PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, February 20, 2013

INFO SIHAT: Buah Durian Belanda Pembunuh Semulajadi Sel Kanser?


Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat daripada terapi kemo. Tetapi kenapa kita tidak menghetahuinya?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia dikenali sebagai buah 'Sirsak' manakala di Malaysia dipanggil sebagai 'Durian Belanda'. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara dibuang kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah Durian Belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus, berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan lebihan gula, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

 
Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh di pedalaman hutan Amazon, tumbuh 'Pohon Ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “Pohon Ajaib” dan buahnya ini mampu:

1. Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

2. Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

 
3. Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.
 

4. Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya.

Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah:

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, di antaranya kanser: Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser berbanding dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada “Pohon Ajaib” ini, selama bertahun-tahun tetapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini?


Jawabnya adalah: Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar telah melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh di hutan Amazon ini.


Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini: kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan: sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. 

Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan!
 
Tetapi.. Kisah Graviola hampir berakhir disini.. Kenapa?

Di bawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk membuat ubat adalah DILARANG untuk dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaut keuntungan besar. Tetapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gagal setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti yang disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute.


Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Wallahu'alam..
 

Sebarkan maklumat berharga ini kepada seluruh ahli keluarga anda, saudara anda, sahabat handai dan rakan taulan yang kita kasihi.

-ibnumustafa

Thursday, January 24, 2013


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1434/2013

“Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W.); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah Al-Ahzab; ayat 56.

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِسَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلۓِ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dan juga seluruh ahli keluarga dan sahabatnya~

-ibnumustafa-

Friday, September 14, 2012

JOM BANTAH FILEM "INNOCENCE OF MUSLIMS"!!


Allah S.W.T berfirman;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِنْ دُونِكُمْ لا يَأْلُونَكُمْ خَبَالا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الآيَاتِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْقِلُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya." - Surah Ali Imran; ayat 118. 

Wahai saudara ku sekalian kaum muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah S.W.T.. Nabi MUHAMMAD S.A.W Junjungan Mulia yang kita cintai hari ini dicaci hina oleh kaum KAFIR LAKNATULLAH 'ALAIH..

Diumumkan kepada seluruh umat Islam yang mengimani enam rukun iman, dimana salah satunya adalah beriman kepada para Rasul untuk sama-sama memprotes salah satu bentuk tindakan liar orang-orang liberal menyemarakkan kemarahan umat Islam dengan menerbit sebuah filem pendek yang bertajuk.. "
Innocence of Muslims" yang menghina Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW,

Dan diharapkan kepada semua BLOGGER MUSLIM agar pesanan ini di copy paste dan disebar-luaskan lagi seberapa segera untuk aksi solidariti muslim seluruh dunia,

Dan kepada mereka yg memiliki akaun laman sosial facebook dan twitter bolehlah membuat salinan dan berkongsi bersama pesanan ini di profile, group dan pages masing-masing dengan seberapa segera.

Salin sahaja pesanan ini dan sebarkan seluasnya:


INFO : WAKE UP-CALL!






"Kami umat Islam seluruh dunia membantah sekeras-kerasnya penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang menghina Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W."


SALAM JIHAD:
  • TAMPILKAN INFO INI DI PROFILE FACEBOOK DAN TWITTER ANDA
  • SEBARKAN INFO INI DI DUNIA MAYA DAN DUNIA NYATA
  • JIKA KAMU SEMUA DARI BAHAGIAN MEDIA DAN CETAK SILA PUBLISITIKAN BERITA INI
  • MATI SYAHID DAN HIDUP MULIA ADALAH TUJUAN DAN MATLAMAT KITA 
  • TEGAKKAN SYARIAT ISLAM ADALAH TANGGUNGJAWAB KITA

ALLAHU AKBAR !!!
ALLAHU AKBAR !!!
ALLAHU AKBAR !!!

Marilah kita sama-sama berdoa kepada ALLAH S.W.T atas semua hinaan ini.. Semoga ALLAH S.W.T menurunkan azab dan laknatNya ke atas mereka yang menerbit, menayang dan menyokong penerbitan filem yang terhina ini..

Aamieen Ya ALLAH Ya Rabb al 'Alamieen..


Berkebetulan hari Jumaat yang penuh keberkataan ini marilah kita sama-sama memperbanyakkan selawat dan salam kita ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarganya..

“Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad S.A.W.); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah Al-Ahzab; ayat 56.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada h
ari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلۓِ آلِ سَيّدنَآ مُحَمَّدٍ

Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W dan seluruh ahli keluarganya..

Wassalamu'alaikum Wrt Wbr..

-ibnumustafa-

Sunday, August 19, 2012

 
Assalamu'alaikum & Salam sejahtera..

Kepada semua pengunjung sesemutemas.blogspot yang dikasihi,
Ramadhan berlalu melabuhkan tirainya, hadirnya Syawal menampakkan sinarnya, gemilang sebulan berpuasa telah berakhir. Hari ini seluruh umat Islam sedang menyambut keriangan Aidilfitri, disambut teman, sahabat, saudara mara, keluarga dan yang tersayang..

Di kesempatan ini, saya ingin mengambil kesempatan menyusun jemari, menebar hati memohon ampun dan maaf sesama kita seandai ada terkasar bahasa, terguris di dada, terlanjur perbuatan, terlepas tingkah hingga mencuit rasa hati teman-teman dan para pengunjung..

Kita dahulukan agama, tinggalkan seketika fahaman minda, hentikan permusuhan dan dendam. Atas nama Islah, ucapan maaf ini dipohon agar bersama kita mendapat keberkatanNYA dan, InsyaALLAH Syawal kali ini menjernihkan yang kelam, menyeri yang pudar..

Salam Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin buat kalian para pengunjung, bersama kita jalinkan ukhwah ini agar tidak terlerai..

Dengan ingatan tulus ikhlas,
 
-ibnumustafa-

Saturday, July 21, 2012

Memaafkan Lebih Membahagiakan Daripada Membenci

Di saat dalam kesendirian dan kesepian begitu berat beban hidup ini ketika kita disakiti atau dizalimi justru oleh orang yang kita sayangi atau orang lain, mengadu kepada Allah dengan tanpa disedari air mata itu mengalir membasahi pipi, tak kuasa untuk dibendungnya kerana perih di hati, "Ya Allah, bagaimana caranya menyembuhkan luka hati ini?" Ujian, cubaan tak kuasa untuk dipikulku sendiri. Suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang sudah terjadi kerana luka itu teramat perih. Marah, dendam dan kecewa campur aduk, "Kamulah penyebab aku menderita begini! Aku akan hancurkan kamu!" jika kita telah disakiti begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah dikotori dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup kita menderita. Kita harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati kita. Mohonlah keampunan kepada Allah S.W.T untuknya. Sebenarnya kita termasuk di kalangan orang-orang yang diberikan rahmat oleh Allah S.W.T.

Jika kita disakiti bererti kita sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah S.W.T. Allah S.W.T memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika kita tidak membalas tetapi bersabar dan memaafkan orang yang telah menyakiti hati kita maka Allah S.W.T akan memberikan keampunan ke atas dosa-dosa kita dan Allah S.W.T menganugerahkan kepada kita kehidupan yang lebih sihat, indah dan membahagiakan bagi kita.

"
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). [39] Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya; dalam pada itu sesiapa yang memaafkan (kejahatan orang) dan berbuat baik (kepadanya), maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlaku zalim. [40] Dan sesungguhnya orang yang bertindak membela diri setelah ia dizalimi, maka mereka yang demikian keadaannya, tidak ada sebarang jalan hendak menyalahkan mereka. [41] Sesungguhnya jalan (untuk menyalahkan) hanyalah terhadap orang-orang yang melakukan kezaliman kepada manusia dan bermaharajalela di muka bumi dengan tiada sebarang alasan yang benar. Mereka itulah orang-orang yang beroleh azab seksa yang tidak berperi sakitnya. [42] Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). [43]" - Surah Asy-Syura'; ayat 39-43.

-ibnumustafa-

Thursday, May 24, 2012

Anggota Tubuh Akan Bersaksi

Bismillah,

Ðaripada Anas bin Malik, pada suatu hari apabila Rasulullah SAW bersama-sama para sahabatnya, Baginda tiba-tiba tertawa sehingga kelihatan gigi-gigi Baginda. Baginda lalu bertanya kepada para sahabat, “Tahukah kamu semua mengapa aku tertawa?”

Para sahabat seperti biasa menjawab dengan penuh rendah diri, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, “(Aku tertawa) kerana perdebatan seorang hamba dengan Tuhannya pada hari pembalasan. Ia berkata: ‘ Wahai Tuhan, tidakkah Engkau melindungiku daripada kezaliman?’ Allah menjawab: ‘Ya.’ Ia berkata: ‘Kalau begitu, aku tidak akan menerima penyaksian kecuali yang berasal daripada diriku sendiri.’ Allah berfirman (yang bermaksud): ‘Cukuplah pada hari ini tubuhmu sendiri yang akan menjadi saksi, juga para malaikat pencatat amalan.’”

Mulut orang itu lalu ditutup rapat dan dikatakan kepada anggota tubuhnya: “Berbicaralah.” Maka satu persatu anggota tubuhnya mula bercerita tentang semua perbuatan yang pernah dilakukannya ketika di dunia. Apabila mulutnya kembali dibuka untuk berbicara, dia mencela semua anggota tubuhnya. Ðia berkata: “Celaka kamu. Sesungguhnya aku sedang berusaha untuk membelamu!” (Hadis riwayat Muslim dan an-Nasa’i)

Mahkamah Akhirat

Mahkamah akhirat mirip mahkamah dunia. Setiap kali sesuatu tuduhan ditimpakan kepada manusia, bukti-bukti dan saksi-saksi segera dihadirkan terutamanya apabila pihak tertuduh mengingkari tuduhan tersebut. Semua ini dilakukan agar hak setiap manusia terjaga daripada kezaliman di mahkamah Allah Yang Maha Adil.

Pelbagai hadis menyebut bahawa saksi-saksi dan bukti-bukti itu cukup banyak. Ia terdiri daripada para malaikat, jin, manusia, bahkan termasuk juga benda-benda yang kita anggap tidak bernyawa seperti tanah, batu dan sebagainya. Semua ini akan dihadirkan pada hari kiamat kelak sebagai saksi, sama ada untuk membela ataupun sebaliknya, mengecam kita.

Ðalam hadis at-Tirmidzi daripada Abu Hurairah, pada suatu hari Rasulullah SAW membaca ayat (surah al-Zalzalah ayat 4) yang bermaksud, “Pada hari itu, (bumi) akan mendedahkan khabar-khabarnya.”

Lalu Baginda bertanya, “Tahukah kamu apakah khabar-khabar itu?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Baginda bersabda, mafhumnya, “Bumi akan bersaksi tentang amalan yang dilakukan setiap hamba Allah; lelaki dan perempuan. Ia berkata: ‘Si Polan melakukan perkara ini pada hari ini dan seterusnya (pelbagai lagi kesaksian).’”

Saksi-saksi dihadirkan bukan hanya sebagai bukti. Mereka juga menjadi sebab kebanggaan bagi orang yang berbuat kebaikan, sekali gus menjadi sebab kehinaan bagi orang yang melakukan kesalahan. Oleh sebab pengadilan di mahkamah akhirat ini berlaku di hadapan semua makhluk, maka setiap dosa dan pahala akan didedahkan secara terbuka. Tiada rahsia lagi.

Anggota tubuh

Antara semua saksi, anggota tubuh kita ialah saksi penentu. Mereka sangat dekat dengan kita dan turut terlibat dalam setiap dosa yang kita lakukan. Ði akhirat nanti, Allah akan meminta penyaksian mereka atas semua perbuatan kita di dunia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Sehingga apabila mereka sampai ke neraka, maka bersaksilah pendengaran, penglihatan dan kulit mereka tentang apa yang telah dikerjakan oleh mereka. Ðan mereka berkata kepada kulit: ‘Mengapa kamu menjadi saksi terhadap kami?’ Kulit mereka menjawab: ‘Allah yang menjadikan segala sesuatu pandai berbicara, lalu telah menjadikan kami pandai berbicara (juga).’” (Surah Fussilat 41:20-21)

Ðalam ayat yang lain, Allah berfirman yang bermaksud, “Pada hari ini, Kami tutup mulut mereka dan tangan-tangan mereka akan berbicara kepada Kami serta kaki-kaki mereka akan bersaksi tentang apa yang mereka lakukan dahulu (semasa di dunia).” (Surah Yasin 36:65)

Sebuah penghinaan

Al-Tahir bin ‘Ashur berkata, “Penyaksian anggota tubuh ialah penyaksian untuk menafikan dan mendedahkan aib mereka sendiri. Ini kerana apabila para pendosa ini melihat neraka, mereka berusaha menyelamatkan diri sendiri dengan menafikan sebahagian dosa itu. Padahal Allah mengetahui semua amal perbuatan mereka, malah para malaikat pun telah merekodkan secara rapi setiap amalan itu. Semestinya mereka tidak dibawa ke neraka, melainkan kerana dosa-dosa itu. Maka, penyaksian anggota tubuh hanyalah untuk menambahkan kehinaan dan penyesalan di hati mereka.”

Ðemikian jelas beliau dalam kitab tafsirnya al-Tahrir wa al-Tanwir.

Selain itu, penyaksian tubuh ini juga mengajarkan kita suatu pengajaran berharga. Ia mengingatkan bahawa kita tidak pernah bersendirian. Ði mana-mana juga kita berada, walau di tempat yang paling sunyi sekalipun, saksi-saksi Allah sentiasa mengawasi kita.

Al-Zamakhshari berkata, “Ayat ini mengingatkan seorang Mukmin agar dia selalu menyedari pengawasan Allah SWT. Hingga pada waktu-waktu bersendirian pun, orang Mukmin mesti menjaga dirinya lebih daripada sewaktu bersama-sama orang ramai.” Ðemikian nukilan beliau dalam tafsir al-Kashshaf.

Paha kiri

Ðaripada ‘Uqbah bin ‘Amir, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Tulang manusia yang pertama bersaksi sekali sewaktu mulut ditutup ialah paha kirinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan at-Tabrani). Namun dalam sanad hadis ini terdapat perawi yang mubham (tidak diketahui identitinya).

Ðalam riwayat Ibn Jarir daripada Abu Musa, beliau berkata, “Menurutku, anggota tubuh pertama yang akan berbicara ialah paha kanannya.”

Sama ada paha kanan atau paha kiri, kita dapat menyimpulkan bahawa dosa zina dan yang seumpama dengannya seperti liwat atau melancap, adalah antara perkara pertama yang akan dibicarakan. Tentu sahaja, kedua-dua paha manusia akan diminta bersaksi sebab mereka ialah anggota yang paling dekat dengan kemaluan. Pelaku maksiat yang boleh selamat di mahkamah dunia, semestinya tidak akan selamat di mahkamah akhirat.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang menjamin bagiku apa-apa yang berada di antara kedua-dua kakinya (yakni kemaluan) dan apa-apa berada di antara kedua-dua  rahangnya (yakni lidah), maka aku akan menjamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Setelah itu, satu persatu anggota tubuh manusia yang lain akan memberi kesaksian. Mata akan bersaksi tentang apa yang dilihatnya. Telinga akan bersaksi tentang apa yang didengarinya. Begitu juga dengan kulit yang membalut seluruh tubuh akan bersaksi tentang apa yang ia rasa dan sentuh. Semuanya akan didedahkan sebagai tanda ketundukkan mereka kepada Allah SWT.

Hamba Allah

Tidak terbayang betapa malunya kita apabila anggota tubuh kita sendiri menjadi saksi atas semua perbuatan dosa yang pernah kita lakukan. Pada waktu itu baru kita tersedar, anggota tubuh ini sebenarnya bukan milik kita. Mereka juga hamba Allah SWT.

Hakikatnya, anggota tubuh ini tidak sesekali bersetuju dengan kita apabila kita melakukan maksiat. Jika mereka  mampu pasti mereka ingin menolak, namun mereka terpaksa tunduk kepada iradat kita kerana itu sunnatullah di muka bumi. Jadi, anggota tubuh kita terlibat melakukan maksiat sambil merasakan ketakutan atas azab Allah SWT. Kerana takut kepada Allah, setiap hari anggota tubuh kita saling mengingatkan satu sama lain agar tidak bermaksiat kepada-Nya.

Ðalam Sunan at-Tirmidzi, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Setiap pagi, semua anggota tubuh manusia mengingatkan lidah. Mereka berkata: ‘Takutlah kepada Allah untuk kami. Kami ini hanya mengikut kamu. Jika engkau lurus, maka kami pun lurus. Ðan jika engkau bengkok, maka kami pun bengkok.’”

Jika sebegitu takut mereka kepada Allah, bayangkan kebencian mereka apabila terpaksa melakukan maksiat. Ði akhirat nanti, mereka akan mendedahkan semua ini dengan penuh kemarahan. Mereka akan bersaksi dengan jujur walaupun terpaksa membahayakan diri sendiri.

Walau ketika bersendirian

Sungguh lalai hati yang tidak menyedari hakikat ini. Sungguh tidak bersyukur seseorang yang diberikan anggota tubuh yang indah dan sempurna, namun merosakkannya dengan maksiat.

Sesiapa yang menjaga hak Allah walaupun ketika bersendirian, pada hakikatnya dia sedang menjalin persahabatan antara dirinya dengan seluruh anggota tubuhnya. Jika di dunia anggota tubuh dilindungi daripada maksiat, di akhirat nanti mereka tidak akan bersaksi untuk membahayakan kita.

Seorang ulama tabiin di Basrah bernama Qatadah (w.118H) berkata, “Wahai manusia, sesungguhnya saksi-saksi Allah terdapat di dalam tubuhmu. Maka jagalah mereka dan bertakwalah kepada Allah walaupun ketika bersendirian.”

Wallahu ‘alam.

Sumber : Umar M.Noor di Solusi ISU#42 (hlm 111-112)

Sunday, February 12, 2012

Kelahiran Rasulullah S.A.W Penyelamat Golongan Wanita

Dalam kehidupan zaman Jahiliyyah, golongan wanita dan kanak-kanak perempuan tidak ada tempat dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.

Mereka dianggap golongan kasta atau kelas kedua atau ketiga, mereka dianggap barangan yang tiada nilai, ia boleh ditungganggi pada bila-bila masa dan boleh ditimbus pada bila-bila masa, mereka dianggap pembawa mala petaka kepada keluarga, justeru, mereka boleh dihapuskan dari muka bumi ini.


Golongan wanita dikenali sebagai pembawa penyakit HIV iaitu satu sindrom virus pada ketika itu kerana terlibat dalam pelacuran di luar kawalan, walau apapun mereka diperlukan oleh golongan lelaki bagi memuaskan nafsu serakahnya selepas selesai aktiviti harian mereka dalam pelbagi sektor.


Majoriti golongan wanita begitu, melainkan Aminah R.A, bonda kepada Nabi Muhammad S.A.W yang dipelihara oleh Allah S.W.T dari segala sifat kekurangan dan kedurjanaan, ini kerana Allah S.W.T tidak izinkan Baginda lahir dari seorang wanita bermasalah yang boleh menimbulkan masalah kepada Baginda ketika hendak menyampaikan risalah Islam, malah dipertikaikan pula oleh masyarakat manusia di sekelilingnya, apatah lagi Baginda membawa satu ajaran agama yang menjadi asing buat mereka.


Kedudukan wanita dan lelaki adalah sama di dalam Islam

Dengan termeterainya kerasulan Nabi Muhammad S.A.W, Baginda telah menyamakan mereka dalam segenap tindakan dalam amal ibadah, penerimaan pahala, keimanan kepada Allah S.W.T adalah sama antara lelaki dan wanita, malah jika terdapat di kalangan wanita yang lebih baik amal ibadah serta ketaqwaannya kepada Allah S.W.T, mereka adalah lebih mulia, kerana janji Allah S.W.T di dalam Al-Quran bahawa sesungguhnya mereka yang terbaik adalah yang paling bertaqwa di sisi Allah S.W.T.

Walau bagaimanapun dalam bab jihad pula, golongan wanita tidak perlu mengangkat senjata untuk mati syahid di medan pertempuran menentang musuh Islam, cukup dengan membenar atau mengizinkan para suami mereka untuk berjihad dan mereka melaksanakan tuntutan sebagai muslimah sejati dengan tanggungjawab rutin sebagai hamba Allah S.W.T, isteri atau ibu kepada anak-anak di rumah serta memelihara harga diri dengan baik.

Perbezaan mereka hanya pada sudut penutupan aurat, cara pemakaian, iaitu wanita dibenarkan memakai emas dan sutera sesuai dangan fitrah mereka, sementara orang lelaki diharamkan memakai kedua-dua bahan tersebut kerana tidak sesuai dengan cara, fitrah serta penemapilan mereka yang gagah dan berani.

Jihad seorang Wanita

Apabila disebut perkataan 'jihad', apakah yang terlintas di dalam fikiran kita? Serta-merta tergambar kesungguhan berkorban yang akan menimbulkan semangat berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir! Semangat ini memang baik dan perlu dipupuk bertepatan dengan ketetapan Islam serta kehendak Allah S.W.T.

Hakikat Jihad

Definisi JIHAD menurut syara' ialah seorang muslim menyerahkan tenaganya untuk mempertahan dan menyebarkan Islam bagi mencapai keredhaan Allah S.W.T. Dari situ nanti akan terbentuk sebuah masyarakat Islam dan seterusnya akan terbina negara Islam yang sihat. Jihad mesti berterusan hingga ke hari qiamat. Martabat jihad yang paling rendah ialah jihad di dalam hati dan yang paling tinggi ialah berperang di atas jalan Allah S.W.T. Mengorbankan waktu, harta dan kepentingan diri sendiri demi kebaikan Islam serta ummatnya juga dikira sebagai jihad. Begitu juga dengan menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran serta memperjelaskan hakikat keEsaaan Allah S.W.T juga merupakan sebahagian daripada jihad.

Bagimanakah kedudukan wanita dalam jihad?

Jawapan kepada persoalan ini mesti benar-benar difahami supaya sumbangan kita di dalam jihad akan menguntungkan Islam. Oleh itu, kita perlu menyingkap kembali lembaran sejarah Rasulullah S.A.W untuk mengambil iktibar tentang persoalan jihad bagi kaum wanita.

Diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Tabrani, pada suatu hari seorang wanita bernama Zainab yang bergelar Khatibatin-nisa' (wanita yang pintar berpidato) datang menemui Rasulullah S.A.W lalu berkata:

"Aku telah diutus oleh kaum wanita kepada engkau. Jihad yang diwajibkan oleh Allah S.W.T ke atas kaum lelaki itu, jika mereka luka parah, mereka mendapat pahala. Dan jika mereka gugur pula, mereka hidup di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. Manakala kami kaum wanita, sering membantu mereka. Maka apakah pula balasan kami untuk semua itu?"

Bersabda Rasulullah S.A.W:

"Sampaikanlah kepada sesiapa yang engkau temui daripada kaum wanita, bahawasanya taat kepada suami serta mengakui haknya adalah menyamai pahala orang yang berjihad pada jalan Allah, tetapi adalah sangat sedikit sekali daripada golongan kamu yang dapat melakukan demikian."

Pada ketika yang lain, Rasulullah S.A.W pernah ditanya:

"Wahai Rasulullah, perempuan manakah yang baik?"

Baginda S.A.W menjawab:

"Perempuan yang menggembirakan suaminya apabila si suami memandangnya, mentaati suami apabila diperintah dan tidak menyalahi suaminya baik mengenai diri peribadinya, harta kekayaannya atau dengan apa yang dibenci oleh suaminya."

Pada dasarnya, kaum wanita disamakan dengan kaum lelaki dalam tanggungjawab agama sama ada mengenai aqidah, ibadah dan muamalah, kecuali tanggungjawab yang khusus yang sesuai dengan fitrah (nature) kaum wanita. Begitu juga dengan tanggungjawab jihad yang diwajibkan kepada kaum lelaki tidak diwajibkan kepada kaum wanita. Seandainya kaum wanita berupaya pergi bersama-sama kaum lelaki ke medan pertempuran, tidaklah ditolak oleh Islam. Bagaimanapun tugas ini hanya dianggap sebagai sumbangan tambahan.

Kita perlu jelas jihad yang paling utama dan dituntut kepada setiap wanita ialah taat kepada suami dan mengakui hak suami, manakala jihad di luar rumah adalah sumbangan tambahan bagi mereka yang berbuat demikian.

Mudah-mudahan kita sama-sama dapat merenung bagaimana ajaran Baginda Rasulullah S.A.W yang cukup relevan di setiap masa, tempat dan kedudukan manusia di sepanjang zaman untuk dilaksanakan sebagai cara hidup yang gemilang.

-ibnumustafa-