PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Friday, January 30, 2009

Boikotkah kita?? Bencikah kita??

Sejak beberapa minggu yg lepas, dunia dikejutkan buat kesekian kali yg entah ke berapa sejak tahun 1948 tentang pembantaian a.k.a brutality, uncivilised action terhadap umat Palestin oleh Israel Yahudi laknatullah..

Diberitakan, lebih ribuan nyawa telah terkorban, + yang telah tercedera sejak Israel Yahudi Laknatullah melancarkan serangan bom ke wilayah Palestine sejak 3 minggu yang lalu..

Otakku ligat berfikir...
Seluruh dunia mengecam Yahudi dan falanist.. Ganas, buas, bengis & kejam..

Apa yang kita mampu buat?:

Di Beirut - ribuan umat Islam berarak di jalanraya membakar bendera, memijak gambar bush. Hasilnya 1 maut dan berpuluh lagi cedera setelah bertempur dengan polis sendiri.

Di Indonesia - ribuan pelajar menunjuk perasaan dijalanan. Bakar bendera, pijak gambar pemimpin yahudi dan pemimpin Amerika. Dua cedera kerana dirempuh penunjuk perasaan.

Di Jerman - ribuan rakyat Palestin dan penyokong mereka berarak di jalanan. Bakar bendera, bakar gambar. Tujuh orang penunjuk perasaan cedera di belasah polis.

Di Malaysia - (Apa kurangnya) Kempen pun bermula tiga minggu lalu. Boikot Nescafe, boikot McD, boikot KFC, boikot Tesco. Boikot itu, boikot ini. Boikot semua barangan yahudi. Semalam saya pergi Tesco... saja jalan2 tengok apa yang orang Malaysia buat di sana. Tesco penuh sesak, para isteri pergi shopping. Dalam troli ada Nescafe. para bapa melayan anak-anak kat McD mahupun KFC.

Bila rakyat Malaysia nak berarak di jalanraya? Tunggu hari jumaat... Lepas solat jumaat kumpul ramai-ramai depan masjid... Mengganggu orang lalu lalang... Lepas tu berarak pergi ke Kedutaan Amerika... Menjerit... bakar bendera, pijak gambar Bush..

Bendera beli di Tesco.. Jom kita bakar ramai-ramai..

Itulah sahaja yang umat Islam mampu buat. Berarak, buat bising dijalan, baling batu, bakar bendera, pijak gambar. Lepas tu lapar.. Pergi makan kat McD & KFC..

Orang Yahudi ketawa besar. Umat Islam cuma mampu menjerit di jalanan. Bakar bendera, pijak gambar..

Umat Islam tiada semangat untuk berjuang. Semangat mereka telah dipadamkan oleh pemimpin-pemimpin Islam. Berperang bukanlah lagi jihad sebenar.

Ada yag kata:

Ekonomi adalah jihad sebenar.
Membina senjata bukan wajib bagi umat Islam.
Perusahaan makanan lebih penting.
Mengangkat sejata melawan kafirun bukan lagi wajib.
Wajib bagi kita ialah membina ekonomi.
Membina ekonomi adalah jihad yang utama.
Mari kita sama-sama membangunkan ekonomi berlandaskan riba' yang dicipta oleh yahudi.
Ekonomi adalah jihad sebenar..

Di Genting Gaza... Lebih ramai yang mati. Yang kebuluran, yang menanti maut.
Umat Islam di negara-negara lain sedang bermaharajalela dijalan-jalan raya. Bakar bendera, pijak gambar..

Teruskanlah... jihad sebenar ialah ekonomi..

Betul ke?

Lalu aku teringat satu petikan dalam buku Rahsia Solat Subuh

"Yahudi tidak akan takut pada org Islam selagi jemaah solat Subuh tidak menyamai jemaah solat Jumaat"

Itu dia... "Jawapannya"

Selagi kita tidak mendaulatkan Islam as WAY OF LIFE... Selagi itulah orang kafir tidak akan takut dengan kita.

-am-

Bersangka Baik: Sejauh Mana Aplikasinya Dalam Kerja Jemaah

Kisah ni mungkin berlaku dikalangan orang yang terlibat dengan mana-mana aktivis dakwah ataupun jemaah. Tapi mungkin juga pernah berlaku dikalangan sahabat-sahabat kita yang lain. Persoalan yang timbul disini ialah masing-masing sudah faham akan erti husnu dzon tapi sejauh mana praktikalnya di dalam kehidupan seharian mereka.

Istillah tu seakan-akan mencurah air ke daun keladi. Mana taknya. Belajar... tapi tak tau untuk apa. Dan akibatnya tidak meninggalkan sebarang kesan dihati untuk melaksanakannya. Kenapa perkara ini masih lagi berlaku walaupun masing-masing boleh dikatakan kuat dalam amal fardunya, faham dalam ilmu-ilmu agama, hebat dalam aktivis dakwah mereka dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Dimanakah puncanya? Orang lain atau diri sendiri.

Yakinilah, jika satu jari telunjuk mengarah kearah lain, maka jari yang selebihnya tertunjuk kepada diri sendiri. Jawapannya mudah sangat.. "HATI" jawapannya. Dari jawapan ni timbul pulak persoalan yang kedua iaitu dimanakah kedudukan amalan-amalan kita yang "hebat" ini? Diterima atau tidak? Jawapannya.. Wallahuaa'lam..

Ingatlah sahabat, Janganlah kita mengungkit apa yang sudah kita lakukan kepada orang lain, barangkali ianya menyusahkan tapi adulah apa yang kita sudah lakukan kepada Ilahi, barangkali ia akan menjadikan kita lebih baik apa yang kita sangkakan. Akhir kalam, "HATI-HATI" dengan "HATI".

"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

-am-

Berusahalah Berbahasa Arab Dengan Fasih. Wasiat ke-3 Imam Hasan Al-Banna

"Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul." - Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna.

Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dalam wasiatnya yang ketiga meminta kita dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab. Kenapakah pentingnya umat Islam memahami bahasa Arab dengan fasih itu?

Berikut, saya paparkan kepentingan bahasa Arab sebagai yang disebutkan dalam al-Quran.

Surah Yusuf

[1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.

[2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Al-Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.

Surah Ar-Ra'du

[37] Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).

Surah An-Nahl

[103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al- Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.

Surah Taha

[113] Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.

Surah Asy-Syu'araa'

[195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.

Surah Az-Zumar

[27] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran.

[28] laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.

Surah Fussilat

[1] Haa, Miim

[2] Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.

Surah Asy-Syuura

[7] Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.

Surah Az-Zukhruf

[1] Haa, Miim.

[2] Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran.

[3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Al-Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.

Surah Al-Ahqaaf

[12] (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab - yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orangorang yang berbuat kebaikan.

-ibnumustafa-

Thursday, January 29, 2009

Jom Boikot. Israel & Amerika.. Juga sekutunya..

Aku la ni dalam dilemma..

Nak boikot barang Amerika,

Tapi kerja kompeni Amerika..

Arrgghh aku peduli apa,

Rezeki di tangan Allah Taala..

Mana-mana tempat pun ada kerja..


Mula-mula boikot Pepsi & Coca Cola,

Tukar Microsoft kepada software Rusia..

Tukar Dell kepada komputer Malaysia..

Jangan guna talipon Nokia dan Motorola..

Gunalah Samseng atau pun Nokla..

Nokla tu produk dari China,

Tapi mungkin ada melamin bahaya la pula..


Tolong buang terus rokok Amerika,

PhilipMoris bantu Israel bedil Gaza..

Dunhill pula sekutu Amerika..

Tak guna pom pang pom pang hentam Amerika..

Kalau Marlboro dan Benson & Hedges berada di mulut sentiasa..

Buang juga keretek Djarum dan Sampoerna..

Sebab membahayakan kesihatan jantung dan dada..

Ketagih jugak, rokok daun sudah la..


Jangan naik MAS naiklah Air Asia,

Sebab MAS pakai Boeing buatan Amerika..

Nanti marah lah pula Idris Jala..

Dia baru umum tiket domestik turun harga..

Hampa pi boikoi pening pala dia..


Buang kad kredit Citibank dan Bank of America,

Gunalah kad kredit Ar Rajhi dan Bank Bumiputra..

Oh lupa bank tu dah jadi CinaIndiaMelayuBank rupanya..

Eloklah sokong perbankan Islam dan Bank Negara..


Berenti terus dok shopping tak tentu hala,

Tesco, Carefour atau pun 'Big' Pasaraya..

Terang-terang syarikat gergasi dari sekutu Amerika..

Berubahla kepada Mydin atau pun kat Jln.Masjid India..


Jangan pakai seluar Levis pakailah seluar Gala,

DKNY Ralph Lauren dan Gap pun sama..

Jangan pakai singlet Calvin Klein pakailah Pagoda..

Atau pakai baju sendiri walaupun tak dak jenama..


Jangan minum Starbucks di franchis Berjaya,

Minumlah Tongkat Ali Radix atau Kopi Lasinda..

M.Rajoli kata boleh terangkat sentiasa..

Mana tak terangkatnya, baik punya steroid setengah camca dok ada..


Jangan tengok berita CNN tengoklah Al Jazeera,

TV3 pun sama, meluat banyak fitnah dan propaganda..

Lebih baik tengok TV9 atau pun Astro Bernama..

Atau lebih baik tutup TV buat sementara..


Boikot juga filem-filem dari Amerika,

Biar merosot Golden Screen Cinema..

Nak tengok jugak beli cd pirot sudah la..

Oppss tak boleh, CETAK ROMPAK pemusnah negara..


Dalam dok boikot eloklah kita banyak berdoa,

Berdoa untuk mereka yang berada di Gaza..

Semoga Allah membantu mereka di sana..

Dan kita minta Allah turunkan bala..

Kepada Zionis Yahudi Laknatullah dan bala tenteranya..

Ya Allah hancurkan dan leburkan mereka..

Juga semua sekutu-sekutu mereka..

Mereka membunuh anak-anak dan wanita..

Seperti mana mereka buat di Shabra dan Shatila..

Mereka ini besar kepala tak hirau suara dunia..

Resolusi-resolusi PBB tidak dihirau oleh mereka..

Demonstrasi sana-sini mereka buat pekak dan buta sahaja..

Oleh itu Ya Allah hancurkan Zionis dengan kadar segera!

AMIEENN...

-am-

Saturday, January 24, 2009

Wanita Mesti 'Keras Hati'

“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’, ’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?' dan 'sihat atau tidak?' - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.

Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink terbaharu yang menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang...”, satu dialoq ala pekak badak.

Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Lihatlah iklan syampu ‘sunsilk’. Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk, menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.

Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemanakah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke *****! Syarikat telekomunikasi juga yang untung. Iklan yang suruh hantar, bukan saya yang suruh hantar!!

Paparan di akhbar akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama, seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlarang, kisah hati yang tak bahagia. Kebanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlarang ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlarang tetapi mereka kurang menuliskannya. Mungkin untuk untuk menjaga status. Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta? Tidak, bukan itu maksud saya.

Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejahteraan kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia, haiwan dan alam sekeliling. Allah SWT menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud,

"Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.

Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitan lah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah mahluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.

Wanita mesti 'keras hati' untuk mentaati perintah Allah SWT. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasai. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari, saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu ada berkata “Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tidak berguna” Fikir-fikirkanlah..

-am-

Martabatkan agama Islam..

Salam sejahtera..
Saya masih teringat cerita seorang ustaz yang memberi kuliah zaman saya study dulu. Dalam kuliah tersebut dia bercerita, dia telah pergi bermesyuarat di kota London. Ketika sedang menanti teksi, hujan pulak tiba-tiba turun. Tempat menunggu teksi tersebut terletak bersebelahan dengan sebuah kedai runcit di kaki lima jalan raya tersebut.

Di situ dia ternampak seorang lelaki tua yang juga berada berhampirannya (maybe hendak menunggu teksi jugak), dengan tidak berpayung tanpa teragak-agak terus melintas jalan menuju ke sebuah kedai runcit di seberang sana. Jadi sudah tentulah lelaki tua itu basah dek hujan yang sedang turun. Selepas dia membeli sekotak rokok dari kedai runcit tersebut, lelaki tua itu berpatah balik dengan melintas jalan semula ke tempat menunggu teksi tersebut. Ustaz tadi berasa hairan, kenapalah bodoh sangat lelaki tua itu sanggup melintas jalan dan meredah hujan semata-mata hendak membeli sekotak rokok sedangkan bersebelahan tempat menunggu teksi tersebut juga terdapat kedai runcit. Beli sajalah di situ, selamat dan tidak basah. So ustaz ni dengan rasa ingin tahu pergi mendapatkan org tua itu lantas bertanya.

"Kenapa encik sanggup pergi ke kedai di seberang jalan sana hanya semata-mata untuk membeli rokok? sedangkan di sebelah ini pun terdapat kedai yang menjualnya."

Dengan tenang lelaki tua itu menjawab;

"Kedai di seberang sana peniaganya berbangsa yahudi, sedangkan kedai di sebelah ini peniaganya berbangsa arab. Sebagai seorang yahudi saya tidak boleh membelanjakan walau 1 sen pun kepada orang yang bukan berbangsa yahudi."

Tergamam ustaz tersebut tanpa berkata apa-apa.

Mengambil pengajaran dari kisah ini. Sedangkan seorang yahudi, yang tua dan lemah pun sedaya upaya memartabatkan bangsa mereka dengan tidak menyalurkan sedikit pun harta mereka kepada kaum lain. Takkan la kita yg dianggap sebagai orang islam tidak mampu. Sedangkan kita lah satu-satunya umat Islam yang agamanya diberkati dan diterima oleh ALLAH SWT. So kenapa masih ramai dikalangan kita yang bergantung pada orang yahudi lagi..??? Sedangkan di negara kita sendiri pun dah banyak barangan keluaran orang islam..

Menjadi kewajipan bagi org islam untuk menyokong pemerintah Islam dan haram menyokong pemerintah yg kafir, melaikan mereka melakukan zalim ke atas kita. So dari apa yg diceritakan ini dapat saya simpulkan menjadi kewajipan bagi kita untuk menyokong usahawan Islam dari menyokong usahawan kafir. Sebab saya melihat kuasa membeli banyak terdapat pada orang Islam khususnya yang berbangsa melayu di negara kita ini. Sedangkan barangan yang dibeli bukanlah dapat memartabatkan Agama sendiri...

So sama2 lah kita memartabatkan agama Islam di muka bumi Allah SWT ini...

-am-

Tragedi Gaza wajar buka mata ummah

Konflik Israel-Palestin merupakan pertikaian berterusan antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah 'penyelesaian dua negara' yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.

Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.

Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk.

Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas.

Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika Syarikat, Rusia, Kesatuan Eropah, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony Blair.

Liga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangkan rancangan keamanan alternatif. Mesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utama: Fatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan pejuang Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza.

Ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain. Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalem (Baitulmaqdis), pelarian, petempatan, keselamatan, sempadan, dan air.

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandangan Palestin tentang proses keamanan). Ini bertujuan untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang besar, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.

Perancangan jahat Yahudi dibongkar

Mantan Setiausaha Agung Gerakan Zionis Sedunia, Dr Roger Garoody yang pernah memegang dan menyimpan fail-fail resolusi atau keputusan persidangan Yahudi yang turut disertai oleh para pendita mereka, telah memutuskan untuk mencipta satu buku baru yang dikenali sebagai 'Talmud' bagi menggantikan ajaran agama Yahudi yang termaktub dalam kitab Taurat.

Perkara ini didedahkan sendiri oleh Dr Garoody yang terkilan kerana bangsa Yahudi sanggup melakukan apa sahaja kejahatan bagi memenuhi cita-cita rakus mereka untuk menguasai Palestin mahupun dunia. Akhirnya Dr Garoody meninggalkan Zionis untuk bersembunyi di satu tempat yang tidak diketahui oleh sesiapa bertujuan untuk mendedahkan perancangan jahat Yahudi kepada masyarakat antarabangsa.

Beliau mendedahkan banyak perkara dalam buku tulisannya yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis, Jerman, Arab dan Inggeris kerana rasa bertanggungjawab bagi mengelakkan perangan sesama manusia yang berakhir dengan kematian.

Antara lain beliau menyebut, bahawa dalam saban persidangan yang dianjurkan oleh Zionis, mereka menetapkan dalam protokol-protokol mereka, sesiapa di kalangan orang Yahudi yang boleh membunuh orang Arab khususnya dan orang Islam umumnya, baginya pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga.

Begitu juga protokol lain menyebut, bahawa mana-mana wanita Yahudi yang boleh melacurkan dirinya khusus buat lelaki Arab atau Muslim lain, bagi mereka pahala yang besar dan dimasukkan dalam syurga. Bagi menjamin kesinambungan Gerakan Zionis terus subur dan kuat, maka hasil-hasil keuntungan daripada penjualan fabrik/tektils seperti jenama LEVI'S, keuntungan penjualan rokok-rokok seperti Dunhill, Benson & Hedges, Mallboro, Winston, Lucky Strike, Rothmans, Pall Mall dan jenama rokok yang lain, hasil keuntungan daripada produk makanan KFC adalah diperlukan untuk membeli peralatan persenjataan bagi membunuh orang-orang Palestin.

Apa peranan kita terhadap Yahudi-Israel?

Setelah mengetahui apa yang telah didedahkan oleh Dr Garoody itu, menjadi tanggungjawab ke atas setiap insan muslim/muslimah untuk memboikot barangan tersebut di atas, kerana ia secara tidak langsung memberi saham untuk membunuh saudara-saudara seagama kita di Palestin.

Justeru, orang-orang Palestin di kalangan penyokong Hamas dan barisan pemimpin mereka telah mengharamkan umat Islam menghisap rokok, kerana walau satu sen sekalipun keuntungan itu diperolehi daripada orang Islam, maka mereka akan didakwa nanti di akhirat.

Demikian menurut mantan Imam dan Kahtib Masjidul Aqsa, Dr Muhammad as-Siyam dalam kenyataannya berhubung isu Palestin.

Justeru menurut Persatuan Ulama Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi menegaskan, bahawa menjadi tanggungjawab semua umat Islam seluruh dunia membantu mereka sama ada dengan wang ringgit, sokongan moral, doa dan tidak membeli barangan produk Yahudi kerana dengan jelas ia akan membunuh umat Islam di Palestin.

-am-

Friday, January 23, 2009

Hadith Qudsi

BERKATA Ibnu Abbas RA bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda: Allah SWT telah berfirman:

"Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai, supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu? Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara hamba-hambaKu ialah yang

bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan
tidak membuat fitnah ke sana ke mari,


gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui bahawasanya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu, tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu.

Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu, segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.

Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong orang yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya, melainkan Allah akan menetapkan kedua-dua tapat kakinya pada hari semua tapak kaki akan tergelincir." - HR Baihaqi dan Ibnu Asakir.

Huraiannya:

Orang yang dikasihi Allah SWT itu mestilah berakhlak yang mulia dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam al-Quran.

-am-

Thursday, January 22, 2009

Melayu dari titisan Iskandar Zulkarnain?

Salam sejahtera kepada pembaca semua..

16 Januari lalu TV2 menyiarkan sebuah filem epik tentang riwayat hidup Alexander The Great. Sesetengah pihak melihat watak ini sebagai Iskandar Zulkarnain. Filem itu menggambarkan raja agung itu sebagai watak biseksual, ghairahkan kuasa, penyembah dewa dan keputusannya di bawah dibawah telunjuk ibunya, Olivia (Angelina Jolie).

Raja yang agung itu menurut kacamata Barat adalah anak Raja Philips II; pemerintah Macedonia. Bapanya terbunuh, lalu Alexander jadi raja. Baginda mula menakluk Parsi di bawah pemerintahan Darius I.

Setelah Parsi dijatuhkan, kembaranya diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Asia Tengah, dan Asia Selatan. Baginda dan ketumbukan tenteranya merentasi Hindu Kush iaitu kawasan banjaran gunung menuju ke India.

Bagaimanapun, Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola. Kemuncaknya, Alexander dibunuh para pengikutnya dengan racun. Usianya 33 tahun saat itu. Demikian tafsiran Barat ke atas raja itu melalui filem tersebut.

Sekurang-kurangnya, setakat ini, ada tiga rujukan yang boleh diangkat sebagai penilaian. Pertama, filem Alexander itu, kedua Sulalatus Salatin dan ketiga al-Quran sendiri.

Lewat filem tersebut, saya membuat beberapa rumusan begini. Menurut kacamata Barat, Alexander berasal dari Rom, tenteranya Gladiators dan mungkin baginda dan tenteranya pernah bergaul, berkahwin dengan kaum China sehingga ada kalangan warga China yang mendakwa mereka sendiri adalah daripada jurai keturunan Rom. Wallahu'alam..

Kisah-kisah lain

Dalam Sulalatus Salatin, turut disebutkan bahawa Iskandar Zulkarnain berasal daripada Rom. Tun Seri Lanang menyebutkan bahawa Raja Iskandar itu anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama negerinya, Zulkarnain gelarannya.

Maka, sudah wujud perbezaan antara catatan Melayu dan catatan Barat, iaitu perbezaan daripada sudut nama ayahnya.

Tun Seri Lanang menyebutkan secara jelas bahawa catatan beliau itu diambil daripada Hikayat Raja Iskandar. Selain itu, watak-watak lain yang wujud dalam catatan beliau itu adalah Nabi Ibrahim Khalilullah sebagai imam Raja Iskandar. Bermaksud, syariat yang diamalkan oleh raja agung itu adalah syariat Nabi Ibrahim AS.

Turut disebutkan watak Nabi Khidhir AS yang muncul ketika mahu menikahkan Iskandar dengan Puteri Syahrul Bariyah, anak Raja Kida Hindi yang jatuh dalam taklukannya.

Demikian kata Nabi Khidir AS:

"Ketahui olehmu hei Raja Kida Hindi, bahawa raja kami inilah yang diserahkan Allah Ta'ala kerajaan dunia ini kepadanya, dari daksina lalu ke paksina.

Adapun sekarang, bahawa tuan hamba ada beranak perempuan, terlalu baik parasnya; kehendaknya minta daripada tuan hamba, dan diambil Raja Kida Hindi kiranya akan menantu, supaya berhubunglah segala anak cucu Raja Iskandar, jangan lagi berputusan kiranya sehingga hari kiamat. Bagaimana, kabulkah? Atau tiadakah?"

Maka, di sini bermulanya perkahwinan Raja Iskandar dengan seorang puteri dari belahan dunia Timur. Ada kemungkinan juga Raja Iskandar memiliki isteri-isteri di jajahan yang telah ditaklukinya untuk meluaskan pemerintahannya itu.

Di dalam filem Alexander, raja agung itu memiliki dua orang isteri. Satu isteri daripada Parsi dan seorang lagi dari India. Kedua-duanya adalah hasil daripada penaklukannya. Hakikat yang sebenarnya berlaku, wallahu'alam..

Raja Iskandar berasal dari Parsi?

Sementara itu, ada riwayat lain menyatakan, Khurosh Komeni, raja Parsi adalah raja yang memenuhi ciri-ciri perwatakan Iskandar sebagai yang disebut dalam al-Quran. Baginda adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.

Khurosh dikatakan berjaya menyatukan kedua-dua kerajaan ini menjadi sebuah empayar yang luas. Tapi, Khurosh juga dikatakan penganut Zoroaster atau Zarathushtra yang juga memulakan penaklukan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasanya. Pada ketika inilah beliau bertempur dengan kaum barbar yang diancam Yakjuj, Makjuj.

Khurosh mengarahkan agar dibina tembok guna menghalang kemaraan kedua-dua bangsa ini. Ada riwayat menyatakan Khurosh menjadikan Nabi Daniel AS, sebagai penasihat.

Dalam filem Alexander, penasihatnya adalah seseorang pemuda kacak yang sangat intim dengannya sehinggakan pemuda itu menjadi kekasihnya. Hal ini tentu sekali tertolak jika mahu disamakan dengan Zulkarnain dalam al-Quran itu.

Bagaimanapun, catatan Melayu dan Parsi ada persamaan. Dua watak nabi diperkenalkan di sini, iaitu Nabi Khidhir AS dan Nabi Daniel AS.

Satu hal yang menarik juga diperhatikan, dari manakah nama Iskandar itu didapati? Saya beranggapan, nama Iskandar itu bukan namanya yang sebenar, tetapi dinamakan begitu di India atau di Parsi setelah baginda diam seketika di sana.

Iskandar bukanlah nama Rom tapi ia adalah nama bangsa-bangsa yang ada kaitan dengan India atau Parsi. Dalam Hikayat Iskandar Zulkarnain, riwayat itu banyak mencatatkan hal peperangannya di India dan apakah yang telah dilakukannya di sana.

Zulkarnain adalah gelaran bermaksud; seseorang yang mempunyai dua kuasa; di Timur dan Barat. Hal gelaran seperti ini dianugerahkan kepada raja-raja seperti Zulkifli. Nama Zulkifli AS, hakikatnya bukanlah nama, sebaliknya gelaran.

Menurut hemat saya, masing-masing kuasa di sebelah Timur dan Barat seperti Rom dan Parsi ini, sama-sama mendakwa bahawa sosok Iskandar itu adalah milik mereka. Namun dalam al-Quran, disebutkan baginda pergi menakluk ke arah matahari terbit dan matahari jatuh, ertinya baginda berasal dari kawasan yang berada antara Timur dan Barat.

Baginda bukan milik Timur dan Barat

Baginda bukan bukan milik belahan Timur dan Barat. Baginda bukan berasal dari Rom dan Parsi. Hanya, setelah melanggar Rom, maka Rom menyatakan baginda berasal dari Rom. Begitu juga setelah melanggar Parsi, baginda dianggap berasal dari Parsi.

Sebaliknya, baginda mungkin daripada bangsa yang kerdil dan akhirnya keluar menjadi raja yang agung, hasil daripada kesungguhannya mahu menyatukan belahan dunia Timur dan Barat untuk setia tunduk kepada perintah Allah SWT.

Menurut hemat saya, memang ada kemungkinan baginda hidup sezaman atau hadir dalam suasana persekitaran Tauhid selepas Nabi Ibrahim AS berhasil menumbangkan kekuasaan Raja Namrud dengan izin Allah SWT.

Pendek kata, Iskandar sebenarnya mucul selepas beberapa ketika setelah Dinasti Namrud telah tumbang. Jadi, di negara Babylon itulah berkemungkinan besar Iskandar dilahirkan. Sama ada baginda datang daripada Dinasti Namrud atau sebaliknya, wallahu'alam..

Maka selepas itulah Iskandar meneruskan penjelajahannya untuk mengembangkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ibrahim AS. Baginda memulakan awal penaklukannya di Barat. Mungkin di sini beliau tinggal lama untuk menyatukan Rom di bawah Tauhid.

Iskandar kembali ke Timur untuk meluaskan empayarnya di sana; menaklukkan kerajaan Parsi, Asia (India) dan di sanalah baginda melaksanakan satu tugas berat, yang menjadi klimaks, puncak teragung kepada riwayat pemerintahannya, iaitu membina tembok yang memisahkan serangan Yakjuj dan Makjuj daripada sebuah kaum yang tertindas.

Kaum itu, seperti yang diriwayatkan di dalam al-Quran, adalah kaum yang tidak mengerti bahasa percakapan Iskandar. Ertinya, bahasa pertuturan kaum Iskandar itu telah tidak lagi dimengertikan oleh kaum tersebut. Wilayah tersebut terletak antara dua buah gunung dan kaum tertindas oleh Yakjuj, Makjuj itu belum pernah tersua dengan budaya Iskandar.

Saya mencadangkan bahawa bangsa yang tidak mengerti bahawa Iskandar dan Iskandar pula tidak mengerti bahasa percakapan mereka itu adalah bangsa Sanskrit yang mencipta bahasa Sanskrit. Wallahu'alam..

Ada kemungkinan Iskandar dan tenteranya tinggal dalam tempoh yang agak lama dengan kaum itu itu membangunkan tembok besi di kawasan antara dua gunung tersebut. Boleh jadi, hasil perkahwinan dengan bangsa tersebut, telah melahirkan jurai keturunan Melayu sepertimana yang wujud pada hari ini.

Jika usul ini boleh diterima, bermaksud, Melayu itu adalah hasil jurai keturunan sebangsa dengan Nabi Ibrahim AS yang terlepas ke Nusantara dengan pernikahan campur hasil dari titisan darah Iskandar Zulkarnain bersama bala tenteranya dahulu.

Maka, sebab itulah dengan ketentuan Allah, bangsa Melayu lebih mudah menerima Islam berbanding kaum lain di Nusantara ini, kerana nenek moyang mereka memegang ajaran-ajaran Tauhid, warisan daripada Iskandar Zulkarnain. Wallahu'alam..

Mereka akhirnya diberikan perlindungan dalam bentuk sebuah negara. Seharusnya kaum Melayu itu bersyukur dengan sebab mereka terbebas daripada penjajahan Yakjuj, Makjuj sepertimana peristiwa gelap yang telah menimpa nenek-moyang mereka dahulu.

Apa-apa yang ditulis di atas ini agak longgar, maklumlah sudah pun dibincangkan orang dan kita cuma mengutip pandangan terdahulu untuk disimpulkan semula guna mencari kebenaran sejati.

-am-

Wednesday, January 21, 2009

KESIHATAN siri 3

Topik yang terakhir ini ialah persoalan mengapa anda tidak perlu malu untuk membuat pesanan khas hidangan ketika memesan makanan di restoran dan keburukan kepada kesihatan.

Permintaan khas hidangan
 
Apabila memesan makanan anda di restoran, jangan malu untuk membuat permintaan khusus tentang kaedah penyediaannya. Kebanyakan makanan dalam menu boleh menjadi hidangan yang sihat jika dimasak dengan bahan rendah lemak dan penggunaan garam yang sedikit. 

Tanyakan terlebih dahulu pada pihak restoran sebelum sebelum membuat kunjungan sama ada mereka boleh menyediakan makanan mengikut keperluan diet anda.

"KAEDAH penyediaan makanan boleh menentukan sama ada ia menjadi hidangan sihat ataupun sebaliknya."


Makanan bergoreng, rangup dan yang disediakan cara saute adalah tinggi kandungan lemak dan kalorinya. Lebih baik jika memilih kaedah kukus, rebus, panggang atau gril. Begitu juga dengan permintaan membuang lemak lebihan pada daging stik, atau meminta agar menggunakan minyak sayuran.
 
Anda juga boleh meminta agar mengasingkan sos dressing supaya pengambilannya boleh dikawal. Selain itu, makanan jeruk, sos koktel, salai, masakan gulai, atau yang menggunakan sos soya dan sos teriyaki adalah tinggi kandungan sodium. 

Maka, kurangkan pengambilan bahan-bahan ini demi kesihatan anda, sama seperti kesedaran terhadap bahaya penggunaan garam dan monosodium glutamat (MSG) yang berlebihan.

Angkara steroid
 
Kalau ia membuatkan seseorang atlet lebih berotot sasa dan menambah kuasa, mengapa steroid tidak baik untuk kesihatan seseorang? Hakikatnya, walaupun ia digunakan dalam rawatan perubatan bagi kes tertentu, ia meninggalkan pelbagai kesan sampingan yang ‘menakutkan’ untuk didengar, khususnya di kalangan lelaki. 

Pertama sekali, jangan keliru antara steroid anabolik dengan kortikosteroid. Steroid anabolik digunakan untuk membina otot manakala kortikosteroid bertindak mengurangkan respons imun aktif dan meredakan kebengkakan.

"ADAKAH steroid membuatkan lelaki kelihatan hebat secara fizikal tetapi menanggung masalah upaya seksual dan kesuburan?"


Steroid anabolik yang disalah guna oleh atlet merupakan versi sintetik bagi hormon lelaki iaitu testosteron. Namun, bagi semua jenis hormon yang diganggu proses semula jadi dan fungsi asasnya boleh mengakibatkan banyak masalah. 
 
Ia meninggalkan kesan terhadap keseluruhan tubuh dan antara kesan yang paling sensitif adalah apabila ia menjejaskan upaya seksual dan juga usia. 

Lelaki yang mengambil steroid anabolik berisiko mempunyai payu dara yang besar, merasai kesakitan ketika zakar menegang dan juga saiz testikel yang mengecut. Lebih teruk, ia mengurangkan kiraan sperma dan akhirnya seseorang lelaki berhadapan dengan masalah ketidaksuburan dan juga mati pucuk.

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT"

-ibnumustafa-

Tuesday, January 20, 2009

KESIHATAN siri 2

INGIN tahu apakah kebaikan susu kambing dan kepentingan potasium? Juga, bagaimana bilangan sperma boleh berkurangan serta mengapa anda perlu mendapatkan panduan ketika beriadah di gimnasium? Ikuti topik kesihatan ini seterusnya.

Ubat susu kambing

BUKAN sekadar dibuat keju, para saintis kini sedang menjayakan uji kaji bagi menghasilkan ubat yang membantu melancarkan peredaran darah dengan menggunakan susu kambing yang diubahsuai secara genetik.

Bakal menjadi yang pertama seumpamanya, ubat yang bakal dikenali dengan nama ATryn itu dikatakan baik untuk kegunaan golongan yang mengalami gangguan keturunan luar biasa seperti masalah darah tersumbat yang boleh membawa maut.

"KANDUNGAN antitrombin dalam susu kambing rupanya berguna pada manusia."


Kelulusan penghasilan ubat tersebut adalah langkah awal kepada lebih banyak penemuan baru dalam penghasilan ubat berasaskan susu kambing, termasuk rawatan hemofilia.
 
ATryn dibangunkan syarikat bioteknologi dari Massachusetts, Amerika Syarikat iaitu GTC Biotherapeutics, yang mengubah suai genetik kambing hinggakan haiwan ternakan itu mampu menghasilkan susu yang kaya dengan kandungan antitrombin. Antitrombin adalah sejenis protein yang boleh mencairkan darah manusia.

Kira-kira 1 dalam 5,000 orang manusia tidak memiliki protein sedemikian yang mencukupi dan ini membuatkan mereka berisiko tinggi mengalami saluran darah yang tersumbat. Jika itu terjadi, banyak komplikasi boleh berlaku dan ini membahayakan mereka yang menghadapi masalah berkaitan jantung dan juga proses kehamilan.

Pentingnya potasium

POTASIUM merupakan mineral makro yang sering diperlukan tubuh. Oleh kerana ia tidak disimpan untuk jangka masa panjang, seseorang perlu menyertakannya secara kerap dalam diet. Ia mudah dilakukan kerana potasium terkandung dalam kebanyakan jenis sumber makanan.

Golongan dengan tekanan darah tinggi pula digalakkan untuk mengambil jumlah potasium dalam jumlah yang tinggi kerana beberapa sebab. Ia bertindak sebagai elektrolit yang mengekalkan paras cecair dalam tubuh. Pada masa yang sama, mineral ini membantu mengawal tekanan darah, fungsi jantung dan hipertensi.

"POTASIUM boleh membantu pesakit yang mengalami situasi reumatik atau artritis."


Potasium bereaksi dengan sodium dalam semua sel tubuh termasuk sinap saraf untuk mengekal dan mengembalikan potensi membran serta melancarkan proses metabolik. Ia juga kritikal dalam memastikan fungsi kardiovaskular dan memastikan tenaga otot dalam
keadaan baik.

Selain mengurangkan rasa pening kepala dan migrain, mineral ini juga penting untuk mempercepatkan kadar penyembuhan luka dan membantu situasi reumatik atau artritis kerana tindak balasnya menyingkirkan asid di bahagian sendi yang seterusnya meredakan kekejangan.

Kurang bilangan sperma
 
SECARA umumnya lelaki menyedari bahawa kuantiti dan kualiti sperma menentukan kelangsungan kehidupan dan keturunan. Bilangan sperma yang rendah hanya akan menimbulkan masalah pada kemudian hari, terutama bagi mereka yang ingin berkeluarga.
Masalah yang dideritai oleh lelaki selain kualiti sperma adalah bilangan sperma yang rendah serta sperma yang tidak sihat. Air mani yang sihat perlu berwarna sama ada putih atau kelabu selain bertekstur pekat. Kajian mendapati bahawa setiap mililiter air mani mengandungi kira-kira 20 juta sperma. 

Secara purata, dalam 40 juta sperma, 75 peratus daripadanya perlu hidup dan 30 peratus perlu dalam bentuk yang normal. Seterusnya, 25 peratus daripada jumlah itu perlu cukup aktif untuk sampai ke ovum.

Antara penyebab kekurangan kuantiti dan kualiti sperma adalah jangkitan di tempat penghasilan air mani, pendedahan berpanjangan pada persekitaran panas, memakai seluar dalam yang terlalu ketat, berendam dalam air hangat terlalu lama dan juga berat badan berlebihan.

Selain itu, ejakulasi yang berulang dalam durasi waktu yang singkat juga tidak elok untuk kesihatan reproduktif lelaki. Peringatan ini perlu diberi perhatian sama seperti tabiat onani yang melampau, merokok, pengambilan alkohol, tekanan fizikal dan mental, kekurangan zink dan juga pengambilan steroid.

"MEROKOK adalah antara ancaman kepada kesuburan sistem reproduksi lelaki selain obesiti, alkohol dan steroid."


Sesi gim tanpa panduan
 
RAMAI yang pergi ke gim pada hari ini sekadar memenuhi tuntutan gaya hidup, tanpa memahami fungsi dan teknik bagi setiap rutin senaman atau latihan. Biasanya, program latihan kekuatan yang tidak seimbang sering dilakukan tanpa disedari. 

Kebanyakan pengunjung gim hanya menumpukan pada otot tertentu seperti bahagian perut atau bisep, sedangkan sangat penting untuk memastikan setiap bahagian tubuh mendapat latihan yang bersesuaian demi mencapai keseimbangan kesihatan keseluruhannya. 

Teknik yang salah juga menjurus kepada kecederaan. Antara yang sering dilakukan adalah seperti menggunakan momentum untuk angkatan beban, dan membiarkan lutut melebihi kedudukan jari kaki setiap kali membuat latihan menguatkan otot betis dan paha. Semua itu hanya memberi hasil yang kurang daripada sasaran optimum.

"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT"

-ibnumustafa-

KESIHATAN siri 1

Salam sejahtera kepada para pembaca, kali ini saya ingin berkongsi pengetahuan dan ilmu tentang kesihatan bersama anda. Di sini saya akan mendedahkan kepada anda cara untuk menguruskan badan tanpa berlapar, bagaimana susu dapat melawan selsema dan bagaimana burung merpati boleh menjadi ancaman kepada kesihatan.

KURUS TANPA BERLAPAR
 
BERLAPAR bukan kaedah yang betul untuk mengurangkan berat badan seterusnya menjaga kesihatan keseluruhan. Pasti akhirnya seseorang yang tidak berdisiplin akan makan lebih daripada yang sepatutnya. Apakah cara untuk mengawal nafsu makan?
Menyertakan telur dalam sarapan pagi sebenarnya memberikan bekalan protein dan lemak harian yang baik. Seseorang akan berasa kenyang lebih lama hanya dengan mengambil sarapan seperti telur dadar dan beberapa batang sosej.
"MENYERTAKAN telur dalam hidangan sarapan pagi memanjangkan rasa kenyang."


Makan enam kali sehari! Mungkin mengejutkan, tetapi amalan tiga hidangan utama dalam saiz hidangan berpatutan dan diselangi tiga kali snek yang baik boleh membantu perut agar tidak dalam keadaan lapar yang keterlaluan. Lapar yang melampau membuatkan seseorang makan lebih banyak daripada yang sepatutnya. makan snek seperti kekacang campuran bukan sahaja bagus untuk mengisi perut, malah membantu membina otot. 
 
Pakar diet turut mengingatkan bahawa pasta, roti putih dan kentang boleh membuatkan anda gemuk. Kalau teringin juga menjamah pasta dan roti, pastikan ia daripada jenis bijirin penuh. 
Selain itu, ganti pengambilan kentang kepada keledek, cuma jangan makan terlalu banyak. Minuman teh hijau juga boleh disertakan.
Anda juga perlu ke gimnasium untuk latihan senaman angkat berat. Otot yang dibina bukan sahaja meningkatkan prestasi, malah melonjakkan metabolisme yang menjana pembakaran kalori biarpun selepas bersenam. 
SUSU MELAWAN SELESEMA
MENGAMBIL selenium yang mencukupi (banyak terkandung dalam tiram, udang kara, ketam dan kima) dapat meningkatkan penghasilan sel protein imunisasi yang dipanggil sitokin. Sitokin dapat membantu menyingkirkan virus selesema dalam tubuh.
Selain itu, dalam banyak jenis lemak, Omega-3 yang ditemui dalam ikan seperti salmon Pasifik mampu menghasilkan paras darah sel T yang tinggi dan berupaya menentang selesema. Omega-3 kini mudah didapatkan dalam bentuk pil atau tablet di farmasi.
"AMALAN meminum teh hitam menguatkan sel imunisasi bagi melawan selesema."


Mengenai jenis minuman pula, tentangan terhadap virus selesema juga boleh dipertingkatkan jika seseorang mengamalkan pengambilan teh hitam. Ia dibuktikan dapat menggandakan kekebalan sel imunisasi. 
 
Pada masa yang sama, dalam kajian terhadap haiwan, asid linoleik (CLA) yang terkandung dalam produk tenusu mampu bertindak sedemikian. Kesan kajian tersebut untuk manusia mempunyai persamaan yang memberangsangkan.
Secara keseluruhannya, agen menentang virus selesema ini boleh didapati daripada sumber protein (ayam, ikan atau daging), vitamin A dan B6 (buah-buahan berwarna oren atau merah serta sayuran daun hijau) dan vitamin E (kacang tanah, minyak zaitun, badam, kacang hazel).
Pengambilan zat besi, zink dan vitamin B12 turut disyorkan.
ANCAMAN BURUNG MERPATI
 
NAJIS burung merpati bukan sekadar menimbulkan masalah pencemaran pemandangan. Ia juga satu ancaman terhadap kesihatan manusia. Paling utama ialah histoplasmosis iaitu jangkitan pada paru-paru yang menunjukkan simptom serupa dengan demam selesema.
"NAJIS burung merpati boleh menyebabkan meningitis dan penyakit kulat histoplasmosis."


Ini terjadi apabila merpati membawa spora kulat histoplasma kapsulatum dan menyebarkannya di tempat ramai manusia bernafas.
 
Tidak cukup dengan bulu-bulunya yang menjadi agen sebaran penyakit, najis burung merpati juga membawa berita buruk. 
Ia mengandungi pelbagai jenis kuman yang berisiko tinggi menyebabkan meningitis dan penyakit kulat histoplasmosis serta kriptokokosis.
Najis burung itu lebih mengancam kesihatan apabila terdapat di kawasan sumber air atau saluran udara kerana ia meningkatkan kemungkinan kuman menjangkiti sistem tubuh manusia.
Walaupun daging burung merpati dijadikan hidangan delikasi di beberapa negara, manusia tidak harus lupa bahawa merpati adalah sebahagian daripada kebimbangan selesema burung, virus West Nile, ensefalitis (radang otak) dan juga toksoplasmosis (penyakit bawaan mamalia dan burung akibat protozoa).
Lebih merisaukan ialah najis burung itu boleh menjadi punca kepada kes kematian akibat penyakit berbahaya lain seperti salmonella dan E. coli.
"MENCEGAH LEBIH BAIK DARI BERUBAT"
-ibnumustafa-

Baca Al-Quran, Jangan Buang Masa, Wasiat Ke-2 Imam Hasan Al-Banna

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.

Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkatkan daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama dan mengamalkan zikrullah.

Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota Ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa di dalam kerugian.

"Demi Masa!; Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." - Surah al-Asr; ayat 1-3.

Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.

Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah S.W.T, kitab-kitabNya, Nabi dan Malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.

Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.

Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.

Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.

Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.

Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.

Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.

Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.

Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.

Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.

Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.

Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.

Kesimpulan

Maka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.

Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.

Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.

Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.

Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.

Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inchi perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita, InsyaAllah..

-ibnumustafa-