Gerhana Matahari paling panjang dalam abad ke-21 ini menyebabkan puluhan juta penduduk benua Asia terpaksa bergelap seketika semalam.
Gerhana Matahari penuh lazimnya berlaku seketika setiap kitaran 18 bulan tetapi fenomena kelmarin disifatkan luar biasa kerana tempohnya yang panjang iaitu selama 6 minit 39 saat matahari terlindung sepenuhnya di sebalik bulan.
Lebih istimewa, gerhana semalam dipercayai mencatat paling ramai penonton berikutan laluannya di benua Asia yang memiliki penduduk paling ramai di dunia.
Gerhana Matahari penuh semalam dapat di saksikan dengan jelas di beberapa buah negara iaitu India, Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar, China dan Jepun.
Kali kedua Gerhana Matahari seperti itu diramal berlaku ialah pada tahun 2132.
Berkesempatankah kita?
Gerhana Matahari berlaku apabila kedudukan bulan terletak di antara bumi dan matahari oleh itu ia menutup cahaya matahari samada separa atau sepenuhnya. Walaupun bulan lebih kecil, namun bayangan bulan mampu melindungi cahaya matahari sepenuhnya kerana bulan dengan purata jarak 384,400 kilometer adalah lebih dekat dengan bumi berbanding matahari yang mempunyai jarak purata 149,680,000 kilometer.
Gerhana Matahari boleh dibahagi kepada 3 iaitu gerhana penuh, gerhana separuh, dan gerhana analus. Gerhana penuh apabila matahari ditutup sepenuhnya oleh bulan disebabkan bulan berada dekat ke bumi dalam orbit bujurnya, gerhana separuh apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari, dan gerhana analus yang terjadi apabila bulan hanya menutup sebahagian daripada matahari dan cahaya matahari selebihnya membentuk cincin bercahaya sekeliling bayangan bulan yang dikenali sebagai 'corona'.
Gerhana Matahari 2009 berlaku pada 22 Julai 2009 jam 8.23 pagi hingga 9.48 pagi waktu Malaysia. Gerhana Matahari separa ini hanya 17.8% sahaja kawasan permukaan Matahari akan ditutupi oleh bulan. Gerhana Matahari penuh berlaku di India, China dan lain-lain.
Fenomena astronomi ini akan dapat disaksikan oleh penduduk Bumi di mana laluan gerhana itu meliputi hampir separuh kawasan Bumi. Bayangan umbra bulan (bahagian bayang yang sangat gelap) akan mula memasuki laluannya di India dan seterusnya akan melalui Nepal, Bangladesh, Bhutan, Myanmar dan China. Laluan gerhana itu melepasi benua Asia, ia akan melalui Pulau Ryukyu di Jepun dan melalui Lautan Pasifik dengan masa maksimum semasa gerhana penuh mencapai 6 minit 39 saat.
Penduduk Malaysia akan dapat menikmati Gerhana Matahari Separa pada 15 Januari 2010, 9 Mac 2016 dan 26 Disember 2019. Ketika itu, fenomena gerhana matahari penuh, yang merupakan gerhana matahari terpanjang di abad ini.
Walaupun di Malaysia tidaklah nampak ketara sangat, namun ingin saya berkongsi di sini gambar-gambar menarik yang sempat diambil di serata tempat di seluruh dunia ketika kejadian gerhana tersebut..
Seorang guru Sains, Bibi Nasratjahan Gulab Khan (tengah) bersama pelajarnya menggunakan bekas berisi air untuk melihat gerhana matahari di Kuala Lumpur semalam.
Gerhana matahari separa dirakamkan berhampiran pejabat Pertubuhan Berita Nasional di Alor Setar, semalam. Gerhana matahari separa, yang amat sukar dicerap dengan mata kasar, boleh dilihat antara 9.20 pagi hingga 9.30 pagi semalam di kawasan Utara Semenanjung Malaysia.
Gerhana Matahari yang dirakam di Pulau Pinang, semalam.
Ribuan orang berkumpul untuk menonton gerhana matahari di Taregna; 300batu di utara-barat Calcutta. NASA mengatakan di sini merupakan tempat terbaik untuk melihat fenomena ini.
Kanak-kanak Korea Selatan melihat fenomena gerhana matahari dengan penuh khusyuk. Di Korea Selatan gerhana berlaku pada pukul 9.45 pagi waktu di sana. Pada pukul 10.50 pagi bulan menutupi hampir 80% matahari.
Bulan bergerak melintasi matahari di atas sebuah masjid di Rawalpindi, Pakistan.
Kombinasi gambar menunjukkan urutan gerhana matahari yang berlaku di tengah-tengah negara China.
Kepercayaan mana entah nie.. doktor mengatakan yang menanam tubuh di dalam pasir semasa berlakunya gerhana matahari dapat menyembuhkan sakit. Gambar di ambil berhampiran sungai Indus.
"Saya pun nak melihat gerhana matahari jugak!". Mungkin itu luahan hati anjing itu. Tapi orang tengok kat atas dia tengok ke depan. Haha..
Lampu dinyalakan di Shanghai ketika berlakunya gerhana matahari penuh.
Tangkap gambar gerhana melalui teleskop pun boleh..
Ni gambar kat Chongqing, di tengah negara China.. semasa gerhana penuh..
Korang tengok gerhana matahari ke tengok orang lemas nie? - Sungai Qiantang di Bandar Yanguan , Haining City, China.
Hai... Kena kuarantin H1N1 pun sempat lagi keluar nak tengok gerhana ke??
Umat Islam kena elak perbuatan tahyul ketika fenomena alam
Masyarakat Islam dinasihatkan tidak melakukan perkara khurafat yang boleh melanggar aqidah Islam apabila berlaku gerhana matahari. Fenomena gerhana matahari separa itu akan dapat dilihat terutama di kawasan utara Semenanjung Malaysia khususnya Kangar, Perlis mulai jam 8.23 pagi semalam.
Sehingga kini masih ramai yang mengaitkan kepercayaan salah termasuk kelahiran dan kematian dengan gerhana matahari dan khurafat itu perlu dihentikan kerana ia menyebabkan syirik kepada Allah SWT.
Gerhana matahari perlu dilihat sebagai satu lagi kejadian yang membuktikan kebesaran Allah SWT yang berkuasa ke atas makhluknya termasuk menentukan peraturannya.
Apa yang perlu dilakukan masyarakat Islam, selain melihat keagungan Allah SWT itu ialah mereka hendaklah mensyukuri melalui solat sunat gerhana matahari diikuti dengan khutbah khas seperti yang dilakukan Rasulullah SAW ketika fenomena itu berlaku pada tahun 8 Hijrah.
Rakyat Malaysia boleh melihat gerhana matahari penuh itu hari ini dengan melayari laman web yang membuat siaran langsung secara webcasting seperti www.exploratorium.edu/eclipse/2009/index.html, www.saros.org/index.html, www.live-eclipse.org dan www.eclipse-tv.com.
Gerhana matahari separa yang sukar dilihat dengan mata kasar, telah berlangsung selama lebih sejam iaitu bermula 8.23 pagi dan berakhir pada 9.48 pagi.
Fenomena yang berlaku semalam, amatlah besar hikmatnya, supaya manusia memerhatikan kebesaran Allah SWT. Bulan, matahari dan cakerawala lain, sentiasa sujud dan bertasbih kepada Allah SWT.
Oleh itu, manusia yang lebih sempurna sifatnya, hendaklah sentiasa mengingati Allah SWT, apatah lagi ketika gerhana matahari. Umat Islam disunatkan mengadakan solat sunat gerhana matahari dan khutbah khas. Manusia hendaklah sedar bahawa nikmat matahari kurniaan Allah SWT boleh diambil kembali pada bila-bila masa sahaja.
Sebahagian wilayah dari India sehingga Shanghai, China dan Jepun telah bergelap hampir enam minit, berikutan fenomena gerhana matahari penuh yang berlaku semalam, yang dianggap gerhana paling lama bagi abad ke-21. Bagaimanapun, Malaysia yang pernah mengalami gerhana matahari penuh di Kudat Sabah pada November 1995, dan beberapa negara lain di Asia, sebaliknya hanya mengalami gerhana matahari separa selepas waktu Subuh, namun ia semakin jelas dari jam 8.23 pagi sehingga 9.48 pagi semalam.
Fenomena ini sebenarnya jarang berlaku dengan kemungkinan hanya sekali atau dua kali dalam setahun kalendar. Kali terakhir negara mengalami gerhana matahari ialah pada 26 Januari lalu.
Dilaporkan, masyarakat Jepun bakal meraikan gerhana penuh dengan percikan bunga api, manakala di India, wanita hamil tidak dibenarkan keluar rumah bagi mengelak cahaya halimunan matahari dan pelbagai tahyul berkaitan gerhana matahari.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui khutbah online menyatakan masyarakat Islam perlu melihat fenomena ini secara positif sebagai memperlihatkan kekuasaan Allah SWT yang memperlihatkan matahari yang bercahaya secara tiba-tiba menjadi gelap, kemudian bercahaya semula.
Kehebatan kekuasaan dan keagungan Allah SWT mampu mengubah segala-galanya di langit dan bumi pada bila-bila masa dan tidak ada satu kuasa lain yang dapat menyekat qada dan qadar-Nya.
Allah SWT berfirman di dalam al-Quran menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku terhadap matahari dan bulan itu adalah di bawah tadbir-Nya. Oleh itu sujudlah kepada Allah SWT yang mengawal selia dan menyelenggara terbit dan terbenam matahari serta bulan.
Firman-Nya yang bermaksud:
“Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari, tidak juga bulan dan sujudlah kepada Allah yang menciptakannya, kalau betullah kamu hanya beribadat kepada Allah.” – Surah al-Fussilat, ayat 37.
Catatan sejarah Islam memperlihatkan gerhana matahari berlaku pada 10 Rabiulawal tahun kelapan Hijrah. Kebetulan gerhana matahari itu berlaku sewaktu kematian putera Baginda SAW, iaitu Ibrahim ketika usianya baru 70 hari.
Maka Rasulullah SAW pun bersabda yang bermaksud:
“Bahawasanya matahari dan bulan itu menjadi tanda kedua-duanya daripada tanda kekuasaan Allah. Allah menakutkan hamba-Nya dengan perubahan matahari dan bulan. Dan bahawasanya matahari dan bulan itu tidak berlaku gerhana kedua-duanya disebabkan kematian seseorang daripada kalangan manusia. Maka apabila kamu melihat berlakunya sesuatu (gerhana matahari atau bulan), maka solatlah kamu (solat sunat gerhana) dan berdoalah kepada Allah sehingga cahaya matahari atau bulan tersingkap semula bagi kamu.” – HR Imam Muslim dari Abi Mas’ud al-Ansari.
Sesungguhnya berlakunya gerhana matahari atau bulan memang menjadi tanda kebesaran Allah SWT dan supaya manusia bersyukur terhadap-Nya tanpa mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu pun.
Imam an-Nasaie meriwayatkan, Saidatina Aishah berkata:
“Dan sesungguhnya sudah jelas cahaya matahari, maka Rasulullah SAW berkhutbah di hadapan orang ramai sambil memuji Allah dan sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua daripada keagungan Allah. Gerhana kedua-duanya berlaku bukan disebabkan mati atau hidup seseorang."
Wallahualam..
-ibnumustafa-
No comments:
Post a Comment