Salam sejahtera buat sahabat2 yg disayangi.. semoga segala urusan dalam kehidupan anda dipermudahkan Allah SWT..
Sahabat2 yg dikasihi,
Dalam ilmu akidah, seseorg muslim mempelajari apa itu rukun iman dan rukun islam.. ia merupakan RUKUN.. jadi jika salah satu drpd rukun2 itu x dapat dipenuhi, sudah pasti seseorang itu tidak layak utk digelar seorg MUSLIM dan seorg yg BERIMAN.. betoi ak??
Baik,
dalam rukun iman, umat Islam perlu mempercayai kitab2 termasuklah mukjizat agung, Al-Quran.. Namun, persoalannya, adakah cukup hanya dengan percaya??? ermmm.. sudah pasti belum cukup jika belum ada keyakinan.. bagi saya, percaya itu terletak di dalam kepala manakala keyakinan itu letaknya di dalam hati.. apabila kedua-duanya memainkan peranan yg positif, baru la kite akan dapat hasil yg super duper mantap!!
camne ek nak terangkan perbezaan di antara percaya dan yakin?? camni.. meh kite main analogi sikit.. katekan ketika anda berjalan2 di dataran merdeka.. ketika itu anda melihat terdapat ramai orang yg sedang mengelilingi suatu kawasan lapang, seolah-olah ade pertunjukan sarkas plak.. jadi anda pun tergerak hati utk melihat lebih dekat, apa sebenarnya yg berlaku..
huhu.. rupa2nya ada pertunjukan "menembak epal di atas kepala".. ketika itu, terdapat seorg mamat koboi yg sedang menembak sebiji epal.. epal itu terletak di atas kepala pembantunya.. mula2, epal itu ditembak menggunakan senapang dari jarak 5 meter.. kemudian, jarak itu ditambah dan ditambah... 5,10,15, 20 sampaila 50... kesemua tembakan tepat belaka.. anda terasa percaya dan yakin akan kemampuan si mamat koboi tuh.. TETAPI, sejauh mana anda meyakini kehebatannya???
ok,
katakan tetibe je anda dipanggil oleh mamat koboi tu utk menggantikan pembantunya.. mamat itu mahu menembak epal di atas kepala ANDA!!! hahahaha.. anda mahu???? sesungguhnya, jawapan anda adalah keyakinan anda...
begitulah analogi ringkas yg boleh diterima atau ditolak.. namun, itulah yg mampu saya explain utk mmbezakan "percaya" dan "yakin".. moga Allah SWT memberikan kita kefahaman...
so, sejauh mana anda meyakini ayat2 ALLAH SWT di dalam kitabNya yg wajib kita pelajari dan hayati; AL-Quran AL-Karim.. Al-Quran yg mulia.. saya pasti setiap umat Islam mempercayainya.. tetapi mungkin masih ramai yg belum benar2 meyakininya atau sekurang-kurangnya berusaha utk meyakininya... mungkin ia diantara sebab mengapa umat islam masih lemah dan tidak bersatu hati...
jika anda benar2 mempercayai dan meyakini Al-Quran, sudah pasti anda juga meyakini ayat ini:
"sesungguhnya, agama di sisi Allah adalah Islam." ~surah Ali-Imran, 19.
sahabat2 yg dihormati,
ayat ini merupakan salah satu hujah strong mengapa kita memilih Islam sebagai agama kita.. Moga Islam terus maju bersama penganutnya!!! Allahu Akbar!! Akhir kata, Islam is THE way of life..
Wallahua'lam..
-am-
No comments:
Post a Comment