PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, January 6, 2009

PRK Kuala Terengganu, tiga calon sah bertanding

Proses pencalonan pilihanraya kecil P036 selesai dengan tiga calon disahkan bertanding.

Pakatan Rakyat diwakili oleh calon PAS, Abdul Wahid Endut manakala Barisan Nasional diwakili oleh calon Umno, Dato' Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Seorang lagi merupakan calon bebas iaitu Azharuddin Mamat, seorang ahli perniagaan.

Pengesahan itu telah diumumkan pengurus pilihan raya kecil itu, Mat Razali Kasim kira-kira pukul 11.30 pagi.

PAS mengemukakan dua bantahan terhadap calon BN tetapi ditolak oleh Pegawai SPR.

"KEPADA PARA PENGUNDI, SELAMAT MENGUNDI CALON ANDA.. MENGUNDILAH KERANA ALLAH SWT.."

-am-

No comments: