PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, July 29, 2009

Malu suatu sifat yang mulia

Rasa malu merupakan sebahagian dari akhlaq Nabi SAW yang harus menjadi teladan bagi kita sebagai muslimin.

Tentang sifat malu Nabi SAW, seorang sahabat besar bernama Abi Said al-Khudri RA menceritakan:

Adalah Rasulullah SAW sangat tinggi rasa malunya, lebih pemalu daripada gadis pingitan. Apabila baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahui pada wajah baginda”. - HR Muslim.

pelik kalau fikir balik yang kanak2 pun lebih pandai malu dari orang dewasa

Sifat malu menurut pengertian para ulama’ selalu bersetentang dengan sifat-sifat tercela, tidak menolak kebenaran dan takut mengambil hak orang lain. Ia selalu cenderung mengikuti seruan petunjuk Rasulullah SAW yang difahami dari hadith-hadithnya, selalu melakukan kebaikan dan menghargai pelaku kebaikan. Sifat ini secara langsung menjadi penentu kepada sikap dan tindakan yang baik di dalam masyarakatnya.

Umron Bin Hashim RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu apapun kecuali kebaikan” - Hadith Muttafaq alaih.

Dan dalam riwayat Muslim dengan ucapan yang sedikit berbeza:

sifat malu itu seluruhnya mengandungi kebaikan”.

Dari Abu Hurairah RA, diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

Iman itu mengandungi 71 atau 61 cabang dan yang paling utamanya adalah mengucapkan La ilaaha illallah (Tidak ada Tuhan kecuali Allah) dan serendah-rendahnya adalah menyingkirkan duri (gangguan di jalan). Dan sifat malu merupakan satu bahagian dari iman”. - Hadith Muttafaq alaih.

malu ni macam bunga...seronok sangat bila tengok...

Seorang muslim yang benar-benar jujur selalu mengisi hidupnya dengan cara yang terdidik, halus perasaan, tidak terdetik di dalam hatinya niat untuk melakukan perbuatan tercela yang boleh mengganggu orang lain dan tidak mengganggu hak orang lain juga. Oleh yang demikian, semua sifat tercela itu dapat ditutup oleh sifat malu.

Tidak cukup rasa malu itu hanya tertuju kepada manusia tetapi lebih besar di hadapan Allah SWT. Kerana dengan bersifat malu itu, kita tidak akan mencampur-adukkan keimanan dengan kezaliman. Disini jelas sifat malu merupakan cabang dari iman. Ikatan akhlaq yang ikhlas terhadap Allah SWT memungkinkan kita sebagai salah seorang individu muslim untuk berlaku ikhlas secara mendalam terhadap orang lain juga. Keteguhan akhlaq inilah yang akan membantu kita memartabatkan Islam.


Malunya setiap muslim terhadap Allah SWT akan terpancar dalam rahsia hatinya, sebelum muncul rasa malu terhadap sesama manusia secara lahiriah. Sifat malu terhadap Allah SWT inilah yang membezakan dan merupakan garis pemisah antara akhlaq seorang muslim dengan moral bukan muslim.

Pesanan : Amalkanlah sifat malu kerana ianya satu bahagian daripada iman. Semoga Allah SWT membantu kita dalam usaha mentarbiahkan diri ini. InsyaAllah..

-ibnumustafa-

No comments: