Saya memakai tudung dan ingin meluruskan rambut dengan niat untuk suami. Saya rasa musykil, sekiranya saya meluruskan rambut (teknik rebonding), adakah chemical yang digunakan akan menyaluti rambut sehingga menyebabkan tidak sah mandi hadas, kerana air tidak sampai pada rambut?
Jawapan:
Tidak salah untuk kecantikan bagi suami, tetapi mesti memastikan bahawa bahan kimia itu tidak menghalang air, jika ia bertindak menghalang air dari rambut, maka tidak sah mandi hadas.
Cadangan:
Pastikan bahan-bahan yang digunakan halal dan suci serta tidak menghalang air dari terkena rambut bagi memastikan sah solat dan mandi hadas.
Soalan 2:
Saya nak taula. apa hukum teknik rebonding (meluruskan rambut)? saya bakal berkahwin dan bakal suami suka jika rambut saya lurus (sedangkan saya tidak). bolehkah saya melakukannya atas tujuan menggembirakan hati suami (kelak selepas berkahwin)? harap dapat diberikan penjelasan.
Jawapan:
Teknik rebonding bukanlah satu rawatan ia sekadar untuk mencantikkan rambut sahaja, sekiranya dibuat untuk suami adalah dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk selain daripada itu.
Harus membuat rambut dengan menggunakan kaedah rebonding dan sebagainya dengan syarat tidak dengan tujuan bermegah-megah atau menunjuk-nunjuk kepada orang lain tentang kecantikannya. Pastikan bahan-bahan tersebut tidak mengandungi najis.
Bolehkan saya meluruskan rambut dengan tujuan untuk kelihatan cantik didepan suami dan anak-anak tetapi saya akan mengenakan tudung apabila keluar rumah?
Jawapan:
Islam tidak pernah melarang wanita berhias untuk suaminya. Paling penting, hiasan itu hendaklah sesuatu yang tidak menyanggahi syariat Islam. Contohnya, seorang wanita bertindik di hidung atau mata, mewarnakan rambut dengan sesuatu yang tidak diharuskan, memakai rambut palsu dan sebagainya. Ia tetap ditegah dan diharamkan dalam Islam.
Oleh itu, mengenai masalah meluruskan rambut, ulama berbeza pendapat sama ada dibolehkan atau sebaliknya. Yang terbaik, tinggalkan perkara yang tidak dapat disepakatkan oleh ulama. Apa yang dibimbangi, ia termasuk perkara merubah kejadian asal yang dilarang dalam Islam.
Terlalu banyak hadith-hadith sahih yang membahaskan tentang perbuatan wanita akhir zaman yang mengubah ciptaan asal seperti mewarna rambut dengan warna hitam, memakai rambut palsu, mencabut kening dan sebagainya. Semua ini tidak lain hanyalah semata-mata menyembunyikan apa yang zahir dan mempamerkan kecantikan.
Oleh itu, kekalkan kejelitaan rambut kamu yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT tanpa meluruskannya. Perhiasan paling baik ialah ketaqwaan kepada ALLAH SWT dalam segala keadaan agar tidak terjerumus ke arah kemurkaan-NYA sama ada disedari ataupun tidak.
MUKADDIMAH
Sudah lama persoalan hukum teknik rebonding ditimbulkan. Cuma kesibukan dan sumber rujukan yang menyebabkan lambat untuk saya menulis tentangnya. Mudah2an dgn penulisan ini akan memberi ilmu yang bermanfaat kepada masyarakat agar mereka sentiasa berada di landasan kebenaran.
APAKAH ITU TEKNIK REBONDING
‘Rebonding’ merupakan sejenis teknik meluruskan rambut dengan menggunakan bahan kimia yang tertentu dan melalui proses yang tertentu. Bahan kimia tersebut akan mengurai struktur asal rambut dan membinanya kembali mengikut bentuk yang dikehendaki. Rambut yang melalui proses rebonding akan kekal dalam keadaan lurus sehinggalah rambut baru tumbuh.
Proses rebonding :
Proses ini mengambil masa lebih kurang 8 jam. Jika rambut lelaki biasanya 3 jam.
1. Rambut dibasuh dengan syampu.
2. Kemudian rambut dipisah-pisahkan dan dikenakan krim pelembut atau ‘relaxant’ untuk menjadikan rambut lurus. papan plastik kecil diletak bagi memastikan rambut kekal lurus
3. Krim pelembut atau ‘relaxant’ tadi dibiarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian rambut dipanaskan dengan wap sebelum dibilas.
4. Rambut dikeringkan dan dikenakan ‘keratin lotion’.
5. Kemudian sejenis seterika khas untuk rambut yang mempunyai permukaan yang rata digunakan bagi memastikan seluruh rambut menjadi lurus, tiada saki baki yang tertinggal.
6. Rambut dipisah-pisahkan sekali lagi, dan ‘neutraliser’ digunakan bagi mengukuhkan balik struktur rambut
7. Neutralizer dibiarkan selama 30 minit dan dibilas. Kemudian ‘seterika khas’ digunakan sekali lagi dan rambut akan kelihatan lurus dan berseri.
Adakah rebonding membawa mudarat kepada rambut?
Krim pelembut atau ‘relaxant’ yang digunakan dalam teknik rebonding mengandungi unsur-unsur kimia yang mengubah struktur rambut dan boleh mengakibatkan rambut kering, lemah, dan masalah rambut gugur. Antara bahan kimia tersebut adalah sodium hydroxide, calcium hydroxide dan ammonium thioglycolate. Rambut yang dilakukan rebonding perlu mendapat penjagaan yang istimewa, jika tidak rambut tersebut akan mudah rosak.
MENGUBAH BENTUK ASAL RAMBUT MENURUT ULAMA'
Ulama' Syafie menyatakan bahawa mengkerintingkan rambut adalah perkara yang diharamkan melainkan sekiranya sudah berkahwin dan diizinkan oleh suaminya.
Imam Ramli (Ulama' Mazhab Syafie) berkata dalam kitabnya Nihayatul Muhtaj:
"Dan diharamkan seorang wanita mengkerintingkan rambutnya. Sekiranya wanita itu mendapat keizinan suaminya (bagi yang bersuami) atau tuannya (bagi hamba) untuk mengkerintingkan rambutnya maka diharuskan. Ini kerana suami ada hak untuk mendapat perhiasan pada isterinya. Ini disebut dalam kitab Radatut Tolibin oleh Imam Nawawi." (Jilid 2 ms 25)
Menurut ulama', seperti mana haram mengkerintingkan rambut, begitu juga dengan meluruskan rambut.
SEBAB PENGHARAMAN
Ada dua sebab bagi pengharaman ini. Ianya adalah seperti berikut:
SEBAB PERTAMA: PENGUBAHAN
Rasulullah saw bersabda:
لعن الله الواشمات والمستوشمات والنامصات والمتنمصات والمتلفجات للحسن المغيرات خلق الله
“Allah melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang ditatu,pencukur kening dan orang yang dicukur kening,orang yang merenggangkan gigi untuk kecantikan yang mengubah ciptaan Allah” (Hr Bukhari Muslim)
Definasi pengubahan ciptaan Allah adalah seperti berikut:
إحداث تغييردائم في خلقة معهودة
“ Membuat perubahan kekal pada anggota yang normal"
Menurut ulama , kekal disini tidak semestinya kekal selamanya. Pengubahan yang memakan masa berbulan-bulan juga dianggap sebagai pengubahan yang diharamkan sekiranya untuk kecantikan.
SEBAB KEDUA: PENIPUAN
Muawiyah berkata:
إن رسول الله صلى الله عليه وسلم بلغه فسماه الزور
" Sesungguhnya Rasulullah saw menamakan rambut palsu sebagai penipuan."
Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim.
Bagi pengubahan rambut dengan teknik ini dianggap sebagai penipuan kerana manusia nampak seperti elok rambutnya padahal sebaliknya.
Kesimpulan:
Pengharaman ini untuk pengubahan yang ketara, dilihat jelas perbezaannya. dan berkekalan lama Adapun perubahan yang sedikit dengan bersikat, menggunakan gel dan dandanan rambut itu tidak dianggap perkara yang diharamkan. Malahan ini perkara yang disunatkan. Nabi saw bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
" Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya."
Hr Abu daud - hasan sahih
Rujukan: Nihayatul Muhtaj oleh Imam Ramli, Hafluz Zafaf Fil Feqhil Islami oleh Rafif Abdul Aziz Sabag, Al-Jarahah at-Tajmiliah oleh Dr soleh Fauzan. (terima kasih pd ikhwah yg cari maklumat tentang teknik rebonding)
-ibnumustafa-
7 comments:
Saya kira, tak salah atau berdosa kalau tujuan adalah untuk mencantikkan diri. Yg penting; cara meluruskan rambut tu hendaklah dilakukan dengan betul dan tertib. Andaikata setelah melakukannya; dalam hati terasa gembira, seronok pabila menatap cermin, dan rambutnya pula kelihatan menjadi sihat, terurus, maka hukumnya tak salah. Mutiara katanya di sini; jangan berlebih2. Kaler sampai jadi perang serupa mcm mat salleh, tajam2 cacak sampai tarik perhatian tanpa tujuan yang betul / bermakna ataupun apa jua tujuan yang tidak membawa apa2 hasil. Kalau untuk suami, saya kira tentu sekali anda akan dapat pahala kalau sang suami pun menyukainya.
Pelajari selanjutnya mengenai ilmu kecantikan (termasuk teknik meluruskan rambut) di:
Petua menjadikan diri cantik
Melalui situ, ada suatu teknik sangat berharga tentang meluruskan rambut. Cuma masih belum disertakan semasa penulisan ini. Di masa hadapan, insyaallah bahagian khas utk rambut disediakan. Trimas!
Nor: itu sekadar pendapat anda..jika anda seorg islam, anda patut merujuk kepada HUkum2 dlm Al- Quran. bukan menggunakan "saya kira...."
Mungkin ada seorg yg menjalankan rawatan kecantikkan...igtlah pekerjaan saloon, pusat kecantikkan banyak berdepan dengan DOSA....setiap perubahan yg wanita lakukan...adalah ditanggung oleh sipembuat. wallahuallam
Benar, soal hukum tiada 'saya kira' jika telah terdapat hukum yang diputus ulama, apatah lagi oleh orang yang bukan ahli dalam menentu hukum
Jadinya, rebonding/curl utk suami boleh ke tidak..? Harap bantu. Belom pernah buat, cuma baru kahwin suami selalu hint..kalau bole, insyaallah sy turutkam..
jawapannya..haram lah yeerr..c0z ia mengubah ciptaan Allah...kte kna lah bercukup pe yg da..cara pjagaan kite yg betul n hlal akn dpt rmbut cntik..errmm..dlu sy p0n nk wat tknik rebonding gak cume sy ragu2..n then bla dh tau ni, sy xtop dr pk kn nya..tuk my future hasben, time sy seadanya yerr...
Salam wbt...
perkara meluruskan rambut ini memang terdapat percanggahan beberapa ulama.. senang kira cam ni jer la... benda shubhah (ragu2) lebih baik kita tinggalkan, ambil jalan terbaik... diharamkan sahaja..
Daripada Abu Abdullah al-Nu’man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata:
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya perkara yang halal itu terang / jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang / jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.
Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
klau meluruskan rambu menggunakan cara tradisiona hukum dia ape????
Post a Comment