PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, December 2, 2008

Iklan Oh Iklan!!!

Inilah gambar yang saya ambil ketika sedang berjalan-jalan di salah sebuah pusat membeli belah di ibu kota Kuala Lumpur. Jangan tengok lama-lama yea...!!

iklan oh iklan

Anda boleh fikirkan, matlamat asal pengiklanan ini ialah untuk mempromosi produk ataupun perkhidmatan mereka. Dari dahulu sehingga kini, itulah resmi orang berniaga.

Cuma bezanya kini, nilai moral sudah semakin pudar. Kain yang menutupi tubuh manusia semakin diselak sehelai demi sehelai. Maruah makhluk manusia semakin menghampiri haiwan.

Dan anehnya, manusia yang lalu lalang di situ seakan-akan tidak merasakan apa-apa yang pelik dan janggal sedang berlaku. Gambar itu sudah sebati dengan jiwa masing-masing. Tiada lagi rasa gentar dan marah. Marah kerana nilai kemanusiaan, sepertimana yang dicanang Islam telah dicabuli, dan gentar melihat sesuatu yang bukan haknya. Iyalah, aurat tu!

Lebih-lebih lagi kaum wanita, dah selalu sangat jadi subjek dalam industri pengiklanan. Wanita menunjukkan kelemahannya apabila gagal mempertahankan auratnya. Aik!! Di mana suara-suara ‘pejuang kewanitaan’, apabila wanita menjadi 'puppet' ataupun boneka kepada ‘permainan’ si puppet master?

Kita takut jika suatu hari nanti, jika ada iklan yang memaparkan wanita bogel sepenuhnya sudah menjadi kebiasaan kepada masyarakat. Sekarang ni, iklan yang memaparkan wanita sedang mandi dalam keadaan separuh bogel dah macam tak ada apa-apa…

Kita yang menonton ni, jagalah mata kita. Setiap pandangan yang bukan hak itu, panahan syaitan. Kalau kena panahan biasa kat mata, dah berdarah horror!! Panahan syaitan lebih menusuk.

Kalau ada iklan syampoo, sabun mandi, pakaian-pakaian, segeralah alihkan pandangan anda. Nak lebih baik, tukar saja siaran. Dan yang terbaik, switch off lah mesin yang melalaikan itu. Begitu juga iklan-iklan billboard di luar rumah.

Peliharalah mata kita sebelum diambil kembali. Wallahu a'lam

-am-

No comments: