PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, February 10, 2011

SOLAT SATU KEWAJIPAN

Bagi orang Islam yang hatinya tidak khusyuk dalam beribadat, mereka akan merasa berat dan terbeban dengan solat. Orang begini tidak akan menunggu waktu solat.

Malah jika mengerjakan solat sekalipun, ada perkara lain yang diagung-agungkan yang menjadikan fikiran dan jiwanya tidak tertumpu kepada Allah S.W.T.

Contohnya orang yang merasa sayang untuk meninggalkan kerja-kerjanya. Orang begini tentu berat dan susah mengerjakan solat kerana terlalu sibuk hingga mereka menjadi lalai.

Bahkan dalam masa mengerjakan solat sekalipun ia tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas dan khusyuk tetapi dalam keadaan terpaksa dan terseksa. Apa yang diingatinya ialah perkara yang dijiwainya dan yang diutamakannya.

Oleh itu solatnya dilakukan dengan cepat sekali demi menyelesaikan tugasannya itu. Maka terasalah olehnya akan kepenatan dan kejemuan dalam mengerjakan solat hingga sampai kepada tahap sanggup meninggalkan solat.

Orang seperti ini sebenarnya tidak sabar dalam mengerjakan solat dan mendirikan solat tanpa roh lantaran kegagalan mereka menghayati atau memahami setiap ungkapan yang dibacanya di dalam solat.

Sesungguhnya sembahyang lima waktu secara lahirnya tidak berat kerana bacaannya tidaklah panjang dan tidak juga memakan masa yang lama. Hanya sekitar 10 - 15 minit sahaja.

"Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan ruku'lah beserta orang-orang yang ruku'." - al-Baqarah; ayat 43.

Bahkan ia boleh dilakukan di mana-mana. Ia juga tidak menyusahkan dan tidak memenatkan. Bahkan merupakan satu latihan jasmani yang baik untuk tubuh badan. Namun begitu mengapa Allah menyebut solat itu besar dan berat melainkan pada orang-orang yang khusyuk?

Jawapannya, khusyuk yang dimaksudkan di sini ialah orang mu'min yang jiwa tauhidnya mendalam dan rasa kehambaannya kuat. Rasa cinta dan takutnya dengan Tuhan menguasai jiwa.

"Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya"
- Surah Al-Baqarah; ayat 45-46.

Mereka mudah mengerjakan solat bahkan rindu serta seronok mengerjakannya kerana mereka dapat melepaskan perasaan rindu pada Tuhan. Waktu solat sentiasa ditunggu-tunggu dan tidak cukup dengan mengerjakan solat yang wajib, mereka mendirikan pula solat sunat.

-ibnumustafa-

Sunday, February 6, 2011

Hukum Memukul Muka / Wajah

Hukum memukul muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )


"Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadith sahih Bukhari dan Muslim.

Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana;

1. Muka ada anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.

2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai.

3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata.

4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.

5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Imam Ibnu Hajar as-Qalani berkata:

وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)"

Imam Sun'ani berkata (pengarang kitab subulus salam):

" وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

"Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Oleh itu hendaklah kita menjauhi memukul muka samada kepada isteri, anak, pelajar2, orang bawahan atau pun yang lain. Mungkin sebab anak2 atau anak murid semakin nakal dan susah hendak menghafal kerana tindakan memukul muka mereka.
Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan.

Wallahu'alam..

-ibnumustafa-

Wednesday, February 2, 2011

Letakkan pengharapanmu pada Allah Yang Maha Berkuasa

Ditengah kehidupan yang dihempas badai membuat hidup kita menjadi sengsara, seringkali kita tak berdaya. Kita tidak mampu melawan setiap bencana, menghapuskan derita dan mencegah malapetaka dengan kekuatan kita sendiri sebab manusia pada dasarnya satu makhluk yang terbatas perilakunya. Sehebat apapun diri kita tetap saja tidak akan terdaya ditengah keadaan kehidupan yang penuh sengsara, jatuh tersungkur. Kita hanya akan mampu menghadapi semua masalah kehidupan dengan menyerahkan kepadaNya. Jika tidak, mana lagi jalan yang hendak kita tempuh dalam menghadapi ujian, cubaan & musibah?

"Dan bertawakallah kamu hanya kepada Allah, jika kamu orang yang beriman." - Surah Al-Ma'idah; ayat 23.

Bertawakallah kepada Allah Yang Maha Kuat yang kekuatannya begitu amat besar melampaui dari yang kita bayangkan, betapa Maha Kuat dan Maha BesarNya Allah S.W.T. Jadikanlah kalimat hamdalah 'alhamdulillah' sebagai kalimat yang senantiasa diucapkan dalam kehidupan kita sehari-hari. Jadikanlah zikir yang setiap hari selalu diucapkan dalam keadaan sedih dan bahagia. Mensyukuri setiap anugerah didalam hidup apapun yang terjadi, baik senang dan susah semua itu adalah kurniaan Allah. Jadikanlah hamdalah 'alhamdulillah' sebagai kalimat yang selalu menyelimuti langkah kita, jika harta kita sedikit, hutang banyak, sumber penghidupan yang semakin menyusut, ekonomi yang kurang stabil, mengadu dan berharaplah kepada Allah dengan penuh pengharapan seraya mensyukuri terhadap kurniaan yang telah dianugerahkan Allah yang ada pada diri kita saat ini, maka Allah akan memberikan kemudahan dalam menghadapi kesulitan hidup ini.

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Aku tambah nikmat kepadamu dan jika kamu mengingkari nikmatKu maka sesungguhnya siksaKu sangatlah pedih." - Surah Ibrahim; ayat 17.

Wallahualam..

-ibnumustafa-

~Ahmad Taufiq~


~Ahmad Taufiq = Petunjuk Yang Terpuji~

credit buat adik yg sudi buat nama abg dalam bentuk khat Kufi Murabba' ni.. TERBAEEKKK~!!

So, sesiapa yang beminat untuk dilakarkan sama namanya bolehlah minta tolong dia buat.. harga tempahan boleh dirunding.. lepas la buat tanggung yuran pengajian dan makan minum dia di kolej.. hehehe~

-ibnumustafa-

Monday, January 31, 2011

Demi memelihara pertumpahan darah... BERAMBUSLAH wahai Hosni Mubarak!!!


BERAMBUSLAH~!!!

Seorang sahabat dari Mesir mengirimkan kepada saya melalui email sebuah sajak, luahan hati rakyat Mesir yang tertindas. Saya terjemahkan sekadar mampu untuk kita kongsi pahit derita mereka dan tolong doakan kesejahteraan mereka. Semoga Allah segera datangkan pertolonganNya buat saudara-saudara kita yang berjuang demi menegakkan kebenaran dan keadilan di bumi Tuhan. Hayatilah...

Meskipun telah lenyap sejuta harapan masa hadapan

Selepas usiamu menjangkau 90 tahun atau sedikit kurang

Iaitu pada usiamu yang telah nyanyuk

Tidakkah sudah tiba masanya untuk engkau memelihara hakmu yang terabai?

Yang bijaksana di zamanmu diturunkan

Tidakkah engkau akan berambus?

Sesungguhnya semua manusia mendesakmu

Angin kencang bertiup menyerangmu

Tidakkah engkau mahu berambus?

Kalau bukan sekarang, katakan kepadaku bila engkau akan berambus?

Apabila engkau telah tukarkan syurga Tuhan kami menjadi neraka

Apabila engkau telah runtuhkan kaabah kami

Dan mimpi telah menjadi batu

Apabila engkau telah mabuk dan ketagih meneguk darah-darah kami

Dan engkau masih belum berambus?

Kalau begitu, katakan kepadaku bila engkau akan berambus?

Apabila engkau telah dapat menukar warna darah

Apabila engkau telah dapat menggantikan keindahan segala sesuatu

Apabila engkau telah menghapuskan wangian bunga-bunga mawar

Dan engkau telah padamkan seri pagi menjadi petang yang suram

Apabila engkau telah memusnahkan ciptaan Allah yang indah rekaanNya

Dan engkau belum juga berambus!

Kalau begitu katakan kepadaku bila engkau akan berambus?

Apabila engkau telah hilangkan harapan di sebalik mentari

Apabila engkau tanamkan beberapa generasi di dalam perut bumi

Apabila engkau cacatkan bayi-bayi di dalam rahim

Apabila engkau pertuhankan harta bukan Pemberi rezeki

Apabila engkau isytiharkan bahawa engkau tuhan kami yang paling tinggi

Dan engkau berehat daripada kepahitan sedangkan dunia sakit tak terperi

Dan engkau tidak malu

Engkau tidak juga berambus

Demi Tuhanmu! Katakan bila engkau akan berambus?

Tanpamu, sesungguhnya dunia lebih baik

Tanpamu, sesungguhnya dunia lebih cantik

Tanpamu, sesungguhnya dunia lebih unggul

Dan kini air ludah berhamburan di atas dua tapak tanganmu:

Wahai orang yang mengaku membawa kebaikan, berambuslah!

Engkau telah jadikan negeri kami lebih kami cintai daripada biji sawi

Maka ayuhlah berambus!

Engkau telah jadikan nenek moyang kami dan warisan umat kami melaknat kami

Sungai Nil kami cemburu kepada anak-anak sungai lain

Maka ayuhlah berambus!

Engkau telah jadikan Barat menunggang belakang kami dan Timur menumbuk perut kami

Engkau telah jadikan kami cacat dan lumpuh

Maka kami tidak dapat bekerja

Kami tidak mampu membina harapan

Maka ayuhlah berambus!

Engkau telah jadikan manusia suka tidur di atas daratan

Dan suka mati di dalam lautan

Dan engkau tidak takut orang berdoa melaknat kamu secara diam-diam

Dan secara terang-terangan

Dan engkau tidak akan diberi tempoh untuk menerima azabNya!

Maka ayuhlah berambus!

Telah datang kepadamu pemberontakan terbesar

Yang berkata kepadamu ikutilah jejak ‘Zainal Abidin’ sekarang

Ayuhlah segera berambus

Sesungguhnya rakyat tidak bodoh

Sesungguhnya Allah akan membalasmu di mana jua

Dan engkau sekali-kali tidak akan diberi tangguh!!


sajak ini dipetik dari http://zaadut-taqwa.blogspot.com/

Sunday, January 30, 2011

~InsyaAllah~



InsyaAllah - Maher Zain (Malay Version)


Andainya..

Kau rasa tak berupaya..

Hidup sendirian tiada pembela..

Segalanya suram, bagai malam yang gelap..

Tiada bantuan, tiada tujuan..

Janganlah berputus asa..

Kerana Allah bersamamu..


InsyaAllah...

InsyaAllah...

InsyaAllah... Ada Jalannya...


Andainya..

Kesalmu berulang lagi..

Bagai tiada ruang untuk kembali..

Tika keliru atas kesilapan lalu..

Membelenggu hati dan fikiranmu..

Janganlah berputus asa...

Kerana Allah bersamamu...


InsyaAllah...

InsyaAllah...

InsyaAllah... Ada Jalannya...


Kembalilah...

Kepada yang Esa..

Yakin padaNya, panjatkanlah doa..

Ooo~ Ya Allah...

Pimpinlah daku dari tersasar..

Tunjukkan daku ke jalan yang benar..

Jalan yang benar..

Jalan yang benar..

Jalan yang benar...


InsyaAllah...

InsyaAllah...

InsyaAllah... Ada Jalannya~~~

Sunday, January 16, 2011

Selamat Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-83

Hari Keputeraan KDYMM Tuanku Sultan Kedah yang ke-83

Daulat Tuanku

Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Hari Keputeraan

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

Pada hari Ahad, 16 Januari 2011, bersamaan 12 Safar 1432 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik,

-ibnumustafa-