Penyakit atau wabak yang sering menyerang para 'amilin (pejuang) gerakan islam. Masalah dalaman ini sentiasa mengganggu gugat perjalanan gerakan islam. Ianya berpunca dari tindak tanduk para pendukung islam yang tidak komited dan gagal mempersiapkan diri sebagai pendukung islam.
Wabak pertama : Al-Futur
Tahap al-futur yang paling rendah ialah malas, menangguh-nangguh, melengah-lengahkan dan tahap yang paling tinggi ialah berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan.
Sebab-sebab berlaku al-futur:
i. sikap keterlaluan dalam agama
ii. membazir dan melampaui batasan menggunakan sesuatu yg diharuskan
iii. meninggalkan jemaah dan memilih hidup berseorangan
iv. kurang mengingati mati dan akhirat
v. pengabaian melakukan ibadat harian
vi. mengambil makanan yang haram atau syubhah
vii. penumpuan 'amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran islam
viii. gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan
ix. mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga 'amilin
x. tidak bersedia menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan
xi. mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar
xii. sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau di peringkat jemaah
xiii. terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh
Wabak kedua : Pemborosan
Pembaziran ialah perbuatan yang melampaui batas kesederhanaan sama ada dalam perkara makanan, minuman, pakaian dan lain-lain.
Kesan ke atas para 'amilin
i. badan dihinggapi penyakit
ii. keras hati
iii. lembab daya pemikiran
iv. rangsangan melakukan kejahatan dan dosa
v. kecundang di saat-saat genting dan mencabar
vi. tidak menjaga dan mengambil berat terhadap org lain
vii. ditanya di hadapan Allah SWT di akhirat
viii. terlibat dengan pendapatan haram
ix. menjadi saudara syaitan
x. terhalang dari kasih syg Allah SWT
Wabak ketiga : Al-Isti’jal (gopoh atau terburu-buru)
Keinginan untuk mengubah realiti penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai kesan buruk yang akan berlaku dan tidak memahami suasana persekitaran
Wabak keempat : Al-Uzlah (memencilkan diri)
Mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan secara berjemaah
Wabak kelima : Al-I’jab bil nafsi (terpesona dengan diri sendiri)
Suatu kegembiraan terhadap diri sendiri, hasil dari apa yg dilakukannya sama ada perbuatan tanpa menyinggung org lain, tanpa mengambil kira perkataan dan perbuatan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji.
Wabak keenam : Al-Ghurur
Kekaguman seorang 'amilin terhadap dirinya sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecilkan apa yang diusahakan org lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Namun, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya
Wabak ketujuh : Al-Takabbur
Seseorang 'amilin itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina org lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Di samping itu, ia dengan angkuh menolak untuk menerima kebenaran dari orang lain.
Semoga kita tidak tergolong dan tidak terjebak dengan wabak-wabak yang lebih berbahaya ini. Na'uzubillahi min zalik..
* Petikan dari penulisan Dr.Asy-Syed Muhammad Noh dalam bukunya yg bertajuk: Wabasepanjang jalan (Jilid 1)
No comments:
Post a Comment