PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Monday, December 1, 2008

Surat Cinta..

Assalamualaikum wrt wbt.. semoga anda semua sihat di samping keluarga tercinta.. alhamdulillah, kesyukuran berpanjangan dipanjatkan utk Pemilik segala isi langit dan bumi..

"Ya Allah, Tuhan sekalian alam.. hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami memohon pertolongan.."

Sahabat-sahabat yg dikasihi..
Ape kate kali ni kite bincang2 sikit fasal surat cinte?? huhu.. mcm jiwang jer entry kali ni.. hehehe.. neway, xpe, yg penting bahagia.. eh, ape ek perasaan anda apabila menerima surat cinta dr org yg teristimewa?? (email, sms pun surat kan; surat elektronik)

"uih, best siot!!"
"bahagia duh hati aku.."
"mesti la masyuk giler!!"
"bukan senang oo nak dapat..hidup aku makin ceria!! hehe.."

huhuhu.. mungkin itu diantara jawapan2 yg mungkin kite akan dengar apabila soalan di atas diajukan kepada sesiapa yg pernah menerima atau mengalaminya..

agaknya, dimana anda menyimpan surat cinta itu??

"wah, aku simpan dalam fail khas.. siap hias2 dgn bunge lagi.."
"aku simpan dalam laci stadi aku.. nak tiupkan semangat time stadi!!"
"aku simpan je dalam inbox email aku.. xkan nye aku delete.."

huh.. jawapannya pasti special.. maklumlah, org special yg kasi..

"weih, kalau aku bace kan, surely hati aku tersentuh.. uh, unexplainable... hanye org yg pernah mengalaminya boleh explain.. serious doh!!"

huhu.. kalau ikutkan pengalaman sendiri pun, hati ini mudah tersentuh apabila membaca surat cinta manusia.. kadangkala ia mengkhayalkan dan kadangkala ia memberikan semangat.. tetapi, apa yg pasti, perasaan itu bukannya lahir dari mata hati tetapi ia lahir dari mata NAFSU!! nauzubillahiminzalik!! cukuplah kesilapan lalu..

ok, soalan seterusnya.. kerap tak anda membaca surat cinta yg anda terima itu??

"kerap dong!!"
"kalau teringat akan dia, pasti suratnya aku baca.."

wah wah wah.. bukan main lagi.. hehehe..

baik... sahabat-sahabat yg disayangi...

jika anda memiliki sebuah kereta bmw, siapakah yg paling menyayangi atau menyintai kereta itu?? ayah anda? ibu anda? adik anda? atau diri anda sendiri selaku pemiliknya? ermmm.. rasenye org yg normal pasti akan mengatakan bahawa si pemilik-lah yg paling mencintai sesuatu yg dimilikinya... jadi, siapakah yg paling mencintai anda selaku seorang manusia di atas muka bumi?? pastilah pemilik manusia iaitu ialah Allah SWT...kan?? adakah anda sedar bahawa Allah SWT menurunkan Al-Quran utk manusia sebagai surat cintaNya kepada kita??

yg mana satu lebih agung, lebih hebat?? surat cinta dr cewek, pacar, awek, balak, pakwe, makwe atau surat cinta dr Yang Maha Agung?????

Sahabat-sahabatku... sayangnya Allah SWT kepada kite selaku hambaNye.. Allah SWT berikan kita surat cintaNye sebagai petunjuk.. sumber kebahagiaan.. panduan.. ke arah kejayaan dunia dan akhirat.. ke arah menggapai dan menikmati syurgaNya yg tak terhingga hebatnya, yg tak terbayang di mate dan kepale... namun, selama ini, kebanyakan drpd kita lebih mengutamakan surat cinta dr manusia dan sering mengabaikan surat cinta dr Allah SWT.. benar kan??

Seringkali kita merasa berat hati utk menatapnya.. inikan pula mmbaca dan menghayatinya.. lihat di rumah2 kita, banyak Al-Quran yg berhabuk, terbiar kerana sudah lama tidak disentuh.. mungkin ada yg mengatakan bahawa terlalu banyak Al-Quran di rumah, tetapi mengapa anda tidak membersihkannya drpd habuk?? mengapa??? bukankah ia boleh di wakafkan kpd org2 miskin atau masjid2??

Sahabatku,
sudah berapa lama kita mengabaikan surat cinta Allah?? sudah berapa lama kita tidak membacanya dgn sepenuh hati?? bayangkan, jika nyawa kita ditarik ketika selama ini kita mengabaikan surat cinta Allah SWT dan mengutamakan surat cinta manusia, ketika kita lebih suka membaca komik, majalah hiburan berbanding surat cinta Allah SWT?? Apa salah Allah SWT kepadamu?? Allah SWT menurunkan Al-Quran supaya kamu hidup bahagia tetapi mengapa kamu mengabaikannya??

Jika anda mengatakan bahawa jiwa anda tersentuh apabila membaca surat cinta dari org tersayang, sudah berapa lama jiwa anda tidak bergetar tatkala mendengar nama Allah SWT dan ayat-ayatNya??? sudah berapa lama??? Allahuakbar!!! lemahnya iman kita..

"sesungguhnya org2 yg beriman itu adalah mereka apabila disebut nama Allah bergetarlah hati mereka dan apabila dibacakan ayat-ayatNya kepada mereka, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakkal."
~surah al-Anfal - 2~

Sahabat-sahabatku semua..
marilah kita bersama2 meminta ampun drpd Allah SWT kerana kita sering mengabaikan surat cintaNya.. kerana kita kerapkali lalai..

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dosa2 kami.. kerana kami lebih mengutamakan surat cinta manusia daripada surat cintaMu.. Ya Allah, Ya Fattah, Ya A'lim.. bukakanlah pintu hati kami.. berikanlah cahayaMu.. terangilah jiwa kami dgn nur-Mu.. begitu byk jalan ke arah syurgaMu yang Kamu tuliskan di dalam surat cintaMu tetapi kami sering melupainya dan menganggapnya tidak penting bagi kehidupan kami.. Ya Fattah, bukakanlah mata hati kami!! Ya Tuhan yg Maha Pengampun, ampunilah dosa2 kami..!!"

Sahabatku,
marilah kita bersama2 memperbaiki diri.. dari semasa ke semasa.. sedikit demi sedikit.. jgn biarkan kesalahan lalu diulangi oleh generasi kite akan datang..

"Ke arah melahirkan generasi Al-Quran yg mencintai dan dicintai Allah SWT.", amieen... wallahua'lam.. moga Allah SWT sentiasa memberkati kita semua...

-am-

~bangunkan potensi spiritual anda!~

No comments: