PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, April 4, 2009

Apakah aku selalu merindui dan menyintaiNYA..??

Renung dan fikirlah wahai sahabatku...
Sejauh mana kita mencintai Allah SWT...
Tuhan yang Maha Agung??

sunrise trees

Suatu pagi aku terbangun dan berpeluang melihat mentari terbit..

Aaah... kecantikan alam ciptaan Allah SWT memang tiada tolok bandingnya..
Sedang aku memerhati, aku puji Tuhan atas segala keindahan yang telah Ia sajikan itu..

Aku duduk dan terasa kehadiranNya disisiku..
Dia bertanya kepadaku, "Adakah kamu mencintai Aku?" Aku menjawab , "sudah tentu! Engkaulah penciptaku, masakan aku tidak mencintaiMu." Kemudian Dia bertanya lagi, "Jika kamu ditakdirkan cacat anggota, adakah kamu masih mencintaiKu?"

Aku tergamam seketika. Aku lihat tangan, kaki, dan seluruh anggotaku; aku teringat pelbagai kerja yang mustahil aku lakukan tanpa anggotaku ini yang selama ini tidak ku sedari kepentingannya. Kemudian aku jawab, "tentunya ia amat sukar bagiku, tetapi aku tetap akan mencintaiMu."

http://www.sightsavers.org/images/f_1978ind02_007B.jpg

Kemudian Dia bertanya lagi, "jika kamu ditakdirkan buta, adakah kamu akan menyayangi segala ciptaanKu?" Bagaimana mungkin bagiku mencintai sesuatu yang tak mampu aku lihat? Kemudian aku terfikir.. ramai yang ditakdirkan buta di dunia ini, dan mereka masih mencintai Allah SWT dan segala ciptaanNya. Lantas aku menjawab, "Amat sukar bagiku membayangkan keadanku yang sedemikian rupa, namun aku akan tetap menyintaiMu ya Allah."

Dia bertanya lagi, "jika kamu ditakdirkan pekak, adakah kamu akan tetap mendengar kepada kata-kataKu?"

Bagaimana mungkin aku mendengar jika aku pekak? Kemudian aku tersedar, mendengar itu tidak semestinya menggunakan telinga; tetapi menggunakan hati..
Aku menjawab, "walaupun takdir itu amat berat bagiku, namun aku akan tetap menyintaiMu"

Dia menyambung lagi persoalanNya, "jika kamu ditakdirkan bisu, adakah kamu akan terus memujiKu?”

Aku bertanya lagi, bagaimana aku boleh memuji tanpa suara? Aku terfikir... Allah SWT mahu kita memujiNya dari dalam hati dan jiwa kita; tidak penting bagaimanakah bunyinya..

Kemudian aku menjawab, "sungguhpun aku tak mampu untuk membunyikan pujian bagiMu, aku tetap akan memujiMu."

Dan Dia terus bertanya lagi, "adakah kamu benar-benar menyintaiKu?"
Dengan nada yang tegas dan penuh keberanian, aku jawab dengan yakin, "ya, benar Tuhanku, aku menyintaiMu kerana Engkaulah satu-satunya Tuhanku dan Tuhan yang sebenar!"

Aku fikir jawapanku tadi sudah cukup bagus untuk menjawab soalanNya tadi, tetapi Dia terus bertanya kepada ku, "kalau begitu mengapa kamu masih melakukan dosa?"

Aku jawab, "kerana aku cuma manusia biasa yang selalu lalai; aku tidak sempurna.. dan aku bukan maksum."

"kalau begitu mengapa ketika kamu senang dan gembira... Aku kamu lupakan; kamu lari jauh dari Ku? Dan kenapa ketika kamu susah atau mahukan bantuan... kamu terus ingat padaKu; kamu datang dekat dan merayu kepadaKu?"

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Yang kusedari... titisan panas turun membasahi pipiku..
Dia sambung lagi, "mengapa kamu buat begini.. kadang kala sujud menyembahKu; dan kemudian membelakangiKu; tidak pedulikanKu? Mengapa kamu hanya datang mencariKu hanya ketika kamu mengingatiKu? Mengapa kamu meminta dengan penuh tamak dan mementingkan diri sendiri? Mengapa kamu meminta kepadaKu sedang kamu tidak setia padaKu?

Kurasakan titisan panas mengalir deras membasahi pipiku tanpa henti..

"Mengapa kamu malu kepada Ku?"

"Mengapa kamu tidak mahu menyebarkan suruhanKu? Mengapa ketika kamu dizalimi kamu adukan kepada yang lain sedang Aku sedia mendengar segala rintihanmu?"

"Mengapa kamu sering membuat alasan ketika Aku memberi mu peluang untuk berkhidmat di jalanKu?"

Ku gagahi bibirku untuk mengucapkan patah-patah perkataan bagi menjawab segala soalan yang bertubi-tubi diajukan padaku. Tetapi aku tidak punyai jawapan bagi persoalan2 itu.. Lidahku yang selama ini lancar berkata-kata, kini kelu.. Otakku ligat mencari jawapan.. atau alasan.. namun tiada apa yang kutemui sebagai jawapan. Dia berkata-kata lagi...

"kamu diberikan sebuah kehidupan. Aku jadikan dalam dirimu keistimewaan dan kelebihan berbanding orang lain untuk kamu berjuang di jalanKu, tetapi kamu tetap berpaling dari jalanKu. Aku tunjukkan kamu kata-kataKu sebagai panduan kamu dalam hidup ini, tetapi kamu tidak mahu belajar dan menghayatinya. Acap kali Aku berkata-kata kepadamu tetapi kamu tutup telingamu. Acap kali Aku berikan pelbagai rahmat dan nikmat kpdmu, tetapi kamu berpaling dari melihatnya."

Aku turunkan kepadamu PesuruhKu, tetapi kamu tidak ambil peduli ketika sunnahnya ditinggalkan. Aku dengar segala permintaanmu dan rayuanmu kepadaKu.. dan semuanya itu telah Aku perkenankan dgn pelbagai cara. "kini... adakah kamu menyintaiKu?"

Aku tidak mampu menjawab lagi. Bagaimana harus ku jawab persolan ini?
Dalam tak sedar, aku malu dgn apa yang telah aku lakukan selama ini. Aku tidak lagi punya alasan untuk menyelamatkan diriku. Apa yang mampu ku jawab bagi persolan itu?

Ketika hatiku berteriak menangis, dan bercucuran air mata di kedua belah pipiku, aku merintih, "Oh Tuhanku, ampunkanlah segala dosaku, aku tak layak menjadi hambaMu ya Allah..."

"SifatKu pengampun.. barangsiapa memohon keampunan dariKu, nescaya akan Aku ampunkannya. Dan... Aku ampunkan kamu wahai hambaKu."


Aku bertanya kepadaNya, "mengapa Engkau masih tetap mengampuni dosaKu sungguhpun aku melakukan kesalahan berulang kali? Sampai begitu sekalikah cintaMu terhadapku?”

Dia menjawab, "kerana kamu adalah ciptaanKu. Aku sekali-kali tidak akan mengabaikan kamu. Apabila kamu menangis, aku akan bersimpati padamu dan mendengar segala rintihanmu. Apabila kamu melonjak gembira, aku turut gembira dgn kegembiraanmu. Apabila kamu berasa gundah dan kesepian, aku akan memberikanmu semangat."

"Apabila kamu jatuh, aku akan membangkitkanmu.. Apabila kamu keletihan, aku akan membantumu. Aku akan tetap bersamamu hinggalah ke hari yang akhir dan Aku akan menyayangi mu selama-lamanya."

Seingat aku... aku tidak pernah menangis begini, aku sendiri tidak mengerti mengapa hatiku ini begitu keras; tidak mampu menangis menyesali segala dosaku selama ini..


Dan... buat kali pertamanya dalam hidupku ini... aku benar-benar solat dalam erti kata sebenar..

Apakah solatku ini bisa diterima oleh Mu Ya Allah...

-ibnumustafa-

2 comments:

Y u Z z 9071 said...

thanks for sharing this info..

ibnumustafa said...

To yuzz9071: aa ahh la yuzz.. "Be THaNKFuLL To ALLAH FoR eVeRYTHiNG We HaVe ToDaY!" bayangkan kalau kita kehilangan salah satu dari setiap anggota terpenting tu.. mcm mane rasenyer ekk.. aku bersyukur pada Mu Ya Allah.. Alhamdulillah..