PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, December 28, 2011

Setiap Yang Terjadi Tentu Ada Hikmahnya


Tersebutlah kisah di sebuah desa, Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat menyayangi kuda itu. Suatu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut berkata kepada Tok Penghulu,

"Kami simpati di atas kehilangan kuda kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Tentu ada hikmahnya.."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi Tok pasti tentu ada hikmahnya.."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung.." Begitulah kata mereka tumpang gembira.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin tentu ada hikmahnya.."

Dan yang paling gembira sudah tentulah anak lelaki Tok Penghulu, kerana saban hari dia bermain dengan kuda kesayangannya itu, dia menganggap kuda itu seperti saudaranya sendiri. Setiap hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu terjatuh daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

"Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala pula." kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada hikmahnya.."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih kerana terpaksa berpisah dengan anak-anak lelaki mereka. Belum tentu dapat bertemu kembali atau tidak. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu mereka, "Tentu ada hikmahnya.."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan disebaliknya daripada Allah S.W.T.

"Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya." - Surah Al-Mu'minun; ayat 111.

-ibnumustafa-

Tuesday, December 13, 2011

Sembah Tahniah KDYMM Sultan Kedah Darul Aman Sebagai SPB YDP Agong Malaysia Yang Ke-14

Daulat Tuanku


Patik Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah Sempena Pertabalan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mua’dzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Sebagai Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Malaysia Yang Ke-14
Berkuatkuasa 13 Disember 2011, Bersamaan 18 Muharram 1433 H

D.K., D.K.H., D.K.M., D.M.N., D.U.K., D.M.K., D.K. (Kelantan), D.K. (Pahang), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Johor), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak), D.K. (Brunei), D.P. (Sarawak), D.U.N.M., S.P.M.K., S.S.D.K., D.H.M.S., D.G.M.K., Grand Cordon of The Order of the Rising Sun of Japan, Bintang Maha Putra Adiprana (Indonesia), Order of the Rammata Thailand, Honourable Knight Grand Cross Order of the Bath of U.K., Asso. Knight Order of St. John.

SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN

DIRGAHAYU TUANKU !

Semoga Allah S.W.T lanjutkan usia Tuanku

Ikhlas dari Patik,

-ibnumustafa-

Saturday, December 10, 2011

Fenomena Gerhana Bulan Penuh 10 Disember 2011

Seperti yang telah diwar-warkan malam ini akan terjadinya fenomena Gerhana Bulan Penuh. Fenomena ini akan berlaku pada waktu puncak, iaitu sebaik sahaja matahari terbenam dan berlarutan sehingga ke lewat tengah malam. Tidak seperti gerhana yang lepas pada Jun 2010, yang mana ia berlaku lewat tengah malam sehingga ke matahari terbit keesokan paginya, gerhana kali ini dijangka dapat disaksikan dengan mudah oleh orang ramai. Fasa gerhana ini akan bermula pada jam 7.32 malam. Namun apabila bulan mula menghampiri kawasan bayang-bayang bumi yang lebih gelap, dikenali sebagai umbra, barulah kesan gelapnya mudah kelihatan, iaitu sekitar jam 8.30 malam.

Bulan akan berada di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya (fasa gerhana penuh) pada jam 10.05 malam sehingga 10.57 malam.

Kemudian ia akan keluar sepenuhnya daripada bayang-bayang umbra pada jam 12.18 tengah malam.

Waktu setiap fasa gerhana boleh dirujuk seperti di bawah (kiraan Skymap Pro 8):

Bulan mula memasuki Penumbra : 7.32 malam
Bulan mula memasuki Umbra : 8.46 malam
Permulaan gerhana Penuh : 10.06 malam
Waktu gerhana Maksima : 10.31 malam
Tamat gerhana Penuh : 10.57 malam
Bulan meninggalkan Umbra : 12.18 tengah malam
Bulan meninggalkan Penumbra : 1.31 pagi

Jumlah masa Bulan bergelap di dalam bayang-bayang bumi sepenuhnya ialah selama 52 min 16 saat. Waktu di atas merupakan waktu tempatan (Malaysia). Ia adalah sama sahaja jika anda berada di Semenanjung, Sarawak atau Sabah. Cuma yang berbeza ialah ketinggian Bulan di langit. Semakin anda berada ke arah timur Malaysia, semakin tinggi kedudukan Bulan pada satu-satu fasa gerhana itu.

Apabila berlakunya gerhana bulan penuh atau gerhana matahari, umat Islam di galakkan untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari/bulan dan panduan untuk menunaikannya boleh dirujuk di sini: PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN BULAN

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.


Video di bawah merupakan simulasi gerhana bulan yang dibuat menggunakan perisian Stellarium:



-ibnumustafa-

Panduan Solat Sunat Gerhana Matahari Dan Bulan

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa Arab dengan perkataan khusuf (الخُسُوفِ) bagi bulan dan kusuf (الكُسُوفِ) bagi matahari, iaitu hilangnya cahaya bulan atau matahari.

Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah S.W.T, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah S.W.T. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah S.W.T pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tetapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan dan juga pada zaman Nabi S.A.W yang dikenali sebagai sebaik-baik kurun.

Dalilnya:

Daripada Aisyah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَر َ آيَتَانِ مِنْ ايَاتِ اللهِ لاَيَخْسِفَان ِ لِمَوت ِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ
ذلِكَ فَادْعُوا اللهَ وَكَبِّرُوا وَتَصَدَّقُوا وَصَلُّوا

“Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Dalilnya:

عن ابن مسعود الانصارقال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (إن الشمس والقمر آيتان من آيات الله. يخوف بهما عباده. وَاِنَّهُمَا لا ينكسفان لموتِ أحد مِنَ النَّاسِ. فإذا رأيتم منها شيئا. فصلوا وادعوا الله يكشف ما بكم.

Dari Abu Mas’ud Al-Anshari beliau berkata: Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Solat Khusuf/Kusuf adalah Solat Sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian.

1. Bagi Solat Gerhana Matahari waktunya bermula apabila ternyata berlaku gerhana dan berakhir dengan hilangnya gerhana itu, dan sehingga jatuh matahari dan gerhana tersebut. Sekiranya gerhana berlaku ketika atau selepas terbenam matahari, maka tidak ada solat gerhana.

2. Bagi Solat Gerhana Bulan waktunya bermula apabila ternyata berlakunya gerhana bulan dan berakhir dengan hilang gerhana dan naik matahari. Tidak dikira dengan naik fajar atau jatuhnya pada malam dengan gerhananya. Sekiranya berlaku gerhana bulan ketika terbenamnya, dan sebelum terbit fajar maka dibolehkan solat. Tetapi jika terbenamnya bulan sesudah terbit fajar, maka terdapat dua pendapat iaitu:

a. Qaul Qadim: Tidak ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan telah hilang bila terbit fajar (subuh).

b. Qaul Jadid: Ada solat gerhana kerana kekuasaan bulan masih ada sehinggalah terbit matahari (syuruk).

* Di dalam mazhab Syafie dibolehkan bersolat walaupun ketika berlaku gerhana tersebut adalah waktu tahrim.

Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari:

أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”

Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan:

أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى

Ertinya: “Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”

a. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

b. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

Kaifiatnya adalah seperti berikut:

Berdasarkan hadith:

عن عائشة نحو حديث ابن عباس وقالت: أَنَّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم خَسَفَتِ الشَّمْسُ قَامَ فَكَبَّرَ وَقَرَأَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً ثُمَّ رَفُعَ رَأْسُهُُ فَقَالَ سَمِعَ اللهُ لِمَنْ حَمِدَهُ وَقَاَم كَمَا هُوَ نَقَرَ قِرَاءَةً طَوِيلَةً وَهِىَ أَدْنى مِنَ القِرَاءَةِ الأُولَى ثُمَّ رَكَعَ رُكُوعًا طَوِيلاً وَهِىَ أَدْنَى مِنَ الرَّكْعَةِ الأُولَى ثُمَّ سَجَدَ سُجُودًا طَوِيلاً ثُمَّ فَعَلَ ِفي الرَّكْعَةِ الآخَِرةِ مِثْلَ ذلِكَ ثُمَّ سَلَّمَ وَقَدْ تَجَلَّتِ الشَّمْسُ فَخَطَبَ النَّاسِ فَقَالَ ِ في كُسُوفِ الشَّمْسِ وَالقَمَرِ إِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آياَتِ اللهِ َلا يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وََلا لحَِيَاتِهَ فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا فَافْزَعُوا إِلَى الصَّلاَةِ.

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata: “Sesungguhnya Rasulullah S.A.W berdiri (di masjid) pada hari terjadi gerhana matahari, lalu Baginda mengadakan solat gerhana dan membaca bacaan yang panjang (seukur seratus ayat surah al-Baqarah), kemudian Baginda mengangkat kepala dan mengucapkan Sami’ Allahhu Liman Hamidah, dan Baginda berdiri lalu membaca bacaan yang panjang, sedang bacaan (dalam berdiri yang kedua) ini sedikit berkurang daripada bacaan yang pertama, kemudian
Baginda ruku’ dengan ruku’ yang panjang, sedang ruku’ ini berkurang dari ruku’ pertama, kemudian Baginda sujud dengan sujud yang panjang (bertasbih seukur bacaan seratus ayat), kemudian Baginda bertindak sepadan demikian (rakaat pertama) itu pada rakaat yang akhir (kedua), Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bersyukurlah kepada solat gerhana.” - Hadith Riwayat Bukhari (4-hlm: 358).

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرو بنِ العَاصِ أَنَّهُ قَالَ: لَمَّا انْكَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ نُودِىَ بِ ( الصَّلاَةُ جَامِعَةً ) فَرَكـَعَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ قَامَ فَرَكـَعَ رَكْعَتَينِ فِى سَجْدَةٍ. ثُمَّ جُلِّىَ عَنِ الشَّمْسِ. فَقَالَتْ عَائشَةُ: مَا رَكَعْتُ رُكُوعًا قَطَُّ. وَلاَ سَجَدتُ سُجُودًا قَطَُّ. كَانَ اَطْوَلَ مِنْهُ.

Daripada Abdullah bin Amr bin Al-Ash R.A, beliau berkata: “Tatkala matahari gerhana pada masa Rasulullah S.A.W, maka diserukan: ‘As Solatu Jami`ah’. Lalu Rasulullah S.A.W melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian berdiri lagi dan melakukan dua kali ruku’ dalam satu rakaat. Kemudian matahari kembali muncul. Aisyah R.A berkata: “Aku sama sekali tidak pernah melakukan ruku’ ataupun sujud yang lebih lama daripada itu.” - Hadith Riwayat Muslim (2-hlm: 81).

Secara ringkasnya seperti berikut:

1. Rakaat Pertama:

a. Takbiratul Ihram.

b. Membaca doa iftitah.

c. Membaca Ta`awudz.

d. Membaca Surah al-Fatihah.

e. Membaca mana-mana surah, yang terlebih afdhal Surah al-Baqarah.

f. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.

g. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah ali-Imran atau mana-mana surah.

h. Ruku
dangan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.

i. Iktidal.

j. Sujud dan membaca tasbih.

k. Duduk antara 2 sujud.

l. Sujud kembali.

m. Berdiri ke rakaat kedua.

2. Rakaat kedua:

a. Membaca Surah al-Fatihah.

b. Membaca Surah an-Nisa’ atau mana-mana surah.

c. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.

d. Iktidal serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah al-Maidah atau mana-mana surah.

e. Ruku
dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.

f. Iktidal.

g. Sujud dan membaca tasbih.

h. Duduk antara 2 sujud.

i. Sujud kembali.

j. Membaca tasyahud akhir.

k. Memberi salam.

* Tidak perlu iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Khutbah Solat Gerhana:

Dalil:

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata:

ثم سلم وقد تجلت الشمس فخطب الناس فقال في كسوف الشمس والقمر إنهما آيتان

من آيات الله لا يخسفان لموت أحد ولا لحياته فإذا رأيتموهما فافزعوا إلى الصلاة
.

Selanjutnya beliau mengakhiri solatnya dengan salam, sedang gerhana matahari telah berakhir. Lalu Baginda berkhutbah kepada manusia: “Pada gerhana matahari dan bulan, sesungguhnya keduanya adalah dua tanda (kebesaran) di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidaklah terjadi gerhana kerana kematian seseorang pula tidaklah kerana kehidupan seseorang. Maka apabila kalian melihat keduanya (gerhana) maka bertandanglah kepada solat gerhana.” - Hadith Riwayat Bukhari (4-hlm: 358).

a. Sunat membaca khutbah selepas solat sunat, walaupun gerhana sudah hilang.

b. Khutbahnya seperti khutbah hari raya tetapi tidak sunat bertakbir.

c. Isi khutbah hendaklah menyuruh para jemaah bertaubat, bersedekah, memerdekakan hamba, berpuasa, mengingati manusia supaya tidak lalai, jangan leka dengan dunia dan sebagainya.

d. Jika solat itu hanya terdiri dari wanita semata-mata, maka tidak perlu khutbah.

Pertembungan antara dua solat:

Secara umumnya bila pertembungan ini berlaku maka kaedahnya didahulukan yang paling ringan. Sekiranya sama nilainya, maka didahulukan yang paling kuat.

Contoh:

a. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat jenazah maka didahulukan solat jenazah.

b. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan solat fardhu di awal waktu maka didahulukan solat gerhana kerana dibimbangi matahari atau bulan kembali cerah. Tetapi jika berlaku pertembungan itu diakhir waktu solat fardhu maka didahulukan solat fardhu.

c. Jika pertembungan berlaku di antara solat gerhana dengan witir didahulukan solat gerhana.

-ibnumustafa-

Amalan-amalan Sunat Yang Dianjurkan Semasa Gerhana Matahari Dan Bulan

Gerhana Bulan

Menerusi sekian banyak hadith berkaitan gerhana, terdapat beberapa perkara sunat yang dianjurkan supaya dilakukan semasa kejadian gerhana. Di antaranya ialah:

1. Solat dan berdoa:

Rasulullah S.A.W bersabda: “Apabila kamu melihat kedua-duanya (gerhana matahari dan bulan), maka dirikanlah solat dan berdoalah sehingga dihapuskan apa yang kamu hadapi.”

2. Berzikir dan beristighfar:

Daripada Abu Musa R.A, beliau berkata: “Tatkala terjadi gerhana matahari di masa Rasulullah S.A.W, Baginda bangkit terkejut, takut terjadi kiamat sampai Baginda menuju ke masjid. Baginda melakukan solat dengan rukuk dan sujud yang lama sekali. Tidak pernah aku melihatnya melakukan solat seperti itu. Kemudian Baginda bersabda: "Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kebesaran yang dikirimkan Allah, gerhana ini terjadi bukan kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi Allah yang mengirimkannya untuk menakut-nakutkan hamba-hambaNya. Oleh sebab itu, apabila kamu melihatnya, maka bersegeralah ingat kepadaNya, berdoa dan mohon keampunanNya.” - Hadith Riwayat Muslim.

3. Berlindung daripada azab kubur:

Daripada Aisyah R.A, beliau berkata: “Setelah Nabi S.A.W selesai menyampaikan khutbah gerhana matahari, maka Baginda S.A.W memerintahkan para sahabat supaya memohon perlindungan dari azab kubur.”

4. Bersedekah:

Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila kalian melihat gerhana, maka hendaklah kalian berdoa kepada Allah, mengerjakan solat dan bersedekah.”

5. Memerdekakan hamba:

Daripada Asma’ R.A, beliau berkata: “Sesungguhnya Nabi S.A.W menyuruh memerdekakan hamba ketika berlaku gerhana matahari. Dalam satu riwayat: 'Gerhana bulan'.”

Inilah sunnah Baginda S.A.W ketika berlakunya peristiwa gerhana bulan atau matahari.

Marilah bersama-sama kita menghidupkan sunnah Nabi kita S.A.W kerana inilah jalan hakiki menuju kesejahteraan di dunia dan akhirat.

Hadith-hadith lain yang berkaitan dengan gerhana bulan dan matahari:

Daripada Abdullah bin Amru R.A, beliau berkata: “Tatkala gerhana matahari terjadi di masa Rasulullah S.A.W, (manusia) diseru dengan seruan: "As-solatu jami'atan" (marilah solat berjamaah). Rasulullah S.A.W melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat. Kemudian berdiri dan melakukan dua kali rukuk dalam satu rakaat (yang terakhir). Kemudian matahari nampak kembali.” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Abdullah bin Umar R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan tidak terjadi gerhana kerana kematian atau kelahiran seseorang, tetapi keduanya termasuk tanda kebesaran Allah. Maka jika kamu melihat gerhana, kerjakanlah solat.” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Mughirah bin Syu'bah R.A, beliau berkata: Pada masa Rasulullah S.A.W pernah terjadi gerhana matahari pada hari kematian Ibrahim. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya tidak gerhana disebabkan kematian atau kelahiran seseorang. Oleh sebab itu, apabila kamu melihatnya, maka berdoalah kepada Allah dan tunaikan solat hingga matahari nampak kembali.” - Hadith Riwayat Muslim.

Daripada Aisyah R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersolatlah.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Mas’ud Al-Anshari R.A, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya matahari dan rembulan (bulan) adalah dua di antara tanda-tanda kebesaran Allah. Keduanya (kalau sedang gerhana) oleh Allah digunakan untuk menakuti para hambaNya. Dan keduanya tidaklah gerhana lantaran kematian seseorang di antara manusia. Kerana itu, apabila kalian melihatnya, maka lakukanlah solat dan berdoalah kepada Allah sampai hal yang menakutkan itu hilang.” - Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.

-ibnumustafa-

Wednesday, December 7, 2011

Lima Syarat Untuk Melakukan Maksiat

Suatu hari ada seorang lelaki menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat.

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:


Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka kamu boleh melakukan maksiat.

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.


Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?

Ibrahim bin Adham berkata:


Syarat pertama, jika kamu mahu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekiNya.

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata:

Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

Ya! tegas Ibrahim bin Adham.

Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekiNya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar laranganNya?

Yang kedua, kata Ibrahim, kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumiNya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezekiNya dan tinggal di bumiNya, sedangkan kamu melanggar segala laranganNya?

Ya! Anda benar. kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga, lalu Ibrahim menjawab:

Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat olehNya!

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?

Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan untuk melakukan maksiat? kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh.

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar lalu berkata:

Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?

Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?

Baiklah, apa syarat yang kelima?

Ibrahim pun menjawab:

Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya.

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf, lalu dia berkata:

Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya. Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah. katanya sambil teresak-esak.

-ibnumustafa-

Thursday, October 20, 2011

The Arrivals - Episode 50 - The Arrival Of Jesus The Messiah



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 49 - The Arrival Of Antichrist



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 48 - The Arrival Of Mahdi



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 47 - The Free Human



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 46 - The Complete Human



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 45 - The Kaaba And The 9-11 Ritual



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 44 - The Significance Of The Kaaba



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 43 - The Symbolism Of 9-11



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

Friday, October 7, 2011

The Arrivals - Episode 42 - The Gatekeepers



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 41 - The Bloodlines



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 40 - The Common Ground



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 39 - The Prophet's Lineage



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

Thursday, September 22, 2011

The Arrivals - Episode 38 - The Story Of Islam



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 37 - The Sun God



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 36 - The Story Of Jesus



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

The Arrivals - Episode 35 - The Temple Of Solomon



P/s: Sila pastikan radioweb nasyid.fm yang sedang anda dengarkan ini di PAUSE kan terlebih dahulu sebelum menonton. Terima Kasih~

Dosa Memperolok-olokkan Allah S.W.T, Ayat-ayat-Nya dan Rasulullah S.A.W

Segala puji bagi Allah S.W.T yang telah menetapkan hukum yang sempurna. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad S.A.W, keluarga, para sahabat dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik hingga akhir zaman.

Seringkali kita saksikan begitu mudahnya sebahagian orang mengolok-ngolokkan saudaranya yang ingin menjalankan syaria't. Ada yang berjanggut kadang diolok-olokkan seperti kambing dan sebagainya. Ada pula yang mengenakan jilbab atau pun cadar juga dikenakan hal yang sama. Seharusnya setiap muslim tahu bahawa perbuatan seperti ini bukanlah dosa biasa. Semak pembahasan berikut agar mendapat penjelasan. Hanya Allah S.W.T yang memberi taufiq dan hidayah.

Allah S.W.T berfirman,


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.” - Surah At-Taubah; ayat 65-66.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar, Muhammad bin Ka’ab, Zaid bin Aslam dan Qotadah, hadith dengan rangkuman sebagai berikut. Disebutkan bahawa pada suatu perjalanan perang (iaitu perang Tabuk), ada orang di dalam rombongan tersebut yang berkata, “Kami tidak pernah melihat seperti para ahli baca Al-Qur’an ini (yang dimaksudkan adalah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya), kecuali sebagai orang yang paling buncit perutnya, yang paling dusta ucapannya dan yang paling pengecut tatkala bertemu dengan musuh.”

(Mendengar hal ini), ‘Auf bin Malik R.A berkata kepada orang tersebut, “Engkau dusta, kamu ini munafiq. Aku akan melaporkan ucapanmu ini kepada Rasulullah S.A.W.”

Maka ‘Auf bin Malik R.A pun pergi mengadap Rasulullah S.A.W. Namun sebelum ‘Auf sampai, wahyu telah turun kepada Baginda S.A.W (tentang peristiwa itu). Kemudian orang yang bersenda gurau dengan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai bahan gurauan itu mendatangi Baginda S.A.W yang saat itu sudah berada di atas untanya. Orang tadi berkata, “Wahai Rasulullah S.A.W, kami tadi hanyalah bersenda gurau, kami lakukan itu hanyalah untuk menghilangkan kepenatan dalam perjalanan sebagaimana hal ini dilakukan oleh orang-orang yang berada dalam perjalanan!”

Ibnu Umar (salah seorang sahabat Nabi S.A.W yang berada di dalam rombongan) bercerita, “Sepertinya aku melihat ia berpegangan pada tali pelana unta Rasulullah S.A.W sedangkan kakinya tersandung-sandung batu sembari mengatakan; “Kami tadi hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.”

Kemudian Rasulullah S.A.W berkata kepadanya (dengan membacakan firman Allah S.W.T):


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.” - Surah At-Taubah; ayat 65-66.


Beliau mengucapkan itu tanpa menoleh orang tersebut dan beliau juga tidak bersabda lebih dari itu.” - Hadith Riwayat Ibnu Jarir Ath-Thobariy dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Umar dan Syaikh Muqbil dalam Ash-Shohihul Musnad min Asbabin Nuzul mengatakan bahawa sanad Ibnu Abi Hatim hasan.

Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah mengatakan, dinukil dari Imam Syafi’e bahawa beliau ditanyakan mengenai orang yang bersenda gurau dengan ayat-ayat Allah S.W.T. Beliau mengatakan bahawa orang tersebut kafir dan beliau berdalil dengan firman Allah S.W.T, (Surah At-taubah; ayat 65-66)

- Demikianlah dinukil dari Asy-Syorim Al-Maslul ‘ala Syatimir Rosul -

Ayat di atas menunjukkan bahawa memperolak-olokkan Allah S.W.T, ayat-ayatNya dan Rasulullah S.A.W adalah suatu bentuk kekafiran. Dan barang siapa memperolok-olokkan salah satu dari ketiga hal ini, maka dia juga telah memperolok-olokkan yang lainnya (semuanya). (Lihat Kitab At Tauhid, Dr.Sholih bin Fauzan bin Abdillah Al Fauzan, hal. 59)

Perlu diketahui bahawa memperolok-olokkan Allah dan agama-Nya ada dua bentuk :

Pertama, yang bentuknya jelas dan terang-terangan sebagaimana terdapat dalam kisah turunnya surat At-Taubah; ayat 65-66.

Kedua, yang bentuknya sindiran dan isyarat seperti isyarat mata atau menjulurkan lidah.

Dan termasuk dalam memperolok-olokkan orang yang komitmen dengan ajaran Rasulullah S.A.W seperti mengatakan, ‘agama itu bukanlah pada tampilan rambut’. Perkataan ini dimaksudkan untuk mengejek orang-orang yang berjanggut. Atau termasuk juga ucapan-ucapan yang lainnya yang hampir sama. (Lihat Kitab At-Tauhid, Dr.Sholih bin Fauzan bin Abdillah Al Fauzan, hal. 62)

Berikut ini kami akan menukilkan perkataan ulama' lainnya untuk mendukung pernyataan di atas.

Perkataan Pertama

Syeikh Muhammad bin Sholih Al-Utsaimin Rahimahullah, seorang ulama' besar dan faqih di Saudi Arabia pernah ditanyakan, “Apakah termasuk dalam dua ayat yang disebutkan sebelumnya (iaitu surat At-Taubah; ayat 65-66) bagi orang-orang yang mengejek dan mengolok-olok orang yang memelihara janggut dan yang komitmen dengan agama ini?”

Beliau Rahimahullah menjawab, “Mereka yang mengejek orang yang komitmen dengan agama Allah dan yang menunaikan perintah-Nya, jika mereka mengejek ajaran agama yang mereka laksanakan, maka ini termasuk memperolok-olokkan mereka dan memperolok-olokkan syariat (ajaran) Islam. Dan memperolok-olokkan syariat ini termasuk kekafiran.

Adapun jika mereka memperolok-olokkan orangnya secara langsung (tanpa melihat pada ajaran agama yang dilakukannya baik pakaian atau janggut), maka semacam ini tidaklah kafir. Kerana seseorang boleh sahaja memperolok-olokkan orang tersebut atau perbuatannya. Namun setiap orang seharusnya berhati-hati, jangan sampai dia memperolok-olokkan para ulama atau orang-orang yang komitmen dengan Kitabullah dan Sunnah (petunjuk) Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam.” (Lihat Fatawal Aqidah wa Arkanil Islam, Darul ‘Aqidah, hal. 120)

Perkataan Kedua

Syeikh Abdul Aziz bin Abdillah bin Baz Rahimahullah, pernah menjawat Ketua Lajnah Da’imah (semacam Komite Fatwa MUI) dan juga pakar hadith, pernah ditanyakan, “Saat ini banyak di tengah masyarakat muslim yang memperolok-olokkan syariat-syariat agama yang nampak seperti memelihara janggut, menaikkan seluar di atas buku lali, dan selainnya. Apakah hal ini termasuk memperolok-olokkan agama yang membuat seseorang keluar dari Islam? Bagaimana nasihatmu terhadap orang yang terjatuh dalam perbuatan seperti ini? Semoga Allah memberi kefahaman kepadamu.”

Syeikh Rahimahullah menjawab, “Tidak diragukan lagi bahawa memperolok-olokkan Allah S.W.T, Rasul-Nya, ayat-ayat-Nya dan syariat-Nya termasuk dalam kekafiran sebagaimana firman Allah S.W.T,


قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu minta maaf, karena kamu telah kafir sesudah beriman.” - Surah At-Taubah; ayat 65-66.

Termasuk dalam hal ini adalah memperolok-olokkan masalah tauhid, soalat, zakat, puasa, haji atau berbagai macam hukum dalam agama ini yang telah disepakati.

Adapun memperolok-olokkan orang yang memelihara (memanjangkan) janggut, yang menaikkan seluar di atas buku lali (tidak isbal) atau semacamnya yang hukumnya masih samar, maka ini perlu diperinci lagi. Tetapi setiap orang wajib berhati-hati melakukan perbuatan semacam ini.

Kami menasihati kepada orang-orang yang melakukan perbuatan olok-olok seperti ini untuk segera bertaubat kepada Allah S.W.T dan hendaklah komitmen dengan syariat-Nya. Kami menasihati untuk berhati-hati melakukan perbuatan memperolok-olokkan orang yang berpegang teguh dengan syariat ini dalam rangka taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya. Hendaklah seseorang takut akan murka dan azab (siksaan) Allah S.W.T serta takut akan murtad dari agama ini sedangkan dia tidak menyedarinya. Kami memohon kepada Allah S.W.T agar kami dan kaum muslimin sekalian mendapatkan maaf atas segala kehinaan dan Allah-lah sebaik-baik tempat meminta. Wallahu waliyyut taufiq. (Lihat Kayfa Nuhaqqiqut Tauhid, Madarul Wathon Linnashr, hal.61-62)

Perkataan ketiga

Fatwa Al-Lajnah Ad Da’imah Lil Buhuts Al ‘Ilmiyyah wal Ifta’ (komiti fatwa di Saudi Arabia) no. 4127 tentang memperolok-olokkan hijab (jilbab) muslimah.

Soalan :

Apakah hukum orang yang memperolok-olokkan wanita yang memakai hijab (jilbab) syar’ie dengan menyamakan bahawa wanita semacam itu adalah ifrit (syaitan) atau disamakan seperti ‘khemah yang bergerak’ atau ucapan olok-olok lainnya?

Jawapan :

Barangsiapa mengejek muslimah atau seorang muslim yang berpegang teguh dengan syariat Islam maka dia kafir. Baik mengejek tersebut terhadap hijab (jilbab) muslimah yang menutupi dirinya sesuai tuntunan syariat atau boleh jadi dalam masalah lainnya. Hal ini disebabkan terdapat riwayat dari Abdullah bin ‘Umar R.A, beliau berkata,
pada suatu perjalanan perang (iaitu perang Tabuk), ada orang di dalam rombongan tersebut yang berkata, “Kami tidak pernah melihat seperti para ahli baca Al-Qur’an ini (yang dimaksudkan adalah Rasulullah S.A.W dan para sahabatnya), kecuali sebagai orang yang paling buncit perutnya, yang paling dusta ucapannya dan yang paling pengecut tatkala bertemu dengan musuh.”

(Mendengar hal ini), ‘Auf bin Malik R.A berkata kepada orang tersebut, “Engkau dusta, kamu ini munafiq. Aku akan melaporkan ucapanmu ini kepada Rasulullah S.A.W.”

Maka ‘Auf bin Malik R.A pun pergi mengadap Rasulullah S.A.W. Namun sebelum ‘Auf sampai, wahyu telah turun kepada Baginda S.A.W (tentang peristiwa itu). Kemudian orang yang bersenda gurau dengan menjadikan Rasulullah S.A.W sebagai bahan gurauan itu mendatangi Baginda S.A.W yang saat itu sudah berada di atas untanya. Orang tadi berkata, “Wahai Rasulullah S.A.W, kami tadi hanyalah bersenda gurau, kami lakukan itu hanyalah untuk menghilangkan kepenatan dalam perjalanan sebagaimana hal ini dilakukan oleh orang-orang yang berada dalam perjalanan!”

Ibnu Umar (salah seorang sahabat Nabi S.A.W yang berada di dalam rombongan) bercerita, “Sepertinya aku melihat ia berpegangan pada tali pelana unta Rasulullah S.A.W sedangkan kakinya tersandung-sandung batu sembari mengatakan; “Kami tadi hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.”

Kemudian Rasulullah S.A.W berkata kepadanya (dengan membacakan firman Allah S.W.T):


وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ

“Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja.” Katakanlah: “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok?” Tidak usah kamu meminta maaf, kerana kamu telah kafir sesudah beriman.” - Surah At-Taubah; ayat 65-66.


Beliau mengucapkan itu tanpa menoleh orang tersebut dan beliau juga tidak bersabda lebih dari itu.” - Hadith Riwayat Ibnu Jarir Ath-Thobariy dan Ibnu Abi Hatim dari Ibnu Umar dan Syaikh Muqbil dalam Ash-Shohihul Musnad min Asbabin Nuzul mengatakan bahawa sanad Ibnu Abi Hatim hasan.

(Dalam ayat di atas) Allah menjadikan ejekan kepada orang mukmin adalah ejekan kepada Allah S.W.T, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya. Semoga Allah memberi taufiq. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad S.A.W, keluarganya serta sahabatnya.

Al-Lajnah Ad-Da’imah Lil Buhuts Al-‘Ilmiyyah wal Ifta’

Anggota : Abdullah bin Qu’ud, Abdullah bin Ghodayan
Wakil Ketua : Abdur Rozaq Afifi
Ketua : Abdul ‘Aziz bin Abdillah bin Baz

Segera Bertaubat

Setelah diketahui bahawa bentuk memperolok-olok atau mengejek orang yang berkomitmen dengan ajaran Nabi S.A.W termasuk kekafiran, maka seseorang hendaklah menjauhinya. Dan jika telah terjatuh dalam perbuatan semacam ini hendaklah segera bertaubat. Semoga firman Allah S.W.T berikut boleh menjadi pengajaran.


قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang’.” - Surah Az-Zumar; ayat 53.

Jika seseorang bertaubat dari berbagai macam dosa termasuk berbagai hal yang dapat mengeluarkannya dari Islam dan dia melakukan hal ini dengan memenuhi syarat-syaratnya, maka taubatnya tersebut akan diterima.

Adapun syarat taubat adalah:

- Taubat dilakukan dengan ikhlas dan bukan riya’ atau sum’ah (ingin dipuji orang lain).
- Menyesal dengan dosa yang telah dilakukan.
- Tidak terus-menerus dalam dosa. Jika meninggalkan yang wajib, segeralah melaksanakannya dan jika melakukan sesuatu yang haram, segeralah meninggalkannya.
- Bertekad untuk tidak mengulangi dosa tersebut di waktu akan datang.
- Taubat tersebut dilakukan pada saat waktu diterimanya taubat iaitu sebelum kematian datang dan sebelum matahari terbit dari sebelah barat. (Lihat perbahasan syarat Taubat di Syarh Riyadhus Sholihin, Syeikh Muhammad bin Sholih Al-Utsaimin)

Semoga kita menjadi hamba Allah yang bertaubat dan hamba Allah yang disucikan. Amin Ya Mujibad Da’awat. Wallahu'alam..

-ibnumustafa-

Saturday, September 17, 2011

Doa Mengelak Dari Terkena Malapetaka, Sihir & Ilmu Hitam

Soalan :

Assalamu'alaikum,
Rumah saya telah diletakkan dengan objek-objek pelik dikhuatiri telah disihir / ilmu hitam. Ramai sahabat telah memberitahu saya dan mengesahkan saya yang ianya tidak akan berlaku lagi jika dilakukan rawatan atau amalan kerohanian tetapi walaupun telah dicuba sehingga ke hari ini masih belum menampakkan hasil yang positif. Dan ini menambahkan lagi kebimbangan saya sekeluarga bertahun-tahun. Bolehkah saya melihat wajah orang yang melakukan sihir / ilmu hitam dalam mimpi saya dengan membaca beberapa ayat-ayat atau dalam apa cara sekalipun? Agar kami sekeluarga boleh mengelakkan diri dari orang yang melakukan sihir / ilmu hitam ini.

Jawapan :

Wa'alaikumsalam Wrt Wbt,

Semoga saudara sekeluarga di bawah perlindungan Allah S.W.T.

Amalkan dengan membaca beberapa ayat Al-Quran:

33 kali Surah al-Ikhlas (qul huwa Allahu ahad...) 33 kali Surah al-Falaq (qul a`uzu bi Rabbi il-Falaq...) 33 kali Surah Nas (qul a`uzu bi Rabbi i'n-Nas...) 1 kali Ayat al-Kursi 1 kali Surah al-Fatihah

Hembuskan bacaan ini pada diri sendiri, kanak-kanak dan ahli keluarga yang berada di rumah, dengan berdiri di ruang tamu sambil meniup dalam bulatan penuh.

Kemudian membaca 33 kali

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

Bismillah illazee la yadurru ma`asmihi shay un fil-ard wa la fis-samaee wa huwa as-samee ul-`aleem.

Maksudnya: "Dengan nama Allah, tiada apa yang boleh mendatangkan bahaya dengan apa-apa nama-Nya di bumi dan langit, dan Dia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Dari Hadhrat Abban bin Uthman (RA) dari bapanya bahawa Rasulullah S.A.W bersabda, "Bahawa mana-mana pengkhidmat yang membaca [yang disebut seperti doa di atas] tiga kali pada waktu pagi dan petang, tiada apa yang akan merosakkannya."

dan bacalah:

اعوذ بالله من الشيطان الرجيم بسم الله الرحمن الرحيم

إنه من سليمان وإنه بسم الله الرحمن الرحيم; سلام قولا من رب رحيم

Auzu billahi min ash-syaitanir rajeem, Bismillahir Rahmanir Raheem

Innahu min Sulayman wa innahu Bismillahir Rahmanir Raheem; salamun qawlan min Rabbin Raheem.

Hembuskan bacaan ini pada diri sendiri, kanak-kanak dan ahli keluarga sambil membayangkan di dalam fikiran anda yang anda sedang menghadapi orang-orang yang melakukan ilmu hitam tersebut, InsyaAllah ianya akan memberi tamparan hebat kepada mereka.

Letakkan juga tulisan al-Quran pada pintu dan tingkap rumah anda. InsyaAllah..

-ibnumustafa-

Wednesday, September 14, 2011

Bahaya Penyakit Menabur Fitnah

Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana melimpahkan nikmat yang tidak terkira banyaknya kepada kita. Di antara nikmat yang utama yang dikurniakan Allah S.W.T kepada hambanya ialah lidah. Lidah mempunyai kebaikan dan manfaat yang amat banyak, bagi mereka yang menjaga dan menggunakannya ke arah tujuan yang sebenar seperti berzikir kepada Allah S.W.T, membaca Al-Quran, berdakwah menyeru manusia ke arah mentaati perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya dan memberi nasihat serta teguran yang berguna kepada sesama manusia. Sesungguhnya lidah itu merupakan nikmat yang amat berharga kerana itu kita hendaklah menjaga dengan sebaik-baiknya, jangan sampai disalahgunakan seperti membuat fitnah.

Namun dalam era kemajuan sains dan teknologi ini, manusia bukan sahaja menyebar fitnah menggunakan lisan, tetapi juga melalui kecanggihan teknologi maklumat, samada melalui media cetak mahupun media elektronik. Tujuan kemudahan itu dicipta adalah untuk memudahkan kita melihat, mendengar dan menyebarkan apa jua berita dan maklumat tentang keadaan yang berlaku di sekeliling kita, samada apa yang berlaku di dalam negeri mahupun di luar negeri. Oleh itu kita hendaklah menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut dengan baik dan bijaksana. Namun apa yang membimbangkan pada masa ini terdapat segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakannya untuk menyebarkan berita-berita yang tidak benar, khabar-khabar angin apatah lagi yang mengandungi unsur-unsur fitnah.

Kita perlu mengetahui fitnah itu adalah satu perkara yang buruk dan boleh menjejaskan maruah seseorang. Fitnah ialah tuduhan, khabar, kisah dan lain-lain yang diadakan atau dibuat-buat untuk memburukkan seseorang dan memfitnah pula ialah membuat fitnah dan mengada-adakan sesuatu untuk memburuk-burukkan sesuatu pihak yang dilakukan samada dengan perkataan atau tulisan atau isyarat dan gerakan dan sebagainya, samada perkara itu sememangnya suatu keaiban atau kekurangan mahupun bukan. Orang yang membuat fitnah itu dikatakan juga sebagai orang yang membawa mulut atau mengadu domba.

Adapun perbuatan fitnah itu hukumnya adalah haram dan termasuk dalam perkara dosa-dosa besar. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Qalam; ayat 10-11 tafsirnya:

"Dan janganlah kamu menurut kemahuan orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina, yang suka mencaci, lagi yang suka menyebarkan fitnah hasutan".

Diriwayatkan daripada Huzaifah R.A, beliau mendengar Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya:

"Tidak masuk syurga orang yang suka memfitnah (mengadu domba)".

Daripada dalil-dalil tersebut jelas menunjukkan bahawa fitnah itu adalah suatu perkara yang sangat dilarang dan perlu dijauhi. Oleh yang demikian, kita hendaklah memelihara diri dan keluarga kita dari perbuatan menabur fitnah. Maka apabila disampaikan kepada kita suatu berita yang memburuk-burukkan orang lain, maka kita hendaklah memelihara diri kita daripada mendengarnya dan menghebah-hebahkannya kepada orang lain.

Memang tidak dapat dinafikan, dalam kehidupan kita berkeluarga, berjiran dan bermasyarakat, sememangnya kita tidak dapat mengelakkan diri dari mendengar berita-berita atau cerita-cerita yang diperbualkan ketika bertemu, samada ketika berada di majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan, majlis kenduri atau di kedai-kedai makan dan sebagainya. Dalam hal sedemikian, jika kita mendengar perbualan yang boleh mendatangkan dosa seperti cerita yang direka-reka, memburukkan orang lain, memfitnah dan sebagainya, maka kita hendaklah berusaha mengelakkan diri kita daripadanya, seperti tidak membenarkan atau mempercayai apa yang disampaikan itu kerana orang yang membawa fitnah itu adalah termasuk dalam golongan orang-orang yang fasik dan berita yang dibawa oleh mereka itu tidak boleh dipercayai.

Selain itu, kita sepatutnya melarang orang yang membawa fitnah itu daripada meneruskan perbuatannya dan menasihatinya serta menerangkan kepadanya bahawa perbuatannya itu adalah salah di sisi agama. Janganlah pula cerita yang disampaikan oleh orang yang memfitnah itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari samada benar atau sebaliknya. Allah Subhanahu Wata'ala berfirman dalam Surah Al-Hujuraat; ayat 21, tafsirnya:

"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain".

Ketahuilah bahawa tidak ada orang yang suka dirinya diperkatakan atau menjadi bahan cerita orang, apatah lagi cerita itu tidak berasas, tidak benar dan hanyalah fitnah semata-mata. Oleh itu jika mendengar sesuatu cerita, berita atau khabar-khabar angin, maka hendaklah orang yang mendengar cerita, berita atau khabar-khabar angin itu tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang telah diceritakan kepadanya. Sebagaimana kita tidak suka diri kita diperkatakan orang, sepatutnya kita tidak juga memperkatakan tentang orang lain.

Jika difikirkan, apakah kebaikan yang boleh diperolehi daripada perbuatan-perbuatan sedemikian? Ia tidak lain hanyalah mengembirakan orang yang berhati busuk. Sedangkan sebenarnya mereka itu telah diperdaya oleh syaitan sehingga mereka menjadi kabur, lalu merasakan apa yang mereka lakukan seolah-olah tidak salah tetapi sebenarnya adalah buruk dan berdosa besar. Perkara ini bukan sahaja dilarang oleh agama islam, bahkan undang-undang dalam bernegara juga menegahnya dan boleh diambil tindakan, lebih-lebih lagi jika fitnah itu boleh menggugat keselamatan dan keharmonian dalam beragama, bermasyarakat dan bernegara, begitu juga dengan perbuatan mereka-reka dan menyebarkan khabar angin, baik dilakukan secara individu atau kumpulan, yang bertujuan untuk memfitnah atau mengaibkan maruah atau martabat mana-mana pihak, maka dalam hal ini, perbuatan tersebut akan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai langkah dalam memastikan keharmonian dan kententeraman awam.

Sebagai bahan renungan, pernah berlaku suatu peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W, yang lebih dikenalkan dalam kitab-kitab 'Sirah' Rasulullah S.A.W sebagai 'Hadithul Ifkhi', bila mana terjadinya fitnah ke atas isteri Rasulullah S.A.W iaitu Sayidatina Aisyah R.A.

Dalam peristiwa tersebut, Sayidatina Aisyah R.A telah difitnah oleh orang-orang 'munafik' yang diketuai oleh Abdullah bin Ubai bin Salul, dan beberapa orang di kalangan Muslimin telah terpengaruh dengan cerita fitnah yang disebarkan itu. Mereka menabur fitnah mengatakan bahawa Sayidatina Aisyah R.A telah berlaku curang atau membuat hubungan sulit dengan seorang sahabat yang terkenal jujur dan amanah iaitu Safwan bin Al-Muathal. Akhirnya Allah S.W.T menurunkan ayat Al-Quran sebagai penjelasan bersihnya Sayidatina Aisyah R.A di atas fitnah yang dilemparkan ke atasnya.

Allah S.W.T berfirman dalam Surah An-Nuur; ayat 19, tafsirnya:

"Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebahnya tuduhan-tuduhan buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan ingatlah Allah mengetahui segala perkara sedang kamu tidak mengetahui yang demikian".

Membuat fitnah itu dipandang berat dan dilarang oleh agama Islam sebab ia boleh menimbulkan permusuhan dan permusuhan pula boleh menimbulkan kepada perpecahan dan huru-hara. Fitnah adalah tuduhan yang tidak benar dan tidak berasas dan perbuatan itu mendatangkan azab diakhirat kelak. Ingatlah! Bahawa semua anggota tubuh badan termasuk lidah akan menjadi saksi di depan penghakiman Allah S.W.T pada hari kiamat.

Akhirnya peliharalah diri dari perbuatan fitnah dan menaburnya. Didiklah diri kita, keluarga kita dan masyarakat dengan saling menasihati dan tegur menegur terhadap perbuatan yang membawa kepada dosa dan maksiat, apatah lagi membawa kepada dosa-dosa besar seperti membuat dan menabur fitnah. Semoga dengan sedemikian, kita dapat menikmati kehidupan yang aman tenteram, dan sentiasa mendapat petunjuk, hidayah dan berkat dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabb al-'Alamin.

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Baqarah; ayat 191 tafsirnya:

"Dan ingatlah bahawa angkara fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan".

-ibnumustafa-

Puasa Enam Syawal Hadiah Ingatan Nabi Muhammad S.A.W Kepada Umatnya

Nabi Muhammad S.A.W merupakan Rasul terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T ke muka bumi ini.

Baginda S.A.W bukan sahaja sibuk dengan tugas utamanya iaitu menyampaikan ajaran Islam daripada Allah S.W.T kepada umat manusia, malah memiliki sifat-sifat terpuji atau sifat Rabbaniah (ketuhanan dalam dirinya).


Ini kerana Baginda S.A.W bukan setakat menghubungkan diri dengan Allah S.W.T (Hablun Minallah) dalam segenap urusan serta tindakannya, malah tidak lupa juga menghubungkan diri dengan manusia sekeliling terutama umatnya (Hablun Minan Nas).


Setiap apa yang diungkapkan oleh Baginda S.A.W, sama ada berupa berita gembira atau berita yang mengancam mereka di akhirat, Baginda S.A.W sentiasa memikirkan agar umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah S.W.T berupa pahala dan ganjaran yang membolehkan mereka layak memasuki syurga Allah S.W.T.


Ganjaran setahun dengan amalan puasa enam


Begitulah halnya dengan puasa enam di bulan Syawal, Baginda S.A.W mahukan dari umatnya agar sentiasa peka dalam menambahkan koleksi pahala selepas puasa sebulan Ramadhan, kerana bulan yang mulia ini adalah latihan untuk dibuktikan selepas ia melabuhkan tirainya.


Berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal di ketika ramai orang berseronok menjamah makanan yang lazat-lazat, memperlihatkan seseorang itu mengharapkan pahala satu tahun berpuasa, ini kerana dalam kalender Islam hanya tercatat 355 hari berbanding bulan Masehi 365.


Kalau seseorang itu melakukan 30 hari puasa Ramadhan, setiap hari diganjari dengan 10 pahala, ia bermakna seseorang itu telah berpuasa 300 hari, ditambah dengan enam hari di bulan Syawal, ia akan menjadikan 360 hari bagaikan satu tahun pahala berpuasa.

Perkara ini disandarkan kepada sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

"Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan dan diikuti dengan puasa enam hari dalam bulan Syawal, maka ia adalah seperti berpuasa selama setahun." - Hadith Riwayat Muslim dan Imam Ahmad.

Inilah yang dikatakan ingatan Nabi S.A.W terhadap umatnya, begitulah juga dengan peringkat awal kefardhuan solat pada malam Mi'raj ke langit, Nabi S.A.W kenangkan umatnya yang tidak akan mampu untuk melaksanakan 50 waktu solat hingga bermohon ke hadrat Allah S.W.T agar dikurangkan hingga menjadi lima waktu sahaja. Itu pun ada di kalangan umat Islam yang tidak melakukan solat fardhu lima waktu.

Izin suami penting untuk puasa enam

Walaupun dijanjikan pahala setahun dengan melaksanakan puasa enam Syawal, seorang isteri perlu mendapatkan izin suaminya terlebih dahulu, kerana puasa enam tersebut adalah sunat, sedangkan mentaati suami yang berkeinginan adalah wajib diutamakan, melainkan suami redha dengan pelaksanaan puasa tersebut.

Bagaimana dengan sikap kita terhadap Baginda Rasulullah S.A.W?

Kalau disebutkan di atas tadi bahawa, Baginda sering mengenang dan mengingatkan umatnya dalam segenap tindakannya, bagaimana pula dengan diri kita yang serba kurang dan kerdil bila berhadapan dengan Allah S.W.T.

Apakah setiap tindakan, perbuatan, kenyataan, perakuan yang terbit dari diri lidah kita yang tidak bertulang itu memperlihatkan kita benar-benar mengenang dan mengingati ajaran Nabi Muhammad S.A.W.

Benarkah kita mengingati Nabi S.A.W ketika membuat keputusan mesyuarat tidak sedikit pun menyinggung peribadi atau ajaran Baginda S.A.W.

Dalam banyak masalah yang dihadapi oleh umat Islam dalam negara kita hari ini termasuk masalah remaja, mereka jarang sekali menyelesaikannya dengan kaedah yang ditunjukkan oleh Baginda S.A.W menerusi wahyu al-Quran, masalah perzinaan sebagai contoh, bila sabit kesalahan dengan saksi-saksi yang ada, sepatutnya bagi orang yang berzina yang sudah berkahwin direjam sampai mati dan yang belum kahwin disebat, tetapi ajaran Nabi Muhammad S.A.W ini ditukar kepada undang-undang denda dan penjara.

Adakah tindakan manusia hari ini membolehkan mereka mendapat syafaat (recommend) Baginda S.A.W pada hari kiamat sedang Baginda S.A.W sentiasa memikirkan bagaimana untuk umatnya mendapat yang terbaik daripada Allah S.W.T?

Tepuk dada tanda iman!

-ibnumustafa-