PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, April 30, 2009

Di manakah Mufti dan ulama' negara? Mereka perlu bangkit membantah keputusan kabinet!

Mufti-mufti dan Ulama'-ulama' di negara ini perlu bangkit mendesak kerajaan menyemak semula keputusan kabinet mengekalkan agama asal anak biar pun ibu bapa mereka menganut Islam.

Kabinet bukannya mahkamah yang boleh membuat keputusan mengekalkan agama anak biar pun ibu bapa sudah memeluk Islam.

Ini sudah bercanggah. Kalau kes itu berkaitan dengan agama ia mesti melalui Mahkamah Syariah. Kalau sekali pun kabinet mahu membuat keputusan, namun dalam hal agama ia mesti dirujuk kepada jabatan berkaitan.

Percanggahan ini terang-terang berlaku dan ia memperlihatkan keputusan kabinet hanya bagi kepentingan politik Umno.

Baru-baru ini kabinet membuat keputusan anak-anak kekal menganut agama asal ibu bapa semasa berkahwin biar pun kemudiannya ibu bapa mereka menganut agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat sebagai penyelesaian jangka panjang sebagai merujuk kes Mohd Ridzuan Abdullah dan Indra Gandhi.

Ridzuan nama asalnya Patmanathan a/l Krishnan, 40 kini memeluk Islam turut membawa tiga anaknya berusia berusia 1 hingga 12 tahun menganut Islam. Dia kemudiannya memohon hak penjagaan di Mahkamah Syariah.

Menteri itu juga menyebut mana-mana individu yang ingin menukar agama perlu menyelesaikan semua masalah berkaitan bagi mengelakkan kanak-kanak menjadi mangsa.

Ekoran kenyataan tersebut banyak pihak membantah termasuk Persatuan Peguam Syarie Malaysia dan pemimpin-pemimpin politik.

Mohamed berkata, kabinet tidak boleh mengetepikan peranan Mahkamah Syariah dalam menangani isu membabitkan agama Islam.

Keputusan yang dibuat kabinet di bawah perdana menteri baru jelas bagi menjaga kepentingan survival politik Umno untuk mempengaruhi orang bukan Islam di negara ini.

Keputusan ini dibuat oleh kerajaan BN tanpa merujuk kepada jabatan-jabatan berkaitan hal ehwal agama Islam.

Ini jelas menunjukkan betapa lemahnya institusi agama berada di bawah pentadbiran kerajaan BN sekarang.

-ibnumustafa-

Tuesday, April 28, 2009

Cukuplah wahai NAFSU...


Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang, menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman: Allah SWT telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman: Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari.. ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman: Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum Jannah-Nya..



Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan..
Neraca iman: Justeru, marilah bersamaku.. terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu.. nalurimu juga mahukan cinta dunia.. bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman: Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau.. kan kucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan.. hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman: Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu ~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu… cukuplah..

Neraca nafsu: ………. baiklah.. bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman: Katakanlah (Muhammad), "jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad), "taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir." - Surah Ali Imran, ayat 31-32.


Neraca iman: Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah SAW ajarkan, dan apa yg Allah SWT khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah.. Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman: Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah.. hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah SWT beri kekuatan.. dengan kekuatan CintaNya.. Amieen..

-ibnumustafa-

Kurangkan ketawa, banyakkan menangis.

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud:

"Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)."

Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud:

"Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.

Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadith-hadith Nabi Muhammad SAW. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.

Mereka menyatakan kononnya mahu melaksana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti 'Rajalawak'/'Lawaking' yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.

Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Allah SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama' kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah SWT - Tuhan segala manusia.

Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah SWT dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad SAW pada hari akhirat kelak.

Perkara ini ada ditegaskan Allah SWT melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang munafiq itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."

Berdasarkan hadith Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad SAW mengatakan:

Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.

* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.

* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.

* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.

Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadith Baginda SAW di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.

Mereka tidak mempedulikan larangan Allah SWT atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah SWT diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.

Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah SWT seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah SWT, Tuhan sekelian alam.

Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.

Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah SWT.

Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti 'Jomheboh' dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.

Kepada mereka dibacakan sebuah hadith Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

"Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."

Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.

Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebagai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.

Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.

-ibnumustafa-

Friday, April 24, 2009

Adakah Malam Pertama itu indah dan mengasyikkan?

..:: hidup adalah Perjuangan dan Pengorbanan ::..


Malam Pertama Itu Indah dan Asyik?

Freedom of Night

“Bila Malam Menjelma.. Memayungi Semesta.. Tercipta Rasa yang Terindah!”
Al-Bakabi, 24 April 2009: Alhamdulillah, pagi tadi saya menerima satu email yang telah diforwardkan oleh seorang sahabat yang berjaya menjentik hati dan rasa. Biasanya saya tidak begitu berminat membaca email-email yang diforward atau email-email berantai, tetapi email yang satu ini sesungguhnya telah menggugah jiwa saya. Ia tentang malam pertama!!

Apabila menyebut malam pertama, pasti semua orang akan terbayang satu malam yang penuh dengan keindahan dan kenikmatan. Nikmat duniawi yang tiada tara! Ya, satu malam di mana pasangan pengantin baru yang sah bergelar suami isteri setelah diijab qabulkan akan bersatu, beradu serta berpadu zahir dan batin. Malam penuh bahagia! Terus-terang, sebagai seorang anak muda di usia 28 tahun kini yang masih bujang, persepsi malam pertama yang sering berlegar-legar di ruang minda ialah malam tersebut pastinya merupakan satu malam yang segalanya adalah menyeronokkan, indah-indah, asyik-asyik dan nikmat-nikmat belaka!

Tetapi, pernahkah terbayang dan terlintas di benak fikiran kita satu malam lain yang juga dinamakan malam pertama, namun ianya bukanlah malam pertama perkahwinan?

Malam inilah yang menjadi isi kandungan email tersebut. Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?


Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?

Mati

“Apakah malam pertama kita di alam kubur nanti asyik dan nikmat atau penuh derita dan sengsara?”

Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama’ serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.

“Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?”

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.

Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!


Air Mata Keinsafan

“Last Breath..”

Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi’ bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:

Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu).” - Surah Al-Mu’minun, ayat 99-100.

Kemudian ia menjawab sendiri; “Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi’..” Dan disebabkan hal tersebut, Rabi’ bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah SWT!

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. “Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!”

Kewajipan

Justeru, bersamalah kita fikirkan MALAM PERTAMA ini dengan mata hati.. Semoga cahaya kesedaran bersarang di hati kita dan nur keinsafan melimpahi jiwa-jiwa kita. Semoga kita semua terlepas dari ‘azab kubur dan beroleh nikmat SyurgaNya di Akhirat kelak..
Amieenn Ya Rabbal ‘Alamieenn..

-ibnumustafa-

Tuesday, April 21, 2009

Pada mereka yang tersia-sia malamnya..

Pada mereka yang tersia-sia malamnya..

“Lihatlah hari ini, sebab ia adalah kehidupan, kehidupan dari kehidupan. Dalam sekejap dia telah melahirkan berbagai hakikat dari wujudmu. Nikmat pertumbuhan. Pekerjaan yg indah. Indahnya kemenangan. Kerana hari kelmarin tak lebih dari sebuah mimpi, dan esok hari hanyalah bayangan. Namun hari ini ketika anda hidup sempurna telah membuat hari kelmarin sebagai impian yg indah. Setiap hari esok adalah bayangan yg penuh harapan. Maka lihatlah hari ini”. - Kalidasa.

Wahai orang-orang yang terpejam matanya, perkenankanlah kami, manusia-manusia malam menuliskan sebuah surat cinta kepadamu. Seperti halnya cinta kami pada waktu malam-malam yang kami kait di sepertiga terakhir, atau seperti cinta kami pada keagungan dan rahsianya yang penuh pesona. Kami tahu dirimu bersusah payah lepas tengah hari berharap intan dan mutiara dunia. Namun kami tak perlu bersusah payah, sebab malam-malam kami berhiaskan intan dan mutiara dari syurga.

Wahai orang-orang yang terlelap, sungguh nikmat malam-malammu. Gelapnya yang pekat membuat matamu tak mampu melihat kuasa cahaya yang tersembunyi di sebaliknya. Sunyi sepinya membuat dirimu hanyut tak menghiraukan seruan cinta. Dinginnya yang merasuk semakin membuat dirimu terlena, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya. Aduhai kau sangat menikmatinya.

Wahai orang-orang yang terlena, ketahuilah, kami tidak seperti dirimu!!

Yang setiap malam terpejam matanya, yang terlelap pulas tak terkira. Atau yang terlena oleh suasananya yang begitu menggoda. Kami tidak seperti dirimu!! Kami adalah para perindu kamar di syurga. Tak pernahkah kau dengar Sang Insan Kamil, Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di syurga itu ada kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar. Disediakan untuk mereka yang memberi makan orang-orang yang memerlukannya, menyebarkan salam serta mendirikan solat pada saat manusia terlelap dalam tidur malam.”
Sudahkah kau dengar tadi? Ya, sebuah kamar yang menakjubkan untuk kami dan orang-orang yang mendirikan solat pada saat manusia-manusia yang lain tertutup mata dan hatinya.

Wahai orang-orang yang keluarganya hampa cinta, kau pasti pernah mendengar namaku disebut. Aku Abu Hurairah, Periwayat Hadith. Kerinduanku akan sepertiga malam adalah hal yang tak terperi. Penghujung malam adalah kenikmatanku terbesar. Tapi tahukah kau? Kenikmatan itu tidak serta merta kukecap sendiri. Kubagi malam-malamku yang penuh syahdu itu menjadi tiga. Satu untukku, satu untuk isteriku tercinta dan satu lagi untuk pelayan yang aku kasihi. Jika salah satu dari kami selesai mendirikan solat, maka kami bersegera membangunkan yang lain untuk menikmati bahagiannya. Subhanallah, tak tergerakkah dirimu? Pedulikah kau pada keluargamu? Adakah kebaikan yang kau inginkan dari mereka? Sekadar untuk membangunkan orang-orang yang paling dekat denganmu, keluargamu?

Lain lagi dengan aku, Nuruddin Mahmud Zanki. Sejarah mencatatku sebagai Sang Penakluk kesombongan pasukan salib. Suatu kali seorang ulama tersohor Ibnu Katsir mengomentari diriku, katanya, "Nuruddin itu ketagihan solat malam, banyak berpuasa dan berjihad dengan akidah yang benar." Kemenangan demi kemenangan aku raih bersama pasukanku. Bahkan pasukan musuh itu terlibat dalam sebuah perbincangan seru. Kata mereka, "Nuruddin Mahmud Zanki menang bukan kerana pasukannya yang banyak. Tetapi lebih kerana dia mempunyai rahsia bersama Tuhan". Aku tersenyum, mereka memang benar. Kemenangan yang kuraih adalah kerana do’a dan solat-solat malamku yang penuh kekhusyukan. Tahukah kau dengan orang yang selalu setia mendampingiku? Dialah Isteriku tercinta, Khotun binti Atabik. Dia adalah istrei solehah di mataku, terlebih di mata Allah. Malam-malam kami adalah malam penuh kemesraan dalam bingkai Tuhan.

Gemerisik dedaunan dan desahan angin seakan menjadi pernak-pernik kami saat mendung di mata kami jatuh berderai dalam sujud kami yg panjang. Kuceritakan padamu suatu hari ada kejadian yang membuat belahan jiwaku itu tampak murung. Kutanyakan padanya apa gerangan yang membuatnya resah. Ya Allah, ternyata dia tertidur, tidak bangun pada malam itu, sehingga kehilangan kesempatan untuk beribadah. Astaghfirullah, aku menyesal telah membuat dia kecewa. Segera setelah peristiwa itu kubayar saja penyesalanku dengan mengangkat seorang pegawai khusus untuknya. Pegawai itu kuperintahkan untuk memukul beduk agar kami terbangun di sepertiga malamnya.

Wahai orang-orang yang terbuai, Kau pasti mengenalku dalam kisah pembebasan Al Aqsa, rumah Allah yang diberkati. Akulah pengukir tinta emas itu, seorang Panglima Perang, Salahuddin Al-Ayyubi. Orang-orang yang hidup di zamanku mengenalku tak lebih dari seorang Panglima yang selalu menjaga solat berjama’ah. Kesenanganku adalah mendengarkan bacaan Al-Qur’an yang indah dan syahdu. Malam-malamku adalah saat yang paling kutunggu. Saat-saat dimana aku bercengkerama dengan Tuhanku. Sedangkan siang hariku adalah perjuangan-perjuangan nyata, pengejawantahan cintaku pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terlena, Pernahkah kau mendengar kisah penaklukan Konstantinopel? Akulah orang dibalik penaklukan itu, Sultan Muhammad Al-Fatih. Aku sangat lihai dalam memimpin bala tentaraku. Namun tahukah kau bahawa sehari sebelum penaklukan itu, aku telah memerintahkan kepada pasukanku untuk berpuasa pada siang harinya. Dan saat malam tiba, kami laksanakan solat malam dan munajat penuh harap akan pertolongan-Nya. Jika Allah memberikan kematian kepada kami pada siang hari disaat kami berjuang, maka kesyahidan itulah harapan kami terbesar. Biarlah siang hari kami berada di ujung kematian, namun sebelum itu, di ujung malamnya Allah temukan kami berada dalam kehidupan. Kehidupan dengan menghidupi malam kami.

Wahai orang-orang yang gelap mata dan hatinya, Pernahkah kau dengar kisah Penduduk Basrah yang kekeringan? Mereka sangat merindukan air yang keluar dari celah-celah awan. Sebab terik matahari terasa sangat menyengat, padang pasir pun semakin kering dan tandus. Suatu hari mereka sepakat untuk mengadakan Solat Istisqo yang langsung dipimpin oleh seorang ulama di masa itu. Ada wajah-wajah besar yang turut serta di sana, Malik bin Dinar, Atho’ As-Sulami, Tsabit Al-Bunani. Solat dimulai, dua rakaat pun selesai. Harapan terbesar mereka adalah hujan-hujan yang penuh barkah. Namun waktu terus beranjak siang, matahari kian meninggi, tak ada tanda-tanda hujan akan turun. Mendung tak datang, langit membisu, tetap cerah dan biru. Dalam hati mereka bertanya-tanya, adakah dosa-dosa yang kami lakukan sehingga air hujan itu tertahan di langit? Padahal kami semua adalah orang-orang terbaik di negeri ini? Solat demi solat Istisqo didirikan, namun hujan tak kunjung datang.

Hingga suatu malam, Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani terjaga di sebuah masjid. Saat malam itulah, aku, Maimun, seorang pelayan, berwajah kuyu, berkulit hitam dan berpakaian usang, datang ke masjid itu. Langkahku menuju mihrab, kuniatkan untuk solat Istisqo sendirian, dua orang terpandang itu mengamati gerak gerikku. Setelah solat, dengan penuh kekhusyukan kutengadahkan tanganku ke langit, seraya berdo’a:

“Tuhanku, betapa banyak hamba-hamba-Mu yang berkali-kali datang kepada-Mu memohon sesuatu yang sebenarnya tidak mengurangi sedikitpun kekuasaan-Mu. Apakah ini kerana apa yang ada pada-Mu sudah habis? Ataukah perbendaharaan kekuasaan-Mu telah hilang? Tuhanku, aku bersumpah atas nama-Mu dengan kecintaan-Mu kepadaku agar Engkau berkenan memberi kami hujan secepatnya.”

Lalu apa gerangan yang terjadi? Angin langsung datang bergemuruh dengan cepat, mendung tebal di atas langit. Langit seakan runtuh mendengar do’a seorang pelayan ini. Do’aku dikabulkan oleh Tuhan, hujan turun dengan derasnya, membasahi bumi yang tandus yang sudah lama merindukannya.

Malik bin Dinar dan Tsabit Al Bunani pun terhairan-hairan dan kau pasti juga hairan bukan? Aku, seorang budak miskin harta, yang hitam pekat, mungkin lebih pekat dari malam-malam yang kulalui. Hanya manusia biasa, tapi aku menjadi sangat luar biasa kerana doaku yang makbul dan malam-malam yang kupenuhi dengan tangisan dan taqarrub pada-Nya.

Wahai orang-orang yang masih saja terpejam, Penghujung malam adalah detik-detik termahal bagiku, Imam Nawawi. Suatu hari muridku menanyakan kepadaku, bagaimana aku bioleh menciptakan berbagai karya yang banyak?

Bila aku beristirahat, bagaimana aku mengatur tidurku? Lalu kujelaskan padanya, “Jika aku mengantuk, maka aku hentikan solatku dan aku bersandar pada buku-bukuku sejenak. Selang beberapa waktu jika telah segar kembali, aku lanjutkan ibadahku.” Aku tahu kau pasti berfikir bahawa hal ini sangat sulit dijangkau oleh akal sihatmu. Tapi lihatlah, aku telah melakukannya, dan sekarang kau boleh menikmati karya-karyaku.

Wahai orang-orang yang tergoda, Begitu kuatkah syaitan mengikat tengkuk lehermu saat kau tertidur pulas? Ya, sangat kuat, tiga ikatan di tengkuk lehermu!! Dia lalu menepuk setiap ikatan itu sambil berkata, “Hai manusia, Engkau masih punya malam panjang, kerana itu tidurlah!!”. Hei, Sedarlah, sedarlah, jangan kau dengarkan dia, itu tipu muslihatnya! Syaitan itu berbohong kepadamu. Maka bangunlah, bangkitlah, kerahkan kekuatanmu untuk menangkal godaannya. Sebutlah nama Allah, maka akan lepas ikatan yang pertama. Kemudian, berwudhu'lah, maka akan lepas ikatan yang kedua. Dan yang terakhir, solatlah, solat seperti kami, maka akan lepaslah semua ikatan-ikatan itu.

Wahai orang-orang yang masih terlelap, Masihkah kau menikmati malam-malammu dengan kepulasan? Masihkah? Adakah tergerak hatimu untuk bangkit, bersegera, mendekat kepada-Nya, bercengkerama dengan-Nya, memohon keampunan-Nya, meski hanya 2 rakaat? Tidakkah kau tahu, bahwa Allah turun ke langit bumi pada 1/3 malam yang pertama telah berlalu. Tidakkah kau tahu, bahawa Dia berkata, "Akulah Raja, Akulah Raja, siapa yang memohon kepada-Ku akan Kukabulkan, siapa yang meminta kepada-Ku akan Kuberi, dan siapa yang memohon ampun kepada-Ku akan Ku ampuni." Dia terus berkata demikian, hingga fajar merekah.

Wahai orang-orang yang terbujuk rayu dunia, Bagi kami, manusia-manusia malam, dunia ini sungguh tak ada ertinya. Malamlah yang memberi kami kehidupan sesungguhnya. Sebab malam bagi kami adalah malam-malam yang penuh cinta, sarat makna. Masihkah kau terlelap? Apakah kau menginginkan kehidupan sesungguhnya? Maka ikutilah jejak kami, manusia-manusia malam. Kelak kau akan temukan cahaya di sana, di waktu sepertiga malam. Namun jika kau masih ingin terlelap, menikmati tidurmu di atas pembaringan yang empuk, bermesraan dengan bantal dan gulingmu, bergeliat manja di balik selimutmu yang demikian hangatnya, maka surat cinta kami ini sungguh tak berarti apa-apa bagimu. Semoga Allah mempertemukan kita di sana, di syurga-Nya, mendapati dirimu dan diri kami dalam kamar-kamar yang sisi luarnya terlihat dari dalam dan sisi dalamnya terlihat dari luar.
Semoga…

-ibnumustafa-

Saturday, April 18, 2009

Mengapa Muslim biarkan hati mati?

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah SWT. Hati menjadi tempat Allah SWT membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.

Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.

Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.

Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.

Perkara ini jelas digambarkan melalui hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." - HR Ibn Majah.

Hadith ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." - Surah al-Muthaffifiin, ayat 14.

Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.

Dalam hal ini Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah SWT sedang Allah SWT tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." - Surah al-Baqarah ayat 74.

Begitulah Allah SWT mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah SWT. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah SWT.

Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah SWT pada hari akhirat kelak.

Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:

* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah SWT iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah SWT.

Allah SWT berfirman bermaksud:

"Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." - Surah al-Zumar ayat 22.

* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.

Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.

Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah SWT (berzikir).

Firman Allah SWT bermaksud:

"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." - Surah al-Ra'd ayat 28.

Firman-Nya lagi bermaksud:

"Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." - Surah al-Syura ayat 88-89.

Tanda-tanda hati mati

Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:

1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.

2. Mengaku cinta kepada Rasulullah SAW, tetapi mengabaikan sunnah Baginda SAW.

3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.

4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.

5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.

6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.

7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.

8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.

9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.

10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.

Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;

Sebahagian - daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.

Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;

* Hubbul dunia (kasihkan dunia)

* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah SWT)

* Membanyakkan makan dan menjatuhkan - anggota badan kepada maksiat kepada Allah SWT.

Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;

* Zuhud dengan dunia

* Zikrullah

* Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah SWT.

-ibnumustafa-

Tuesday, April 7, 2009

Apabila al-Quran mula bekata-kata..


Dahulu..
Waktu engkau masih kanak-kanak,

Engkau laksana kawan sejatiku..
Dengan wudhu', aku kau sentuh dalam keadaan suci..
Aku kau pegang, kau junjung dan kau pelajari..
Aku engkau baca dengan suara lirih ataupun keras setiap hari..
Setelah selesai engkaupun selalu menciumku mesra..
Aku merinduinya..

Sekarang..
Engkau telah dewasa,

Nampaknya kau sudah tidak berminat lagi padaku..
Apakah aku bacaan usang yang tinggal sejarah..
Menurutmu barangkali aku bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu..
Atau menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji sahaja?
Sekarang aku engkau simpan rapi sekali hingga kadang-kala engkau lupa dimana kau menyimpannya..
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai perhiasan rumahmu..
Kadangkala aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap insan bertaqwa..
Atau aku kau buat penangkal untuk menakuti hantu dan syaitan..
Kini aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian dalam kesepian..
Di atas almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan..

Dulu.. pagi-pagi.. surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman..
Malam harinya aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau..

Sekarang.. pagi-pagi sambil minum kopi.. engkau baca surat khabar pagi atau nonton berita TV..
Waktu lapang.. engkau sempatkan membaca buku karangan manusia..
Sedangkan aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Yang Maha Perkasa..
Engkau campakkan, engkau abaikan dan engkau lupakan..

The image “http://www.janathimessage.co.uk/Images/bismillah.gif” cannot be displayed, because it contains errors.
Baca saya selalu!

Waktu berangkat kerjapun kadang engkau lupa baca pembuka surahku (Bismillah)..
Diperjalanan engkau lebih asyik menikmati muzik duniawi..
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat padaku di laci keretamu..
Sepanjang perjalanan radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kegemaranmu..
Aku tahu kalau itu bukan Stesyen Radio yang sentiasa melantunkan ayatku..

Di meja kerjamu tidak ada aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja..
Di komputermu pun kau putar muzik kegemaran..
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku..
Melantun E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kadang kau abaikan..
Engkau terlalu sibuk dengan urusan duniamu..
Benarlah dugaanku bahwa engkau kini sudah benar-benar melupakanku..

Bila malam tiba.. engkau tahan mengadap berjam-jam di depan TV..
Menonton pertandingan Liga Inggeris, Italia, Sepanyol, muzik atau Filem dan Gusti..
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk..
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah..

http://static.flickr.com/61/199257978_8db486dee6.jpg
Alangkah baiknya dapat membaca Al-Quran!!

Waktupun cepat berlalu... aku menjadi semakin kusam di dalam almari..
Mengumpul debu dilapisi abu dan mungkin dimakan kutu..
Seingatku hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali..
Itupun hanya beberapa lembar dariku..
Dengan suara dan lafaz yang tidak semerdu dulu..
Engkaupun kini terbata-bata dan kurang lancar lagi setiap membacaku..

http://www.johordt.gov.my/pmbj/v2/images/stories/j_eksklusif/1_quran2.jpg
Bilakah kali terakhir anda membaca al-Quran?

Apakah surat khabar, TV, radio , komputer, dapat memberimu pertolongan padamu?
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba..
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya?
Hanya dengan ayat-ayat Allah yang ada padaku engkau dapat selamat melaluinya..
Sekarang engkau begitu mudah membuang waktumu..
Setiap saat berlalu.. kuranglah sudah umurmu..
Dan akhirnya kubur sentiasa menunggu kedatanganmu..
Engkau bisa kembali kepada Tuhanmu sewaktu-waktu..
Apabila malaikat maut mengetuk pintu rumahmu..

Bila aku engkau baca selalu dan engkau hayati..
Di kuburmu nanti..
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan..
Yang akan membantu engkau membela diri..
Bukan surat khabar yang engkau baca yang akan membantumu..
Bukan TV yang engkau tonton yang akan membantumu..
Dari perjalanan di alam akhirat, tapi Akulah "Al- Qur'an" kitab sucimu..
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu..
Peganglah aku lagi..
Bacalah kembali aku setiap hari..
Kerana ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat suci dari Nya..
Yang berasal dari Allah Azzawajalla, Tuhan Yang Maha Mengetahui..
Yang disampaikan oleh Jibril AS kepada PesuruhNya, Muhammad Rasulullah SAW..

Keluarkanlah segera aku dari almari atau lacimu..
Jangan lupa bawa kaset yang ada ayatku dalam laci keretamu..
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu..
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu..

Sentuhilah aku kembali..
Baca dan pelajari lagi aku..
Setiap datangnya pagi dan malam hari..
Seperti dulu.. dulu sekali..
Waktu engkau masih kecil, tidak tahu apa- apa dan tidak mengerti..
Di surau kecil kampungmu yang damai..
Jangan aku engkau biarkan sendiri..

http://www.islamonline.net/english/introducingislam/Quran/images/pic01.jpg


Dalam bisu dan sepi.. Maha Benar Allah, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana..

-ibnumustafa-

Monday, April 6, 2009

Allah sentiasa mendengar doa kita..

Perasan atau tidak, manusia selalu menjauhkan diri daripada Allah SWT. Sikap dan akhlak manusia terhadap Allah SWT menyebabkan manusia hilang pedoman, rasa terpencil dan tiada tempat meluahkan rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah SWT. Kadang-kala seseorang itu rela ke sana-sini memohon bantuan dalam urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah SWT. Bersusah payah manusia berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah SWT yang sentiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana manusia merasakan Allah SWT itu jauh darinya dan dia lupa akan firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo'a kepadaKu apabila dia berdo'a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk"
- Surah al-Baqarah ayat 186.


http://i50.photobucket.com/albums/f307/setanggisyurga/berdoa.jpg


Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah SWT dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do'a dan rintihan mereka.

Sabda Nabi SAW kepada Ibnu 'Abbas ketika itu dia masih kecil yang bermaksud:

"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah." -HR al-Tirmizi.

Mafhum firman Allah SWT: "Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo'alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu" - Surah al-Ghafir ayat 60.

Al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami' li Ahkam al-Quran menyatakan bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do'a) bukanlah bererti semestinya setiap do'a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon. Bahkan do'a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh baginda Nabi SAW dalam hadith Abi Sa'id al-Khudri di bawah. Maksudnya:

"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo'a dengan sesuatu do'a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Menerusi hadith di atas, baginda Nabi SAW telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do'a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah SWT menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segara di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo'a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo'a, Allah SWT makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah SWT menerima do'a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah SWT. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah SWT untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah SWT tidak memaqbulkan sesuatu do'a secara mutlak di dunia kerana Allah Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu.

Ketiga: Do'a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya dengan rahmat Allah SWT yang barangkali datang hasil dari do'a-do'a kita yang berbagai kepada Allah SWT.

Terdapat banyak lagi dalil yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo'a. Ini kerana do'a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya manusia kepada pertolongan Allah SWT yang Maha Berkuasa.



Oleh itu berdo'alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.

-ibnumustafa-

Galian, kekayaan wajib digali oleh Muslimin

Dalam sepotong hadith ada disebutkan tentang kekuatan ekonomi yang jatuh ke tangan orang-orang yang jahat. Sebenarnya, inilah antara sebab kenapa umat Islam di seluruh dunia tertindas, semakin lemah kekuatan politik dan ekonominya. Apabila orang Islam semakin lemah politik dan ekonominya, secara tidak langsung lemahlah kebudayaan dan bahasanya.

Daripada Ibnu Omar RA berkata: "Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari tempat tambang (galian) mereka. Maka sahabat berkata:

"Hai Rasulullah! Emas ini adalah hasil dari galian kita." Lalu, Nabi SAW menjawab, "Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat." - HR al-Baihaqi. Hadis ke-26

Tepat sekali apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah SAW sejak lima belas abad yang lalu. Hari ini dunia Islam sangat kaya dengan galian bumi seperti emas, perak, timah, petrol dan lain-lain, tetapi yang menguruskan dan yang menguasainya adalah orang-orang yang bukan Islam. Ini adalah suatu realiti yang sangat jelas di mata kita dan merupakan salah satu petanda hampirnya hari kiamat.

Kalau kita melihat situsi hari ini, galian emas banyak wujud di Amerika Syarikat. Itu suatu contoh. Namun, dalam sudut lain pula, Allah SWT memberikan galian minyak yang banyak terhadap negara Islam. Ternyata yang mengendalikan urusan galian itu adalah orang bukan Islam pula. Contoh ini ada dalam negara kita sendiri.

Harta adalah sejenis kekuatan dan ia merupakan salah satu sendi kekuatan agama. Maka hendaklah setiap Muslim, Muslimah selalu berikhtiar untuk mencari kekuatan ekonomi peribadi, menyusun ekonomi keluarga sekali gus membentuk daya ekonomi umatnya. Apabila harta ini jatuh ke tangan lelaki yang soleh, maka separuh daripada masalah dunia akan selesai.

Perang-perang di Afghanistan, Iraq yang dicipta oleh Amerika Syarikat telah menelan belanja trilionan, berlaksa-laksa dan hal ini tidak mungkin terjadi jika harta itu jatuh ke tangan orang-orang yang beriman.

Harta yang baik di tangan lelaki yang baik

"Wahai 'Amru, alangkah baiknya harta yang soleh di tangan orang yang soleh." - HR Ahmad.

Merujuk hadith di atas, ada empat keadaan yang berkaitan dengan harta dan manusia yang memeliharanya.

- Pertamanya, insan yang baik dan dia memegang duit yang baik.

- Kedua, insan yang baik, tapi dia memegang duit yang haram.

- Ketiga, orang yang jahat dan memegang duit, harta yang baik.

- Keempat, orang yang jahat dan menyelia wang, harta haram.

Paling baik, menurut hadith di atas ialah lelaki yang baik dan beliau menjaga harta yang baik. Sementara, keadaan yang buruk ialah apabila ada lelaki jahat yang menyelenggarakan wang, harta yang haram.

Sebenarnya wang yang halal atau wang daripada sumber yang tidak baik, akan disalurkan kepada tujuan yang baik juga jika wang, harta itu jatuh ke tangan lelaki yang baik.

Manakala di tangan orang yang jahat pula, wang haram atau harta yang baik sekali pun tetaplah dipergunakan pada tujuan yang salah. Kesimpulannya, wang tidak boleh dipersalahkan kerana ia tidak boleh dipertanggungjawabkan ke arah manakah ia dipergunakan.

Yang boleh membuat keputusan ke arah mana duit halal atau haram itu dibelanjakan ialah manusia yang menyelenggarakan wang itu tadi. Baik manusia itu, maka baiklah kepenggunaan wang itu. Demikianlah sebaliknya.

"Apabila kamu diberi sesuatu tanpa kamu minta, maka pergunakanlah (makanlah) dan sedekahkanlah sebahagiannya." - HR Muslim.

Hukuman ke atas mereka yang tidak menggunakan harta ke arah yang betul memang mengazabkan dan menyakitkan. Kita pernah terdengar kisah bagaimana kaum-kaum dan umat terdahulu yang dihancurkan Allah SWT oleh kerana mereka menyalahgunakan harta milik peribadi pada jalan yang salah.

Apabila negara itu menggunakan wang-wangnya untuk membangunkan pelacuran sebagai suatu industri perniagaan, menjadikan arak sebagai barang dagangan, maka kehancuran menimpa negara dan kaum itu. Demikianlah peristiwa yang ditulis di dalam al-Quran. Namun, umat Muhammad SAW ini diberikan penangguhan melalui doa Rasulullah SAW sendiri.

"Mereka yang mengumpulkan harta dengan tidak benar, maka Allah akan memusnahkannya dengan air dan tanah." -HR Al-Baihaqi.

Melalui air dan tanah, Allah SWT akan menghukum mereka yang tidak menggunakan harta dengan baik, betul dan benar. Qarun di zaman Nabi Musa AS misalnya telah dihukum oleh Allah SWT dengan menenggelamkannya bersama para pengikutnya di dalam tanah.

Malah, Fir'aun yang menggunakan harta kekayaannya secara tidak benar, menindas hamba di muka bumi ini telah mati lemas di Lautan Merah. Bani Israel diperhambakan untuk membangunkan pembinaan piramid, dan mereka tidak diberikan upah gaji. Ini adalah salah satu contoh pengendalian harta yang tidak betul.

Kaum buruh dan para pekerja itu sepatutnya diberi upah dan gaji. Tetapi, Fir'aun sebaliknya memperhambakan mereka.

Apabila harta-harta (emas, minyak dan lain-lain) yang digali dari tanah itu tidak dimanfaatkan dengan baik, maka tanah dan air itu nanti akan bertindak.

Apakah kejadian tanah runtuh, banjir yang kerap berlaku itu terkait dengan salahguna wang yang tentunya berkaitan juga dengan salahguna kuasa?

Di Amerika Syarikat, kerap kita dengar berita dan kejadian ribut, puting beliung dan banjir yang terjadi besar-besaran di sana. Kita boleh menanggapi hal ini sekadar bencana alam yang tiada kaitan dengan dosa pemimpinnya.

Tapi bila kita melihat banyak kejahatan yang bermuara dari negara itu dan kuasa dunia itu mencetak sejarah perang demi perang berterusan, maka terfikir juga bahawa ada rasionalnya ribut taufan, tanah runtuh serta banjir teruk menghempap mereka. Walaupun ada pihak menyatakan bahawa kejadian itu cuma sekadar bencana alam dan bukannya hukuman dari Allah SWT.

Perang memerlukan dana yang banyak. Dan, Amerika menyalahgunakan wang untuk perang! Negara itu juga telah 'berkempen' dengan memaksa anak-anak mudanya menyertai pasukan tentera untuk dikirim ke medan perang di Iraq, Vietnam sebelum ini tanpa kerelaan mereka.

Amerika dengan segala galian minyaknya, galian emas dan sebagainya telah digunakan untuk memerangi umat Islam sendiri. Maka, demikianlah akibat bagi mereka yang menggunakan wang, harta dan segala galian di bumi dengan tujuan yang salah.

-ibnumustafa-

Saturday, April 4, 2009

Apakah aku selalu merindui dan menyintaiNYA..??

Renung dan fikirlah wahai sahabatku...
Sejauh mana kita mencintai Allah SWT...
Tuhan yang Maha Agung??

sunrise trees

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit..

Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah SWT memang tiada tolok bandingnya..
Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu..

Aku duduk dan terasa kehadiranNya disisiku..
Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab , "sudah tentu! Engkaulah penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu masih mencintaiKu?"

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki, dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak ku sedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, "tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku tetap akan mencintaiMu."

http://www.sightsavers.org/images/f_1978ind02_007B.jpg

Kemudian Dia bertanya lagi, "jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku mencintai sesuatu yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku terfikir.. ramai yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah SWT dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadanku yang sedemikian rupa, namun aku akan tetap menyintaiMu ya Allah."

Dia bertanya lagi, "jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?"

Bagaimana mungkin aku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar, mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati..
Aku menjawab, "walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu"

Dia menyambung lagi persoalanNya, "jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?”

Aku bertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir... Allah SWT mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya..

Kemudian aku menjawab, "sungguhpun aku tak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku tetap akan memujiMu."

Dan Dia terus bertanya lagi, "adakah kamu benar-benar menyintaiKu?"
Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian, aku jawab dengan yakin, "ya, benar Tuhanku, aku menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanya kepada ku, "kalau begitu mengapa kamu masih melakukan dosa?"

Aku jawab, "kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna.. dan aku bukan maksum."

"kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan gembira... Aku kamu lupakan; kamu lari jauh dari Ku? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan... kamu terus ingat padaKu; kamu datang dekat dan merayu kepadaKu?"

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari... titisan panas turun membasahi pipiku..
Dia sambung lagi, "mengapa kamu buat begini.. kadang kala sujud menyembahKu; dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia padaKu?

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti..

"Mengapa kamu malu kepada Ku?"

"Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?"

"Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberi mu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?"

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan padaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan2 itu.. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu.. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan.. namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi...

"kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu belajar dan menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kpdmu, tetapi kamu berpaling dari melihatnya."

Aku turunkan kepadamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaanmu dan rayuanmu kepadaKu.. dan semuanya itu telah Aku perkenankan dgn pelbagai cara. "kini... adakah kamu menyintaiKu?"

Aku tidak mampu menjawab lagi. Bagaimana harus ku jawab persolan ini?
Dalam tak sedar, aku malu dgn apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan untuk menyelamatkan diriku. Apa yang mampu ku jawab bagi persolan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata di kedua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah..."

"SifatKu pengampun.. barangsiapa memohon keampunan dariKu, nescaya akan Aku ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."


Aku bertanya kepadaNya, "mengapa Engkau masih tetap mengampuni dosaKu sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”

Dia menjawab, "kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, aku akan bersimpati padamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak gembira, aku turut gembira dgn kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, aku akan memberikanmu semangat."

"Apabila kamu jatuh, aku akan membangkitkanmu.. Apabila kamu keletihan, aku akan membantumu. Aku akan tetap bersamamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangi mu selama-lamanya."

Seingat aku... aku tidak pernah menangis begini, aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini..


Dan... buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam erti kata sebenar..

Apakah solatku ini bisa diterima oleh Mu Ya Allah...

-ibnumustafa-