Dalam teori evolusi, kita kene adapt dgn changes in environment to ensure our survival. Aku sedari, semakin lama pertanggungjawaban semakin besar apabila semakin dewasa. Pernah terlontar dari mulut arwah abangku.. masa sekolah, masa kecil kita bleh enjoy things that we like without much worry about the consequences in later life.. tapi bile semakin besar, responsibility or the ability to take response-as defined by stephen covey- jadi semakin besar.. dulu masa kecil pernah aku kata.. org besar mane ade ape nak fikir.. kerje je yang dia tahu.. dapat gaji.. n bla bla bla..
Tapi kini, bila makin banyak garam yang aku makan, aku faham arwah abang melontarkan pendapatnya yang bernas agar aku benar2 faham hidup bukan sekadar mainan & percaturan.. hidup perlu perancangan & hidup perlukan landasan mengikut nas-nas agama..
Hari ni aku breakfast kat warung mamak dgn kwn2 (walaupun da breakfast kat rumah dgn biskut kering).. yang menjadi titik perhitungan aku ialah, bukan lagi berbincang perkara2 yang jadi mainan lama.. mula berbicara tentang target kerja, aku bertanya tentang job yang belum selesai, job yang baru dirancang.. basically kami mula berbicara perkara2 yang lebih utama dalam kerja seharian.. aku sudah mula kurang berbicara tentang liverpool, chelsea, arsenal mahupun manchester united, tapi still update dgn berita2 terkini contohnya awal pg td MU menang lagi (hampehh), poli+tik, PRK K.Terengganu, dah tak giler nak bace majalah tah hape2 & download movie kat youtube nih,
Aku tampal didinding bilikku, baik di rumah mahupun tempat kerja.. visiku utk menjadi insan yang sempurna walaupun takde yang sempurna.. paling tidak pun dapat menjalani rutin harian dgn visi 'amar maaruf, nahi munkar', time free jer aku cuba luangkan masaku dengan membaca, baik di majalah, buku mahupun layari internet.. tajuk yg sering dikunjung baca adalah seperti anatomy, pathology, tafsir sayid qutb, al-Quran, buku2 motivasi, & macam2 yang tak pernah aku termimpi utk baca dulu..
Still, aku masih luangkan masaku utk baca books like 'Blog, Blogger, Blogging', buku2 agama, sesekali beli Harakah dan keADILan dan sebagainya.. aku terbaca tulisan ust hasrizal, siapa kita pada 5 tahun akan datang very much depend on what we read today. Plus, lagu afraid to read dari dawud wharnsaby ali turut memberi impak besar..
Semakin aku dalami tafsir juzu' amma, walau cume baru abis beberapa surah, semakin aku sedari, sudah lama & dalam aku tenggelam dalam nikmat dunia.. Pembuka juzu', surah an-Naba' begitu jelas merungkai nasib2 kaum, berjaya @ gagal & tiada pilihan ketiga.. Agungnya Allah SWT hinggakan tiada satu makhluk akan berbicara pada hari itu melainkan dgn izinnya.. Hatta malaikat2 berdiri dalam saf menunggu izin & arahan Tuhan utk bertindak..
Pernah aku terbaca.. 'let your dream drive you', tapi jgn biar angan2 menenggelamkanmu dalam fantasi yang tak kunjung jadi realiti..
Ramai kawan2 aku mula sibuk merancang percutian& perjalanan ke paris, venice, rome, munich, amsterdam, turkey, egypt etc.. tapi tak ramai pula yang letakkan tujuan utk apa melancong seperti Ibnu Battuta lakukan.. Aku pernah ingin rasa melancong ke tempat2 menarik, (sesekali cemburu dengan adik yang kini berada di ireland - study) dengan sejarah mereka tersendiri, dengan cerita & santapan ilmiah serta pengajaran yang perlu dipelajari.. tapi keseronokan itu makin hilang.. aku makin hilang tujuan utk apa aku melawat tempat2 itu.. Kalau ke turkey aku ingin melihat aya sofea.. ke spain, aku ingin melihat cordova, andalus..
Dan ada satu tempat yang aku ingin pergi, about RM1200 peryear aku save utk makan angin, jadi cukup 5 tahun disini insyaAllah aku sampai kesana, mungkin aku perlu korbankan paris, venice & vatican city, aku cuba tahan diri aku berbelanja banyak, aku ingin simpan duit, aku ingin ke kota sejarah.. aku ingin ke kota yang telah lama aku rindukan.. aku begitu ingin menangis di depan kaabah, aku ingin menangis di depan makam Nabi, Junjungan Besar Muhammad SAW.. biar aku tahu betapa cerita2 yang aku pernah baca & cerita2 yang aku pernah dengar.. tentang sejarah Nabi, tentang sejarah Islam.. betapa.. cerita2 itu benar2 aku hayati.. Aku rindukan kasih seorang Nabi.. aku rindukan sahabat2nya yang berjuang dahulu..
Aku risau, sahabat2 serta sesape yang pernah aku percayai, yang pernah aku rindui akan hilang dari mereka rasa sayang & percaya seperti mana yang pernah aku rasai, mungkin kerana ideologi yang dibawa, mungkin kerana kepentingan sendiri, mungkin kerana aku sendiri yang sudah lari.. biarlah sayang itu kerana aqidah, tidak kisah dari mana asal usulnya, bangsanya, tapi biarlah lain ideologi tapi masih sayang agar aku tak terjerumus ke kancah kehinaan, ke lembah kegelapan..
Tapi.. aku masih percaya, & aku tahu, aku masih rasai kasih & rindu seorg Rasul.. Wahai, Muhammad SAW.. Kau pernah katakan yang engkau kagum dgn umatMu yang tiada peluang berjumpa denganMu.. yang semakin jauh masa denganMu.. tapi masih beramal dgn sunnahMu.. masih baca Al Mulk & As Sajadah sebelum tidur, masih berselawat utk mu, masih tunaikan sunat rawatib esp sebelum subuh, masih tunaikan witir, masih bermujahadah, masih cuba menghafaz al-Quran, walau al-Quran itu bukan dalam bahasanya.. masih menuntut ilmu seperti yang kau suruh, kau kata, dari firman Tuhan..
"jika kamu cinta Allah, maka ikutlah aku, & Tuhan akan mencintaimu."
Wahai Muhammad SAW, salam & selawat buatmu.. Aku tahu, walau semua cinta manusia berubah2.. namun selagi aku jaga larangan & perintah ilahi, kau akan tetap kusayangi.. maka syafaatkanlah aku nanti dengan kasih sayangMu.. Aku amat2 merinduiMu..
Pelik... tapi kenapa ucapan rindu & cinta ini hanya terlahir pada Valentine Day? tidak pada setiap hari? tiap solat yang didirikan? Huhuhu.. itu ciptaan manusia, Astaqfirullah al azim.. kasih abadi hanya utk Allah & kekasihNya.. Ya Allah Ya Tuhanku, kalau kau matikan aku, biarlah matiku dalam agamamu, biarlah matiku agar aku dapat berjumpa dengan insan agung yang bernama Muhammad SAW...
-am-
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). " - Surah Ali `Imran; ayat 110~
PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment