Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitab beliau "Fiqh Awlawiyyat fi Dhaw Al-Quran wa AS-Sunnah" pernah menegaskan kepentingan untuk memahami Maqasid berbanding hanya terikat dan memegang buta kepada nas zohir semata-mata.Demonstrasi dan boikot sememangnya tidak terdapat di waktu pemerintahan Baginda Rasulullah s.a.w.
Namun begitu, ini tidak semestinya menjadikannya sebagai bid’ah, Islam melihat perkara ini kepada maqasid atau maksud sesuatu pelaksanaan itu dibuat.
Ia berbeza dengan ibadat khusus dimana didalam kaedah fiqh ada menyebut “asal sesuatuibadah hukumnya haram kecuali kalau ada dalil yang memerintahkannya” Tetapi demonstrasi dan boikot adalah tergolong dalam bab muamalat kerana ia melibatkan urusan manusia dengan manusia yang diberikan kelonggaran di dalam Islam yang mana penentuan hukumnya adalah berdasarkan hikmah dan tujuannya.
Jika kita lihat tujuan diadakan demonstrasi adalah seperti berikut:
-Menyerlahkan pengaruh dan kuasa
-Menyedarkan tentang kezaliman dan penindasan
-Menyatakan pandangan secara terbuka
-Memperkasakan kecenderungan kelompok
-Mempamerkan kekuatan kelompok -Menyampaikan hasrat
-Mempertahankan hak
Manakala boikot yang dilakukan keatas produk yahudi dan Amerika adalah bertujuan untuk melemahkan ekonomi Zionist dan sekutu-sekutunya serta pada dalam masa yang sama mengukuhkan ekonomi negara Arab dan orang Islam bagi menjadikan mereka berdikari didalam ekonomi mereka.
Jika kita lihat tujuan ia dilakukan adalah baik dan tidak bercanggah dengan islam jika ia ia bebas dari perkara2 yg dilarang oleh syarak. Malah pemboikotan juga memberi kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka dan jika berjaya ia kemungkinan dapat membantut hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap islam.
Sebagai contohnya dalam bulan Oktober 2002, McDonald’s menutup operasi mereka di Asia Tengah kerana kerugian akibat kesan secara langsung daripada usaha boikot. Di Jordan, 2 daripada 6 francais McDonald’s terpaksa ditutup kerana tidak mendapat sambutan. Sekiranya syarikat gergasi seperti McDonald’s boleh menerima kesan dan tekanan akibat boikot, sudah tentu syarikat-syarikat yang lebih kecil, yang menyokong Israel , akan membuka mata dan berhati-hati dengan usaha boikot ini.
Sebagai contoh lain Coca-Cola yang sekian lama mendominasi pasaran Asia Tengah telah mengalami kemerosotan jualan sehingga 60% akibat boikot. Kemerosotan ini telah membuka peluang kepada produk alternatif milik perniagaan Muslim dari Iran ZamZam Cola. ZamZam Cola sehinggakan tidak dapat menampung permintaan bagi memenuhi kekosongan pasaran Coca-Cola.
Malahan, mereka berjaya menjual sebayak 4milion tin minuman dalam minggu pertama, suatu yang tidak sekali-kali dijangka dan sekarang ZamZam Cola meluaskan perniagaan dengan membuka kilang-kilang di negara Teluk, sekaligus memberi peluang pekerjaan yang jauh lebih menyeluruh kepada masyarakat. Dan buat pertama kalinya sebuah negara dari Eropah, iaitu Denmark , mula mengimpot ZamZam Cola.
Jika kita lihat boikot adalah salah satu kekuatan umat islam untuk menggerunkan musuh-musuh Allah dan melemahkan ekonomi mereka serta dapat mendesak mereka untuk memberhentikan serangan keatas rakyat palestin. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk berperang untuk menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan) .[ Surah al-Anfal:60]
Dalam ayat tersebut jelas Allah memerintahkan kaum muslimin agar menyediakan segala jenis apa sahaja kekuatan yang ada supaya dapat menggerunkan musuh dan BOIKOT dan DEMONSTARSI termasuk salah satunya.
Bukan itu sahaja malah boikot juga dapat menzahirkan sifat wala’ dan bara’ sesama saudara umat islam kerana berwala’ (sikap setia) terhadap orang-orang yang berakidah islam dan memusuhi orang-orang yang menentangnya adalah satu cabang iman. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan shalat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk (kepada Allah). Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut (agama) Allah itulah yang pasti menang.(Surah Al-Maidah :55-56). Dan Allah berfirman:
Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara (Surah Al-Hujurat :10).
Oleh itu sikap wal’ dan bara’ perlu ada pada setiap umat islam kerana ia merupakan satu cabang yang penting dan sikap itu dapat menzahirkan keimanan kita kepada Allah SWT.
Demonstrasi termasuk tasyabbuh golongan kafir?
Masalah berkaitan dengan demonstrasi ada juga beberapa pandangan mengatakan demonstrasi adalah termasuk dalam tasyabbuh golongan kafir malah ada yang mengatatakan sama seperti khawarij dan perkara itu tidak pernah dilakukan oleh Nabi SAW.
Penulis tertarik apa yang dikatakan Dr Asri dalam artikelnya “ Palestin:Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan” bahawa “Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.
Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.
Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.”
Syeikh Salman al-’Audah (Musyrif al-’Am Laman islamtoday.net) mengatakan “Kami melihat tidak mengapa umat Islam berhimpun untuk menyatakan protes mereka terhadap penderitaan saudara mereka di Palestin, dalam bentuk domentrasi itu aman dan jauh daripada menimbulkan gangguan dan menyusahkan penduduk atau merencatkan kerja-kerja mereka. Tidak ada di dalamnya perbuatan mungkar yang diharamkan oleh ALlah semampu mungkin. Ini adalah satu bentuk membantu saudara-saudara kamu, ia dapat memberi impak kepada Yahudi, dan kepada sekutu-sekutunya di setiap tempat. Impaknya juga dapat menyampaikan massage Islam ke masyarakat barat yang akal mereka sentiasa didominasi oleh Yahudi yang menyampaikan massage yang tidak benar kepada mereka. Asal dalam perkara-perkara seumpama ini (demonstrasi) adalah harus, dan tidak memerlukan dalil yang khusus (untuk membenarkannya). Sesungguhnya terdapat di dalam sirah, yang mana umat Islam keluar dengan dua barisan apabila islamnya Hamzah dan Umar, akan tetapi ianya lemah, akan tetapi memadailah tidak ada dalil yang melarang perkara seumpama ini (demostrasi) atau mengharamkannya, sebaliknya (domenstrasi itu) dilarang jika ianya akan membawa kepada kemudharatan, kerosakan dan kefasadan.”
Kenapa perlu menyamakan demonstrasi yang dilakukan mengikut prinsip-prinsip islam dengan demonstrasi golongan khawarij? Jika dilihat, kita ketahui cara mereka lakukan memang bertentangan prinsip-prinsip islam berserta dengan tujuannya tetapi demonstrasi yang dilakukan dengan mengikut prinsip islam adalah berbeza dengan demonstrasi puak khawarij tersebut malah kalau nak dikatakan sebagai ibadah , bagaimana mungkin dikatakan sebegitu? Padahal semua orang pun tahu demonstrasi bukan sebuah ibadah malah di Barat sendiripun ia tidak anggap sebagai satu ibadah atau amalan khas.Mereka hanya anggap ia hanyalah sebuah wasilah dalam politik, sama dengan menggunakan internet ataupun radio atau TV saat berpolitik dan berdakwah.Jangan lupa bahawa islam itu tidak menghapuskan budaya dan adat resam sesuatu bangsa atau negari selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip islam kerana itulah antara faktor yang membawa islam berkembang pantas.
Dalam hadis Abu Daud hadith no. 2353 dan Hakim hadith no. 1698 juz 1 hal. 432 dan disahihkannya bahawa Nabi SAW bersabda:
“Agama akan selalu tegak selama manusia menyegerakan berbuka, kerana orang-orang Yahudi dan Nasrani melewatkannya”
Jika dilihat pada hadis tersebut orang islam, yahudi dan nasrani mereka semua berbuka jadi dari konsep itu sama cuma yang membezakannya hanya dari sudut “menyegerakannya” dan “melewatkannya”.
Daripada hadis tersebut penulis berpendapat demonstrasi boleh termasuk dalam tasyabbuh jika dilakukan seperti golongan-golongan khawarij tersebut tetapi jika kita mengubahnya mengikut prinsip-prinsip islam maka ia tidak termasuk tasyabbuh seperti mana dalam hadis di atas. Mereka berbuka kita pun berbuka TETAPI Nabi SAW mengubahnya caranya supaya tidak sama dengan yahudi dan Nasrani.
Contoh lain seperti ikhtisar dalam solat iaitu meletakkan tangan di atas pinggang kerana sunnah meletak tangan kanan di atas tangan kiri pada waktu solat adalah di atas dada bukan di atas pinggang. Jika tidak ia merupakan perbuatan orang-orang yahudi. Seperti yang dinyatakan A’isyah Radhiallahu ‘anha bahawa dia membenci berikhtishar dalam solat.
Katanya: Jangan menyerupai orang-orang yahudi . Dan katanya “ Sesungguhnya orang-orang Yahudi mengerjakan yang demikian itu. [Sahih Bukhari, Fathul Bari hadith no.3458]
Jika dilihat hadis itu orang Yahudi solat berdiri juga, sama dengan islam cuma yang membezakannya dari segi kedudukan tangan. Begitu juga dengan demonstrasi jika diubah mengikut prinsip-prinsip islam adakah itu juga tasyabbuh? Itu jika dilihat dari sudut ibadah tapi ia bukan ibadah khusus.Ia termasuk wasilah untuk menyuarakan pendapat.
Malah Nabi s.a.w pernah bersabda :
Kalian lebih tahu hal ehwal dunia kamu.[HR Muslim di dalam sahih Muslim, kutab al-Fafhail, hadis no: 2363]
Maknanya amat jelas. iaitu agama tidak turut campur dalam urusan-urusan manusia yang melibatkan perkara duniawi melainkan perkara ibadah. Jadi demonstrasi termasuk dalam hadis tersebut.
Dr Yusof al-Qaradhawi menyatakan demonstrasi termasuk dalam “Lilwasail hukmul maqasid”iaitu hukum perantara mengikut hukum tujuan. Ia seumpama tv. Ia adalah perkara yang baru. Jika digunakan untuk tujuan kebaikan maka diharuskan atau disunatkan. Jika digunakan untuk tujuan keburukan maka diharamkan.Ini termasukalah hukum demonstrasi. Ia bergantung kepada tujuan diadakan demokrasi tersebut.
Sebelum kita menjustifikasikan demonstrasi termasuk adalah peniruaan daripada orang kafir baik dikaji dulu secara terperinci. Kemungkinan orang baratlah yang meniru kita dan jika kita lihat banyak juga golongan Barat telah meniru kaum muslimin dalam berbagai masalah, dari masalah ilmu pengetahuan alam ,sosial, dari masalah sastera, kedoktoran dan pelbagai lagi.dan penulis akan kemukan bahawa demonstrasi pernah dilakukan oleh para sahabat samada perseorangan atau ramai. Antaranya:
- Demonstrasi Abu Dzar RA saat ia baru masuk Islam. Diriwayatkan saat ia baru masuk Islam, Nabi SAW sudah melarangnya [ berdemonstrasi ] untuk menunjukkan keislamannya di depan umum, namun ia bersikap keras dan berkata: “Demi ALLAH! Akan aku sampaikan risalah ini secara terang-terangan di depan mereka semua!” dan Nabi SAW membiarkannya. Maka Abu Dzar pun melakukannya.[Shahih Muslim, IV/1919-1925 ].
- Demonstrasi para Shahabat RA, melakukan solat secara terang-terangan di Ka’bah setelah Islamnya Umar RA. Berkata Ibnu Mas’ud RA: “Sungguh kami takut melakukan solat terang-terangan di Ka’bah sebelum Umar masuk Islam, namun setelah ia masuk Islam maka ia berani mengajak mereka bertengkar, sehingga kami berani melakukan solat terang-terangan disana [ Fathul Bari’, VII/41, 177]
Jika hendak mengatakan demonstrasi membawa kerosakan sama juga di pasaraya-pasaraya ramai pemuda pemudi berpeleseran dan berapa banyak berlakunya penzinaan, kecurian dan pelbagai lagi masalah.Haramkanlah juga pasaraya tersebut.
Dan penulis mengatakan sekali lagi bahawa demonstrasi seperti sebuah wasilah untuk menyuarakan pendapat seperti juga internet. Di internet berbagai-bagai tuduhan dan fitnah boleh dilakukan dan berjuta-juta manusia boleh melihat dan membacanya sama ada percaya atau tidak. Kenapa anda tidak mengharamkannya terus, sedangkan mudaratnya lebih tinggi daripada demonstrasi dan mereka melakukan demonstrasi mengikut prinsip-prinsip islam jika tidak ikut bagi penulis memang dilarang sedangkan di internet tidak sebegitu?
Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kamu mampu dari segala jenis kekuatan dan pasukan-pasukan berkuda yang disiapkan untuk berperang untuk menggentarkan musuh Allah dan musuhmu dan orang orang selain mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah niscaya akan dibalasi dengan cukup kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan) .[ Surah al-Anfal:60]
Penulis mengatakan demonstrasi dan boikot termasuk dalam dalil tersebut kerana dengan boikot boleh melumpuhkan ekonomi dan demonstrasi bergantung sepenuhnya ke atas kekuatan para peserta dan bilangan yang mengambil bahagian. Lagi ramai lagi memberi kesan seperti demonstrasi yang dirancang secara besar-besaran apabila berlakunya krisis ekonomi 1998 di Indonesia. Presiden Suharto terpaksa melepaskan jawatannya kerana desakan rakyat. Begitu juga demonstrasi mengutuk kekejaman yahudi walaupun tidak memberi kesan sepenuhnya tetapi ia dapat memberi kesedaran umat islam dan bukan islam tentang kekejaman israel dan pelbagai lagi. Malah ia dapat mempengaruhi pemerintah mereka untuk mendesak Israel karena tekanan dari republik dan massa pendukung parti mereka, oleh sebab itulah maka kami menganggapnya termasuk amar ma’ruf nahyul munkar, karena perbuatan Israel menjajah Palestina termasuk kemungkaran besar dan mengubahnya dengan apa yang kita mampu saat ini adalah wajib berdasarkan kaedah usul fiqh: “Mudharat itu dicegah seberapa yang mampu”
Jadi bagi mereka yang tidak mampu pergi berperang buatlah sekadar yang mampu kita lakukan.malah boikot tersebut boleh menjadi wajib jika ulil amri memerintah rakyat untuk memboikot.
-ibnumustafa-
2 comments:
dunia nak kiamat
tu psl asyik berdemonstrasi.
boikot jer pon x mendatangkan kesan. patut fikirkan cara yg lbh relevan
syuq: terima kasih kerana sudi memberi pendapat.. cuma sedikit je saya nk ulas, bagi kita yang tidak mampu pergi berperang buatlah sekadar yang termampu kita lakukan. kalau bukan kita yg lakukan siapa lagi? sebatang lidi mudah dipatahkan, segenggam lidi tobat x boleh. malah boikot yg berterusan dalam istiqamah tersebut boleh menjadi wajib jika ulil amri yg memerintahkan rakyat untuk memboikot.
jika saudara kata boikot tidak mendatangkan kesan, sila lampirkan di sini cara yg lebih relevan itu. cakap sahaja, semua org boleh cakap.
setakat hari ini sudah hampir 4 tahun, alhamdulillah saya berjaya memboikot seberapa banyak produk israel dan sekutunya.. tepuk dada tanya iman.. di manakah kita tatkala saudara kita dizalimi, Rasul kita dicaci hina, agama kita dikhianati dan dicerca..
Post a Comment