PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, December 30, 2008

Salam Maal Hijrah 1430H & Selamat Tahun Baru 2009M

Kepada semua para pembaca blog ini di ucapkan..

Salam Maal Hijrah 1430H,

“Menjana Ummah Gemilang”

&

Selamat Menyambut Tahun Baru 2009M,

"Ke Arah Malaysia Baru"

Semoga Allah Mengampuni Segala Dosa Kita Di Tahun Lalu

& Memberkati Hidup Kita Di Tahun Ini..

Kullu Aam Wa Antum Bikhair..

May Allah Bless You..

Have a Nice day..

..:: You’ll Never Walk Alone ::..

-am-

Friday, December 26, 2008

Akhlak mulia suatu tuntutan

Berkata Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Allah SWT telah berfirman:

"Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya: Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang;

bertakwa hatinya,

suci kedua-dua belah tangannya,

tidak menyusahkan orang lain

dan tidak membuat fitnah ke sana ke mari,

gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu.

Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan Allah akan menetapkan kedua-dua tapat kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir."

( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )

Huraiannya:

Orang yang dikasihi Allah SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam al-Quran.

-am-

Reality Intrudes

Pernahkah kita terfikir bagaimana nasibnya seandainya kita dilahirkan dari keluarga kita yang berbeza dari sekarang? mungkin kita lahir di palestin, mungkin kita lahir dalam keluarga yang susah.. pepatah kais pagi makan pagi & kais petang makan petang jadi mainan harian..

Persoalan ini juga pernah teruntai.. wana'uzubillah - lahir dalam keluarga bukan Islam. Lantas kita membesar dgn suasana tidak terdedah langsung dalam Islam & punya pandangan negatif tentangnya. Adilkah Tuhan begitu?

Persoalan ini telah bermain lama dalam benak & perlukan jawapannya. Lantas aku berfikir konsep kelahiran adalah kita seumpama kain putih & seperti mana hadith Nabi SAW. Proses pembesaran dengan pendedahan yang berbeza akan mencorakkan kain itu.

& ketika ini.. Aku terfikir juga, banyak keputusan & tindakan yang kita ambil adalah atas value2 tertentu & penilaian berdasarkan pengetahuan & tapisan yang kita ada dalam memandang sesuatu.

& kite kembali kepada persoalan paradigma.. Kerana paradigma menentukan bagaimana caranya kita memandang sesuatu dan bagaimana kita menginterpretasikan sesuatu.

Sejenak berenang dalam benak pemikiran, ayat Tuhan berkata;

"Dan tidak redha yahudi & nasara sehinggalah kamu mengkuti jejak langkah mereka..."

Aku pada asalnya melihat kalau camtu tak boleh la pakai seluar, neck tie, makan pakai sudu etc.. Ini cuma fikiranku jadi boleh ditolak & diterima & dibetulkan ek.. Namun kini aku melihat cara hidup yang termaksud adalah bagaimana kita menginterpretasikan hidup, lantas pengamalan seharian kita yang tercorak dari paradigma mereka.

Contohnya; mungkin bagi mereka, kerja adalah untuk mendapatkan wang semata lantas utk membiaya & membina keluarga, perbuatan seharian langsung tiada kaitannya dengan agama, agama hanya didefinisi dari amalan ritual seperti sembahyang, berdoa, berzanji, membaca kitab semata.. & rantai kesinambungan ini berterusan hingga generasi ke generasi.

Aku bersyukur kerana perspektif yang aku ada adalah, hidup ini seharusnya didefinisi dengan kalimah syahadah. yaqin akan aqidah & tauhid pada yang Esa, kita terus melihat sistem yang disediakan oleh Pencipta kepada kita.

Lantas, hidup perlu didefinisi dengan cara yang Islam katakan & tunjukkan. Tidak perlu tanya kenapa atau mengapa atau mencari relevan saintifiknya tentang suatu bila aqidah seawal mungkin sudah terbina... "SAMI'NA WA ATO'NA" - kami dengar kami taat, tidak perlu bukti saintifik perpindahan ion barulah ingin sembahyang jemaah. Kalau tahu bukti sekadar bonus pont.

Kemudian, bila rasa payah - owh cara hidup yang didefinisi Islam susah & payahlah.. Mana mungkin untuk dipraktikkan.

Diutuskan manusia bernama Muhammad SAW & para sahabat utk menjadi qudwah buat kita yang kita, manusia seperti mereka boleh mengamalkannya.

Bersabarlah & kuatkan hati utk memegang bara api bilamana kita memegang cara hidup Islam yang terdefinisi sebagai pelik.

Dan itulah sebabnya dalam satu hadith, Nabi SAW merasa kagum & Tuhan menjanjikan ganjaran besar buat ummat akhir zaman yang beramal dengan ajaran Islam kerana tiada dikalangan umat akhir zaman itu nabi yang bisa mereka bertaut & mengadu...

Tapi mereka yaqin dgn Kitab Al-Quran & As-Sunnah SAW. & hanya pada Tuhan yang mereka tak nampak mereka mengadu akan kelemahan mereka.

Wallahualam..

-am-

Bersihkan Hatimu.. Bersihkan Jiwamu..

“Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketaqwaannya. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya” - Surah Asy-Syams : 8-10

Dunia hari ini begitu mencabar dan penuh dengan kemaksiatan. Jiwa umat Islam terdedah kepada perkara-perkara yang tidak baik dari sehari ke sehari. Seandainya jiwa ini tidak dibersihkan, ia akan menjadi terlalu kotor dan sukar lagi untuk diajak kepada kebenaran. Tazkiyyatun nafs atau penyucian hati merupakan satu ilmu yang dituntut untuk dipelajari dan dihayati oleh setiap individu muslim. Namun, ilmu ini seakan hampir dilupakan oleh majoriti umat Islam hari ini. Akibatnya, ramainya umat Islam pada hari ini hanyalah seperti buih-buih di lautan. Sebagai seorang ahli jemaah, seharusnya teridam di dalam hati untuk menjadi muslim yang berkualiti. Usaha-usaha membentuk individu muslim yang berkualiti memerlukan penekanan kepada aspek tazkiyyatun nafs di samping tarbiyyah dari segi luaran.

Pengertian

Tazkiyyah berasal dari kalimah ‘zakaa’ yang bermaksud bersih/suci/perbaiki. Dari perkataan ini juga lahirlah kalimah zakaat yang bermaksud pembersihan harta. Firman Allah SWT:

وَلَوْلاَ فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَى مِنكُم مِّنْ أَحَدٍ أَبَداً وَلَـكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّى مَن يَشَآءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“….sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorangpun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendakiNya, Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. - Surah An-Nur : 21

Nafs pula membawa maksud nafsu/roh/nyawa/jiwa. Perkataan nafs banyak disebutkan dalam Al-Quran. Antaranya:

وَمَآ أُبَرِّىءُ نَفْسِى إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّى إِنَّ رَبِّى غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” - Surah Yusuf : 53

يأَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ - ارْجِعِى إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً

“Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya”. - Surah Al-Fajr : 27-28

Perkataan nafs membawa banyak pengertian namun tiada satu pun yang memuaskan maksudnya dan sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui.

وَيَسْـَلُونَكَ عَنِ الرُّوحِ قُلِ الرُّوحُ مِنْ أَمْرِ رَبِّى وَمَآ أُوتِيتُم مِّن الْعِلْمِ إِلاَّ قَلِيلاً

“Mereka bertanya kepadamu (hai Muhammad) tentang (hakikat ihsan) roh. Katakanlah bahawa roh itu termasuk urusan Tuhanku dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit sekali” - Surah Al-Isra’ : 85

Tazkiyyatun nafs adalah proses pembersihan jiwa dan hati dari pelbagai dosa dan sifat-sifat mazmumah yang mengotorinya, dan diikuti dengan proses peningkatan kualiti jiwa dan hati tersebut dengan mengembangkan sifat-sifat mahmudah yang diredhai Allah SWT dengan mujahadah, ibadah dan berbagai-bagai perbuatan baik, sehingga hati dan jiwa menjadi bersih dan baik serta berkualiti.

Keperluan Tazkiyyatun Nafs

1. Mewujudkan individu muslim yang berakhlak mulia

Setiap perbuatan manusia bergantung kepada hati. Jika bersih hatinya dari sifat-sifat mazmumah, maka terpeliharalah individu tersebut dari akhlak tercela. Sebaliknya, hati manusia tidak bergantung pada perbuatannya. Seseorang yang baik perilakunya, tidaklah bermakna hatinya bersih dan suci. Sabda Rasulullah SAW:

"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada suatu organ (mudghah), apabila ia baik, baiklah seluruh tubuhnya, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh tubuh itu. Dan organ itu adalah hati".

Sebagai seorang yang mendokong perjuangan Islam, akhlak kita akan sentiasa diperhatikan oleh madú malah penyampaian dakwah akan lebih berkesan dengan adanya contoh yang baik sebagaimana Rasulullah menjadi uswatun hasanah di kalangan penduduk Mekah. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 44 yang berbunyi:

"Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir".

2. Risalah utama Rasulullah SAW

"Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah (As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata". - Surah Al-Jumu'ah : 2

Dalam ayat ini, dijelaskan pengutusan Rasulullah SAW bukan semata-mata untuk berdakwah malah untuk menyucikan hati seluruh umat manusia. Penegakkan perkara yang ma'ruf atas satu kemungkaran bukanlah satu kaedah yang termaktub dalam sirah Rasulullah SAW. Kita dapat lihat bagaimana pada peringkat awal dakwahnya, Rasulullah SAW berusaha bersungguh-sungguh membetulkan aqidah masyarakat jahiliyyah sebelum menuju kepada perkara-perkara yang lain. Aqidah amat berkait rapat dengan hati kerana pengertian aqidah merangkumi 3 aspek iaitu membenarkan dengan hati, mengucap dengan lidah dan beramal dengan anggota badan. Hanya hati yang benar-benar bersih dan suci, dengan hidayah dari Allah SWT, akan dapat menerima seruan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Syaikh Sa'id Hawwa dalam bukunya Tazkiyyatun Nafs ada menjelaskan bahawa Tazkiyyatun Nafs adalah salah satu tugas utama para rasul, ia juga merupakan tujuan yang dicapai oleh orang-orang bertaqwa.

3. Faktor kejayaan orang mukmin

"Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman. Dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia solat" - Surah Al-A'laa : 14-15

"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang beriman, iaitu orang-orang yang khusyu'dalam solatnya, dan orang-orang yang menjauhkan dirinya dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna". - Surah Al-Mukminun : 1-3

Menurut Syaikh Sa'id Hawwa, solat memainkan peranan yang besar dalam proses tazkiyyatun nafs. Secara lahirnya, penegakkan solat dengan sempurna dapat memusnahkan bibit-bibit kesombongan dan pembangkangan kepada Allah SWT, meleraikan rasa 'ujub, bahkan dapat mencegah kita dari kemungkaran dan kekejian.

Solat yang disertai dengan khusyu' akan memainkan peranan yang lebih besar dalam proses penyucian hati. Solat secara lahiriah masih dilaksanakan dengan baik oleh kebanyakan umat Islam hari ini, tetapi sejauh mana kita khusyu' dalam melaksanakannya, masih menjadi satu tanda tanya. Rasulullah SAW bersabda;

"Ilmu yang pertama diangkat dari muka bumi adalah kekusyukan". (Riwayat Tabrani).

Ilmu kekusyukan ini berkaitan dengan ilmu penyucian hati dari pelbagai penyakit dan keupayaan merealisasikan kesihatan hati itu. Malangnya, ilmu ini makin hilang dari masyarakat kini lantaran maksiat dan mungkar berleluasa di mana-mana, lantaran sibuk dengan urusan duniawi, lantaran tiadanya atau kurangnya penghayatan tazkiyyatun nafs dalam kehidupan manusia khususnya umat Islam.

Demikianlah pentingnya kedudukan khusyuk dalam solat, sehingga solat yang tidak disertai dengan khusyuk boleh menggambarkan bagaimana rosaknya hati seseorang. Hati yang didominasi dengan hawa nafsu dan perkara-perkara keduniaan akan mudah terlalai malah hampir mustahil untuk mendapat kekhusyukan apatah lagi untuk menjadi orang yang beruntung di sisi Allah SWT.

4. Langkah pertama kepada perubahan ummah

"….Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri…." - Surah Ar-Ra'd : 11

Umat Islam hari ini berada dalam serba kelemahan dan kepincangan. Punca utama di sebalik kelemahan dan kepincangan ini ialah faktor-faktor dalaman umat Islam itu sendiri sebelum factor-faktor luaran seperti tipu daya musuh dan sebagainya. Penyelesaian masalah dalaman ini perlukan kepada pentazkiyyahan individu-individu yang membentuk ummah itu sendiri. Individu-individu tersebut adalah kita. Malah adalah penting untuk kita yang mendokong perjuangan Islam mengamalkannya terlebih dahulu di samping berusaha mentazkiyyah masyarakat sekeliling.

Menyedari kepentingan tazkiyyatun nafs dalam usaha mendaulatkan Islam dalam masyarakat dan negara, Imam Hasan al Hudaibi dalam satu seruannya yang masyhur menyatakan:

"Tegakkanlah negara Islam di dalam hati kamu nescaya ia akan tertegak di atas bumi kamu".

6 Tahap Tazkiyatun-Nafs

1. Mu'ahadah

Mu’ahadah membawa maksud berjanji kepada Allah SWT untuk melaksanakan semua perintahNya dan mengingat bahawa setiap pelanggaran janji akan membawa akibat yang tidak baik kepada diri sendiri.

Pengesahan seorang muslim bermula dengan terucapnya kalimah syahadatain yang mengandungi persaksian atau perjanjian mengaku tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah. Persaksian ini menuntut kita taat kepada perintahNya dan rasulNya. Sebarang perkataan atau perbuatan yang bertentangan dengan ketaatan padaNya akan membatalkan kalimah ini. Kalimah ini mesti dianggap sebagai satu bentuk perjanjian seorang muslim kepada Allah SWT.

Ini ditambah pula dengan bacaan yang dilafazkan dalam solat, seperti:

“Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam”. - Surah Al-An-‘Aam : 162

“Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya padaMu kami mohon pertolongan” - Surah Al-Fatihah : 4, sekurang-kurangnya 17 kali sehari semalam.

Begitu banyak kalimah janji yang kita lafazkan kepada Allah SWT samada dalam sedar atau tidak. Hanyalah mereka yang menyedari hakikat perjanjian ini dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menepatinya akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Allah SWT sebagaimana firmanNya yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar”. - Surah At-Taubah : 111

Hukum berjanji mestilah ditepati. Sedangkan berjanji sesama manusia menuntut untuk ditepati, inikan pula perjanjian dengan Allah SWT. Tidak ramai antara kita yang menyedari hakikat ini maka memungkirinya secara sedar mahupun tidak.

“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji dan janganlah kamu membatalkan sumpah-sumpah(mu) itu, sesudah meneguhkannya, sedang kamu telah menjadikan Allah sebagai saksimu (terhadap sumpah-sumpah itu). Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu perbuat”. - Surah An-Nahl : 91

Antara cara-cara untuk bermu’ahadah ialah dengan selalu berkhalwat kepada Allah SWT, bermunajat dan mengingat ikrar (janji) yang selalu kita lafazkan dalam solat. Menangis ketika berkhalwat merupakan bentuk ketakutan kita kepada Allah SWT dan merasakan kekerdilan diri kita dan keMaha Besaran Allah SWT dengan selalu mengagungkan ciptaan-ciptaanNya.

2. Muraqabah


Muraqabah ialah melakukan ketaatan dengan ikhlas dan meninggalkan kemaksiatan secara total kerana merasa bahawa Allah SWT selalu bersamanya. Setiap daripada kita tentunya yakin dan percaya bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikan kita dan setiap amalan akan dicatat oleh malaikat yang tidak pernah terleka.

“Tidak ada satu jiwa pun (diri) melainkan ada penjaganya” - Surah Ath-Thaariq :4

“Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak pula yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfudz)”. - Surah Yunus : 61

Walaupun kita yakin akan kebersamaan Allah SWT ini tetapi kita masih tidak sunyi dari terus berbuat dosa akibat sifat manusia yang selalu terlupa dan lalai. Hanya mereka yang betul-betul suci hatinya akan sentiasa ingat dan merasa bahawa dirinya sentiasa diperhatikan Allah SWT. Konsep muraqabah amat berkait rapat dengan konsep ihsan yang bilamana ditanya tentang ihsan, Rasulullah SAW telah bersabda:

“Ihsan itu apabila engkau beribadah kepada Allah seakan-akan engkau melihat Allah, jika engkau tidak melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”. (Riwayat Muslim)

Penghayatan konsep muraqabah ini akan melahirkan individu yang sentiasa melakukan sesuatu dengan niat semata-mata kerana Allah SWT, kerana dia tahu dan yakin bahawa Allah SWT sentiasa memerhatikannya. Individu ini juga akan terpelihara dari segala sifat-sifat buruk dan perkara-perkara yang boleh melalaikan hati dan perbuatannya dari beribadat kepada Allah SWT. Mereka akan lebih berhati-hati dalam setiap langkah yang diambil lantaran membawa mereka kepada ketaqwaan kepada Allah SWT. Analoginya, seorang hamba akan melakukan kerja sebaik mungkin seandainya tahu dan sedar bahawa tuannya sedang memerhatikannya.

Antara kisah yang boleh dijadikan contoh ialah kisah Abdullah Ibn Umar dengan seorang pengembala kambing, di mana beliau telah meminta pegembala tersebut supaya menjual kambingnya tanpa pengetahuan majikannya. Tetapi dijawab oleh pengembala tersebut;

“kalau begitu di mana Allah?”.

3. Muhasabah dan Beramal

Muhasabah berasal dari perkataan ‘hasaba’ yang bermaksud hisab atau menilai diri.

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatNya untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. - Surah Al-Hasyr : 18

Dalam ayat di atas, orang-orang yang mengaku beriman digesa supaya memeriksa atau mengingat kembali segala amal yang telah dilakukan dalam sehari. Ini demi menjaga orang-orang yang beriman daripada mengulangi kesalahan atau dosa yang telah dilakukan dengan sengaja mahupun tidak kerana mereka yang berterusan melakukan dosa adalah dianggap fasik.

Sabda Rasulullah SAW:

“Orang yang pandai ialah yang membetulkan dirinya, bersedia beramal sebagai bekalan untuk mati, dan orang yang lemah ialah yang selalu menurut keinginannya dan mengharapkan pelbagai angan-angan kepada Allah” (Riwayat At-Tirmidzi)

Muhasabah mestilah dilakukan sepanjang masa kerana kita tidak terlepas dari membuat dosa. Mereka yang tidak beramal dengan muhasabah ini akan bertindak mengikut nafsu atau keinginan sendiri kerana tidak pernah menilai sama ada apa yang telah dilakukan itu betul atau tidak. Sebagai seorang yang menyeru kepada Islam, kita tidak terlepas dari berbuat salah kepada diri sendiri mahupun kepada madú. Justeru, dengan muhasabah, kita dapat memperbaiki diri untuk menjadi insan yang lebih baik dari sehari ke sehari. Selain itu, konsep muhasabah akan mengingatkan kita tentang hisab yang akan berlaku di akhirat nanti, lantas menambah keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Antara nasihat Saidina Umar Al-Khatab yang masyhur ialah:

“Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, timbanglah diri kalian sebelum kalian ditimbang”.

Beliau muhasabah dirinya dengan menggunakan pedati untuk memukul kakinya pada waktu malam dengan berkata:

“Khabarkan padaku apa yang telah engkau lakukan hari ini?”.

Walau bagaimanapun, dalam kita menghisab diri kita perlu berhati-hati agar tidak merasa riya’ atau ‘ujub dengan amal kebaikan yang kita lakukan. Sebaliknya kita perlu merasa risau kerana kita tidak pasti kesempurnaan amalan-amalan tersebut, samada ia diterima oleh Allah SWT atau sebaliknya mengundang kemurkaanNya. Dalam hal ini, peranan sahabat-sahabat dan masyarakat sekeliling amatlah penting. Saidina Umar RA pernah berkata:

“Rahmat Allah semoga tercurah atas siapa yang menunjukkan kepadaku segala cacat diriku”.

Sahabat yang baik ialah mereka yang berani menegur kesalahan diri kita dengan niat semata-mata kerana Allah SWT. Amat jarang untuk berjumpa dengan sahabat yang sebegini kerana masing-masing takut untuk menegur demi menjaga hati atau bermaksud jahat; gembira melihat kesalahan yang kita lakukan sebagai aib kepada diri kita sendiri. Pemilihan kawan yang tepat akan membantu proses kita menilai diri sendiri dan menyelamatkan kita dari terus hanyut dengan pujian-pujian yang hanya memakan diri dan mematikan hati.

4. Mu'aqabah (menghukum diri atas segala kekurangan)

> iaitu menghukum dirinya sendiri atas segala kekurangan yang ia telah lakukan.
Bila ternyata seseorang mendapati kelalaian dirinya atau melakukan kemaksiatan dalam muhasabah, maka ia tak boleh menganggap remeh hal tersebut. Kerana dosa-dosa yang dianggap remeh itu akan mendorong dirinya untuk lebih mudah melakukan dosa-dosa lain.

> Seorang mukmin harus menerapkan hukuman (mu'aqabah) dengan bentuk-bentuk yang di bolehkan.

> Abu Thalhah, pernah dilalaikan oleh seekor burung dalam solatnya. Kemudian ia menyedekahkan kebunnya kerana menyesal dan mengharap ampunan dari Allah SWT.

> Umar bin Khattab RA menyedekahkan tanah miliknya bernilai 200,000 dirham oleh kerana ia terlambat solat berjama'ah. Pernah sekali dia terlambat solat maghrib maka ia menghukum dirinya dengan memerdekakan dua orang budak.

5. Mujahadah (Bersungguh-sungguh)

> Bila seorang hamba telah menghukum dirinya maka ia harus bersegera lebih
bersungguh-sungguh beribadah kepada Allah SWT. Jangan biarkan hati lalai kembali
sehingga pintu hati terbuka bagi syaitan untuk memperdaya.

> Bila jiwa enggan dan mengalami kesulitan bergairah dlm beribadah kepada Allah SWT maka terapi yang harus kita lakukan adalah bersahabat dengan ahli ibadah yang lurus dan ikhlas seraya mengambil pelajaran dan mengikuti nasihat-nasihatnya.

> Ali bin Abi thalib KW sangat cemas dengan umat Islam setelah generasi para
shalafus shalih. Suatu hari setelah salam solat shubuh ia berkata;

"Demi Allah, aku telah melihat para sahabat Muhammad SAW dan aku sekarang tidak melihat sesuatu yang menyerupai mereka sama sekali. Mereka dahulu berdebu dan pucat pasi, mereka melewatkan malam hari dengan sujud dan berdiri kerana Allah SWT, mereka membaca Kitab Allah SWT dengan bergantian pijakan kaki mereka, apabila menyebut nama Allah SWT mereka bergetar seperti pohon bergetar diterpa angin, mata mereka mengucurkan air mata membasahi pakaian mereka dan orang-orang sekarang seakan -akan lalai (bila dibandingkan mereka)".

> Di antara cara-cara yang dapat menumbuhkan mental mujahadah yang kuat adalah dengan melihat perbuatan atau mendengarkan kisah-kisah tentang orang-orang mujtahidin (yang sungguh-sungguh dalam beribadah.

6. Mu'atabah (Mencela diri).

> Musuh utama diri kita adalah dalam diri kita sendiri, iaitu potensi untuk membantah perintah Allah SWT, kecenderungan untuk melalikan kehidupan akhirat dengan lebih menyibukkan diri dengan kehidupan dunia.

> Kita mesti waspada dengan musuh dari dalam diri yang senantiasa siap menyerang kita saat kita lalai. Allah SWt memperingatkan:

"Janganlah kalian termasuk orang-orang yang lalai". - Surah al-A'raf : 205

> Maka berilah peringatan terutama pada diri kita sendiri. Jangan pernah memperingatkan orang lain sebelum menjadikan tradisi diri untuk sentiasa mencela diri dalam usaha untuk memperbaiki dan menyempurnakan kebeningan hati.

> Jangan biarkan hati dirasuki riya' dan berbangga dengan diri sendiri.

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu
bermanfaat bagi orang-orang yang beriman". - Surah Adz-Dzariyat : 55.

Rujukan;
  • Risalah usrah jilid III, Abu Urwah.
  • Petunjuk Sepanjang Jalan, Syed Qutb
  • ‘Membentuk Peribadi Mukmin Sejati’ karangan Imam Al-Ghazali terbitan Al-Hidayah Publishers 1997
  • ‘Iman dan Kehidupan’ karangan Dr. Yusuf Al-Qardawi terjemahan Fachruddin HS terbitan Dewan Pustaka Fajar 2001
  • ‘Jejak menuju sifat taqwa…’ petikan dari buku Tazkiyyatun Nafs karangan Sa’id Hawwa, terbitan Robbani Press
  • ‘The Station of Muraqabah’ petikan dari buku ‘The Steps of the Followers’ karangan Ibn Qayyim al-Jawziyyah
  • ‘Self-Inventory: Al-Muhasabah’ petikan dari buku ‘Time in the Life of a Muslim’ karangan Dr. Yusuf Al-Qardawi (http://sunnah.org)
  • Artikel ‘Ma’na Tazkiyyatun Nafs’ dan ‘Kepentingan Tazkiyyatun Nafs’ oleh Al-Ustaz ‘Abdul Hasib Hassan
-am-

Wednesday, December 24, 2008

Pedoman Hidup

KENAPA AKU DIUJI??

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN??

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI??

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA KECEWA??
"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA??

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka..."
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP??

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!

"...dan jgnlah kamu berputus asa drpd rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

Ayuhlah saudara-saudaraku.. janganlah kita mudah berputus asa.. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa bersama orang-orang yang beriman dan bersabar..

"BERILMU, BERIMAN, BERAMAL & BERTAQWA"

-am-

Tuesday, December 23, 2008

umpama lalat di hidung..

Sabda Rasulullah SAW;

"orang yang beriman melihat dosanya umpama gunung yang besar yang akan menghempapnya manakala ahli maksiat melihat dosanya umpama lalat yang hinggap di hidungnya; apabila ia mengisyaratkan dengan tangannya, maka lalat itu akan lari."
~hadith riwayat Bukhari~

Tanyalah jiwa anda.. adakah aku benar-benar beriman??

Ya Allah, kurniakanlah kami taufiq dan hidayah yang berpanjangan...

-am-

jgn DEKATI !!!

Salam sejahtera. Moga semua berada dlm rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Amieenn.. Saya ada terbaca buku karangan ulama' moden terkenal, Sheikh Yusuf al-Qaradawi, "The lawful and the prohibited in Islam", atau dlm bahsa arabnya, Al-halal wal haram fil Islam. Bagus la buku tu. Sesuai lah utk kita yg cetek ilmu agama ni supaya kita boleh tau apa hukum-hukum yang Islam tetapkan disebalik setiap perkara yg kita lakukan..

Saya ingin berkongsi pandangan Sheikh Yusof Al-Qaradawi ttg larangan menghampiri zina. Harap2 ianya memberi manfaat dan marilah kita bersama2 mengelakkan diri kita drpd zina. Eh, eh, bukan saja elakkan diri, bahkan sama2 lah kita menjauhinya ya...

"It's not surprising that semua agama mengharamkan zina and fight against these crimes against society. ISLAM, the last of the divinely revealed religions, is very strict in prohibiting zina, for it leads to confusion of lineage, child abuse, the breaking-up of families, bitterness in relationships, the spread of veneral diseases, and the general laxity in morals; MOREVER, it opens the door to a flood of LUSTs and self-gratifications. Assuredly, the command of Allah SWT.,

"And do not come NEAR zina; indeed, it is an abomination and an evil way" (17:32), is just and true...

As we know, when ISLAM prohibits something, it closes all the avenuesof approach to it.. this is achieved by every step and every means leading to the HARAM.. accordingly, whatever excites passions, opens ways for illicit sexual relations between a man and a woman (bukan muhrim la ek), and promotes indecency and obscenity, is HARAM..."

-am-

Monday, December 22, 2008

Budaya konsumer punca kemelesetan ekonomi

Hari ini kita terus membaca dan diberitahu bahawa dunia kapitalis sedang dilanggar krisis yang maha besar. Krisis ekonomi yang sebesar ini belum pernah dialami oleh dunia kapitalis selama 200 tahun. Krisis kali ini lebih buruk daripada zaman kemelesetan tahun 1929.

Kita hanya membaca zaman kemelesetan pada 1929 di Amerika Syarikat. Kita tidak mengalaminya. Kita mengetahui hanya melalui surah sejarah, tidak lebih dari itu. Apa yang kita lihat hanyalah gambar-gambar hitam putih tentang zaman itu.

Apa yang kita hayati hanyalah filem-filem yang cuba menggambarkan suasana dan drama di zaman itu. Zaman kemelesetan besar di Amerika Syarikat berlaku 80 tahun dahulu.

Lapan puluh tahun dahulu Tanah Melayu masih bawah penjajah Inggeris. Getah baru sahaja sampai dari Brazil pada 1902. Sistem ekonomi kapitalis belum melebar.

bumiputera equity and moneyJual-beli duit ringgit belum menjadi budaya. Malah banyak warga langsung tidak memiliki duit. Bertukar-tukar barangan masih lagi budaya ekonomi. Masyarakat konsumer yang kita lihat di sekeliling kita hari ini masih belum wujud.

Rumah kita di kampung memakai lampu damar, kita memasak dengan kayu dan mengambil air dari perigi. Kita ke sawah setahun sekali. Di pekan, lampu jalan memakai lampu minyak pam.

Kereta satu benda yang ajaib – kalau bernasib baik kereta melintasi kampung kita – kita berkumpul berkerumun untuk melihatnya.

Saya sendiri belum wujud pada 1929. Apa yang saya tulis ini hanyalah menyambung surah daripada arwah ibu dan ayah saya.

Zaman itu telah lama berakhir. Hari ini kita melihat zaman itu sebagai Zaman Dahulu, kita panggil zaman ini Zaman Lampau atau Zaman Tok Kaduk. Apakah ini tepat?

Sebelum menjawab soalan itu, kita wajib melihat apakah budaya yang sedang kita anuti hari ini.

Untuk ujian pertama, sila buka almari kain baju dan lihat berapa banyak kain baju yang terkumpul dan tidak pernah kita usik-usik. Malah kita terlupa bahawa kita memiliki kain baju ini. Kemudian sila pandang rak kasut. Berapa banyak kasut yang terkumpul?

Jika kain baju bergantang-gantang dan kasut semakin membusut, maka tandanya kita sedang menghayati dan merayakan budaya konsumerisme – budaya yang lahir daripada sistem ekonomi kapitalis.

Budaya konsumer ini telah sampai ke tahap akhiran kerana sistem ekonomi kapitalis tidak lagi berkemungkinan untuk berkembang melainkan menguncup dan akhirnya meleset.

parliament stimulas package najib 041108 pcJangan dengar cakap-cakap para politikus yang memerintah. Mereka sedang berbohong. Kerja dan tugas mereka hanyalah berbohong dan menipu. Jangan percaya bahawa kita semua selamat daripada krisis ekonomi ini.

Jangan percaya bahawa ekonomi Malaysia kukuh. Tidak mungkin kalau semua negara dalam dunia ini telah mengakui bahawa negara mereka sedang menghadapi krisis, mana mungkin hanya Malaysia terselamat! Ini mustahil.

Jaminan politik ini pembohongan. Ia betul-betul macam penafian bahawa Najib Razak tidak mengenal Altantuya Shaariibuu. Bohong.

Fakta: Amerika Syarikat rakan niaga terpenting Malaysia telah memasuki zaman meleset bukan pada 2008 tetapi tahun lalu lagi. Inilah fakta rasmi kerajaan Amerika Syarikat. Negara Iceland telah jatuh muflis.

Tiga syarikat kereta yang terbesar di dunia – Ford, General Motors dan Chrysler – telah jatuh muflis.

Di United Kingdom, syarikat kereta Vauxhall menjalankan dasar “beli satu kereta, dapat satu percuma”. Ini kerana tidak ada lagi orang yang ingin membeli kereta. Di Malaysia pada ketika ini kita boleh beli kereta tanpa duit pendahuluan.

Trend ini hanya permulaan. Akan sampai masanya apabila kereta dari kilang Proton akan tinggal terbengkalai. Satu demi satu bank besar dan syarikat kewangan gergasi tutup kedai.

Harga minyak sawit kita telah jatuh. Harga minyak mentah telah juga jatuh. Bila harga minyak sawit dan harga mentah jatuh, ertinya pendapatan negara kita kurang. Tahun lalu indeks komposit bursa saham Kuala Lumpur naik hingga ke 1,300 mata. Lupa?

Bukankah Abdullah Ahmad Badawi berasa amat bangga dan mengeluarkan kenyataan bahawa ekonomi kita cermerlang, gemilang dan terbilang?

new economic policy nepHari ini indeks komposit hanya di takuk 800 mata. Bukankah ini tanda penunjuk bahawa ekonomi kita sedang merundum? Apakah kalau indeks naik maknanya ekonomi baik - jika indeksnya turun, tidak ada seorang menteri yang mengeluarkan kenyataan seolah-olah mereka semua telah jadi rabun dan buta.

Tahun hadapan kita akan diamuk lagi. Krisis luaran ini badainya akan sampai. Seperti ombak tsunami – ia bermula di Wall Street New York. Limpahan ombak tsunami ini akan sampai enam bulan kemudian ke Malaysia. Ombak ini pasti akan datang tahun hadapan.

Apakah kita semua sedar bahawa nilai ringgit kita telah jatuh. Maknanya, kalau dulu kita boleh membeli kapal selam dari Perancis dengan harga 10 ringgit sebuah. Hari ini kapal selam yang sama harganya menjadi 12 ringgit.

Duit ringgit rupanya dan warnanya tidak berubah. Apa yang berubah ialah nilainya. Titik sebenar pertanyaan: apakah ada jalan untuk menghadapi krisis ini?

Pasti ada. Sebelum ombak krisis ekonomi ini menggelora sampai kita wajib menilai kembali budaya konsumer yang kita rayakan. Budaya ini ialah budaya pembaziran yang sedang membawa laknat kepada umat manusia.

Kita wajib kembali melihat bumi ini sebagai rahmat untuk kita bercucuk tanam. Tidak ada jalan lain kecuali kita menghidupkan tanaman yang boleh kita makan. Bukan menanam getah atau sawit untuk dieksport agar negara dapat membeli kapal selam. Ini kerja bodoh.

Di Amerika Syarikat dan di Eropah – berjuta-juta buruh telah mula kehilangan pekerjaan. Apabila mereka hilang kerja, mereka tidak ada duit. Apabila mereka tidak ada duit, mereka tidak membeli barang.

Apabila mereka tidak membeli barang – kilang kita yang membuat barang akan ditutup sama. Apabila kilang kita ditutup, kita pula hilang pekerjaan dan kita pula tidak ada duit. Beginilah lingkaran setan dalam sistem global ekonomi kapitalis.

proton cars and moneyLingkaran setan ini dapat kita putuskan jika kita kembali berbakti kepada bumi. Bumi bukan untuk diruntuh-rantahkan. Bumi tempat kita bercucuk tanam dan memakmurkan tanaman untuk makanan.
Kita wajib memisahkan diri kita daripada terjerut dalam sistem global ekonomi kapitalis yang memaksa kita menjadi konsumer.

Bernoktahlah sebentar dan lihat kembali Zaman Tok Kaduk dahulu. Tidak ramai yang memiliki duit dan ringgit. Mereka bertukar tenaga bantu-membantu, bergotong-royong. Mereka hidup bukan sebagai konsumer. Mereka hidup sebagai manusia.

Kini telah muncul kembali di banyak tempat di Amerika Syarikat dan di Eropah di mana warga-warga menolak pengunaan duit rasmi dan menggunakan duit mereka sendiri. Ia diamalkan untuk memastikan mereka tidak terperangkap dalam ekonomi konsumer.

Mereka menjalankan perniagaan tukar-menukar. Mereka mahu menjadi manusia yang merdeka bebas daripada belenggu sistem ekonomi kapitalis.

Satu perkara yang wajib kita semua sedari. Pada tahun tahun 1930-an, apabila ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah meleset, apa yang muncul? Perang Dunia Kedua bermula. Dalam sistem ekonomi kapitalis, perang adalah jalan pintas untuk kaum pemodal menjual barangan mereka.

Dalam masa yang sama perang akan memusnahkan apa yang telah mereka buat. Buat, kemudian musnahkan. Buat lagi, dan musnahkan lagi. Ini cara untuk memastikan kilang akan terus bergerak.

Perang menjanjikan industri senjata berkembang. Industri senjata adalah satu-satunya industri yang menjadi pasak dan menjana ekonomi sistem kapitalis. Dalam perang, kemusnhan akan berlaku. Kapal terbang hancur, kereta kebal musnah, peluru dan bom diletupkan – semua ini perlu diganti dan dibuat lagi.

iraq warIndustri perang adalah industri terbesar - numero uno - untuk Amerika Syarikat. Negara ini, atau lebih tepat Wall Street, sarang kaum pemodal multinasional berkumpul dan merancang.

Pada ketika ini, di kilang-kilang industri perang sedang menggunung dengan peralatan senjata yang belum terjual atau belum musnah.

Justeru, kemungkian perang besar akan bemula tidak boleh diketepikan. Sejarah telah menunjukkan apabila kaum pemodal dilanggar krisis, maka tidak dapat tidak mereka akan merancang perang.

Perang di Iraq, di Afghanistan, Kosovo, Somalia dan di Sudan ini masih belum mencukupi untuk memusnahkan senjata-senjata yang telah sedia dibuat. Kerana itu perang wajib diluaskan ke Iran, Pakistan dan India.

Apa yang berlaku di Mumbai baru-baru ini adalah sebahagian daripada perancangan perang yang lebih luas.

Bernoktahlah sebentar dan mari kita melihat diri kita sendiri. Apakah kita telah terperangkap dalam sistem dan budaya yang dimunculkan secara terancang oleh kaum pemodal internasional?

Apakah kita diperangkap untuk terus menjadi hamba sebagai pengguna dan konsumer untuk membeli barangan yang kini telah menyempit bilik kita sendiri?

Jawapannya – sila buka kembali almari kain baju dan lihat apa yang ada di dalamnya. Jawapannya di hadapan mata.

* sumber dari www.malaysiakini.com

Demonstran atau Reformis bogel?

Selepas berlakunya pemecatan Anwar Ibrahim dan penangkapannya oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1998, Kuala Lumpur tidak sunyi daripada demonstrasi menuntut pembebasan mantan timbalan perdana menteri itu.

Mereka juga menuntut meletakkan jawatan perdana menteri ketika itu Dr Mahathir Mohamad.

reformasi 1998 270808 03Peristiwa konspirasi politik yang terhebat pada ketika itu telah mengubah lanskap politik Malaysia.

Orang-orang Melayu yang sebelum itu selesa dan dibuai mimpi-mimpi pembangunan akhirnya bangkit untuk bersama-sama bangsa Cina, India, Iban dan Kadazan untuk bangkit melawan segala kezaliman dan ketidakadilan politik.

Gerakan Reformasi sedekad lalu melahirkan golongan yang menggelar diri mereka “reformis”. Golongan ini melabel sedemikian kerana komitmen mereka untuk menghadiri siri-siri demonstrasi Gerakan Reformasi.

Pengorbanan golongan ini membantu perubahan politik di Malaysia bukannya kecil.

Ramai yang telah dibuang kerja, dikurung selama berhari-hari di dalam lokap dan tidak kurang juga yang terdecera kerana dibelasah polis yang menyuraikan demonstrasi.

Tidak kurang juga mahasiswa-mahasiswa yang telah dibuang kampus kerana terlibat dengan demonstrasi proreformasi.

Golongan ini juga bekerja keras untuk membantu Pakatan Rakyat (dahulu, Barisan Alternatif) dalam tiga pilihanraya umum semenjak 1999, dan juga pilihanraya kecil.

Menginstitusikan reformasi

Selepas kejayaan pilihanraya 8 Mac lalu, lahir kumpulan-kumpulan yang cuba menginstitusikan kumpulan-kumpulan gerakan reformasi. Entah apa tujuan atau halatuju mereka, masih belum jelas.

Akan tetapi pilihan mereka ini bukanlah satu kesalahan jika penginstitusian itu berniat untuk menyusun Gerakan Reformasi agar menjadi lebih formal dan teratur.

reformis president ramlan abu bakar 121208 05Setakat ini telah ada dua kumpulan yang mendakwa mereka mewakili aktivis-aktivis Gerakan Reformasi iaitu Ikatan Kebajikan Rakyat (Ikrar) dan Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis).

Kemelut timbul baru-baru ini di antara Reformis dengan kerajaan Selangor. Melaluinya presidennya Ramlan Abu Bakar, Reformis mendakwa bahawa kerajaan Selangor pimpinan Khalid Ibrahim zalim terhadap rakyat bawahan dalam isu kenaikan sewa Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Ramlan, yang sering diberi liputan oleh TV3 jika menghentam kerajaan negeri itu, mengugut untuk menganjurkan apa yang dipanggil “skuad berani bogel”.

Dalam satu kenyataannya, Ramlan berkata skuad berani bogelnya akan meneruskan bantahan, termasuk mengejar menteri besar Selangor, yang juga ketua perhubungan PKR, di majlis-majlis yang dihadiri olehnya.

Tindakan Ramlan dan skuad bogelnya mendapat bantahan aktivis-aktivis Gerakan Reformasi yang telah terkenal seperti Nasir Isa dan Norazimah Mohd Nor.

Nasir yang meringkuk di dalam lokap selama berbelas-belas kali kerana menyertai demonstrasi proreformasi tidak bersetuju dengan tindakan Ramlan dan skuad bogelnya.

Bantahan 'orang lama'

Sesuatu perkara jika telah diungkap dengan kata-kata – sama ada dilakukan atau tidak – sudah melambangkan moral yang tidak baik.

Kenyataannya ini merujuk tindakan Ramlan dan “reformis” yang mengugut untuk berbogel di hadapan bangunan pentadbiran kerajaan negeri di Shah Alam hujung bulan lepas.

Golongan ini tidak layak menggelarkan diri mereka
reformis” kerana telah mencemarkan kesucian dan kemurnian perjuangan reformasi di Malaysia.

reformasi 1998 270808 02Saya merasakan bahawa golongan ini mempunyai agenda atau cita-cita politik peribadi dan memperalatkan aktivis-aktivis Gerakan Reformasi untuk mencapainya.

“Di mana mereka (Reformis) ketika peneroka bandar seperti penduduk Kampung Berembang berjuang menuntut hak? Di mana mereka ketika undang-undang zalim seperti ISA ditentang?, Mengapa baru sekarang muncul?”

Reformis bantah presiden

Terbaru, sembilan daripada 12 orang exco Reformis dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar di sebuah restoran di Kuala Lumpur.

Mereka sebulat suara bersetuju untuk mengenakan tindakan disiplin kepada Ramlan.

Surat tunjuk sebab diserahkan kepada Ramlan yang dikatakan telah "membuat serangan peribadi" kepada Khalid dan didakwa membelakangkan pandangan sebahagian besar barisan exconya.

Secara peribadi, saya fikir sudah sampai masanya untuk membetulkan kesalahan memberi istilah dalam Gerakan Reformasi.

Golongan yang aktif dan memberi komitmen untuk bersama-sama dengan demonstrasi proreformasi digelar “reformis”.

Saya tidak bersetuju dengan gelaran ini kerana saya merasakan golongan ini lebih sesuai dipanggil demonstran atau aktivis reformasi.

Jika kita melihat kembali sejarah, untuk digelar sebagai reformis, kita harusnya berjasa besar membawa idea dan dampak perubahan masyarakat seperti Muhammad Abduh di Mesir atau Syed Syeikh Al-Hadi di Tanah Melayu.

Saya usulkan perkara ini bukanlah dengan niat menghina atau memperlekehkan sesiapa. Saya sendiri menyokong perjuangan aktivis-aktivis reformasi untuk bersama-sama membuat perubahan di negara tercinta ini.

Perkara ini ditimbulkan agar pada masa akan datang tidak timbul kekeliruan tentang kesilapan menggunakan istilah ataupun munculnya golongan-golongan yang memperalatkan perkataan “reformis”.

"REFORMIS ON BOARD!!"

-am-

Rancangan hiburan masakini banyak lahirkan golongan dayus

Islam tidak sama sekali tidak mengaharam atau menghalang manusia untuk berhibur, kerana ia adalah keperluan bagi menenangkan jiwa atau fikiran yang berserabut dengan tugasan harian atau bagi meredakan tekanan akibat terlalu banyak menunaikan tanggungjawab pada diri dan keluarga.

Suami ada tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak dan sebaliknya isteri juga ada tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak, perkara yang boleh menghilangkan seketika tentang kepayahan melaksanakan tanggungjawab masing-masing, begitulah setiap insan di dunia ini akan mengalami keadaan yang serupa.

Maka hiburan adalah ubat atau penawar terbaik bagi mereda, menghilang serta menyisihkan keserabutan ketika menjalankan tanggungjawab, tetapi hiburan itu tidak sama antara seorang individu dengan individu yang lain, kaedah berkesan bagi generasi terawal di kalangan para sahabat dan tabi'in menghilang stress atau apapun namanya, ialah dengan membaca atau menghafaz al-Quran.

Ini kerana bagi mereka al-Quran adalah penawar, penghibur, penghilang rasa duka, kecewa, penat, stress dan sebagainya, ia menunjukkan bahawa generasi awal melihat al-Quran sahajalah satu-satunya ubat berkesan untuk tujuan tersebut.

Tetapi ia tidak kepada segenap generasi hari ini, mungkin terdapat di kalangan muslim hari ini yang menjejaki amalan orang-orang yang terdahulu daripada, itupun yang sentiasa menghubungkan diri dengan program-program masjid atau surau, yang mengikuti panduan dan motivasi penceramah yang mengingatkan mereka untuk berbuat demikian.

Akan tetapi bagi yang tidak menghubungkan diri dengan rumah-rumah Allah, mereka tidak nampak dan tidak ada dalam minda mereka penawar duka ialah al-Quran, tetapi mereka memilih dengan hiburan yang tidak sama sekali mencerminkan kebaikan sama ada untuk agama atau diri mereka sendiri.

Maka bagi penghibur atau selebriti, mereka memilih hiburan yang tidak mencerminkan ciri-ciri tamadun yang telah digaris pansukan oleh al-Quran mahupun Sunnah Nabi Muhammad SAW, maka muncullah program-program realiti yang kononnya sifatnya menghiburkan penonton, sama ada di rumah ataupun di studio, apapun ia sedikitpun tidak mencerminkan cara berfikir para peserta dengan ajaran Islam.

Sebagai contoh, pasangan suami isteri yang terlibat dalam rancangan malam 'Sehati berdansa' yang menampilkan pasangan suami isteri menari di hadapan khalayak ramai tanpa memakai tudung kepala atau pakaian yang jelas menutup aurat dengan sempurna.

Dalam sesi latihan tangan isteri selebriti tertentu dipegang oleh pakar jurutari lelaki bagi menunjukkan cara yang betul kononnya tarian yang sempurna mengikut rentak muzik, dengan pendedahan aurat dan menampakkan rupa bentuk badan, apakah mereka tidak merasakan bahawa tindakan itu sebahagian daripada ajaran Rasulullah SAW?

Tidakkah sang suami merasakan bahawa tangan isteri dipegang oleh lelaki yang bukan mahramnya, dada dan tubuhnya dilihat oleh mereka yang tidak dibenarkan itu satu kesalahan yang disifatkan Nabi Muhammad SAW sebagai suami yang dayus?

Sesungguhnya orang-orang yang dayus tidak mendapat tempat di sisi Allah SWT dan Rasul-Nya pada hari kiamat, tidakkah mereka merasa takut akan diheret dan diseret di hadapan mahkamah Allah SWT pada hari di mana segenap manusia sedang menunggu giliran untuk diperhitungkan amalan-amalan mereka?

Justeru, marilah kita sama-sama melihat dengan pandangan makrifat ketegasan sabda Nabi Muhammad SAW seperti di bawah ini dengan kedudukan hadith yang sohih :

Hadith pertama : Tiga golongan yang Allah SWT tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, wanita yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS' ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya sahih: Ghayatul Maram, no 278 ).

Hadith kedua : Tiga yang telah Allah SWT haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya' ( Riwayat Ahmad ).

Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus. Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu Sabda Nabi : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : "Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "Iaitu orang yang tidak memperdulikan siapa yang masuk bertemu dengan ahlinya (isteri dan anak-anaknya) - Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat.

Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi maksudnya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah? Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya). Dinukil sebahagian pendapat daripada pandangan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman.

Apapun jika diri kita masing-masing mahukan pertolongan dan bantuan Rasulullah SAW pada hari kiamat, tiada jalan lain yang lebih mujarab melainkan kita akur dan menerima segala apa yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW, kerana ketundukan kita kepada arahan baginda SAW adalah juga menunjukkan kita tunduk kepada arahan Allah SWT sepertiman yang ditegaskan-Nya menerusi ayat 80 surah an-Nisa' yang bermaksud :

"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah SAW, maka Sesungguhnya dia telah taat kepada Allah SWT; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita Wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)."

Wallahuaa'lam..

-am-

Wednesday, December 17, 2008

atok, atok, ape maksud bacaan tahiyyat akhir?

Ibadah solat merupakan salah satu drpd rukun Islam.. nilainya amat besar.. masakan tidak sehingga perintah pelaksanaannya diterima oleh junjungan besar Rasulullah s.a.w. ketika Baginda bertemu Allah s.w.t. tatkala peristiwa mi'raj..namun,saya yakin masih ramai yg belum memahami maksud bacaan ketika solat..cuba kalian bayangkan jika hidup sudah menjangkau 50 tahun tetapi masih belum tahu maksud bacaan tahiyat akhir..amatlah malang..jadi,marilah kita bersama2 mempelajari dan menghafaznya supaya ibadah solat kita mampu diperbaiki,insyaAllah..

Takbiratul-Ihram & Takbir

Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit
dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya
solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah
Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan
kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya
dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang
menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan
orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka,
bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan
mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Besar dan dengan segala
puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala
puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah dosaku dan rahmatilah daku,
lindungilah daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku petunjuk, selamatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah
untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan
rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas
kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik
saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik
saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya
Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke
atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas
Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas
Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau
berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di
dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi
Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau
pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah
Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala
kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya
hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak
sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain
daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang
memperolehi pimpinanaMu. Dan tidak mulia orang-orang
yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya
Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau
sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah
Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat
kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang
ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.

Salam
Sejahtera ke atas kamu berserta rahmat Allah.

~iMAN rapuh punca hAti reSAH~

PUNCA-PUNCA kesedihan - jika ada satu alat yang sesuai untuk mengukur kekuatan iman, tentulah alat itu adalah 'hati'. Allah SWT menjadikan hati itu hidup dan berfungsi sebagai pusat kawalan bagi anggota badan manusia. Seseorang yang suka menyentuh hatinya dan merawat dengan baik akan semakin mengenali dirinya sendiri.

Jika gelisah, sedih dan putus asa menguasai diri, dia akan bertanya kepada hati apakah sebabnya? Kemudian ilmu diperlukan untuk menjawab soalan, akal diguna sambil hati memandu cuba merungkai penyebab kesedihan itu. Akhirnya ditemukan jawapan punca kesedihan, kemurungan, gelisah dan tekanan pada diri manusia iaitu;

  • Suka membuang masa. Hiburan dan permainan boleh merehatkan hati dan menjadikannya lebih bertenaga, tetapi apabila terlalu berlebihan ia boleh membunuh. Orang mukmin membahagikan masanya kepada tiga bahagian, iaitu;

    Pertama untuk Allah SWT; kedua untuk dirinya sendiri yang meliputi fikiran, perasaan dan tubuh badannya dan ketiga untuk keluarga dan umatnya. Sikap membuang masa biasanya dipengaruhi oleh persekitaran. Manusia akan mudah terpengaruh dengan apa yang dilihat dan didengar daripada pergaulan. Berkawan rapat dengan orang yang suka membaca boleh mempengaruhi minat kita kepada buku, begitu juga bila suka iktikaf di masjid mendengarkan syarahan agama akan menjadikan kita dekat dengan ilmu.

    Kita sentiasa berhadapan dengan dua pilihan dalam hidup ini, jalan baik atau yang buruk. Kawan yang jahil atau soleh, situasi mengingatkan kita pada Allah atau melupakannya. Membuang masa menyebabkan kemalasan yang berakhir dengan kegagalan, sedih dan tertekan. Seorang mukmin yang benar imannya sentiasa berada dalam situasi jihad iaitu bersungguh-sungguh mengisi masanya dengan perjuangan dan pengorbanan untuk memenangi pertarungan melawan iblis dan syaitan.

  • Kesedihan juga berpunca daripada sifat dengki dan mengikut nafsu. Ada orang berasa sedih menyaksikan orang lain yang mengatasi kehebatannya. Lebih berjaya, kaya, berpangkat, cantik dan bergaya. Risau dan tertekan bersarang di hati, ditambah dengan sifat dengki dan dendam yang pasti akan memalapkan cahaya iman.

    Ubat bagi kesedihan sebegini adalah dengan melihat siapa yang berada di bawah anda. Bukankah ramai manusia yang tiada apa-apa untuk dimakan pada hari ini? Rumah mereka musnah oleh banjir dan badai, anak dan isteri mereka mati di hadapan mata kerana tembusan peluru, kehancuran bangsa dan negara oleh kekejaman perang. Mengapa perlu bersedih jika kita masih memiliki orang yang tersayang, mengapa risau jika harta kita dilindungi Allah SWT, jika ia berkurangan bukankah selama ini Allah memberi jumlah yang banyak tak terhitung? Semenjak dari rahim ibu lagi rezeki sudah dikurniakan kepada kita. Sudikah kita jika seseorang mahu menukar kedua mata, kaki dan tangan kita dengan wang berjuta? Tentu ia lebih berharga daripada wang. Kenikmatan yang Allah kurniakan itu terlalu banyak, tetapi hanya sedikit manusia yang mahu bersyukur.

  • Kesedihan kerana melupakan Allah. Bagaimanakah keadaan orang yang melupakan Allah? Dalam surah Al-Hasyr ayat 19 Allah SWT berfirman yang maksudnya: “Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan Allah. Lalu Allah menjadikan mereka melupakan diri mereka. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.”

    Makna melupakan diri mereka sendiri adalah mereka meninggalkan amal soleh yang boleh menyelamatkan diri mereka di dunia dan akhirat. Orang yang melupakan Allah SWT mempunyai ciri-ciri seperti berikut;

    Hari dilalui tanpa ibadat, lupa berzikir, mengabaikan sembahyang, tidak membaca ayat al-Quran, menjauhi ilmu dan meninggalkan amal soleh. Kehidupan dunia menjadikan mereka buta, tidak dapat menjejaki jalan ke akhirat. Keadaan mereka seperti binatang kerana mereka hidup semata-mata untuk makan, minum, tidur, berkahwin dan memuaskan nafsu saja.

    Ini sesuai dengan firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan jin dan manusia, mereka memiliki hati tapi tidak dipergunakan untuk memahami ayat-ayat Allah, dan mereka memiliki mata tetapi tidak dipergunakan untuk melihat tanda-tanda kebesaran Allah dan mereka memiliki telinga tetapi tidak dipergunakan untuk mendengar ayat-ayat Allah. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-A'raf: 179).

    Benarkah orang yang kaya tidak berasa sedih, putus asa dan tertekan? Sebenarnya, ia bergantung kepada sumber hartanya dan untuk apa ia dibelanjakan. Kekayaan yang sebenar adalah kaya hati. Iaitu hati yang sentiasa bergembira kerana iman kepada Allah dan bersyukur serta reda dengan qada dan qadar-Nya.

  • * sumber dari nukilan juanda jaya, berita harian, 2006

    Tuesday, December 16, 2008

    Kejayaan dalam kehidupan dunia dan akhirat - Impian setiap muslim yang waras

    Tidak ada muslim/muslimah yang celik cara berfikirnya yang tidak mahu berjaya dalam kehidupan, sama ada di dunia ini yang bersifat sementara apatah lagi di akhirat yang kekal abadi. Ia juga adalah hasrat setiap insan walaupun tidak menjadi seorang muslim, kerana kejayaan adalah sesuatu yang manis dalam kehidupan manusia.

    Namun kejayaan yang ingin dikecapinya itu perlulah mengikut prosuder dan pantang larang agama Islam, iaitu tidak menyalahi konsep matlamat tidak menghalalkan cara, berapa banyak cara yang dilakukan oleh muslim untuk meniti sesuatu kejayaan, tetapi ianya tidak memenuhi kriteria matlamat agama, maka ia tidak dikira sebagai kejayaan kerana mengenepikan nilai-nilai agama Islam yang murni.

    Para ulama' yang mewarisi ajaran Nabi Muhammad SAW banyak meninggalkan kaedah, pendekatan serta cara terbaik untuk seseorang muslim/muslimah meniti kejayaan sebenar menurut acuan agama, mereka dianggap sebagai pengamal ajaran-ajaran Islam dan mencontohkannya kepada umum dengan bentuk yang cukup sempurna, jauh dari sebarang penyelewengan, bid'ah, tahayul dan khurafat, kerana ini semua menggagalkan konsep matlamat tidak menghalalkan cara.

    Seseorang muslim/muslimah menurut Imam Syahid hasan al-Banna akan sentiasa berada di tangga kejayaan, apabila memiliki faktor-faktor berikut :

    * Menganut dengan akidah Islam yang tulin, jauh dari sebarang unsur syirik, kufur dan fasiq.

    Iaitu akidah 'Ahlus Sunnah Wal Jamaah' yang menitik-beratkan hujah yang diceduk daripada al-Quran dan hadith-hadith Nabi Muhammad SAW yang sohih, Ijmak dan Kias yang bukan sahaja menjadi rujukan dalam persoalan hukum syariat Islam, malah dalam perkara yang berkaitan dedngan akidah.

    * Beribadat dengan konsepnya yang betul berdasarkan elemen ilmu, kerana sesuatu ibadat itu tidak akan diterima tanpanya.

    Setiap muslim/muslimah perlu mengetahui matlamat Allah SWT jadikan mereka bukan untuk berfoya-foya tanpa tujuan hidup, malah mereka dicipta hanyalah untuk tunduk beribadat kepada Allah SWT tanpa perlu adanya perantaraan manusia atau objek-objek lain yang boleh disifatkan sebagai syirik kepada Allah SWT.

    * Memiliki ketajaman daya berfikir.

    Akal fikiran yang dianugerahkan Allah SWT merupakan satu anggota dalam tubuh manusia yang wajib dipelihara, iaitu dipelihara hingga tidak memikirkan pada perkara-perkara yang tidak menguntungkan Islam, kerananya juga manusia akan disumbatkan dalam api neraka jika sekiranya seseorang itu tidak menghidupkan fungsinya yang sebenar untuk berfikir pada memajukan Islam.

    * Memiliki tubuh badan yang semaksima sihat untuk diwakafkan kepada Islam.

    Islam amat mementingkan kesihatan tubuh badan yang maksimum daripada setiap muslim/muslimah, kesihatan tubuh badan bukan sahaja untuk menggunakannya pada membantu mereka yang mengharapkan bantuan kebajikan dan sebagainya, malah yang paling penting untuk melaksanakan tuntutan amal-amal ibadat yang difardukan oleh Allah SWT.

    Ibadat tidak sahaja dalam bentuk melaksanakan solat, haji, puasa dan lain-lain, tetapi juga mengerahkan tenaga untuk menuju ke rumah Allah SWT bagi menunaikan solat berjemaah, bergotong-royong mengurus ibadat korban, mengurus jenazah, membersihkan alam sekitar seperti kawasan-kawasan masjid dan surau dengan tubuh badan yang sihat, ia dikira sebagai mewakafkan tenaga dan tubuh badan pada jalan Islam.

    * Memiliki akhlak Islam yang jitu.

    Sesungguhnya Rasulullah SAW ada menegaskan dalam satu hadith yang bermaksud :

    "Yang paling sempurna iman di kalangan orang-orang yang beriman adalah yang paling sempurna akhlaknya."

    Akhlak merupakan elemen penting dalam diri setiap muslim/muslimah, tanpanya ia tidak bermakna menjadi seorang muslim yang telah berjanji kepada Allah SWT untuk menjadikan segala agenda hidup dan mati kerana-Nya seperti yang diungkapkan dalam solat lima kali sehari semalam.

    Akhlaklah yang membezakan antara sesorang muslim dan bukan Islam dalam meneraju kehidupan berdasarkan ajaran-ajaran Rasulullah SAW yang dicontohkan menerusi Sirah Baginda SAW.

    Akhlak yang jitu ialah memperlihatkan keluhuran budi pekerti terhadap Allah SWT, Rasulullah SAW, para alim ulama', kedua-dua ibu bapa, adik beradik, orang-orang yang lebih tua, jiran tetangga, sesama manusia, alam sekitar, terhadap haiwan, pokok-pokok dan sebagainya.

    Sesungguhnya akhlak tidak boleh dibuat-buat dengan sengaja tanpa rangsangan daripada diri sendiri yang lahir daripada sanubari yang diikat dengan ajaran agama Islam.

    * Bijak menjaga/mengurus waktu dengan baik.

    Pengurusan waktu yang baik akan menjadikan muslim berkualiti dengan nilai-nilai kehidupan yang positif, iaitu menggunakan masanya pada perkara-perkara dan di tempat-tempat yang baik yang disukai Islam seperti sentiasa menjadikan masjid dan surau sebagai destinasi persinggahan, selain daripada menunaikan solat fardu berjemaah, diikuti pula dengan penglibatan kelas-kelas fardu ain.

    * Memanfaatkan segala apa yang dimiliki untuk kepentingan awam.

    Islam sering dan sentiasa menganjurkan kepada penganutnya agar mencurahkan segala apa yang ada pada mereka untuk dikongsi sama dengan saudara-saudara seagama seperti ilmu, kepakaran bagi melahirkanb insan muslim yang boleh dicontohi oleh kaum lain.

    * Berusaha untuk berdaya saing dalam segenap bidang dan lapangan.

    Umat Islam tidak boleh berbangga dengan kejayaan yang dicapai pada tahap tertentu sahaja, malah memperkasa diri dengan meneroka bidang-bidang yang difikirkan perlu bagi memenuhi tuntutan fardhu kifayah seperti bidang astronomi, maritim dan lain-lain.

    * Mampu untuk berusaha mencapai sesuatu matlamat.

    Ia juga satu pendekatan yang memperlihatkan kemampuan umat Islam berusaha mencapai sesuatu matlamat semaksimum mungkin yang belum diterokai oleh mana-mana pihak, seperti matlamat mahu melahirkan usahawan mantap, maka usaha ke arah itu perlu dilakukan walaupun menghadapi cabaran yang sukar.

    * Bersistematik dalam segenap urusan harian sebagai seorang muslim/muslimah sejati.

    Umat Islam perlu membuktikan bahawa kehidupan mereka terancang dan teratur mengikut jadual, penuh dengan agenda, aktiviti, tugasan yang bersistematik hingga mampu mencairkan golongan bukan Islam yang menyanjung, menghormati sekali gus menjadikan mereka cenderung untuk meniru cara kita yang menampilkan pelaksanaan tugasan dan urusan dengan baik.

    Sesungguhnya Islam mampu menawan dan memaut hati manusia-manusia sesuai dengan lafaz 'Islam' yang memberi maksud menyelamat.

    -am-