Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung.
Di zaman 2000 ke atas, 10 pakai tudung, 1 orang tak pakai tudung.
Tetapi yang memakai tudung ada bermacam ragam dan ada yang memakai tudung kerana pelbagai tujuan.
- Ada yang memakai sebab ikut-ikutan.
- Ada yang memakai sebab malu kalau tak pakai.
- Ada yang memakai sebab trend wanita Muslim pakai tudung.
- Ada yang memakai sebab ia adalah uniform sekolah atau sebahagian dari pakaian tempat kerja.
- Ada yang memakai sebab ada peraturan suruh pakai seperti di dalam masjid atau di pasar Khadijah.
- Ada yang memakai sebab takut pada mak ayah.
- Jarang sekali ditemui memakai kerana iman dan taqwa, kerana iman dan taqwa sukar dinilai.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita Muslim mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.
Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna.
“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka (isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis dan ketat). Di atas kepala mereka pula (wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”. - Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.
- Ada yang memakai tudung, tetapi menampakkan jambul; rambut masih terurai di depan dan di belakang.
- Ada yang memakai tudung, tetapi masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya.
Tudung yang menyerupai pakaian sister
"Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka". - Hadith Riwayat Abu Daud.
- Ada yang memakai tudung, tetapi masih menampakkan bayangan rambutnya kerana kain tudung yang nipis.
- Ada yang memakai tudung, tetapi memakai T-shirt ketat hingga menampakkan bentuk payudara; bentuk badan dan kulit tangan.
- Ada yang memakai tudung, tetapi memakai seluar hingga menampakkan lingkaran tubuh bahagian bawah pusat hingga ke lutut.
- Ada yang memakai tudung, tetapi memakai skirt hingga menampakkan betis.
Bila hati sudah buta.. beginilah jadinya..
- Ada yang memakai tudung, tetapi masih pakai pakaian yang ketat atau transparent.
- Juga ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Muslim kini.
Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya (peramugari), dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.
Malah labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.
Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita.
Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.
Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Muslim sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah, lalu jalan mendabik dada. Sudahlah memakai tudung kecil yang terang-terangan menampakkan dada.
Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tetapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan kita kepadaNya.
Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia.
Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
- Ada orang yang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang.
- Ada orang yang bertudung tetapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki.
- Ada orang yang bertudung tetapi masih terlibat dengan pergaulan bebas.
- Ada orang yang bertudung tetapi masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan mahramnya.
Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh mereka yang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini.
Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam.
Mereka merasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung.
Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.
Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk mempelajari dan memeluk Islam kerana sikap umat Islam sendiri yang tidak menjaga kemuliaan dan kesucian Islam; malah acuh tak acuh terhadap syariat Islam.
Wallahualam..
-ibnumustafa-
No comments:
Post a Comment