PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, February 24, 2009

HIBURAN...

Malam itu di pinggir kota Mekah dua orang pemuda sedang berbincang,

“Tolong jaga kambing-kambingku, aku ingin pergi ke kota untuk menyertai para pemuda di sana,” pinta salah seorang pemuda penggembala itu.

“Baiklah, aku akan menjaga kambing-kambingmu,” jawab temannya.

Lalu pergilah pemuda itu ke kota Mekah. Setibanya di sana, dia terus menuju ke sebuah rumah yang sedang mengadakan pesta. Pemuda tersebut turut serta dalam pesta tersebut. Tetapi apa yang terjadi??? Baru sahaja dia duduk di tengah-tengah keramaian, dia tertidur dengan nyenyaknya, dan hanya terjaga apabila matahari telah tinggi keesokan harinya.

Pemuda itu tidak berputus asa. Sekali lagi dia meminta bantuan temannya untuk menjaga kambing-kambingnya pada malam harinya, pemuda itu datang lagi. Dia begitu ingin menyaksikan pesta dan hiburan yang berlangsung pada waktu malam di kota Mekah ketika itu. Setibanya di sana dia sekali lagi tertidur di tengah majlis keramaian dan pesta. Sejak itu dia bertekad tidak lagi mencari hiburan dengan gaya jahiliah seperti itu.

Siapakah pemuda itu? Dia itu tidak lain dan tidak bukan dialah Muhammad SAW. Seorang pemuda calon pemimpin umat. Dia kemudiannya diangkat menjadi Rasul (utusan) Allah SWT yang membawa rahmat ke sekalian alam. Dia telah mendapat jaminan Allah SWT dan Allah SWT telah memelihara hati, mata, telinga dan pemikiran Muhammad SAW daripada segala sesuatu yang merosakkan.

Hiburan. Walau apapun bentuknya dan bagaimanapun caranya juga, akan menyentak-nyentak hati dan keinginan manusia untuk mendatanginya. Muhammad SAW yang masih muda belia juga tidak terkecuali dari rontaan hati untuk turut menyaksikan hiburan. Namun Allah SWT melindungi dan menjaga Baginda SAW daripada pelbagai bentuk kerosakan.

Hiburan, walau bagaimanapun jua kita harus akui, ia merupakan unsur yang akan meracuni hati, pemikiran dan perasaan. Terlalu banyak racun yang disebarkan melalui hiburan filem, muzik dan tarian. Hiburan bagaikan gula. Rasanya manis namun ia akan menimbulkan mudharat malah boleh merosakkan seluruh organ manusia apabila ia tidak dikawal atau diambil secara berlebihan. Begitu juga hiburan yang tidak dijiwai dan dibingkai dengan nilai-nilai Islam sejagat akan menjadi racun dalam setiap diri individu. Perlahan tetapi mengganas hiburan menyebarkan kebencian terhadap nilai-nilai mulia Islam. Ia merosakkan nilai-nilai mulia tatasusila, moral, dan adab kesopanan. Akhirnya matilah roh dan jiwa seorang beriman apabila hiburan diserap berlebihan dan hiburan itu pula bukan berlandaskan Islam. Banyak bukti boleh dipamerkan untuk menunjukkan keadaan ini berlaku.

Pelbagai filem samada dari Barat, India malah negara Islam sendiri tidak menunjukkan nilai yang baik. Malah Islam diperlecehkan, disalah tafsirkan atau penafsiran yang sama sekali tidak bertepatan dengan nilai sebenar. Bukan itu sahaja, yang ditonjolkan hanyalah unsur-unsur nafsu syahwat dan adegan-adegan lucah. Tidak ketinggalan pula dalam dunia nyanyian. Amat menyedihkan lagi apabila hiburan untuk kanak-kanak juga penuh dengan unsur keganasan, kerosakan malah diselitkan unsur seks. Kesimpulannya, terlalu sedikit kebaikan yang dapat dipetik daripada hiburan. Terlalu menakutkan apabila hampir semua adegan hiburan menuju ke arah kerosakan akhlak, nilai dan yang lebih dahsyat menyebarkan persepsi buruk terhadap Islam.

Banyak hiburan seakan-akan mahu memberi madu kepada kita, tetapi hakikatnya ia merupakan racun berbisa yang membinasakan dunia dan akhirat kita. Tapi apa hendak dikata, racun itu sering kali terlalu manis untuk tidak diteguk sehingga ramai manusia yang tidak sedar, sebaliknya membela dan mendorong orang lain untuk terus meneguknya.

Allah SWT secara langsung melindungi dan memelihara calon Rasul-Nya daripada segala bentuk hiburan yang merosakkan. Lalu siapakah yang akan melindungi kita, keluarga kita, dan masyarakat kita daripada hiburan-hiburan seperti itu?

Tiada siapa yang boleh kita harapkan kecuali kepada Allah SWT kita mohon perlindungan. Hanya pada Dia satu-satunya tempat kita bergantung. Dia akan melindungi mata, telinga, hati dan fikiran kita daripada virus hiburan yang sangat merbahaya. Tetapi, harapan ini jangan dibiarkan tinggal harapan. Ia mestilah disertai dengan usaha. Usaha serta tugas pertama dan utama yang mesti kita lakukan adalah meningkatkan sensitiviti kita, keluarga dan masyarakat kita terhadap nilai-nilai Islam. langkahnya dengan kembali menghidupkan hati-hati kita dengan al-Qur'an. Allah SWT berfirman:

”Dan apakah orang yang telah mati dan kemudian dia kami hidupkan dan kami berikan cahaya yang terang yang dengan cahaya itu dia dapat berjalan di tengah-tengah masyarakat manusia serupa dengan orang-orang yang berada di dalam kegelapan yang sekali-kali tidak dapat keluar daripadanya? Demikianlah Kami jadikan orang kafir itu memandang baik apa yang mereka kerjakan”. - Surah Al-An’aam ayat 122.

-ibnumustafa-

Merawat Futur

Setelah memahami punca-punca futur, maka merawatnya boleh dilakukan melalui perkara-perkara berikut;

1. Jauhi maksiat yang kecil, apatah lagi yang besar.

2. Mewujudkan rutin amalan dan ibadah, waktu siang dan malam.

3. Jauhilah segala sikap berlebihan, samada dalam menikmati yang mubah atau dalam beribadah.

4. Membina kemesraan dengan organisasi dan rakan-rakan aktivis.

5. Mendidik aktivis untuk memahami aturan dan meraikannya dalam amal dakwah.

6. Menyemai budaya hidup yang teratur, sistematik dan terancang.

7. berikan tempoh rehat (break) bagai para aktivis, sebelum timbul rasa lemah.

8. Benarkan sedikit perkara mubah bagi aktivis seperti bergurau, berehat, beriadah dll.

9. Berikan kisah-kisah para sahabat dan orang-orang soleh dan perjuangan mereka untuk diambil iktibar dan memperbaharui semangat.

10. Memberi peringatan yang menimbulkan ingatan terhadap mati dan akhirat.

11. menggalakkan aktivis untuk melazimi majlis ilmu di luar program tarbiyah yang biasa kerana ia akan membantu proses pembinaan kefahaman yang betul dan menambah keberkatan
.

-ibnumustafa-

Thursday, February 19, 2009

Mengenali Al-Futur (putus asa dlm berjuang di jalan Allah)

1. Melakukan maksiat dan dosa berulang kali.

Terlalu kerap melakukan kesalahan menjadikan seseorang itu merasakan kesalahan sebagai suatu kebiasaan
. Sehingga pada suatu ketika individu itu semakin sukar meninggalkan kesalahan tersebut. Hasil daripada kebiasaan tersebut pula menyebabkan hilang rasa bersalah ketika melakukan kesalahan atau dosa. Akibatnya, seseorang menjadi semakin berani melakukan dosa dan kesalahan yang berikutnya. Anas RA pernah berkata:

"Demi Allah, nescaya kamu melakukan suatu dosa yang kamu anggap dosa itu lebih nipis dari rambut. Sedangkan kami dahulu menganggap perbuatan tersebut termasuk dalam 'maubiqat' (dosa besar)."

Rasulullah SAW bersabda: "Setiap umatku akan dimaafkan kecuali orang yang (berani) melakukan dosa secara terang-terangan." - HR Bukhari.

2. Merasakan kekerasan dan kebekuan hati.

Kekerasan hati laksana batu keras yang tak dapat diubah atau dipengaruhi oleh kejadian-kejadian di sekitarnya serta sukar menerima teguran dan nasihat.

3. Diri merasakan kesukaran untuk tekun dalam ibadah.

Hal berlaku seperti sukar untuk khusyuk dalam solat, ketika berzikir, membaca al-Qur'an dan berdoa.

4. Apabila timbul rasa malas melakukan amal ketaatan dan ibadah

Timbul perasaan cenderung untuk meremehkan amalan dan ibadahnya. Contohnya enggan atau meremehkan kehadiran solat berjamaah atau menunaikan solat di awal waktu. Ketika dia menunaikan amal ibadah, ia hanya merupakan aktiviti yang kosong dari roh. Allah SWT menyifatkan orang munafiq dalam firman Nya:

"Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas." - Surah an-Nisaa' ayat 142.


5. Perasaan cepat dilanda gelisah.

Cepat merasa dada begitu menyesak laksana orang yang sedang menghadapi masalah berat yang menghimpit, sedangkan masalah yang dihadapi itu hanyalah masalah yang remeh saja. Juga rasa tidak tabah dan 'pucat lesi' ketika menghadapi musibah atau cubaan.

6. Suasana jiwa yang tak tersentuh dengan kandungan ayat suci al-Qur'an.

Sama ada ayat itu berupa janji, ancaman, perintah, mahupun larangan. Timbulnya sikap malas untuk mendengar dan menyemak al-Qur'an, apatah lagi membacanya.
Malah sanggup pula menyempitkan ruang dan merendah-rendahkan orang lain yang ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT melalui penghayatan pembacaan al-Qur'an maupun melalui majlis-majlis tazkirah. Golongan ini hanya suka kepada majlis-majlis berbentuk hiburan.

7. Lalai atau malu mengamalkan zikir.

Dengan alasan zikir adalah suatu yang sukar malah merasakannya sebagai amalan yang berat. Firman Allah SWT:

"Dan, mereka tidak menyebut-Allah kecuali hanya sedikit sekali." - Surah an-Nisaa ayat142.

8 . Berkurangnya rasa marah atau tidak terusik langsung hati untuk merasa marah tatkala melihat kemungkaran atau perlanggaran peraturan dan hukum yang diharamkan Allah SWT.

Berkurangnya rasa cinta atau lenyap sama sekali kecintaan terhadap perbuatan ma'ruf dan keta'atan. Atau dengan kata lain, segala permasalahan dianggap sama, sehingga tak terdetik dalam hati untuk melarang kemungkaran atau menganjurkan kebaikan. Sesiapa yang dilanda kemalasan ini adalah seseorang yang enggan untuk aktif dalam dakwah Islam. Dalam masyarakat kita dewasa ini, kemungkaran berlaku didepan mata, tetapi tidak berani menegur kerana takut hilang jawatan dan hilang kemewahan hidup duniawi yang penuh dengan tipu daya.

9. Menilai sesuatu hanya dari segi perkara tersebut itu dosa atau tidak sahaja dan tidak melihat dari sudut perbuatan yang makruh.

Kebanyakan orang apabila ingin melakukan perbuatan, ia bertanya adakah perbuatan tersebut dosa atau tidak? Ini merupakan sesuatu yang baik. Namun yang lebih baik adalah bertanya dengan soalan "Adakah perkara tersebut haram atau makruh?" kerana perkara yang makruh akan menyeret seseorang kepada perkara syubahah. Sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Muslim "Barangsiapa yang terjerumus dalam syubahah, bererti ia berada dalam yang haram”.

10. Kurang memberi perhatian terhadap urusan atau hal ehwal umat Islam.

Tidak pernah atau tidak mahu mendoakan saudara seIslam mereka apatah lagi mengeluarkan infaq (sumbangan/perbelanjaan) untuk mereka. Perasaannya begitu dingin dan 'beku', ketika menyaksikan permasalahan umat Islam yang sedang dikuasai musuh, ditindas, dizalimi, diseksa dan sebagainya. Malah merasa bersyukur dan gembira kerana tidak tertimpa musibah tersebut. Tidak pernah prihatin atau tidak pernah mahu bersusah payah berjuang untuk mengatasi keadaan umat Islam juga merupakan suatu petunjuk atau indikasi ketiadaan rasa tanggung jawab terhadap agama.

Secara jelas Rasulullah SAW telah bersabda antara lain "Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia mencintai saudaranya apa yang ia cintai buat dirinya" malah dalam hadith Baginda SAW yang lain pula: "Seorang muslim adalah saudara muslim, tidak boleh menzalimi dan tidak boleh membiarkannya (tidak menolongnya). Barangsiapa yang memerhatikan keperluan saudaranya maka Allah SWT memerhatikan keperluannya. Barangsiapa melepaskan kesusahan saudaranya, maka Allah SWT akan melepaskan kesusahannya di hari Kiamat.."

11. Cenderung memperbanyakkan perdebatan dan menjauhi urusan amal.

Perdebatan yang berlebihan atau berbantah-bantah yang terlalu kerap ditambah pula tanpa hujah yang benar dan tepat, atau tanpa pengetahuan dan dalil yang jelas justeru menjadikan hati menjadi keras dan beku. Malah yang lebih menakutkan adalah sebagai sebab munculnya benih-benih perpecahan.

12. Terlalu memerhatikan urusan dunia berbanding urusan akhirat.

Keadaan terlalu memerhatikan urusan dunia hingga berlebih-lebihan dalam memerhatikan diri sendiri, baik dalam masalah makan, minum, pakaian, kenderaan, tempat tinggal dan sebagainya. Berlumba-lumba mengejar kekayaan tanpa memperhitungkan dosa dan pahala.

13. Menghindar atau memisahkan diri dari persekitaran persahabatan dengan orang-orang baik.

Muncul rasa tidak selesa atau kurang enak apabila berada di dalam suasana dan persekitaran orang-orang yang berjuang di jalan Allah SWT. Malah ada segolongan atau sekelompok manusia yang menghina dan memperlekehkan orang-orang baik, berilmu dan alim.

-ibnumustafa-

Tidak menjaga pandangan.. Punca hati sakit...

Hati yang sakit, atau bahkan mati, disebabkan oleh titik-titik dosa yang bertambah dari waktu ke waktu kerana amal perbuatan yang kurang terpelihara, sehingga menjadikan hati tersebut hitam legam dan berkarat. Akan tetapi walau bagaimana bagaimana keadaan hati kita saat ini, tidak tertutup terus peluang untuk sembuh, sehingga dapat kembali menjadi hati yang sehat sekiranya kita berjuang sekuat-kuatnya untuk mengubatinya.

Salah satunya perkara yang membuat hati ini semakin gelap, kotor dan keras membatu adalah tidak pandai menahan pandangan. Barang siapa yang ketika di dunia ini tidak mahir menahan pandangan, gemar melihat hal-hal yang diharamkan Allah SWT, maka jangan terlalu berharap dapat memiliki hati yang bersih.

Saidina Umar bin Khattab RA pernah berkata, "Lebih baik aku berjalan di belakang singa daripada berjalan di belakang wanita." Orang-orang yang sengaja mengarah pandangannya terhadap hal-hal yang tidak hak bagi dirinya, maka tidak hairanlah kalau hatinya lambat laun akan semakin keras membatu dan nikmat iman pun akan semakin hilang manisnya.

Sebenarnya hal ini bukan sahaja termasuk pandangan terhadap lawan jenisnya, bahkan juga pandangan mata hatinya terhadap kehidupan dunia ini. Contohnya melihat sesuatu yang tidak ia miliki, rumah orang lain yang lebih mewah, kenderaan orang lain yang lebih bagus, atau harta orang lain yang lebih banyak. Apa yang ada jarang disyukuri dan apa yang tiada dimilki sering ia risaukan. Hatinya lebih bergelojak memikirkan hal-hal yang tidak dimilikinya daripada menikmati apa-apa yang dimilikinya..

Kunci bagi orang yang memiliki hati yang bersih adalah menundukkan pandangan! Jika melihat lawan jenis yang bukan muhrim, cepat-cepatlah tundukkan pandangan. Kalau melihat dunia pula jangan sekali-kali melihat ke atas. Sekiranya tidak, akan penat dan letih kita akhirnya, kerana rezeki yang telah menjadi hak kita tidak kita syukuri dan tidak dimanfaatkan sepenuhnya kerana asyik melihat orang yang lebih daripada kita.

Adalah lebih baik melihat ke bawah. Lihatlah orang yang lebih fakir dan lebih menderita daripada kita. Lihatlah orang yang jauh lebih sederhana hidupnya. Semakin sering kita melihat ke bawah, semakin hati ini akan semakin dipenuhi oleh rasa syukur dibandingkan dengan orang yang suka mengadah pandangan ke atas. Walaupun kita melihat ke atas, tetapkan pandangan kita kepada Yang Maha Atas, iaitu kepada Zat Penguasa alam semesta. Lihatlah kekuasaan-Nya, Allah SWT Maha Kaya dan tidak pernah berkurang kekayaan-Nya sedikitpun walau kita selalu meminta kepadaNya sampai akhir hayat.

Orang yang hanya melihat ke atas dalam urusan dunia, hatinya akan cepat kotor dan hancur. Sebaliknya, kalau tunduk dalam melihat dunia dan mengadah pandangan dalam melihat keagungan serta kebesaran Allah SWT, maka kita akan menjadi orang yang memiliki hati bersih yang selamat.

Prof. Hamka pernah berkata, "Mengapa manusia bersikap bodoh? Tidakkah engkau menatap langit yang biru dengan awan yang berarak seputih kapas? Atau engkau turuni ke lembah sehingga akan kau dapatkan air yang bening. Atau engkau bangun di malam hari, kau saksikan bintang-bintang bertaburan di langit biru dan rembulan yang tidak pernah bosan orang menatapnya. Atau engkau dengarkan suara cengkerik dan katak saling bersahutan. Sekiranya seseorang amat gemar memandang keindahan, amat senang mendengar keindahan, niscaya hatinya akan terbebas dari perbuatan keji. Kerana sesungguhnya keji itu buruk, sedangkan yang buruk itu tidak akan pernah bersatu dengan keindahan."

Berbahagialah orang yang senang melihat kebaikan orang lain. Tatkala dia mendapat seseorang tidak baik kelakuannya, ia segera sedar bahwa manusia itu bukanlah malaikat. Di sebalik segala kekurangan yang dimilikinya pasti ada kebaikannya. Perhatikanlah kebaikannya itu sehingga akan tumbuh rasa kasih sayang di hatinya. Apabila mendengar seseorang selalu berbicara buruk dan menyakitkan, dia segera sedar. Siapa tahu sekarang dia berbicara buruk, namun esok lusa dia mungkin berbicara yang baik.

Jalaluddin Rumi pernah berkata, "Orang yang begitu senang dan nikmat melihat dan menyebut-nyebut kebaikan orang lain bagaikan hidup di sebuah taman yang indah. Ke sini anggerik, ke sana melati. Ke mana saja mata memandang yang kelihatan adalah bung-bunga yang indah dan harum mewangi. Di mana-mana sahaja yang kelihatan hanyalah keindahan. Sebaliknya, orang yang gemar melihat aib dan kekurangan orang lain, fikirannya hanya diselimuti dengan aneka keburukan sementara hatinya hanya dikepung dengan prasangka-prasangka buruk. Ke mana pun matanya melihat, yang kelihatan adalah ular, kala jengking, duri, dan sebagainya. Di mana saja ia berada senantiasa tidak akan pernah dapat menikmati indahnya hidup ini."

Sungguh berbahagialah orang yang pandai memelihara pandangannya kerana dia akan sentiasa merasakan nikmatnya kebeningan hati. Allah Azza wa Jalla adalah Zat Maha Pembolak-balik hati hamba-Nya. Sama sekali tidak sulit dan masalah baginya untuk menolong siapapun yang merindukan hati yang bersih dan bening sekiranya ia berikhtiar sungguh-sungguh.

-ibnumustafa-

Monday, February 16, 2009

Jangan banyak bergurau. Wasiat ke-6 Hasan al-Banna

"Janganlah bergurau kerana umat yang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam semua perkara," demikian wasiat asy-Syahid Imam Hasan al-Banna.

Selepas mewasiatkan supaya kita tak banyak ketawa, maka asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam yang benar-benar ingin berdakwah dan berjihad di jalan Allah agar tidak banyak bergurau dalam pergaulan sehariannya.

Menurut beliau, umat yang berjuang itu selalu sibuk bermuhasabah mengenai masalah yang dihadapi oleh umat Islam. Masalah yang membelenggu umat Islam terlalu banyak, sedangkan mereka yang ingin menyelesaikan masalah tersebut tidak ramai.

Sekiranya umat Islam banyak bergurau maka sudah pastilah masalah-masalah umat Islam itu tidak mudah diselesaikan. Sebab itulah beliau menyeru kita agar sentiasa bersungguh-sungguh dalam setiap perkara. 

Bersungguh-sungguh 

Sabda Rasulullah S.A.W, "Sesungguhnya Allah S.W.T menyukai apabila seseorang kamu bekerja dan melakukan pekerjaan itu dengan tekun." - Hadith Riwayat Abu Dawud.

Menurut hadith ini, apabila seseorang Muslim suka membuat sesuatu pekerjaan dengan tekun sehingga selesai dan sempurna pekerjaannya, maka dia termasuk dalam kategori manusia yang disukai oleh Allah S.W.T.

Mungkin kita tertanya-tanya, kenapakah Allah S.W.T sukakan Muslim yang bersikap tekun dan bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya? Mungkin.. Salah satu sebabnya ialah kerana Tuhan sendiri bersikap tekun dan bersungguh-sungguh tatkala Dia mencipta makhluk dengan serba kesempurnaan.

Hal ini disokong oleh sebuah hadith lain; "Sesungguhnya Allah S.W.T itu cantik dan indah. Dan, dengan sebab itu, Dia sukakan keindahan.." 

Barangkali.. Sebab itu juga Tuhan benci manusia yang 'mencacatkan' kesempurnaan ciptaanNya. Jika lelaki menukar jenisnya kepada wanita dan wanita pula menukar jenisnya kepada lelaki, maka hal itu termasuk dalam kategori 'mencacatkan' kesempurnaan.

Demikian juga.. Kalau kita menukar wajah rupa paras muka bumi yang serba hijau dengan tumbuh-tumbuhan sehingga porak-peranda atas alasan pembangunan, maka berlakulah ketidaksempurnaan dengan kejadian bukit runtuh dan sebagainya.

Betapa berhati-hatinya Tuhan dalam penciptaanNya, dapatlah kita gambarkan menerusi al-Quran sendiri. Kerapkali disebut bahawa Allah S.W.T menyusun, mencipta alam ini dalam tempoh 6 hari, 6 masa atau 6 fasa. Hal yang sama turut diungkap pada awal-awal ungkapan sebagai yang tertera dalam Perjanjian Lama.

Oleh kerana, sikap berhati-hati, tekun dan bersungguh-sungguh ini adalah sifat Tuhan ketika menciptakan alam ini, maka sebab itulah Tuhan menyukai Muslim yang suka bersungguh-sungguh, tekun dalam menunaikan pekerjaannya.

Terzahir sikap kesungguhan Tuhan itu dalam menzahirkan penciptaannya, sehinggakan Dia mempertahan kewujudan makhluk ciptaanNya yang bernama manusia walaupun keputusan mewujudkan khalifah tersebut dipersoalkan oleh para Malaikat. 

Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." - Surah Al-Baqarah, ayat 30.

Maka, sikap bersungguh-sungguh, tekun membuat pekerjaan itu bukan cuma terletak pada sikap suka menyempurnakan kerja kita sehingga selesai. Malah, jika pekerjaan kita yang baik itu disanggah orang, maka kita akan tentu berusaha keras mempertahankannya!

Sikap kesempurnaan tindak tanduk Tuhan inilah yang perlu dicontohi oleh para dai'e, pendakwah dan mubaligh Islam ketika berusaha keras menyebarkan dakwah mereka walaupun ada tekanan penguasa dan pemerintah yang zalim dan kejam.

Pendakwah yang bersungguh-sungguh dan tekun berdakwah pasti tidak akan mengalah, malahan akan terus berjuang walaupun usaha dakwah mereka akan disekat dan dibantah pemerintah!

Tuhan sukakan Muslim yang bersungguh-sungguh membuat kerja yang baik, apatah lagi, kalau pekerjaan itu terkait dengan urusan dakwah Islam, menyebarkan kefahaman Islam. Ketekunan berceramah, menulis dan mengarang bahan-bahan ilmiah akan menyebabkan umat itu terlepas bebas daripada belitan tipu daya penguasa yang sombong dan zalim.

Tuhan tidak menyukai pendakwah yang mengalah, patah hati, kecewa dan merajuk sehingga meninggalkan usaha dakwah ke atas umatnya. Sebab itulah Tuhan merakam kisah Nabi Yunus A.S ditelan ikan Nun setelah baginda meninggalkan dakwah ke atas kaumnya sebagai suatu pengajaran.

Namun begitu, perihal taubat Nabi Yunus A.S dalam al-Quran turut dirakam agar para pendakwah segera bertaubat jika mereka mengalah terhadap sebarang usaha pemerintah yang menyekat dakwah tersebut.

Oleh itu, pendakwah atau mereka yang beriltizam mewakafkan waktu mereka untuk berjuang memansuhkan ISA, AUKU, PPSMI dan lain-lainnya janganlah pernah berhenti daripada berjuang, setelah mereka meyakini bahawa telah berada di landasan yang benar dalam perjuangan ini. 

Pemerintah mesti bersungguh-sungguh menyelesaikan masalah rakyat 

Sekiranya manusia Muslim itu seorang pemimpin negara, maka hendaklah dia segera menyelesaikan urusan rakyatnya sehingga sempurna. Janganlah pemerintah itu suka melambat-lambatkan tuntutan rakyat seperti melewat-lewatkan agihan gaji pekerja dengan memberikan pelbagai alasan.

Jika penguasa Muslim itu sudah meluluskan peruntukan untuk membangunkan sebuah projek perumahan, maka janganlah dia membiarkan rumah-rumah itu tidak siap atau terbengkalai pada akhirnya. Terbengkalainya sesebuah tapak projek perumahan melambangkan sikap tidak bersungguh-sungguh, tidak tekun dan cuainya penguasa itu ke atas masalah rakyatnya.

Kerja yang belum beres, tidak selesai atau projek yang tidak sempurna ini adalah simbol, lambang atau kesan daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh atau sikap tidak jujur seseorang penguasa itu. Mungkin pemerintah itu suka bergurau, bercanda, bermain-main dengan wanita di bar, kelab malam dan coffee house serta bermain golf pada waktu lapang. 

Perjuangan belum selesai.. Sebuah retorik sifar! 

Dengan tiba-tiba, pada setiap kali perhimpunan parti, pemimpin jugalah yang kerap bersikap hipokrit dengan melaungkan bahawa perjuangan mereka belum selesai! Ya lah! Nak selesai macam mana kalau mereka asyik bergurau dan tidak bersungguh-sungguh membuat kerja!

Walhal sikap suka buang masa, tidak peka masalah rakyat kerana suka bermain golf, dan sikap tidak prihatin dengan bebanan rakyat itulah yang menyebabkan 'perjuangan' projek perumahan mereka telah terbengkalai.

Tapi.. Bagi masyarakat yang masih belum terbangkit lagi kesedaran dan pencerahannya, akan mudahlah ditipu dengan ungkapan-perjuangan belum selesai itu. Lalu, slogan perjuangan belum selesai itu, dengan tiba-tiba melonjakkan nama para penguasa itu di mata rakyat, bahawa kononnya mereka itulah pejuang bangsa!

Perjuangan belum selesai hanyalah retorik sifar, sedangkan masa yang terluang bagi seseorang penguasa itu amat berharga. Kisah termasyhur Saidina Umar R.A mengendong gandum ke rumah janda-janda pada waktu malam sepatutnya menjadi pengajaran terhadap para penguasa yang asyik beretorik itu. Diriwayatkan.. Tatkala Saidina Ali K.W meninggal dunia, ramailah balu dan janda yang menangis. Antara keluhan mereka.. 

"Selepas ini, siapa lagi yang akan mengetuk pintu rumah kami dan mengendong gandum,"
demikianlah raungan mereka itu. Pecahlah rahsia Saidina Ali K.W pada ketika wafatnya itu. Demikianlah Umar dan Ali mewakafkan masa malam guna membuat amal soleh kepada rakyat termiskin.

Adakah khalifah ini suka membuang masanya untuk bermain golf, berhibur dangdut dan berlibur di luar negera mengangkut perempuan sedangkan rakyatnya masih menderita kelaparan seperti yang terjadi pada zaman ini?

Arakian inilah antara sebab kenapa banyak masalah umat hari ini yang masih tidak beres. Sudahlah masalah tidak beres kerana mereka asyik membuang masa di padang golf, tiba-tiba mereka pula mengeluh sambil 'sembang deqaih' kepada rakyat dengan menyatakan bahawa 'perjuangan' mereka belum selesai.

Percayalah.. Semua ini berlaku kerana, pemimpin umat Islam tidak bersungguh-sungguh bekerja, cuai dalam pekerjaannya, suka bermain golf dan tidak banyak meluangkan masa dan mewakafkan waktunya untuk membela nasib rakyat.

Jika 'membela' sekali pun, mungkin mereka cuma membela ahli-ahli partinya kerana mahu imbuhan sesuatu atau mereka membantu dengan sokongan media kerana mahukan publisiti murahan.

Rakyat wajib menyiasat ke arah mana peruntukan waktu dan jadual ahli parlimen kita itu. Kita perlu bermuhasabah, menghisab ke arah mana menteri-menteri berhibur dan berlibur selama ini.

Jangan lagi, buat selama-lamanya kita yakin, percaya lalu menganggap bahawa kemiskinan kita berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Mungkin 30% kemiskinan rakyat kita berpunca daripada kelemahan kapital, kekurangan modal dan kebodohan sendiri.

Tapi, percayalah bahawa antara punca kelemahan kita hari ini, 70% daripada bermuara daripada sikap kealpaan dan kelemahan penguasa dalam menyusun jadualnya untuk bertemu dengan rakyat dalam acara tidak rasmi.

Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna menyeru umat Islam supaya jangan banyak bergurau. Tapi, kalau penguasa kurang bergurau dan selalu memantau iman rakyat, berusaha keras memimpin kesedaran dan pemerintah sendiri kurang bergurau dan membuang masa, nescaya rakyat pun akan menjadi serius kerana mereka memahami bahawa dunia ini, hakikatnya adalah sebuah jambatan untuk menuju ke akhirat.

Sekali lagi.. 70% kelemahan umat Islam hari ini bermuara daripada sikap penguasa yang tidak bersungguh-sungguh menunaikan kewajipan dan tugasnya sebagai pemerintah. Wallahu'alam..

-ibnumustafa-

VALENTINE'S DAY BUKAN BUDAYA KITA...

14 Februari merupakan tarikh keramat bagi pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang di kenali sebagai Valentine's Day atau hari memperingati kekasih, merupakan hari yang sangat di nanti-nanti bagi pasangan yang mabuk bercinta. Persoalannya bagi umat Islam, adakah hari yang di tunggu-tunggu ini selari dengan syariat (kehendak) agama suci Islam? Ayuh! kita rungkaikan persoalan ini dengan penuh rasa tanggugjawab sebagai Muslim...

Saban tahun juga para ulama' (perwaris Nabi) sering mengingatkan kita seluruh umat Islam agar menghindari daripada menyambut hari Valentine ini, namun peringatan itu ibarat menuang air ke atas daun keladi. Harus di ingat bahawa hari Valentine ini tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah HARAM. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Bercakap tentang hukum menyambutnya, Syeikh Al-'Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St.Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah KAFIR. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan DOSA BESAR.”


Apa kata Fatwa?

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.”


Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 pula menyatakan: “Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalan bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dengan akhidah, syariah dan akhlak Islam. Oleh itu umat Islam di larang membabitkan diri meraikan hari tersebut.”

Maka dengan ini jelaslah, bahawa kedua-dua Fatwa di atas telah menegah sama sekali umat Islam merayakan hari Kekasih. Marilah kita kembali kepada kehidupan yang selari dengan kehendak Islam dan jangan lagi membiarkan diri ini dijajah budaya asing yang memesongkan akhidah.

Sesungguhnya generasi muda Malaysia akan mengalami kerencatan pada masa hadapan jika mereka terus dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat. Seruan kepada anak muda! Mari kita renungi kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna: “Generasi muda adalah rahmat kehidupan bangsa dan sumber kebangkitan.”

Oleh itu marilah kita sama-sama mulai saat dan tika ini berazam serta beriltizam dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi umat Islam terbaik dan bukan hanya pada nama (dalam I/C) sahaja, malah menjadi Muslim dengan erti kata sebenar yakni mempraktikkan segala aktiviti kehidupan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah...

-ibnumustafa-

Wednesday, February 11, 2009

Siri Pertama: 'Facebook' ejen Israel!!.. Yeke??

Assalamua'laikum & salam sejarahtera buat semua..

Didoakan agar semuanya dalam keadaan sihat wala'fiat hendaknya. InsyaAllah..

Seperti dimaklumi, negara kita masih dalam 'mood' cuti tahun baru Cina dan thaipusam.. malah masih ada yang membeli belah memandangkan masih ada sisa-sisa baki promosi hypermarket di sana-sini..

Bagaimana pula dengan kempen kita untuk memboikot syarikat-syarikat yang berhubung langsung dalam membiayai dan menyumbang dana kepada Israel? ibnumustafa mengharapkan agar kita terus istiqamah dan kreatif memboikot. Pada masa yang sama, terus mewar-warkan agenda dan mesej boikot ini ke seluruh dunia. Harap-harap tidaklah 'hangat-hangat tahi ayam' saja yer.

Posting kali ini sedikit sebanyak akan menguji tahap kesediaan berkorban dan solidariti kita dengan sahabat-sahabat seaqidah kita di seluruh dunia Islam, khususnya di bumi jihad Gaza, Palestin.

Tahukah anda bahawa 'Facebook' telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008? Ini tidak menghairankan kerana ia disokong oleh 140 juta pengguna aktif di seluruh dunia dan sejumlah 8.5 juta foto dimuat turun setiap hari.

Tahukah anda bahawa pengasas Facebook, iaitu Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York?

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg semasa menuntut di Universiti Harvard telah menggodam laman sesawang universiti untuk mendapatkan profail peribadi para pelajar tanpa kebenaran mereka? Maka, adakah jaminan terhadap profail peribadi para pelanggan Facebook tatkala kini beliau adalah merupakan CEO-nya?

Tahukah anda bahawa Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008', iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama?

Tahukah anda bahawa majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008? Namun apa yang lebih penting, Zuckerberg merupakan individu termuda pernah disenaraikan Forbes, ketika usianya baru mencecah 24 tahun dengan kekayaan peribadi sebanyak USD1.5 billion.

Tahukah anda bahawa Mark Zuckerberg, CEO Facebook adalah merupakan seorang ahli aktif kepada sebuah pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)?
AEPi stands with Israel

Sedikit Info tentang AEPi:

1) Diasaskan untuk membantu lelaki Yahudi mencari pasangan Yahudinya.

2) Ia juga bertujuan untuk mengekal dan menguatkan hubungan sesama Yahudi diperingkat sekolah tinggi dan di bidang pekerjaan nanti.

3) Mengekalkan idealisme Yahudi supaya terjaga di sudut nilai, etika, dan menyiapkan peserta untuk menjadi pemimpin negara dan organisasi Yahudi pada masa depan dan dalam pelbagai lapangan bidang profesional.

4) Mark Zuckerberg termasuk dalam senarai alumni AEPi yang masyhur namanya.

5) AEPi berkait secara langsung dengan Israel melalui Ikatan Inisiatif Israel

6) AEPi sangat berkait rapat dengan kebanyakan pertubuhan Yahudi/Zionis antarabangsa seperti AIPAC, Hillel, Israel on Campus Coalition, Aish HaTorah, Chabad on Campus, Hasbara Fellowships, B'inai Brith International, Shaare Zedek, Chai Lifeline, Holocaust Museum, dan Gift of Life.

Dan tahukah anda bahawa keuntungan Facebook datang daripada iklan-iklan yang dipapar. Semakin banyak pengguna dan pengunjung Facebook, maka semakin banyak pulalah keuntungannya. Pergi ke manakah pula semua keuntungan tersebut?

Persoalan paling besar di sini ialah, adakah keuntungan besar yang diperolehi oleh Facebook turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Andai ada kebenaran bagi persoalan di atas..tepuk dada, tanyalah iman dan taqwa (IT).

Sambung ke siri ke dua: bahaya facebook fikir-fikirkanlah

-ibnumustafa-

Tuesday, February 10, 2009

Wanita, kejantanan dan pemerintahan bermaruah..

Perlahan-lahan, Tun Nila Utama masuk mengadap dan bersembah di hadapan Baginda Sultan selesai perguruan ilmu persilatannya. Ketika diajukan pertanyaan sama ada beliau mahu beristeri atau tidak, maka Tun Nila pun berkata, "Anak kepada sekalian dato' menteri itu bukanlah perempuan, tetapi betina semata-mata.."

"Tun Nila! Apa bezanya antara perempuan dengan betina?" Sultan Alam Syah Bana, Raja bagi kerajaan Pura Cendana mula murka. Seumur hidupnya, barangkali baru kali ini baginda mendengarkan ungkapan biadap sebegitu yang jelas menghina kaum wanita di negerinya.

"Perempuan.. memelihara maruah," kata Tun Nila. "Tetapi betina.. menjualnya.."

Oleh kerana kejujuran mempertahan pendapatnya itu, beliau dititah keluar negeri untuk akhirnya kembali semula mempersembah seorang wanita bermaruah di hadapan baginda sultan dan pembesar negeri tersebut. Akhir daripada pencarian, Tun Nila memang berjaya membawa pulang seorang perempuan.

Kalau tidak ditafsirkan betul-betul, nanti kaum wanita marah pula. Tentu mereka tertanya-tanya, apakah bezanya antara lelaki dan jantan. Maka jawapannya tetaplah sama, iaitu lelaki memelihara maruah serta jantan itu telah menjualnya.

Jantan dan betina adalah ungkapan yang menggambarkan bahawa manusia itu bukan lagi makhluk bergelar khalifah yang seluruh kehidupannya dibungkus hias dan didandan oleh sifat-sifat kemanusiaan.

Arakian.. rupa-rupanya, sekalian bangsawan dan pembesar di negeri itu ada masalah besar dengan kaum wanita. Menteri Nikah Kahwin pun sanggup menceroboh rumah Puspawangi saat Tun Nila Utama mencari Musang Berjanggut.

"Apa hukumnya, seorang lelaki menceroboh masuk ke rumah wanita ketika ketiadaan suaminya?" tanya Puspawangi kepada Menteri Nikah Kahwin.

"Oh, itu salah besar.."

"Jadi.. kanda pun salah jugalah," balas Puspawangi.

"Eh, salah jugalah.. tapi tak apa-apa. Sebabnya, undang-undang dalam negeri ini kanda yang pegang. Itu semua boleh padam.."

Ertinya, kelelakian kaum Adam pun boleh runtuh ke taraf jantan apabila mereka telah menjual maruahnya. Sama sahaja keadaannya. Tanpa maruah, kewanitaan dan kelelakian telah tercabut daripada jiwa mereka.

Cuma.. dalam fahaman Melayu, ungkapan 'anak jantan' itu masih lagi bermaksud mulia kerana diungkap perkataan itu untuk menunjukkan darjah keperwiraan mereka untuk membela hak dan keadilan pusaka, tanahair dan maruah. Maka, dalam konteks penggunaan lafaz ini, 'anak jantan' memang memiliki konotasi yang sangat baik.

Sementara itu, kepenggunaan lafaz 'anak jantan' pada zaman purbakala juga boleh merujuk kepada keadaan tidak bermaruah jikalau 'anak jantan' itu takut merampas dan mengganggu isteri orang, membuat onar serata kampung termasuk mengintai anak dara mandi di tepi sungai. Ini semua gejala-gejala tidak bermaruah, tetapi dianggap tidak jantan jika mereka tak berani melakukannya.

Pada zaman sekarang, seseorang lelaki mungkin dianggap tidak jantan jika tidak pandai merempit, tidak menghisap rokok, berjudi, membuat tatu, memakai anting-anting, menindik hidung dan main perempuan. Walhal, ini semua adalah gejala yang bakal meruntuhkan anak bangsa. Dan, kebanyakan 'anak jantan' yang berani melakukan hal ini secara terbuka adalah anak kepada orang kenamaan, VVIP yang tidak boleh disentuh oleh polis kerana bapa mereka adalah orang terhormat.

Demikianlah.. seorang menteri dianggap tidak bermaruah apabila sanggup menggunakan wangnya untuk membeli kaum wanita, bercakap tidak serupa bikin, tidak jujur dengan undang-undang negara yang digubal melalui lidah, jiwa dan fikirannya. Cakap tidak serupa bikin, memadam kesalahan dengan memperalat perundangan adalah sikap tidak bermaruah menteri.

Makna maruah

Dalam bahasa Arab, mar'atun ertinya perempuan. Daripada segi ini, hubungan kaum perempuan dengan maruah itu jauh lebih akrab berbanding kaum lelaki. Barangkali, kita boleh membuat kesimpulan awal bahawa maruah sesuatu bangsa atau maruah agama itu terletak kepada maruah kaum wanita bagi sesuatu bangsa dan agama itu.

Misalnya, jika wanita Melayu itu rosak, maka rosaklah maruah Melayu. Atau, jika wanita muslimah itu rosak, maka maruah seluruh umat Islam itu pun tercalarlah sudah. Namun, haruslah diingat juga bahawa.. jika wanita bagi sesuatu bangsa itu sudah rosak, maka kaum lelaki bagi sesuatu bangsa itu mestilah segera bertanggungjawab dan memainkan peranannya!

Ini kerana.. ada banyak kejadian yang menunjukkan bahawa kaum lelaki itu jugalah yang telah menyebabkan kaum wanitanya telah tergadai maruah. Kalau wanita itu menjadi penari di sebuah kelab, maka pemilik kelab itu kemungkinannya seorang lelaki juga! Mereka inilah yang telah memperalatkan kaum wanita itu tadi dengan segala janji manis.

Maka, apakah usahanya untuk kita kembali menyedarkan umat ini berhubung persoalan maruah?

Tidak dapat tidak.. memang kita perlu berusaha keras mengkaji, menelaah dan jujur bermuhasabah mengenai kelemahan diri lalu berusaha memperbaikinya daripada semasa ke semasa.

Sementara itu, Kamus Dewan menafsirkan maruah sebagai kehormatan (diri), dan harga diri. Dalam pengertian yang kedua, kamus itu juga menunjukkan pertalian hubungan maruah dengan sifat laki-laki, keberanian dan kegagahan.

Kita boleh juga menyatakan bahawa orang yang bermaruah itu adalah mereka yang berani mempertahan pendirian, tak mudah goyah prinsip perjuangan dan tidak boleh dijualbeli pendiriannya melalui tawaran wang, pangkat, kekuasaan dan wanita yang cantik.

Wanita itu bagaikan cermin

Sementara itu, mir'aatun dalam bahasa Arab bermaksud cermin. Jadi, isteri bagaikan cermin di mana gambaran wajah suami terpantul dalam cermin tersebut. Atau, kita boleh juga menyebutkan bahawa kaum wanita itu bagaikan cermin yang akan memantulkan gambaran sebenar kaum lelaki dalam dirinya.

Jika cermin (wanita) itu gelap, berhabuk dan berdebu, maka kaum lelaki itulah yang sepatutnya bertanggungjawab untuk membasuh dan menggilapnya supaya imej gambaran dan bayangan dirinya akan kembali terang dan cerah di dalam cermin itu. Kaum wanita itu cerminan bagi diri kaum lelaki.

Kalau cermin itu retak dan pecah, maka gambaran lelaki itu sendiri akan turut menjadi cacat. Cermin yang akan cacat dan telah dirosakkan inilah yang akan menebarkan segala benih sengketa di dunia akibat kaum lelaki sudah tidak lagi ambil kisah, tidak peduli dan bersikap tidak bertanggungjawab memelihara, memuliharanya daripada semasa ke semasa.

##########

Sultan Alam Syah Bana akhirnya turut berasa malu berikutan kejadian dirinya tertangkap sebagai penceroboh dalam rumah anaknya sendiri tatkala cuba berbuat serong terhadap menantu perempuannya.

Pemerintahan yang bermaruah

"Yang sebenarnya, ayahanda ingin mengetahui apa perbezaan antara perempuan dengan betina. Sekarang barulah ayahanda tahu," kata baginda ketika mula menginsafi kesilapannya. Di sini dapat dilihat betapa sulitnya untuk kita berusaha memulihkan sebuah pemerintahan yang bermaruah.

Kita mungkin boleh memimpin rakyat bawahan dengan mengendong seribu satu macam inti pengajaran guna mengasuh pemikiran darihal pengertian maruah. Tapi, bagaimana cara mengasuh penguasa agar mereka dapat mengusung pemerintahan bermaruah? Hal ini memerlukan kesungguhan yang mendalam, keberanian, kejujuran bertindak dan keikhlasan mempertahan pendirian.

Syahadan wal arakian..

Bermaruahkah sesebuah pemerintahan itu, jika seorang wanita yang lemah; Altantuya of Mongolia diletupkan tubuhnya oleh bom C4? Walhal bom C4 daripada masyarakat tentera yang dibeli melalui duit, cukai rakyat itu boleh dimanfaatkan oleh komando kita yang terlatih guna meletupkan Parlimen Knesset Zionis Israel, di mana dalam parlimen itulah Zionis Israel telah membuat keputusan bedebah, iaitu memperkosa hak rakyat Palestin selama ini.

Tepuk dahi tanya pemikiran. Kepada mantan Menteri Tahan Menahan, bak kata Nabil Raja Lawak.. lu pikirlah sendiri.. (Heii.. geramnya..)

-ibnumustafa-

Kurangkan Ketawa, Wasiat ke-5 Imam Hasan Al-Banna

"Jangan banyak ketawa sebab hati yang selalu berkomunikasi dengan Allah (zikir) sangat tenang dan tenteram." - Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna.

Ada riwayat yang menunjukkan bahawa kebanyakan ketawanya ialah dengan tersenyum, dan apabila Baginda ketawa, Baginda ketawa seperti embun yang dingin. Sementara itu, ada juga riwayat yang menyebutkan bahawa ketawa Rasulullah S.A.W tidak menunjukkan gigi.

Bagaimanapun, semua perlakuan itu cuma sekadar mengingatkan umat Islam selaku umat pendakwah bahawa gurauan, ketawa itu cuma amalan untuk mengurangi ketegangan jiwa.

Saidina Ali K.W juga menyebutkan bahawa sesekali kita perlu bergurau untuk menyebabkan jiwa rasa terhibur. Tetapi, ini tidak bererti kita perlu berhibur secara keterlaluan.

Maka, Imam Hasan Al-Banna telah menyusun dan merintis semula faham ini dengan meletakkan suatu pesanan yang sangat berguna kepada para dai'e dan Muslimin yang beriltizam dengan agama Islam ini.

Imam Hasan Al-Banna tidaklah sampai mengharamkan gurauan dan ketawa. Namun, beliau seperti Baginda Rasulullah S.A.W dan Saidina Ali K.W, telah menyeru dan memperbaharui seruan melalui wasiatnya supaya umat Islam ini kurangkan bergurau dan melebihkan amalan dan tindakan.

Ini kerana, gurauan dan gelak ketawa yang berlebihan boleh mamatikan hati dan fikiran daripada memikirkan nasib dan permasalahan umat Islam yang menderita akibat penjajahan yang berterusan.

Tetapi, jika kita berterusan hidup dalam ketegangan, hal ini akan menyebabkan kerungsingan, kerisauan yang akhirnya mengundang kesan kejiwaan yang parah pula.

Maka, sikap yang terbaik dalam hal ini ialah kita mewakafkan lebih banyak masa untuk memikirkan serta menyusun tindakan bagi menyelesaikan permasalahan umat Islam. Selebihnya, saki-baki waktu itu diluang untuk merehatkan jiwa, hati dan fikiran kita setelah penat bekerja dalam seharian.

Atau jika masa dan kehidupan ini boleh kita pecahkan dalam bentuk peratusan, maka bolehlah diandaikan seperti ini. Iaitu, masa dan kehidupan untuk berfikir dalam hal permasalahan umat Islam ini ialah 70%, manakala baki masa 30% lagi adalah untuk senda gurauan.

Bagaimanapun, peratusan ini hanyalah sebagai gambaran kepada betapa pentingnya seseorang Muslim itu hidup di atas muka bumi ini untuk memperuntukkan kebanyakan masanya ke arah hal yang lebih berfaedah. Sementara, hal gurau senda dan bergelak ketawa itu hanyalah sekadar sedikit sahaja.

Muhasabah

Maka, marilah kita sebagai Muslim yang ingin mencapai kebaikan di dunia dan di akhirat bermuhasabah mengenai kehidupan seharian kita sendiri. Dalam tempoh 24 jam, berapa banyakkah masa yang kita wakafkan untuk Islam dan Muslimin? Berapa banyakkah masa yang kita gunakan untuk kepentingan masyarakat?

Beruntunglah bagi Muslimin yang banyak meluangkan masa untuk membaca, menghadiri bengkel-bengkel ilmiah dan sebagainya lagi. Jika sebaliknya, maka tergolonglah mereka dalam kalangan mereka yang rugi.

Cabaran untuk membina sebuah masyarakat yang benar-benar memanfaatkan waktunya ke arah kebaikan sangat hebat. Dengan hiburan yang melampau-lampau dalam masyarakat kita hari ini, ditambah pula dengan kurangnya agamawan yang mahir dalam selok-belok penyiaran televisyen, rasa-rasanya agak mustahil kita lakukan semua ini.

Sekiranya lebih ramai agamawan yang mahir dalam bidang pembikinan media elektronik, maka kemungkinan besar masa-masa yang berkualiti dalam kalangan masyarakat kita akan dapat dipertingkatkan.

Sistem kehidupan bekerja yang dicipta oleh negara kita dan masyarakat antarabangsa pada hari ini ialah jumlah jam bekerja selama 8 jam (8 pagi - 1 petang, 2 petang - 5 petang). Selepas tempoh bekerja, sekurang-kurangnya masyarakat kita akan berada di rumah dan meluangkan waktu bersama keluarga dengan mononton televisyen.

Namun, sayangnya acara-acara hiburan itu dikuasai oleh golongan pengkarya yang melebihkan unsur hiburan, lagho sahaja. Jika ada acara-acara tv yang bermotifkan keagamaan sekali pun, jumlahnya sangat sedikit dan terhad.

Atau, dalam erti kata lain, barangkali kita boleh misalkan begini..

Iaitu program hiburan, filem, drama, nyanyian dan lain-lainnya adalah hampir 80%, dan selebihnya yang berjumlah 20% lagi diperuntukkan kepada program-program yang bersifat keagamaan.

Ditinjau dari sudut ini, akan tercapaikan hasrat, wasiat dan pesanan Rasulullah S.A.W, Saidina Ali K.W dan Imam Hasan Al-Banna? Maka, terletak kepada kitalah insan Muslim yang sedar untuk mengubah semua ini supaya masyarakat kita ini akan melebihkan banyak waktunya yang berkualiti.

Iaitu, biarlah mereka lebih banyak didedahkan dengan program-program bermanfaat dan selebihnya adalah program-program yang bersifat santai sahaja.

-ibnumustafa-

Saturday, February 7, 2009

Adakah kita betul-betul Sibuk?

Firman Allah SWT;

"Mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), dan mereka pula segera segera pada mengerjakan berbagai-bagai kebajikan. Mereka (yang demikian sifatnya), adalah dari orang-orang yang soleh." ~ Surah Ali-Imran, ayat 114~

"Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menganiaya (seseorang) sekalipun seberat zarah (debu) dan kalaulah (amal yang seberat zarrah) itu amal kebajikan, nescaya akan menggandakannya dan akan memberi, dari sisiNya, pahala yang amat besar." ~Surah An-Nisa, ayat 40~

Skop amal kebajikan amat luas; dari semudah melemparkan senyuman yang menggembirakan orang lain sehinggalah sepayah mengorbankan harta dan masa untuk agama Allah SWT. Ia mudah bagi yang mahu dan sukar bagi yang suka memberi alasan.

Ketika acapkali kita mengajak orang melakukan kebajikan yang memerlukan sedikit pengorbanan masa seperti mengajak sahabat untuk solat jemaah di masjid atau mengajak sahabat ke program-program dakwah, acapkali juga kita mendengar alasan-alasan skema seperti 'takda masa la', 'bizy la nak siapkan homework', 'aku tak sempat pegi. Lain kali ek' dan macam-macam lagi. Maklumlah, 24 jam sehari amat pendek dan jika ke masjid nak solat jemaah, dah ambil masa 30 minit. Membazir masa namanya. Namun adakah kita benar-benar sibuk atau tidak mempunyai masa sedangkan dalam sehari, kita mampu:
  • menghabiskan 2 jam di depan laptop/komputer untuk layan 'Youtube'
  • menghabiskan 2 jam membaca manga/komik samada online atau offline
  • menghabiskan sejam untuk check akaun friendster/myspace/facebook dan melihat gambar terbaru rakan-rakan kita
  • menghabiskan 2 jam setengah menonton drama bersiri jepun/korea kegemaran kita di samping melihat awek-awek cun jepun/korea berlakon
  • menghabiskan 3 jam di hujung minggu untuk window shopping di shopping complex terutamanya di KLCC
  • menghabiskan sejam setengah sebelum tidur untuk bermain computer games
  • tidur terlalu lama; melebihi had yang sepatutnya
  • dan macam-macam lagi aktiviti yang tidak membawa manfaat kepada ummah
Jika kita kerap melakukan perkara-perkara di atas, patutkah kita memberikan alasan bahawa kita busy/sibuk tatkala kita di offer untuk melakukan kebajikan?? Jawapan di 'tangan' kita semua.

P/s: peringatan untuk diri saya juga..

-ibnumustafa-

Politik bergolak: Najib @ Anwar menang?

Semenjak pilihanraya umum tahun lalu, rakyat Malaysia tidak sunyi daripada pergolakan politik yang menyaksikan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sentiasa bertempur.

Politik pilihanraya di Malaysia sentiasa panas - daripada pilihanraya umum kepada dua pilihanraya kecil. Selepas 8 Mac, pertempuran berterusan di Permatang Pauh dan Kuala Terangganu.

kuala terengganu by election voting day 170109 street 03Setakat dua pilihanraya kecil yang berlangsung, kesemuanya memihak kepada Pakatan - fenomena baru kerana dalam sejarah politik negara, pilihanraya kecil jarang sekali tidak memihak kepada BN.

Cuma kes-kes terpencil seperti pilihanraya kecil DUN Lunas dan Anak Bukit yang menyaksikan parti pembangkang berjaya memenanginya.

Dalam pilihanraya kecil, BN mampu mengerahkan seluruh jentera kerajaan dan media arus perdana untuk membantu mereka menang.

Di pihak pembangkang pula, mereka hanya bergantung kepada media-media alternatif dan jentera parti untuk berkempen dengan tampungan dana yang kecil.

Namun keadaan kini telah berbeza. Strategi lama yang sering digunapakai oleh BN tidak lagi berjaya untuk menarik pengundi. Walaupun mempunyai kelebihan undi pos, BN tetap gagal dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Selepas pilihanraya kecil 17 Januari lalu yang menyaksikan Pakatan merampas kerusi P36 daripada BN, politik negara terus bergolak.

Semuanya bermula dengan kemasukkan Adun Bota, Nasharuddin Hashim daripada Umno kepada PKR pada 25 Januari.

Kemasukan “orang lama” Umno itu memberikan tamparan hebat kepada Umno terutamanya timbalan perdana menteri Najib Razak yang akan mengambil alih jawatan Presiden Umno daripada Abdullah Badawi bulan depan.

Tamparan hebat yang diterima oleh beliau akibat kekalahan pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu belum lagi pulih dan kini beliau ditampar lagi apabila Adun Umno menyertai PKR.

Belum reda Pakatan Rakyat di Perak merayakan kemasukan Nasharuddin, krisis terbaru muncul. Kali ini lebih hebat lagi. BN yang terduduk akibat kehilangan seorang Adunnya membuat "serangan balas".

Bermula dengan kehilangan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu - kedua-duanya exco kerajaan Perak dari PKR - selama beberapa hari sehingga menteri besar dan ahli keluarga gagal menghubungi mereka.

jamaluddin mat radzi and osman jailu perak pkrDesas-desus kuat mengatakan bahawa dua pemimpin PKR ini berada di Pekan, Pahang - kubu kuat Najib.

Kerajaan Perak yang dipimpin oleh Pakatan tidak hanya duduk diam dalam menghadapi permasalahan ini. Speaker DUN V Sivakumar mengumumkan pada bahawa beliau menerima surat peletakan jawatan daripada kedua-dua Adun tersebut.

Katanya, beliau menerima surat peletakan jawatan mereka melalui faksimili pada kira-kira jam 5.45 petang di kediamannya.

Keesokan harinya, beliau memaklumkan SPR Perak mengenai perkara tersebut dan menyerahkan notis pengosongan kerusi Behrang dan Changkat Jering. Beliau turut menyerahkan surat peletakan jawatan kedua-dua wakil rakyat tersebut.

Tindakan Sivakumar telah memecahkan kebuntuan. Kedua-dua wakil rakyat yang hilang muncul dan menafikan peletakan jawatan mereka menerusi media.

ec announces no by election will be held in perak 030209Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan pilihanraya kecil tidak adakan diadakan kerana kedua-duanya masih lagi wakil rakyat yang sah dan menolak surat peletakan jawatan mereka yang diserah oleh Sivakumar.

Keputusan SPR itu bagaimanapun dicabar. Pakatan Rakyat di Perak memberikan tempoh 48 jam untuk suruhanjaya itu menarik balik keputusan itu atau menghadapi tindakan mereka selanjutnya.


(ii) Jamaluddin dan Mohd Osman sedang menghadapai pertuduhan rasuah yang akan mula dibicarakan pada 10 Febuari ini.

Menurut dakwaan pemimpin PKR, jika mereka menyertai Umno, dakwaan kes rasuah tersebut akan digugurkan.

Dari segi politik, adalah tidak bijak bagi Umno untuk menerima dua exco kerajaan negeri yang sedang terpalit dengan tuduhan rasuah ini. Jika Umno tetap menerima mereka, sahlah apa yang dituduh selama ini bahawa Umno parti yang mempertahankan rasuah.

Tindakan pantas yang diambil oleh kerajaan Perak telah menyebabkan Umno dan Barisan Nasional berada dalam keadaan tertekan.

Ia ditambah dengan pengakuan bersumpah seorang ketua bahagian PKR dan laporan polis yang dibuat oleh exco kerajaan Kedah semalam.

perak pkr pc fauzi muda pc statutory declaration najib 010209Fauzi Muda dari Ipoh Barat mendedahkan dalam akuan berkanunnya, mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak menawarkan RM50 juta kepadanya untuk memujuk dua Adun PKR itu untuk menyertai BN, sekali gus menumbangkan kerajaan Pakatan Perak.

Fauzi seterusnya mencabar Najib yang juga timbalan presiden Umno untuk menafikan dakwaannya itu.

Sehingga kini, Najib belum lagi menyahut cabaran Fauzi untuk menafikan tuduhan tersebut walaupun bekas timbalannya di Kementerian Pertahanan, Zainal Abidin Zin telah mengesahkan pertemuan tersebut di kediaman rasminya di Putrajaya.

Adun PKR Kedah itu, V Arumugam mendakwa usaha menariknya meninggalkan PKR bermula sejak kemenangannya tahun lepas.

Beliau membuat satu laporan polis, mendakwa ugutan jenayah terhadapnya, keluarganya dan pegawai-pegawainya, antaranya:

bullet button cubaan menculiknya pada 17 Oktober tahun lepas,
bullet button diugut melalui pegawainya dengan panggilan telefon, antaranya pada 31 Mac tahun lalu,
bullet button cermin kereta rasmi exco kerajaan negeri yang diguna olehnya dipecahkan dengan meninggalkan nota ugutan yang diikat pada seketul batu pada 17 Disember lalu, dan
bullet button beberapa individu dihantar untuk memujuknya keluar dari PKR, yang terbaru sekali beberapa hari yang lalu, dengan beberapa tawaran lumayan.

Arumugam VengatarakooMenurut Arumugam lagi, beliau membuat laporan polis oleh kerana khuatir terhadap keselamatan diri dan keluarganya selepas melihat perkembangan yang berlaku di Perak sekarang.

Kedua-dua dakwaan ini sekaligus ibarat “memalitkan arang” kemuka Najib yang seharusnya merayakan kemasukan dua Adun PKR bersama BN. Tambahan lagi, Najib akan menjadi presiden Umno secara rasmi pada Mac.

Terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan oleh Najib. Selain menjawab pertuduhan-pertuduhan berat yang dilemparkan terhadap dirinya, persepsi umum masih lagi belum dapat dipulihkan mengenai penglibatan dirinya dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu - walau beliau sering menafikannya.

Dalam pertempuran hebat dan yang belum pernah berhenti semenjak tsunami politik 8 Mac, Malaysia berada di persimpangan: Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat? Sama ada Najib Razak atau Anwar Ibrahim?

-am-

Kenapa Zionisme muncul dalam fikrah Melayu?

Sewaktu saya menulis artikel ini, Kuala Terengganu telah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Ketika saya menulis, warga Palestin di Gaza masih lagi digodam. Ketika saya menulis, masih ramai lagi warganegara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisme.

Zionisme ini satu pandangan politik. Zionisme bukan orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang seorang Yahudi. Hari ini Zionisme bukan lagi milik eksklusif orang Yahudi. Zionisme yang wujud dan sedang menggodam rakyat Palestin ini majoritinya didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.

Agama Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Torah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka dipanggil rabbai. Maklumat ini mungkin semua telah diketahui umum.

Wajib juga diketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionisme. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut Judaisme yang menentang keras fahaman Zionisme. Mereka menolak masuknya fahaman Zionisme ini ke Palestin.

Untuk kumpulan ini, mereka percaya bahawa fahaman atau ideologi Zionisme telah membawa porak-peranda dan kesengsaraan terhadap orang-orang Yahudi di seluruh dunia dan juga kesengsaraan yang tidak terhingga kepada warga Palestin.

Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad, presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel.

Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestin. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.

Perkembangan ini menjadi satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran Judaisme. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaisme.

Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky seorang daripada mereka. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel.

Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 seorang lagi Yahudi yang anti-Zionisme.

Di Israel sendiri, ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman tersebut. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionisme.

Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nuklear Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan diculik dari London untuk dibawa pulang ke Israel.

Kerana membocorkan rashia 'bom nukelar' Israel dan memberi amaran kepada dunia tentang bahayanya Zionisme, Vanunu telah dipenjara selama 20 tahun sejak 1986. Selama 18 tahun Vanunu dikurung bersendirian. Apabila dibebaskan, Vanunu terus ditahan lagi. Hingga ke hari ini Vanunu tidak boleh keluar meninggalkan Israel.

Pada ketika saya menulis ini, berpuluh-puluh anak muda Israel yang sedang dipenjara kerana tidak mahu mengangkat senjata membunuh warga Arab Palestin. Juga terdapat beratus-ratus anak muda dan warga Israel telah lari meninggalkan negara itu kerana menentang perang dan keganasan daulah Israel.

Semua ini bukti bahawa bukan semua Yahudi itu Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.

Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga Malaysia menganggap konflik Palestin-Israel sebagai konflik agama, terutama di kalangan Melayu. Pandangan ini salah. Konflik di Palestin bukan konflik agama. Konflik ini konflik hak milik bumi tanah Palestin. Ia lahir kerana bumi Palestin telah dirampas oleh penganut fahaman Zionisme untuk mendirikan apa yang kini dipanggil Israel.

Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – umumnya konflik Arab-Israel – bukan konflik antara penganut Islam dengan penganut Yahudi.

Wajib diketahui ada hampir 10 peratus warga Palestin beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada 1980-an sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestin-Israel ialah seorang Kristian. Edward Said intelektual bertaraf dunia itu seorang Kristian.

George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestin adalah Kristian yang berasal-usul dari susur galur pengikut Isa kerana nabi itu dilahirkan di Nazareth, Palestin.

Betul, agama dilihat memainkan peranan penting tetapi yang diperjuangkan ialah menuntut kembali bumi Palestin yang telah dirompak dan dirampas oleh penganut Zionisme. Tanah air Palestin yang telah dirampas ini melahirkan nasionalisme Palestin.
Semangat nasionalisme inilah yang membolehkan rakyat Palestin terus berjuang bermati-matian menentang bala tentera yang terbesar di Timur Tengah.

Kita wajib memahami dengan lebih mendalam tentang apa itu Zionisme. Fahaman ini percaya kepada satu bangsa – Yahudi. Hanya bangsa Yahudi sahaja yang terpilih. Yahudi sahaja yang ada hak keistemewaan di Israel.

Bangsa-bangsa lain diangggap bangsa kelas kedua. Agama orang lain salah. Kitab suci agama mereka sahaja yang betul. Kitab suci agama lain dianggap menyeleweng. Hanya agama mereka sahaja yang dipilih oleh Yang Maha Esa. Justeru, di sini jelas bahawa Zionisme ialah satu fahaman rasis.

Apa yang kita lihat di Gaza dan Tebing Barat hari ini adalah manifestasi daripada fahaman ini. Keganasan yang wujud di Palestin adalah hasil daripada falsafah rasis Zionisme. Merompak tanah-tanah warga Palestin, menghalau mereka keluar dari tanah air mereka juga manifestasi dari fahaman rasis ini.

Kita dikatakan hanya dapat memberikan bantuan ubatan-ubatan, wang ringgit, makanan atau menerima warga Palestin datang ke negara kita untuk belajar atau menetap. Semua ini betul. Semua ini amat-amat dihargai. Semua ini adalah kerja baik yang wajib diteruskan.

Tetapi saya menolak pandangan yang mengatakan bahawa kita tidak dapat membuat apa-apa lagi untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin. Pasti ada lebih daripada ini yang dapat kita sama-sama lakukan.

Pada hari ini bukan susah untuk kita memahami bahawa pendukung unggul fahaman Zionisme dan Israel ialah Amerika Syarikat. Ini bukan kerana adanya Yahudi di New York atau California. Zionisme wujud kukuh di Amerika kerana kepentingan ekonomi Amerika pada ketika ini berjalan selari dengan kepentingan Zionisme dan Israel.

Bukan sahaja Zionis Israel mendapat sokongan kuat dari Amerika, malah Kesatuan Eropah – Perancis, Jerman, Itali – semuanya menyokong Israel. Ini bukan kerana mereka cintakan Yahudi atau benci kepada Palestin – TIDAK. Mereka menyokong Israel kerana kepentingan ekonomi mereka.

Ekonomilah yang menjadi asas kepada fahaman Zionisme ini. Pemodal–pemodal global melihat bahawa Zionisme dapat membantu mereka meneruskan dan mengembangkan modal mereka. Kaum pemodal antarabangsa melihat fahaman Zionisme ini sedang memberikan keuntungan melimpah ruah.

Industri persenjataan dunia bergantung kepada perang. Dengan wujudnya perang atau konflik yang berkemungkinan membawa perang adalah cuaca dan suasana yang amat baik untuk pembuat dan peniaga senjata antarabangsa.

Israel yang sedang memporakperandakan Timur Tengah adalah pemangkin perang.

Lihat bagaimana Amerika menjual dan membekal senjata kepada Isreal - ia menakut-nakutkan negara-negara Arab. Suasana takut ini memberi peluang kepada Amerika untuk menjual senjata kepada Mesir, Jordan dan Arab Saudi.

Negara-negara ini tidak ada bezanya dengan Zionis Israel. Mereka tidak berani secara terbuka menyatakan sokongan kepada Israel – takut kepada rakyat mereka sendiri. Tetapi perangai dan tingkah laku terhadap warga mereka tidak jauh berbeza daripada apa yang sedang dilakukan oleh Israel terhadap warga Palestin.

Apabila kita telah memahami semua ini, saya rasa kita akan dapat melakuan lebih daripada apa yang sedang kita lakukan hari ini. Ada satu perkara yang dapat kita lakukan bersama yang pasti akan memberikan tamparan maut kepada Zionisme. Pekara ini ialah menentang sifat dan fahaman Zionisme di mana sahaja ia muncul dan bertapak.

Zionisme pada ketika ini bukan lagi bergerak di Israel atau di Palestin sahaja. Zionisme telah menjadi fahaman yang meluas dan telah melintasi sempadan Israel. Jika sesiapa memiliki ciri-ciri fahaman rasis yang telah dinyatakan tadi bermakna mereka juga pendukung Zionisme. Zionisme ialah kezaliman.

Di sini ingin saya nyatakan bahawa kita tidak perlu ke Palestin untuk menentang kezaliman. Apa yang perlu kita lakukan ialah menentang kezaliman dan kejahatan di mana sahaja ia berada, termasuk dalam negara kita sendiri. Zionisme tidak memiliki sempadan.

Tetapi, saya agak kecewa apabila melihat orang Melayu berlumba-lumba bangun menentang Isreal yang zalim. Mereka bertempik marah apabila rumah diruntuhkan di Hebron. Tetapi mereka tidak bersuara apabila rumah diruntuhkan di Kampong Berembang atau di Plentong atau di Chubadak.

Orang Melayu marah apabila masjid diroboh di Jenin tetapi orang Melayu tidak marah apabila melihat gereja Orang Asli diruntuhkan di Gua Musang.

Orang Melayu keluar berdemonstrasi kerana tanah rakyat Palestin dirampas tetapi mereka tidak pula bersuara apabila tanah-tanah Orang Penan dirampas. Mereka tidak pula bersuara apabila tanah adat di Sarawak satu demi satu dirampas oleh pemodal antarabangsa.

Hairan. Di mana silapnya fikrah Melayu ini? Kenapa bangsa Melayu memiliki nilai yang setengah jalan? Di mana akal fikrah mereka terputus?

Kalau di Palestin mereka yakin rakyat di sana sedang dizalami, kenapa apabila orang Penan dizalimi hati mereka tidak tergerak untuk membantu?

Apakah mereka tidak memahami bahawa kezaliman dan kejahatan itu tidak berbangsa dan tidak beragama? Kebaikan dan keadilan juga tidak berbangsa dan beragama.

Orang Melayu tidak dapat menerima Ketuanan Yahudi tetapi bagaimana orang Melayu yang sama dapat pula menerima Ketuanan Melayu? Di mana songsangnya fikrah Melayu ini? Apakah mereka telah terputus nilai kemanusiaannya?

Justeru sesudah membaca tulisan ini, marilah kita bersama-sama meneliti dan menilai kembali nilai Melayu kita. Apakah kita benar-benar faham tentang kezaliman dan keadilan.

Atau kita hanya menjadi pak turut – ber-Gaza ke hulu ber-Gaza ke hilir. Orang bercakap hal Gaza, maka kita pun bercakap hal Gaza tanpa kita melihat ke dalam hati nurani kita sendiri.

* Sumber dari www.malaysiakini.com