PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, December 10, 2011

Amalan-amalan Sunat Yang Dianjurkan Semasa Gerhana Matahari Dan Bulan

Gerhana Bulan

Menerusi sekian banyak hadith berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

1. Solat dan berdoa:

Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”

2. Berzikir dan beristighfar:

Daripada Abu Musa R.A, beliau berkata: “Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Rasulullah S.A.W, Baginda bangkit terkejut, takut terjadi kiamat sampai Baginda menuju ke masjid. Baginda melakukan solat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan solat seperti itu. Kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakutkan hamba-hambaNya. Oleh sebab itu, apabila kamu melihatnya, maka bersegeralah ingat kepadaNya, berdoa dan mohon keampunanNya.” - Hadith Riwayat Muslim.

3. Berlindung daripada azab kubur:

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata: “Setelah Nabi S.A.W selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda S.A.W memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

4. Bersedekah:

Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

5. Memerdekakan hamba:

Daripada Asma’ R.A, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. Dalam satu riwayat: 'Gerhana bulan'.”

Inilah sunnah Baginda S.A.W ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita S.A.W kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Hadith-hadith lain yang berkaitan dengan gerhana bulan dan matahari:

Daripada Abdullah bin Amru R.A, beliau berkata: “Tatkala gerhana matahari terjadi di masa Rasulullah S.A.W, (manusia) diseru dengan seruan: "As-solatu jami'atan" (marilah solat berjamaah). Rasulullah S.A.W melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat (yang terakhir). Kemudian matahari nampak kembali.” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Abdullah bin Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak terjadi gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah solat.” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Mughirah bin Syu'bah R.A, beliau berkata: Pada masa Rasulullah S.A.W pernah terjadi gerhana matahari pada hari kematian Ibrahim. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana disebabkan kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, apabila kamu melihatnya, maka berdoalah kepada Allah dan tunaikan solat hingga matahari nampak kembali.” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Mas’ud Al-Anshari R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

-ibnumustafa-

Wednesday, December 7, 2011

Lima Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

“
Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.”

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:


“
Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat.”

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.


“
Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?”

Ibrahim bin Adham berkata:


“
Syarat pertama, jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.”

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata:

“Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?”

“Ya!” tegas Ibrahim bin Adham.

“Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekiNya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?”

“Yang kedua,” kata Ibrahim, “kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!”

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

“Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?”

“Ya! Anda benar.” kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga, lalu Ibrahim menjawab:

“Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya!”

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

“Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?”

“Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk melakukan maksiat?” kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

“Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.”

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar lalu berkata:

“Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?”

“Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?”

“Baiklah, apa syarat yang kelima?”

Ibrahim pun menjawab:

“Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.”

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf, lalu dia berkata:

“Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya.” Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. “Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah.” katanya sambil teresak-esak.

-ibnumustafa-

Thursday, October 20, 2011

The Arrivals - Episode 50 - The Arrival Of Jesus The Messiah



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 49 - The Arrival Of Antichrist



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 48 - The Arrival Of Mahdi



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 47 - The Free Human



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 46 - The Complete Human



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~