PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, April 28, 2009

Cukuplah wahai NAFSU...


Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang, menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman: Allah SWT telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman: Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari.. ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman: Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum Jannah-Nya..



Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan..
Neraca iman: Justeru, marilah bersamaku.. terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu.. nalurimu juga mahukan cinta dunia.. bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman: Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau.. kan kucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan.. hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman: Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu ~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu… cukuplah..

Neraca nafsu: ………. baiklah.. bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman: Katakanlah (Muhammad), "jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu" Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad), "taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir." - Surah Ali Imran, ayat 31-32.


Neraca iman: Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah SAW ajarkan, dan apa yg Allah SWT khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah.. Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman: Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah.. hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah SWT beri kekuatan.. dengan kekuatan CintaNya.. Amieen..

-ibnumustafa-

No comments: