PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, March 5, 2009

Perak.. Ohh Perak..!!

Krisis di Negeri Perak seperti negeri yang tiada berpentadbiran yang sah jika Sultan Perak tidak membubarkan dewan undangan negeri itu.

Akibat dari suasana tak menentu ini, yang terpaksa menanggung adalah rakyat Perak. Jika keadaan ini tidak di tanggani dengan cepat maka ia akan mejejaskan pentadbiran negeri dengan lebih teruk lagi.

Sultan tidak ada kuasa penuh dalam kerajaan. Sultan hanyalah teras dalam konstitusi kerajaan. Keputusan sultan bukanlah mutlak dalam perkara ini, apa-apa keputusan sultan boleh di pertikaikan oleh rakyat dan media massa.

Ini bukan masa untuk merenung permasalahan dari sudut teknikal dan berteka-teki dalam perundangan, masalah ini juga tidak sesuai dibawa ke mahkamah.

Prinsip perlembagaan yang tinggi untuk menangani perselisihan kuasa itu harus di jaga. Hanya rakyat Perak yang harus menentukan jalan mana yang mereka pilih. Inilah nilai sebenar demokrasi.

Tidak ada sesiapa yang boleh mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh rakyat.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak, walaupun patik bukanlah dari rakyat negeri Perak, patik merayu supaya Tuanku memperkenankan pembubaran dewan undangan negeri Perak dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri yang baru, untuk rakyat Perak menentukan kerajaan negeri Perak yang tercinta..

-ibnumustafa-

2 comments:

selayang_bayu said...

ko orang perak ker?

ibnumustafa said...

To selayang_bayu: Proud to be a Malaysian!