PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, October 20, 2010

ISLAMIC FASHION FESTIVAL via 1MALAYSIA: Rosmah promosi pakaian Islam ala jahiliah!

"Rosmah rasmi festival pakaian Islam?.. Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?"

Maka tidak peliklah, festival pemakaian Islam yang diadakan di Kuala Lumpur, April lalu menampilkan cara/fesyen pemakaian muslimah versi 1Malaysia Umnoapco (yahudi).. Sungguh terhina lagi memalukan!

Salah satu agenda terbaru ad-dajjal al-masih bagi membogelkan pakaian MUSLIMAH Malaysia dan Indonesia yang diterajuai oleh kerajaan 1MALAYSIA, Rosmah Mansor!!..

Penyokong 'Parti Islam' Umno pasti terharu dengan bini PM Najib Razak ini..

Wallahua'lam..















P/s: Ada seorang hamba Allah bertanya penulis, siapakah di sebalik tabir/tulang belakang (penasihat dll) program 'fesyen Islam' (sekular) ini.. Jawapannya ialah pada gambar di bawah...

Berita berkaitan....

- Kita seharusnya berbangga isteri Perdana Menteri kita suka menari dan menyanyi.. (video inside)

dipetik dari: ruangbicarapriamalaya.blogspot.com

Friday, October 15, 2010

Wanita Mestilah 'Keras Hati'..

“Saya memang tidak gemar melihat wanita yang terlampau mengada-ngada atau istilah kasarnya ‘gedik’,’getik’, ‘geletis’ dan ‘gelenyar’. Bukan kerana jiwa saya keras tetapi saya sukakan wanita yang kuat pendirian dan cekal berpedoman. Maksudnya wanita yang ingin mendampingi saya mestilah seorang yang tidak marah-marah jika hubungan yang terjalin ‘dingin’ dan tidak dihujani panggilan telefon setiap hari yang sekadar untuk bertanya ‘sudah makan atau belum?” dan “sihat atau tidak” - begitulah pandangan seorang penulis lelaki dalam sebuah majalah wanita.

Saya tertarik dengan pandangan ini kerana fenomena berkomunikasi secara lunak manja ini semakin menjadi trend wanita hari ini terutama yang berkerjaya khususnya dalam bidang perniagaan. Bukan sahaja sebagai pelaris perniagaan bahkan sebagai pelaris diri. Kebiasaannya, hati lelaki lebih terpikat kepada wanita lemah lembut, mudah ketawa manja dan yang pandai mengoda dengan jelingan penuh bermakna. Jarang kita temui lelaki yang tak sukakan wanita jenis ini seperti yang ditulis oleh penulis di atas.

Tentu sebahagian besar dari kita pernah dan biasa melihat iklan Hotlink yang pernah menampilkan dialoq lucu seorang jurujual wanita mempromosi hotlink plan berganda dengan nada suara lunak menggoda. Tapi yang mengada ngada bukan di jurujual wanita tu tetapi si pembeli lelaki itu. Lucu dialoqnya “tadi kanda sekarang sayang...”, satu dialoq ala pekak badak.

Walaupun ianya hanya sebuah iklan untuk menarik perhatian penonton dan melariskan produk, tetapi trend mengoda semakin menjadi jadi dalam iklan produk tempatan. Adakah anda masih ingat iklan syampu ‘sunsilk’? Model wanitanya walaupun bertudung tapi tetap digambarkan meliuk lintuk, menjeling manja dan berbalas senyum dengan si jejaka. Salah satu slot iklan syampu ini memaparkan adegan seorang wanita terserempak dan terjatuh buku kuliah, lalu bertentang mata. Tak tahu apa kaitan dengan rambut yang telah disyampu dan terselindung disebalik tudung.


Sekali imbas paparan lemah lembut ini sangat serasi dengan budaya melayu atau budaya Malaysia. Kerana umat melayu terkenal dengan lemah lembutnya. Cinta mudah bertaut dengan gaya lemah lembut. Saling bertanya khabar dianggap satu pernyataan bukti saling mengingati dan saling mengambil berat. Bila talian hotlink tidak lagi sibuk dengan SMS dan panggilan sayang, aduhai terasa dunia gelap, sunyi dan sepi. Kemanakah akan di bawa hati nan lara? SMS ON CINTA hantar ke 32728 (DAPAT)! Syarikat telekomunikasi juga yang untung.


Paparan di akhbar-akhbar perdana cukup membimbangkan saya. Saban hari ada ada sahaja cerita derita wanita akibat korban cinta tak bermaruah. Setiap hari ada kisah gadis di rogol teman lelaki yang baru dikenali. Ada kisah wanita meratap meminta simpati akibat diceraikan oleh suami yang lari mengikut wanita lain yang lebih menggoda. Dalam majalah wanita, akhbar tabloid mahupun akhbar terkemuka, ruangan soal jawab masalah remaja sering menjadi kolum yang diminati. Masalahnya hampir sama, seperti membaca novel, temanya tetap sama. Tema cinta terlara, kisah hati yang tak bahagia. Kebanyakkan pengadu dalam kisah cinta terlara ialah wanita. Bukan maknanya lelaki tak pernah jadi korban cinta terlara tetapi mereka kurang menuliskanya. Mungkin untuk untuk menjaga status. Sebagai manusia yang punya agama, saya lebih memikirkan kenapa manusia begitu mendambakan bahagia cinta terlarang? Kenapa saya kata ianya cinta terlarang? Apakah agama menghalang manusia bercinta? Tidak, bukan itu maksud saya.


Malah Islam adalah agama kasih sayang. Islam itu sendiri datang dari perkataan salam. Iaitu kesejateraan kasih sayang tidak terbatas antara manusia berlainan jantina sahaja malah merangkumi kasih saya sejagat, sayang kepada sesama manusia, haiwan dan alam sekeliling. Allah SWT menjamin kasih sayang sesama manusia jika manusia mengikuti peraturan yang telah ditetapkannya. Kasih sayang antara lelaki dan wanita yang masih belum terikat dengan akad, wajib dibatasi dengan beberapa hukum yang telah ditetapkan.


Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32 yang bermaksud, "Maka seseorang wanita itu janganlah melembutkan suaranya kerana menyebabkan hati orang lelaki yang ada penyakit akan menaruh harapan. Seseorang wanita hendaklah mengucapkan perkataan yang sopan."

Penyakit syahwat adalah dianggap sebagai zina yang boleh berlaku dalam hati ketika seseorang wanita melembutkan atau merendahkan suaranya secara berlebih-lebihan dan bertujuan goda. Berdasarkan kepada permasalahan ini, seseorang wanita sewajarnya bersikap sederhana bila berbicara dengan lelaki yang bukan suaminya. Sikap sederhana ini bukanlah satu larangan yang bertujuan menyekat naluri cinta tapi sebaliknya adalah larangan untuk menjaga kehormatan wanita dari diperkotak-katikkan oleh lelaki durjana yang sentiasa mencari peluang berfoya-foya dengan wanita wanita penggoda.

Sebenarnya bukan lelaki durjana sahaja yang mencari-cari peluang, malah hakikatnya syaitanlah yang sentiasa mencari peluang menyesatkan anak adam. Wanita adalah makhluk yang lemah fizikalnya, jika tidak dikuatkan iman wanita dengan mentaati suruhan dan menjauhi larangan Allah SWT maka tewaslah wanita itu menjadi umpan syaitan. Wanita terpedaya lelaki pula tergoda. Kedua duanya saling terfana dan akhirnya merana.


Wanita mesti 'keras hati' untuk mentaati perintah Allah SWT. Hanya dengan cara itu sahaja bahagia yang hakiki akan dapat dirasa. Permainan cinta dengan tanda sayang dan belai kasih yang diucapkan saban hari, saban waktu terluang hanyalah satu ‘interface’ yang melekakan. Bila sudah kecundang dan jadi hamba cinta, masa itulah peranan syaitan menjana nafsu syahwat tak dapat lagi disekat. Masa itu kehormatan diri mudah jadi galang ganti. Siapakah yang akan menghormati wanita yang sudah hilang harga diri? Pepatah melayu ada berkata “kesal dahulu pendapatan kesal kemudian tiada berguna”. Fikirkanlah..

-ibnumustafa-

Wednesday, October 13, 2010

Setiap Doa Insan Sentiasa Didengari Dan Diterima-Nya

Insan hendaklah bersangka baik dengan Allah SWT. Meyakini bahawa Allah SWT senantiasa melimpah ruahkan rahmatNya. Mendampingkan diri kepada Allah SWT menerusi jendela perbuatan dan amalan yang diredhai. Apabila Allah SWT redha kepadanya, maka dia akan merasakan betapa Allah SWT itu hampir dan tidak jauh darinya.

Sebenarnya, insan itulah yang selalu menjauhkan diri dari Allah SWT. Apabila dia ditimpa cubaan dia bertanya di mana Allah SWT?!!. Sikap dan akhlak insan terhadap Allah SWT selalu menyebabkan insan hilang pedoman, merasa diri dipencilkan dan tiada tempat yang ingin mendengar rintihannya. Sedangkan tempat untuk mengadu dan merintih senantiasa terbuka di sisi Allah SWT.

Kadang-kala seseorang insan rela ke sana-sini memohon bantuan bagi sesuatu pekerjaan dan urusannya dari makhluk sehingga terlupa untuk memohon bantuan dan bertawakkal kepada Allah SWT. Bersusah payah insan berjumpa orang lain demi mengadu rasa hati dan derita sehingga dia lupa untuk mengadu kepada Allah SWT yang senantiasa mendengar rintihan hamba dengan penuh rahmat.

Ini semua kerana insan merasakan Allah SWT itu jauh darinya dan dia lupakan firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah ayat 186 yang bermaksud:

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo'a kepadaKu apabila dia berdo'a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”

Ya! Allah SWT itu hampir dan amat sudi untuk segala do'a yang diangkat kepadaNya. Justeru itu sangat menghairankan bila adanya insan yang meninggalkan do'a kepada Allah SWT yang hampir kepadaNya lalu mendapatkan makhluk-makhluk yang tidak terdaya untuk mengadu segala rasa hati dan dukacita. Padahal kita tahu bahawa sikap makhluk apabila terlalu banyak diminta maka bertambah rasa bosannya sedangkan Allah SWT pula lagi banyak kita mengadu dan meminta bertambah pula kasih dan sayangNya.

Allah SWT tidak jauh daripada setiap hamba. Yang menjadikan Allah SWT itu jauh daripada kita ialah diri kita sendiri. Hati yang tidak merasai kewujudan dan rahmat Allah SWT serta kefahaman yang tidak betul terhadap agama selalu menjauhkan perasaan manusia daripada Allah SWT.

Sesiapa yang hatinya bersih akan menangislah dia apabila membaca ayat di atas. Betapa Allah SWT dengan penuh kasih sayang meminta kepada RasulNya agar memberitahu bahawa Dia sangat hampir kapada mereka serta mendengar do'a dan rintihan mereka.

Kita diajar di dalam Islam agar senantiasa bergantung kepada Allah SWT nescaya kita dapati Allah SWT senantiasa bersama kita. Sabda Nabi SAW kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya:

"Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah." - Hadith Riwayat al-Tirmizi hadith ke-2516, katanya hadith ini hasan sahih.

Apabila seseorang menjaga agamanya, memelihara tanggungjawabnya sebagaimana dititah perintahkan Allah SWT kepadanya, maka dia akan merasa betapa Allah SWT bersama dengannya semua urusannya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ghafir ayat 60 yang bermaksudnya:

"Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdo'alah kepadaKu nescaya Aku menjawab untuk kamu"

Mungkin akan ada yang bertanya:

"Allah SWT telah memberitahu bahawa Dia pasti menerima do'a sesiapa yang berdo'a kepadaNya namun mengapa masih ada insan yang berdo'a tetapi kesan do'anya tidak dapat dilihat secara zahir?".

Untuk itu, maka para 'ulama telah menjawab persoalan ini, antaranya, apa yang dijelaskan oleh al-Imam al-Qurtubi dalam al-Jami’ li Ahkam al-Quran bahawa perkataan ajib dan astajib (aku memperkenankan do'a) bukanlah bererti semestinya setiap do'a itu ditunaikan secara mutlak atau terperinci seperti yang dipohon. Bahkan do'a seseorang mungkin dimakbulkan melalui salah satu dari tiga cara seperti yang disebutkan oleh Baginda Nabi S.A.W dalam hadith Abi Sa'id al-Khudri di bawah: Maksudnya:

"Tidak ada seorang muslim pun yang berdo'a dengan sesuatu do'a yang tidak ada di dalamnya dosa atau memutuskan kekeluargaan, melainkan Allah akan beri salah satu dari 3 perkara; sama ada disegerakan untuknya (dimakbulkan di dunia), ataupun disimpan untuknya pada hari akhirat (diberi balasan baik pada akhirat), ataupun diselamat dia dari keburukan yang seumpamanya."

Kata al-Imam al-Syaukani dalam Tuhfah az-Zakirin : Hadith ini riwayatkan oleh al-Imam Ahmad, al-Bazzar, Abu Ya'la, kata al-Munziri: Sanadnya sahih (m.s. 65, cetakan. Lubnan)

Menerusi hadith di atas, Baginda Nabi S.A.W telah menerangkan kepada kita bahawa setiap do'a yang tidak mempunyai sebab-sebab ditolak akan pasti diterima oleh Allah S.W.T menerusi tiga keadaan berikut;

Pertama: Dimakbulkan segera di dunia. Inilah yang biasanya menjadi harapan setiap yang berdo`a. Ramai di kalangan insan yang memperolehi kurniaan. Hasil kesungguhan mereka berdo`a, Allah SWT makbulkan buat mereka. Kadang-kala dengan begitu pantas. Kadang-kalanya dilewat disebabkan hikmah yang Allah SWT Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil untuk Allah SWT menerima do`a seseorang sekali dianggap mustahil oleh manusia. Lihatlah seorang wanita dari Aljeria yang mengidap penyakit barah yang segala doktor yang dia pergi mendapatkan rawatan mereka berputus asa. Akhirnya dengan aduan dan rintihan yang sungguh-sungguh kepada Allah SWT, dia sembuh tanpa sebarang kesan barah yang mengkagumkan seluruh pakar perubatan negaranya. Kata wanita itu: “Saya telah mengadu kepada Dia yang tiada tempat pergi dan lari dariNya, itulah Allah SWT!!!." Demikian kiranya do`a dimakbulkan.

Kedua: Tidak dilihat kemaqbulannya di dunia tetapi disimpan untuk balasan kebaikan yang besar di akhirat di atas hikmah yang hanya dihendaki oleh Allah SWT. Kalau ini berlaku hendaklah kita fahami bahawa ianya adalah pilihan terbaik daripada Allah SWT untuk kita. Akhirat adalah kehidupan yang hakiki, kebaikan di sana tidak ada tukar ganti dengan dunia yang sementara. Allah SWT tidak memaqbulkan sesuatu do`a secara mutlak di dunia kerana Allah SWT Maha Mengetahui segala rahsia kehidupan alam, baik atau buruk di sebalik sesuatu perkara yang kita pohon. Akal kita kadang-kala tidak mampu menjangkau hakikat sesuatu. Umpamanya, seseorang yang memohon kepada Allah SWT agar diberikan kemewahan yang melimpah, namun Allah SWT tidak menunaikan hajatnya itu, lantas dia merasa diri tidak bernasib baik. Padahal Allah SWT tidak menunaikan hajatnya itu kerana kasih-sayang Allah SWT kepadanya. Allah SWT mengetahui orang ini sekiranya dia berada dalam kemewahan, dia akan lupa kepada Allah SWT maka rugilah kehidupan akhiratnya nanti. Allah SWT ingin menyelamatkannya lalu ditangguh do`a tersebut untuk hari akhirat. Ini adalah contoh ringkas bagi memudahkan kefahaman pembaca. Oleh itu kepadaNya kita berserah. Bahkan apabila kita berada di alam akhirat nanti, kita akan berasa betapa beruntungnya segala do`a yang tidak dimaqbulkan itu ditangguh untuk diberi ganjaran besar ketika kita dihisab di Mahsyar kelak lalu segala do`a tersebut menjadi penyelamat kita dari keperitan neraka atau pengangkat darjat keistimewaan kita di syurga. Di sana nanti satu persatu do`a yang ditangguh itu ditunaikan dengan cara lebih baik dari yang dijangka oleh seseorang hamba.

Ketiga: Do`a diganti dengan keselamatan diri dari keburukan yang akan mengenainya. Hasilnya, betapa banyak keburukan yang insan terselamat darinya tidak dengan kehebatan atau kebijaksanaannya tetapi rahmat Allah SWT yang barangkali datang hasil dari do`a-do`a kita yang berbagai kepada Allah SWT.

Di samping itu semua, wajar diingatkan, perbuatan berdo`a itu adalah suatu ibadah. Insan dianggap melakukan kebaktian dan ibadah ketika dia berdo`a kepada tuhannya. Sama ada sesuatu do`a dimakbul atau tidak, pahala pasti ada di sisi Allah SWT.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Do`a itu adalah ibadah" - Hadith riwayat at-Tirmizi hadith ke-3372, Abu Daud hadith ke-1479, Ibnu Majah hadith ke-3828. Kata al-Tirmizi: Hadith ini hasan sahih Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani dalam Ahkam al-Janaiz: Hadith ini sanadnya sahih, seperti apa yang nyatakan oleh al-Hakim dan al-Zahabi.( m.s. 247. Ctk. Riyadh.)

Berdasarkan riwayat di atas kita dapat merasai betapa luasnya rahmat Allah SWT. Bukan sahaja insan senantiasa dibuka peluang untuk meminta daripadaNya, bahkan setiap do`a yang dikemukakan dijadikan ibadat iaitu diberi balasan pahala di sisiNya. Demikian Allah SWT Yang Maha Luas RahmatNya bertambah banyak pemohan kita kepadanya bertambah pula kasihNya kepada kita.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia di sisi Allah melebihi do`a" - Hadith Riwayat al-Tirmizi hadith ke-3370, Ibnu Majah 3829. Kata al-Tirmizi hadith ini `hasan gharib)

"Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang yang sombong dan takabbur daripada beribadah dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina." - Surah Al-Ghafir; ayat ke-60..

Bahkan di sana terdapat dalil-dalil yang begitu banyak yang menggambarkan begitu besarnya kelebihan berdo`a. Ini kerana do`a adalah perlambangan tunduk serta rasa hina diri dan berhajatnya insan kepada pertolongan Allah SWT Yang Maha Berkuasa. Oleh itu berdo`alah kita kepadaNya dan jangan berputus asa dari rahmatnya.

Wallahualam..

-ibnumustafa-

Monday, October 11, 2010

Kemalangan Ngeri di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan

Salam takziah dan al-Fatihah saya ucapkan buat keluarga mangsa nahas di Kilometer 223, Lebuhraya Utara-Selatan, berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat dekat Rembau petang semalam, bersamaan tarikh keramat 10-10-10. Tragedi tersebut melibatkan bas ekspress Delima, bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), sebuah van dan tiga kereta.Nahas berlaku apabila sebuah bas ekspres Delima yang dipercayai dipandu laju dari arah selatan gagal dikawal lalu terbabas dan melanggar pembahagi lebuh raya sebelum melambung ke laluan bertentangan.







































Bas ekspres itu yang dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur kemudian melanggar sebuah van dan kereta sebelum menghempap dua buah kereta lain dalam kejadian pada 6.50 petang itu.

Pada masa yang sama, sebuah bas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang dinaiki ahli Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) turut gagal mengelak dan melanggar bas ekspres itu.

Tragedi Oktober itu mengakibatkan puluhan ribu kenderaan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lewat malam ini apabila pihak berkuasa terpaksa menutup laluan di kedua-dua arah untuk kerja-kerja menyelamat.

Lagi berita sila layari Kosmo!

-ibnumustafa-