PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Monday, August 17, 2009

H1N1 ALERT: Adab Bersin

Adab Bersin

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah SWT sukakan bersin dan benci pada menguap. Jika salah seorang kamu bersin dan memuji Allah SWT, hendaklah orang Islam yang mendengarnya mengucapkan "Yarhamukallah".. Sedangkan menguap itu adalah daripada syaitan. Maka jika seorang kamu menguap hendaklah ia mengembalikannya (menahannya) sedapat mungkin, kerana apabila kamu menguap, syaitan akan ketawa melihatnya." - HR al-Bukhari


Tasymid dan Tahmid Dari Anas bin Malik RA katanya: "Dua orang laki-laki bersin dekat Nabi SAW. Lalu yang satu ditasymitkan oleh baginda sedangkan yang satu lagi tidak. Maka bertanya orang yang tidak ditasymitkan, tetapi aku bersin tidak kamu tasymitkan. Mengapa begitu, ya Rasulullah?" Jawab baginda, "Yang ini sesudah bersin dia memuji Allah sedangkan kamu tidak." - Sahih Muslim.

Huraian:
  1. Islam selaku agama yang mulia amat menekankan kesopanan dan kesantunan dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya sama ada dalam pergaulan, percakapan ataupun tingkah-laku refleks seperti menguap, bersin dan sebagainya.
  2. Ketika menguap terdapat adabnya yang tersendiri iaitu hendaklah meletakkan tangan di mulut ketika menguap untuk menutup pandangan yang tidak elok ketika mulut terbuka dan juga untuk menghalang sesuatu daripada masuk ke dalam mulut. Selain itu kita disuruh mengurangkan bunyi ketika menguap, seboleh-bolehnya tidak kedengaran langsung.
  3. Manakala apabila bersin pula kita hendaklah memalingkan muka ke arah lain sambil menutup mulut dan hidung untuk mengurangkan bunyi bersin tersebut selain untuk mengelak daripada terkena jangkitan pada orang lain. Selepas bersin hendaklah mengucapkan "alhamdulillah", sebagai rasa bersyukur dengan memuji Allah. Dan orang yang mendengarnya hendaklah mengucapkan "yarhamukallah" sebagai mendoakan kesejahteraan orang yang bersin itu agar dia agar dirahmati Allah. Serta dibalas pula oleh orang yang bersin dengan mengucapkan "Yahdiinaa wayahdiikumullah". Namun begitu sekiranya orang yang bersin itu tidak mengucapkan 'al-hamdulillah' selepas bersin maka dia tidak berhak untuk diberikan ucapan tersebut.
  4. Menjawab orang yang bersin (jika dia mengucapkan hamdalah) hukumnya wajib, dan wajib pula menjawab orang yang mengucapkan "Yarhamukallah" dengan ucapan "Yahdiina wayahdii kumullah", dan jika seseorang yang bersin itu terus menerus bersin lebih dari tiga kali, maka kali keempatnya hendaklah diucapkan "Afakallah" (Semoga Allah menyembuhkan anda) sebagai ganti dari ucapan "Yarhamukallah" .
  5. Bersin yang terlalu kerap melebihi 3 kali menandakan seseorang itu kemungkinan diserang selsema manakala menguap yang terlampau kerap menandakan seseorang itu tidak cukup tidur selain menunjukkan ciri-ciri kemalasan yang patut dihindari dengan melakukan aktiviti senam ringan dan sebagainya.
Hadith Rasulullah SAW: Daripada Salman bin 'Amir RA, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sedekah kepada golongan miskin, ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah; sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran, iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim." - HR at-Tirmizi.

-ibnumustafa-

Friday, August 14, 2009

H1N1: Antara Doa Nabawi & Doa Bid’ie

Penularan pandemik Influenza H1N1 atau lebih dikenali sebagai selsema babi terlalu pantas. Perkembangan mutakhir wabak ini cukup membimbangkan semua lapisan masyarakat. Apatah lagi sehingga kini belum ada vaksin khas untuk melindungi manusia daripada jangkitan virus ini.

Kalangan kelompok umat Islam, tersebar bermacam-macam doa agar dijauhi jangkitan ini. Diedarkan dalam bentuk poster, pamflet, dan flyer, ataupun disiarkan melalui medium internet di laman-laman web dan blog. Kesedaran akan kepentingan dan keutamaan berdoa kepada Allah dalam situasi seperti ini adalah sikap yang harus dipuji, kendatipun doa kepadaNya wajar menjadi amalan rutin tanpa mengira susah dan senang, sakit dan sihat, cemas dan aman.

Kerana suara yang sentiasa merintih kepada Allah ketika senang dan aman, itulah suara yang mustajab diperkenan ketika payah dan cemas.

Di dalam satu perkahabaran atsar, disebut bahawa seseorang hamba Allah yang soleh dan sentiasa ingat kepadaNya apabila ditimpa kesusahan atau meminta satu hajat kepada Allah, para Malaikat akan berkata, “Wahai Tuhan, ini suara yang dikenali, dari seorang hamba yang dikenali”.

Sedangkan seseorang hamba yang lalai dan jauh daripada Allah apabila berdoa dan memohon kepadaNya, para Malaikat berkata, “Wahai Tuhan, ini suara yang janggal, dari seorang hamba yang janggal”. (Al-Wabil Al-Shayyib hlmn: 102).

Melalui penelitian beberapa doa yang beredaran di laman-laman internet, yang disebarkan bersempena penularan pandemik ini, saya mendapati ada antara doa-doa tersebut mengandungi kalimat-kalimat yang bercanggahan dengan syariah Islam. Sudah pasti ia bukan doa nabawi, tetapi doa rekaan orang-orang tertentu yang tidak merujuk kepada sumber Islami.

Ada antara doa yang tersebar bukan sahaja mengandungi permintaan tolong kepada makhluk yang sudah wafat, ditambah pula dengan unsur Syiah Rafidhah yang mengkhususkan permintaan tolong dari lima peribadi iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, Ali, Fatimah, Hasan dan Husain.

Waraskah seorang Muslim mengamalkan doa seumpama ini jika dia menyedari bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sudah pun meninggalkan aneka jenis doa untuk diamalkan dalam pelbagai situasi. Termasuk dalam berhadapan dengan penyakit, ada doa nabawi yang diajarkan.

Sebagai Rasul yang bersifat menyampaikan, baginda tidak sekali-kali menyembunyikan kalimat-kalimat doa yang boleh mendekatkan kepada Allah dan mencapai kebahagiaan dunia dan akhirat. Kerana baginda pernah bersabda:

“Allah tidak mengutuskan seorang Nabi pun, kecuali wajib ke atasnya menunjukkan umatnya kepada kebaikan yang diketahuinya, dan memberi amaran kepada mereka tentang keburukan yang diketahuinya”. Direkod oleh Muslim.

Alangkah aneh gelagat sebilangan umat Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Melupakan timbunan doa yang termaktub dalam sumber-sumber kitab hadis, dan dalam masa yang sama cenderung dan berminat dengan kalimat-kalimat yang direka dan disusun oleh orang terkemudian. Meninggalkan amalan yang diyakini, dan menyukai suatu yang diwas-waskan. Mengabaikan doa yang penuh keberkatan, sambil mencari doa yang entah dari mana asal-usulnya.

Benarlah ungkapan seorang salaf, “Tidaklah satu kaum membuat satu bidaah dalam agama mereka, kecuali Allah mencabut dari amalan sunnah mereka suatu yang sepertinya, kemudian Dia tidak akan mengembalikannya sehingga hari kiamat”. (Sunan Darimi).

Oleh itu, dalam mencari doa samada doa harian atau doa bermusim, sebaik-baiknya pilihlah doa nabawi yang direkod oleh para ulama hadis. Jauhilah doa-doa rekaan yang mengandungi unsur-unsur yang memesongkan. Semoga dengan keberkatan dan keajaiban doa nabawi, Allah Taala melindungkan kita daripada jangkitan wabak yang menakutkan.

* Sumber dari coretan Ust Abu Umair

Thursday, August 13, 2009

AL-FATIHAH: Ketua Kumpulan Nasyid RABBANI, Asri Ibrahim meninggal dunia.


Vokalis utama kumpulan Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim (Ustaz Asri) meninggal dunia sebaik sahaja jatuh ketika membuat persembahan di RTM kira-kira jam 11.15 pagi ini.

Menurut saksi, Asri jatuh di hadapannya ketika membuat persembahan itu dan ketika diperiksa dia sudah meninggal dunia.

Sementara itu, salah seorang petugas pemasaran kumpulan nasyid tersebut, Badrulhisham Jamaluddin mengesahkan bahawa Ustaz Asri meninggal dunia selepas rebah di RTM pagi tadi.

Pahlawan Nasyid

Dalam pada itu, anggota Kumpulan Nasyid Raihan menyifatkan allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim yang juga vokalis Kumpulan Rabbani sebagai 'pahlawan nasyid' yang sukar dicari ganti.

Salah seorang anggota kumpulan terbabit, Che Amran Ibrahim ketika dihubungi memberitahu, pemergian vokalis nasyid yang bersuara 'emas' itu amat sukar dicari ganti.

Berita kematiannya yang mengejutkan itu memang memeranjatkan kita semua, sama seperti anggota kumpulan RAIHAN yang telah meninggal dunia dahulu Allahyarham Zaiery yang pergi dengan cara mengejut.

Ustaz Asri yang bersuara 'emas' sebenarnya ikon kepada kumpulan nasyid yang ada pada hari ini.

Walaupun Rabbani hanya ditubuhkan pada tahun 1998, namun namanya telah lama terkenal dengan seni irama nasyid sejak sekian lamanya khususnya sewaktu menganggoti Nadamurni.

Begitu juga anggota Raihan yang ditubuhkan sebenarnya turut mendapat respond yang baik dari allahyarham sendiri, bahkan allahyarham turut memberi saranan supaya memperbanyakkan kumpulan nasyid.

Ianya bertujuan supaya masyarakat turut mendapat hiburan alternatif yang menjurus kepada Islam sebagai mengimbangi lagu-lagu versi lain yang ada pada hari ini.

Ulama' nasyid

Sementara itu, anggota Kumpulan Hijjaz, Isman Hisyam, menyifatkan allahyarham sebenarnya seorang ulama' yang masyhur dalam nasyid.

Walaupun kita nampak dia bernasyid, tetapi sebenarnya dia seorang ulama' bahkan tempat anggota kumpulan nasyid membuat rujukan khususnya tentang Islam.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua peminat Rabbani khususnya umat Islam mendoakan kesejahteraan allahyarham agar mendapat limpahan rahmat yang tidak perbah putus.

Untuk rekod, salah seorang anggota Hijjaz, iaitu Salleh telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru, ianya diikuti dengan anggota kumpulan Raihan, Zaery meninggal dunia akibat serangan jantung beberapa bulan selepas itu.

Juara ABP lapan tahun berturut-turut

Ustaz Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.

Beliau menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi dan memberikan kejayaan kepada Rabbani.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapan tahun berturut-turut.

Kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini adalah dengan konsep yang tersendiri.

Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana? Ke Mana?' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Semoga Allah SWT merahmati dan meredhoi perjuangannya selama ini.

AL-FATIHAH

-ibnumustafa-

Tuesday, August 11, 2009

Jangan dibiarkan NUR itu menghilang..

Coretan ini kutujukan untuk diriku sendiri serta sahabat-sahabat tercintaku yang insyaAllah tetap mencintai Allah SWT dan RasulNya Muhammad SAW di atas segalanya....

....kerana hanya cinta itu yang dapat mengalahkan segalanya, cinta hakiki yang membuat manusia melihat segalanya dari sudut pandangan yang berbeza, lebih bermakna dan indah..

Coretan ini kutujukan untuk hatiku dan hati sahabat-sahabat tercintaku yang kerap kali terisi oleh cinta selain dariNya, yang mudah sekali terlena oleh indahnya dunia, yang terkadang melakukan segalanya bukan keranaNya, lalu di ruang hatinya yang kelam merasa senang jika dilihat dan dipuji orang, entah di mana keikhlasannya..


Maka saat merasakan kekecewaan dan kelelahan kerana perkara yang dilakukan tidak sepenuhnya berlandaskan keikhlasan, walhal Allah SWT tidak pernah menanyakan hasilnya. Dia akan melihat kesungguhan dalam berproses..

Coretan ini kutujukan pula untuk jiwaku serta jiwa sahabat-sahabat tercintaku yang mulai lelah menapaki jalanNya ketika seringkali mengeluh, merasa dibebani bahkan terpaksa untuk menjalankan tugas yang sangat mulia. Padahal tiada kesakitan, kelelahan serta kepayahan yang dirasakan oleh seorang hamba melainkan Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya..

Coretan ini kutujukan untuk roh-ku dan roh sahabat- sahabat tercintaku yang mulai terkikis oleh dunia yang menipu, serta membiarkan fitrahnya tertutup oleh maksiat yang dinikmati, lalu di manakah kejujuran diletakkan? Dan kini terabailah sudah nurani yang bersih, saat ibadah hanyalah sebagai rutin belaka, saat jasmani dan fikiran disibukkan oleh dunia, saat wajah menampakkan kebahagiaan yang penuh kepalsuan.

Cuba lihat disana! Hatimu menangis dan meranakah? Coretan ini kutujukan untuk diriku dan diri sahabat-sahabat tercintaku yang sombong, yang terkadang bangga pada dirinya sendiri. Sungguh tiada satupun yang membuat kita lebih di hadapanNya selain ketaqwaan. Padahal kita menyedari bahawa tiap-tiap jiwa akan merasakan mati, namun kita masih bergulat terus dengan kefanaan..


Coretan ini kutujukan untuk jasadku dan jasad sahabat-sahabat tercintaku yang mulai mati, saat tiada getar ketika asma' Allah SWT disebut berulangkali, saat tiada sesal ketika kebaikan berlalu begitu sahaja, saat tiada rasa takut padaNya ketika maksiat dilakukan dan tiada merasa berdosa ketika menzalimi diri sendiri dan orang lain..

....Akhirnya coretan ini kutujukan untuk jiwa yag masih memiliki nurNya meskipun sedikit, jangan dibiarkan NUR itu menghilang.. Maka terus kumpulkan nur itu, cahaya itu hingga ia dapat menerangi wajah-wajah di sekeliling, memberikan keindahan Islam yang sesungguhnya hanya dengan kekuatan dariNya..

"Ya.. Allah yang maha membolak-balikkan hati, tetapkan hati ini pada agamaMU, pada taat kepadaMu dan dakwah di jalanMu."

-ibnumustafa-

Saturday, August 8, 2009

SIAPA YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH DIA AKAN BERJAYA..

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera...

* Anda ada masalah HUTANG?

*Modal untuk perniagaan tidak mencukupi?

*Gaji besar tapi banyak kena potong... Gaji kecil?

*Gaji hanya cukup makan?

*Anda KESEMPITAN WANG untuk berbelanja?

*Harga barang-barang harian naik?

*Harga MINYAK NAIK?


> JANGAN PINJAM ALONG!

> JANGAN MELABUR SKIM CEPAT KAYA!

> JANGAN BERJUDI! (TOTO, 4D, MAGNUM, LOTERI)

> JANGAN MELABUR SKIM PELABURAN INTERNET! (HIGH YIELD INVESTMENT PROGRAMME-HYIP


Berusaha sambil mendekatkan diri dengan ALLAH S.W.T

Percayalah... Jika kita ikhlas, INSYAALLAH kejayaan akan menghampiri kita..


SUMBANGAN ANDA HANYA RM30.00 SAHAJA MELALUI

UNTUK PENYERTAAN SILA KLIK DISINI!!

"Hendaklah kamu tolong menolong dalam perkara kebaikan dan takwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan" - Maksud Al-Quran

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubahnya" - Maksud Al-Quran

"Sesungguhnya seseorang mukmin yang lain bagaikan satu tubuh" - Maksud Al-Hadith

-ibnumustafa-

Nasib Melayu di bumi Melayu

Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera..

Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah.

Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah.. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil
daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka?Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP
begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak
berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran: "jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan."

Dr. Mohd Ridhuan Tee
Penulis ialah Pensyarah Kanan,
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Tuesday, August 4, 2009

Mendefinisikan Amalan Terburuk


Amalan terburuk adalah sekurang-kurangnya tidak efektif dan sebanyak-banyaknya tidak produktif. Sama seperti pelaburan yang buruk yang akhirnya mendatangkan kos yang tinggi. Amalan buruk juga dapat mencuri waktu anda, tenaga dan produktiviti.

Sebahagian amalan adalah lebih buruk daripada yang lain: beberapa kegagalan kecil yang cukup buang waktu anda atau menurunkan produktiviti, sedangkan yang lain adalah masalah utama yang dapat menyebabkan sesuatu projek itu gagal.

Kadang-kala amalan yang buruk adalah tidak dapat melakukan apa saja, sama seperti membekukan semua wang anda dapat menjadi pelaburan buruk dalam tempoh jangka panjang akibat inflasi. Pada waktu yang lain ia adalah kesalahan yang sering terjadi pada kebanyakan orang, meskipun tidak dipanggil sebagai "amalan”, ia juga mungkin terjadi kerana kebiasaan umum.

Memahami amalan kerja yang buruk dan berusaha menghindarinya merupakan perbuatan yang berharga. Lompong ini mudah merosakkan upaya anda walaupun anda telah menggunakan semua amalan yang terbaik. Untuk menjadi pengurus waktu yang efektif anda tentu harus menggunakan amalan terbaik, namun anda juga harus menghindari yang terburuk.

Bagi setiap amalan terbaik biasanya ada satu set amalan terburuk yang meliputi keadaan yang sama atau yang diinginkan. Misalnya, amalan terbaik dalam proses delegasi juga dianggap terburuk apabila semuanya dilakukan sendiri dan menghadkan delegasi.

Amalan terburuk adalah tidak produktif dan tidak efektif kerana berbagai alasan, namun ini adalah tiga yang paling umum:

1. Melanggar Prinsip
Banyak amalan dianggap buruk kerana mereka melanggar hukum alam atau prinsip. Seperti yang saya telah disebutkan sebelumnya, prinsip adalah dasar hukum yang mengendalikan kehidupan kita sama ada kita menerimanya atau tidak. Amalan yang melanggar prinsip adalah cacat secara fundamental dan telah memberi anda kesukaran serta hasil yang negatif.

Amalan ini cenderung kepada keburukan terutama kerana anda mungkin tidak menyedari bahawa anda melanggar prinsip asas yang digunakan; mungkin anda hanya melakukan apa yang telah disuruh atau apa yang telah dilakukan selama bertahun-tahun. Apabila anda sedar bahawa sesuatu amalan itu melanggar prinsip atau peraturan asas, anda memiliki sedikit pilihan dalam hal ini. Prinsip ini tidak dapat berubah kerana kepentingan anda. Anda harus mengubah dan mulai menggunakan amalan yang lebih baik.

Cerita tentang seorang kapten dengan rumah api memberikan gambaran yang lucu tentang apa yang dimaksudkan dengan melanggar prinsip. Bila anda berhadapan dengan prinsip rumah api, pilihan anda hanyalah untuk berubah atau menghadapi kesannya.


2. Berdasarkan paradigma yang tidak tepat atau salah
Alasan kedua gagalnya amalan terburuk adalah bahawa mereka sering berdasarkan paradigma yang tidak tepat atau salah. Contohnya 'penawar' seperti pendarahan atau penggerudian tengkorak pesakit yang sering digunakan oleh doktor abad itu berdasarkan kepercayaan palsu bahwa roh jahat di dalam darah adalah sumber penyakit. Amalan ini tidak produktif - sering membunuh pesakit bukan menyembuh mereka – berdasarkan paradigma yang sangat tidak efektif kerana ianya tidak berasaskan kenyataan; sebaliknya, ia berdasarkan imaginasi, mitos, tahyul, dan ketakutan.

Demikian juga, terdapat paradigma tidak efektif dari pengurusan waktu yang walaupun dipercayai dan banyak dimanfaatkan, tidak lebih dari roh jahat di dalam darah. Seperti 'penawar' yang digunakan oleh doktor, amalan yang berasal dari paradigma yang salah adalah tidak produktif. Bukan semua paradigma ini bersifat fantasi, di antaranya mungkin dimulai dengan butir kebenaran yang telah dibesar-besarkan atau berubah selama bertahun-tahun, yang dapat menjadi bahagian dari alasan mengapa sebagiannya begitu dipercayai: sepintas lalu mereka tampaknya masuk akal, tetapi ianya tidak benar atau tidak tepat. Artemus Ward berkata "Bukanlah terjadinya masalah disebabkan hal yang tidak kita ketahui. Ada hal-hal yang kita tahu namun bukanlah yang sebenarnya."

Orang yang melakukan amalan berdasarkan paradigma yang tidak efektif berpikir mereka tahu bagaimana mengelola waktu mereka, namun kenyataannya bahawa mereka benar-benar tidak, dan mereka membuang waktu dalam satu cara atau yang lain.


3. Tidak berfungsi
Amalan terburuk sebahagiannya memang tidak berfungsi. Ia hanyalah cara yang tidak efektif dalam menangani beberapa situasi atau mencuba untuk menyelesaikan tugas tertentu.
Nampak aneh apabila amalan terburuk sangat banyak digunakan walaupun ianya benar-benar tidak produktif dan tidak efektif. Berikut adalah sebahagian alasan mengapa ramai orang tetap terperangkap dengannya:

Kesalahan Lama - Sebahagian amalan terburuk adalah kesalahan pengurusan masa umum yang sering diulangi sehingga layak untuk dipanggil amalan terburuk.

Jalan Mudah - Kebanyakan yang amalan terburuk mewakili jalan yang mudah; amalan yang melibatkan sedikitnya jumlah usaha atau keselesaan untuk suatu situasi atau tugas. Amalan terbaik biasanya memerlukan pelaburan masa awal dan tenaga sebelum ia memberikan pulangan; ia juga mungkin mengeluarkan anda dari zon selesa agar digunakan secara efektif.
Orang yang enggan melakukan pelaburan ini biasanya kembali ke amalan yang tidak memerlukan usaha apapun atau kesusahan pada bahagian mereka, tapi kebanyakan amalan ini akhirnya menjadi amalan yang terburuk yang mana untuk jangka panjang akan menyebabkan kerugian masa.

Kurang Kemahiran atau Pengetahuan - Sebahagian orang jatuh ke dalam perangkap amalan yang terburuk hanya kerana mereka tidak tahu apa yang lebih baik, atau kerana mereka tidak memiliki kemahiran yang diperlukan untuk menggunakan amalan yang lebih baik. Situasi ini mudah diatasi jika anda belajar tentang amalan yang lebih baik dan mengembangkan kemahiran yang anda perlukan.


Perangkap Kera - Saya dengar bahawa penduduk desa di India menggunakan perangkap untuk menangkap kera. Mereka menanam balang di dalam tanah dan membiarkan mulut balang terbuka di atas tanah. Mereka kemudian memasukkan makanan yang disukai kera ke dalam balang. Balang itu mempunyai mulut yang cukup-cukup hanya untuk monyet memasukkan tangan jika kosong, tetapi terlalu kecil bagi mereka untuk mengeluarkan tangan mereka keluar apabila memegang makanan.

Kera yang datang pada malam hari dan memasukkan tangan mereka ke dalam balang untuk mendapatkan makanan, tetapi ketika mereka mencoba untuk keluar, mereka tidak dapat mengeluarkan tangan dari balang pada saat masih memegang makanan. Kera tidak akan melepaskan makanan dan boleh tersangkut berjam-jam, kadang-kadang selama berhari-hari, sampai orang kampung datang mengambil mereka.

Walaupun kisah ini agak berlebih-lebihan, konsep tersebut masih berharga kerana banyak amalan buruk berlaku seperti perangkap kera; ia memberikan keuntungan kerana menggunakannya, tetapi hanya seperti monyet, ia membuat anda terperangkap dan berakhir dengan biaya anda yang lebih dari apa anda terima.

Imbuhan ini tidak selalu jelas; sering kali kita tidak sedar kita menerimanya. Sebagai contoh, hasil dari emosi sering menangani krisis mendesak dapat berkembang menjadi sesuatu yang mungkin panggilan "ketagih desakan".

Dalam contoh ini, hasil dari ketagih desakan adalah rasa gembira, berhasil dan wajar apabila bekerja pada tugas yang mendesak, menyelesaikan masalah atau mengelola krisis.

Perangkapnya adalah bahawa dengan melakukan hal tersebut, kami sering mengorbankan tugas-tugas yang lebih penting hanya untuk mendapatkan hasil.

Seperti perangkap kera, satu-satunya cara untuk melepaskan diri daripada amalan buruk ini adalah melupakan habuan, mengenal pasti dan meninggalkannya.


Halangan Psikologi – Tidak lama dahulu, saya mengambil perjalanan bas Wisata ke Zoo San Diego yang terkenal. Daripada semua yang saya lihat, ada satu yang tidak boleh saya lupakan. Apabila bas berhenti dekat pameran gazel, juru pandu kami mulai menerangkan tentang gazel dan bagaimana mereka memiliki kemampuan melompat yang luar biasa.

Dalam kawasan liar, gazel dengan mudah dapat melompat lebih dari 30 kaki panjang. Dia kemudian bertanya sama ada kami menyedari apa-apa yang tidak kena dengan pameran tersebut berdasarkan informasi yang baru saja diberikan kepada kami. Tiada siapa yang tahu sehinggalah dia menunjukkan parit kecil dan pagar konkrit yang memisahkan kami dari gazel. Ini merupakan pameran yang luas: tanpa kandang dan jeriji; yang berdiri di antara gazel dan kebebasan adalah parit kecil dan pagar konkrit kecil kurang dari 4 kaki tinggi. Jarak antara parit dengan pejalan jalan tidak lebih dari 15 hingga 20 kaki.

Kemudian terdetik dalam fikiran saya: salah satu dari gazel itu dapat dengan mudah melompat melalui pagar dan parit untuk melepaskan diri. Gazel mempunyai kemampuan untuk melepaskan diri. Tetapi sebagai mana juru pandu kami mengatakan, tidak pernah satupun dari mereka melepaskan diri. Pada saat itu saya sangat teruja untuk mengetahui mengapa tidak ada gazel yang telah melepaskan diri daripada situ ketika mana mereka dengan mudah mampu melakukannya.

Jurupandu kami menjelaskan bahwa gazel tidak pernah lari kerana pengkaji telah menemukan dan membentuk penghalang psikologi. Ternyata, kecuali mereka mahu menyelamatkan diri, gazel langsung tidak lompat kecuali mereka dapat melihat di mana mereka akan mendarat. Ini mungkin sebuah naluri hidup yang tergambar dalam otak mereka melalui jutaan tahun proses evolusi, di kawasan liar, di mana kaki yang patah akibat dari pendaratan yang buruk telah menyebabkan kematian.

Pagar konkrit di kawasan pameran, walaupun tidak terlalu tinggi, namun cukup tinggi untuk mencegah gazel melihat di mana mereka akan mendarat; hasilnya adalah mereka tidak pernah cuba untuk melompat dan melarikan diri! Bagi gazel, ini adalah halangan psikologis yang nyata dan efektif seperti dinding konkrit 100 kaki tinggi yang padu.

Contoh lain terjadi kepada ungka, sejenis beruk yang kecil dan kurus yang hidup di Asia Tenggara. Pereka pameran di Zoo Terbuka Khao Kheow di Thailand ingin membuat pameran di mana orang dapat melihat ungka menjalani kehidupan yang normal tanpa kandang atau lain-lain buatan manusia yang menghalang pandangan. Keputusan mereka adalah untuk membangunkan pameran ungka di sebuah pulau buatan.

Oleh kerana ungka ada keengganan yang kuat dengan air, air di sekitar pulau menjadi penghalang psikologi yang sangat efektif yang mencegah ungka daripada meninggalkan wilayah mereka. Para pereka mampu membuat pameran tanpa harus menggunakan jerat atau pagar kerana kuasa dari penghalang psikologi.

Sama seperti banyak haiwan ada halangan psikologi yang menjaga mereka dalam kawasan mereka, kita sering dihadapkan dengan halangan-halangan psikologi seperti takut, khawatir, kepercayaan singkat dan keraguan yang mencegah kita keluar dari amalan yang buruk yang memerangkapkan. Halangan psikologi kadang-kadang lebih sulit untuk mengatasi daripada hambatan fisik kerana sebagian besar waktu kita tidak menyedari mereka ada!

Kebiasaan buruk – Kebanyakan amalan buruk merupakan kebiasaan yang sudah dilakukan orang selama bertahun-tahun. Mungkin mereka tidak tahu itu amalan yang buruk pada saat itu, atau ada alternatif lain yang lebih baik digunakan untuk situasi itu.

Apapun alasannya, mereka telah digunakan secara konsisten sehingga amalan sekarang sebati dalam bentuk tabiat buruk. Cara termudah untuk menghilangkan tabiat buruk adalah dengan menggantinya dengan tabiat lain. Anda akan melihat bahawa sebagian besar amalan terburuk dalam pengurusan waktu bersesuaian dengan amalan-amalan terbaik pekerjaan di tempat yang sama. Cara terbaik untuk menghilangkan amalan yang terburuk adalah dengan mencari dan menggantikannya dengan amalan terbaik yang secocok.

Diterjemah daripada www.timethoughts.com