PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, August 20, 2013

Apakah Makna Simbol R4BIA?




Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial seluruh dunia mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA, bukan?
  1. Dalam bahasa Arab, Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
  2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Dr.Mohammed Morsi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh Tentera Junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.
  3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan Tentera Junta Mesir yang terjadi pada hari Jumaat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung Tentera Junta.
  4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Dr.Mohammed Morsi/Mesir di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir hari ini.

*Ayuh, Jadikannya Ianya DP Tanda Kita Solidariti Buat Dr.Mohammed Morsi & Rakyat Mesir!

-ibnumustafa-

Sunday, June 23, 2013

Doa Semoga Diturun Dan Dihentikan Hujan

Hujan adalah sebuah kenikmatan yang dikurniakan Allah S.W.T untuk kita. Dengan perantaraan hujan, Allah S.W.T menumbuh suburkan tanaman kita, ladang-ladang kita dan banyak lagi manfaatnya. Tetapi kadang-kala dengan hujan juga Allah S.W.T memberikan dugaan berupa ribut, banjir, tanah runtuh dan lain-lain sebagai cubaan untuk menguji keimanan dan ketaqwaan hambanya. Inilah beberapa do'a yang berkaitan dengan hujan:


Doa Semoga Diturunkan Hujan

اَللَّهُمَّ أَسْقِنَا غَيْثًا مُغِيْثًا مَرِيْئًا مَرِيْعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلاً غَيْرَ آجِلٍ

Ya Allah! Berilah kami hujan yang merata, menyegarkan tubuh dan menyuburkan tanaman, bermanfaat, tidak membahayakan. Kami mohon hujan secepatnya, tidak ditunda-tunda.” - Hadith Riwayat Abu Dawud, dinyatakan sahih oleh Al-Albani.

اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا، اَللَّهُمَّ أَغِثْنَا

Ya Allah! Berilah kami hujan. Ya Allah, turunkan hujan kepada kami. Ya Allah! Hujanilah kami.” - Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

اَللَّهُمَّ اسْقِ عِبَادَكَ وَبَهَائِمَكَ، وَانْشُرْ رَحْمَتَكَ، وَأَحْيِي بَلَدَكَ الْمَيِّتَ

Ya Allah! Berilah hujan kepada hamba-hambaMu, ternak-ternakMu, berilah rahmatMu dengan merata, dan suburkan tanahMu yang tandus.” - Hadith Riwayat Abu Dawud, dinyatakan hasan oleh Al-Albani.

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ يَفْعَلُ مَا يُرِيدُ اللَّهُمَّ أَنْتَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ الْغَنِيُّ وَنَحْنُ الْفُقَرَاءُ أَنْزِلْ عَلَيْنَا الْغَيْثَ وَاجْعَلْ مَا أَنْزَلْتَ لَنَا قُوَّةً وَبَلَاغًا إِلَى حِينٍ 

Tidak ada Ilah kecuali Allah, Dia melakukan apa saja yang dikehendaki. Ya Allah, Engkau adalah Allah, tiada Ilah kecuali Engkau Yang Maha Kaya sementara kami yang memerlukan. Maka turunkanlah hujan kepada kami dan jadikanlah apa yang telah Engkau turunkan sebagai kekuatan bagi kami dan sebagai bekal di hari yang ditetapkan.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.


Doa Apabila Hujan Turun
اَللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا 

Ya Allah! Turunkanlah hujan yang bermanfaat (untuk manusia, tanaman dan binatang).” - Hadith Riwayat Al-Bukhari.


Bacaan Setelah Hujan Turun

مُطِرْنَا بِفَضْلِ اللهِ وَرَحْمَتِهِ 


Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah.” - Hadith Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.


Doa Semoga Dihentikan Hujan

اَللَّهُمَّ حَوَالَيْنَا وَلاَ عَلَيْنَا، اَللَّهُمَّ عَلَى اْلآكَامِ وَالظِّرَابِ، وَبُطُوْنِ اْلأَوْدِيَةِ وَمَنَابِتِ الشَّجَرِ 


Ya Allah! Hujanilah di sekitar kami, jangan kepada kami. Ya, Allah! Berilah hujan ke daratan tinggi, beberapa anak bukit perut lembah dan beberapa tanah yang menumbuhkan pepohonan.” - Hadith RiwayatvAl-Bukhari dan Muslim.

Demikianlah yang boleh saya paparkan, walaupun terdapat kekurangan, semoga kita sama-sama terus mencari ilmu, dan terus meminta hidayah kepada Allah S.W.T agar kita boleh melakukan, mendapat istiqamah dalam menjalankan ibadah kepada-Nya.

Wallahu A’lam..

-ibnumustafa-

Wednesday, February 20, 2013

INFO SIHAT: Buah Durian Belanda Pembunuh Semulajadi Sel Kanser?


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tetapi kenapa kita tidak menghetahuinya?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia dikenali sebagai buah 'Sirsak' manakala di Malaysia dipanggil sebagai 'Durian Belanda'. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara dibuang kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah Durian Belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan lebihan gula, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

 
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'Pohon Ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “Pohon Ajaib” dan buahnya ini mampu:

1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

 
3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
 

4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah:

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, di antaranya kanser: Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser berbanding dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada “Pohon Ajaib” ini, selama bertahun-tahun tetapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini?


Jawabnya adalah: Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar telah melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh di hutan Amazon ini.


Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini: kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan: sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!
 
Tetapi.. Kisah Graviola hampir berakhir disini.. Kenapa?

Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk membuat ubat adalah DILARANG untuk dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tetapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gagal setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti yang disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.


Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Wallahu'alam..
 

Sebarkan maklumat berharga ini kepada seluruh ahli keluarga anda, saudara anda, sahabat handai dan rakan taulan yang kita kasihi.

-ibnumustafa