA mencadangkan agar setiap daripada tawanan berkenaan mengajar 10 anak orang Islam mengenai hal-hal yang bersangkutan dengan ilmu peperangan, cara-cara membuat senjata dan sebagainya, jika projek itu berjaya bermakna 700 anak-anak orang mahir dalam bidang peperangan.

Rasulullah SAW bersetuju dengan pendapat Abu Bakar RA itu, walau bagaimanapun baginda tetap mahu mendengar pendapat daripada Saidina Omar RA pula. Omar RA juga menyatakan bahawa pendapat Abu Bakar RA itu ada kebenarannya, tetapi baginya disebabkan puak-puak musyrikin itu adalah punca kepada berlakunya penyelewengan terhadap umat manusia, maka beliau mecadangkan agar kesemua mereka yang ditawan itu dipancung sahaja kepala mereka.

Rasulullah SAW tidak dapat nak memutuskan antara kedua-dua pendapat itu, namun baginda menegaskan bahawa mahu berjumpa mereka berdua pada keesokan hari di tempat yang sama. Pada malam itu Allah SWT memutuskan keputusannya mengenai kedudukan tawanan perang melalui ayat 67 surah al-Anfal sebagai teguran kepada Nabi:

"Tidaklah patut bagi seseorang Nabi mempunyai orang-orang tawanan sebelum dia dapat membunuh sebanyak-banyaknya di muka bumi. Kamu menghendaki harta benda dunia (yang tidak kekal), sedang Allah menghendaki (untuk kamu pahala) akhirat. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

Boleh dibuat kesimpulan mengenai ayat di atas, bahawa Allah SWT mahu agar Nabi-Nya membunuh (dengan memenggal kepala) para tawanannya, ada mufassir menyebut seolah-olah pendapat Omar RA menepati ayat yang telah Allah SWT tentukan sejak di 'Luh Mahfuz' lagi kedudukan mereka yang menentang Rasulullah SAW. Ia bukanlah satu pendapat yang memperlihatkan kegarangan Omar RA, akan tetapi merekalah punca ramai manusia menentang Allah SWT.

Setelah kewafatan baginda Rasulullah SAW, tampuk pemerintahan diserahkan kepada Saidina Abu Bakar RA dengan cara syura dijalankan. Abu Bakar RA berpegang prinsip yang menepati cara dan kaedah perwatakannya. Justeru beliau memilih orang yang tegas dalam memimpin ketumbukan perang agar ketahan Islam dapat dipelihara. Khalid Bin al-Walid RA menjadi pilihannya, kerana Khalid RA adalah individu yang suka berperang dan mempunyai banyak pengalaman dalam peperangan.

Ringkasnya, apabila Saidina Abu Bakar RA meninggal dunia, jawatan itu tidak dikekalkan Omar RA kepada Khalid RA, kerana Omar RA tahu bahawa beliau dan Khalid RA mempunyai watak yang sama, nanti mereka berdua akan bertindak mengarahkan agar umat Islam sentiasa berperang. Khalid RA menerima pelucutan jawatannya sebagai panglima perang, kerana beliau juga tahu keadaan tersebut, maka Saidina Omar RA melantik Sa'ad Bin Abi Waqqas RA yang memiliki ciri-ciri yang ada pada Abu Bakar RA.

Maknanya, kedua-dua Saidina Abu Bakar RA dan Omar RA memahami tuntutan berjemaah, di mana perlu ada seorang yang berwatak agak tidak keras dan seorang lagi berwatak agak tegas pada satu-satu masa. Inilah yang mereka belajar daripada Sirah baginda Rasulullah SAW yang mahukan kedua-dua watak itu wujud dalam 'jemaah Islam'.

Maka dalam PAS juga yang menyifatkan dirinya Islamik, sudah tentu tidak boleh membebaskan dirinya daripada kedua-dua elemen penting itu yang mampu melonjakkan sebagai sebuah gerakan Islam, ia tidak berkecuali apa yang pernah terjadi kepada pimpinan Gerakan Ikhwan Muslimun dalam menentukan sikap mereka terhadap perjuangan Syiah, ada yang berlembut dan ada yang tegas menolak untuk berbaik dengan Syiah.

Dalam senario politik tanah air, banyak yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini oleh pihak tertentu mengenai keperibadian kedua-dua tokoh tertinggi dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS), iaitu Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, seolah-olah suatu kecenderungan mahu melaga-lagakan antara mereka berdua. Bagi yang telah mengikuti huraian di atas, maka tidak akan ada lagi spekulasi yang membabitkan kedua-dua tokoh berkenaan.

Sebenarnya perbuatan seumpama itu akan merugikan perjuangan parti sendiri. Apa yang penting kita memiliki panduan iaitu al-Quran, jika sesuatu berita itu dilihat cenderung ke arah melaga-lagakan tokoh pimpinan PAS yang berusaha untuk mendaulatkan Islam, anggaplah ia sebagai sebuah berita yang didatangkan oleh golongan yang fasik, maknanya berita itu perlu diselidiki terlebih dahulu kesahihannya seperti yang diarahkan Allah SWT untuk berbuat demikian menerusi ayat 6 surah al-Hujurat:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah selidiki dengan teliti terlebih dahulu, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu."

Sebagai kesimpulan, bagi menjernihkan keadaan di kalangan ahli-ahli parti lebih-lebih lagi menjelang 'Muktamar Tahunan PAS' pada Jun depan dalam suasana pemilihan pucuk pimpinan parti, adalah diharapkan agar setiap perwakilan dapat menggunakan kewarasan cara berfikir dengan tidak bertindak secara melulu, lebih-lebih lagi isu yang mengaitkan ketokohan kedua-dua pimpinan tertinggi PAS yang semakin panas di dada akhbar dan laporan siaran berita yang mempunyai agenda tersendiri.

-ibnumustafa-