PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, December 3, 2008

it's deTecTeD

Salam..

Semalamkan, ada sorg kwn saya hantar sms.. jom kita baca apa yg dia kirim....:

"Sempurna taubat bila ingat pd dosa, sempurna amal bila hina dari ujub, sempurna syukur bila menyedari kekurangan diri."

bila baca sms tu, saya teringat kata2 sorg ustaz ni... mengenai cara kita nak detect samada amalan yg kita buat tu ada tak sifat ujub / riak / sewaktu dgn nya...

ustaz tu kata, bila ada seseorg memuji kita, dan kita rasa cam something jer (kembang la kiranya, x kesah la kembang apa, huhu..), maknanya masih ada perasaan ujub dlm diri kita... tp, bila org puji kita, kita xdk rasa papa, kOOL ja dan kita rasa Allah SWT tu lebih hebat dr kita, insyaAllah, dlm diri kita dah xdk sifat ujub...

lg satu, bila ada org kutuk / maki kita, dan kita x rasa papa (bengang / marah / wateve), kita pk yg Allah SWT itu lbh tau drpd org yg mengutuk kita, insyaAllah, kita dah berjaya memusnahkn sifat riak / ujub tu dr hati sanubari kita...

so, semak2 la diri kita ya.. bahaya sifat ujub / riak ni... besar dosanya... takut2 ia boleh jadi syirik.. dosa syirik ni, na'uzubillah, (sepertimana yg aku tau) Allah SWT x ampunkan... marilah kita sama2 berusaha jauhkan sifat ujub / riak... sentiasa ingat bahawa Allah SWT itu Maha Hebat dan segala yg berlaku pd diri kita, semuanya atas izin dan kehendakNya.. moga Allah SWT sentiasa melindungi kita, amieen... =)

-am-

No comments: