PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Monday, February 16, 2009

VALENTINE'S DAY BUKAN BUDAYA KITA...

14 Februari merupakan tarikh keramat bagi pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang di kenali sebagai Valentine's Day atau hari memperingati kekasih, merupakan hari yang sangat di nanti-nanti bagi pasangan yang mabuk bercinta. Persoalannya bagi umat Islam, adakah hari yang di tunggu-tunggu ini selari dengan syariat (kehendak) agama suci Islam? Ayuh! kita rungkaikan persoalan ini dengan penuh rasa tanggugjawab sebagai Muslim...

Saban tahun juga para ulama' (perwaris Nabi) sering mengingatkan kita seluruh umat Islam agar menghindari daripada menyambut hari Valentine ini, namun peringatan itu ibarat menuang air ke atas daun keladi. Harus di ingat bahawa hari Valentine ini tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah HARAM. Ia adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom kuno dan juga Kristian.

Bercakap tentang hukum menyambutnya, Syeikh Al-'Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St.Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah KAFIR. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan DOSA BESAR.”


Apa kata Fatwa?

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan umat Islam dilarang meraikannya.”


Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor 2005 pula menyatakan: “Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalan bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dengan akhidah, syariah dan akhlak Islam. Oleh itu umat Islam di larang membabitkan diri meraikan hari tersebut.”

Maka dengan ini jelaslah, bahawa kedua-dua Fatwa di atas telah menegah sama sekali umat Islam merayakan hari Kekasih. Marilah kita kembali kepada kehidupan yang selari dengan kehendak Islam dan jangan lagi membiarkan diri ini dijajah budaya asing yang memesongkan akhidah.

Sesungguhnya generasi muda Malaysia akan mengalami kerencatan pada masa hadapan jika mereka terus dibuai dan dihanyutkan dalam budaya yang tidak mendatangkan manfaat. Seruan kepada anak muda! Mari kita renungi kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna: “Generasi muda adalah rahmat kehidupan bangsa dan sumber kebangkitan.”

Oleh itu marilah kita sama-sama mulai saat dan tika ini berazam serta beriltizam dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi umat Islam terbaik dan bukan hanya pada nama (dalam I/C) sahaja, malah menjadi Muslim dengan erti kata sebenar yakni mempraktikkan segala aktiviti kehidupan dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah...

-ibnumustafa-

2 comments:

safwanrazali said...

terima kasih atas perkongsian

Anonymous said...

Valentine's day tidak patut disambut oleh masyarakat beragama islam kerana ia lebih bertujuan mendekatkan remaja-remaja kepada zina.