PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, October 5, 2010

Bajet Dan Persiapan Mendirikan Rumahtangga Menurut Adat Dan Syari'at..

Diciptakan manusia itu untuk meneruskan zuriat dan keturunan. Wajarlah di sini Rasulullah S.A.W menyuruh ummatnya berkahwin supaya kita memperbanyakkan zuriat serta keturunan manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dalam menegakkan syariah Islamiyyah. Artikel ini ditulis bertujuan untuk membuka minda dan mata pemuda pemudi yang hampir dan berniat kepada mendirikan masjid ertinya kahwin.

Bajet kewangan merupakan perkara yang paling penting dan perlu diuruskan dengan cekap oleh setiap bakal pengantin. Hal ini kerana anda perlu memastikan bajet untuk majlis perkahwinan anda mencukupi wang simpanan yang ada. Justeru, gunakan senarai semak yang terbaik bagi memastikan anda dapat mengawal bajet perkahwinan anda dengan bijak!!

Sebagai individu yang bakal bergelar pengantin, anda seharusnya menjadi seorang yang benar-benar terurus. Apa yang ingin saya fokuskan pada hari ini ialah, terurus dari sudut perancangan majlis perkahwinan. Apabila ke semua gerak kerja persiapan majlis; diatur, disusun, serta direkod secara tepat dan sistematik, InsyaAllah, anda akan menjadi bakal pengantin yang sentiasa ceria, cool, dan boleh mengukir senyuman sepanjang masa.

Jadi di sini saya sisipkan beberapa panduan kahwin bagi yang belum kahwin atau yang nak kahwin lagi. Semua orang tahu persiapan untuk kahwin bukannya suatu perkara mudah, banyak persiapan yg perlu di adakan. Ianya memerlukan satu perancangan yang cukup teliti bagi kedua belah pihak.


Kebanyakan pasangan sekarang lebih stress memikirkan majlis walimah daripada memikirkan masa depan dan hala tuju kehidupan bersama selepas bernikah nanti.

Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan kos untuk persiapan majlis walimah. Supaya menjadi pedoman untuk mereka yang ingin berkahwin dan yang ingin berkahwin lagi dan lagi. Hehehe..


BAJET DAN PERSIAPAN MENURUT ADAT

1. Qadi :

Sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum merancang tarikh perkahwinan, daftar segera di jabatan agama
. Haruslah anda mengetahui asas kahwin dan maklumat-maklumat yang akan diberikan, tarikh dan tempat nikah. Selepas mendaftar barulah boleh 'book' Qadi. Seorang sahaja yang 'book', tak perlulah sampai kedua-dua pasangan pulak.

Kos Qadi : RM80++


2. Kursus Rumahtangga :

Yang ini kena pergi. Kalau tak pergi nanti anda tak boleh ambil sijil nikah. Tetapi selalunya bila anda pergi untuk mengambil sijil nikah di Jabatan Agama, jarang sekali pihak jabatan bertanya pasal sijil nikah ni. Apa-apa pun adalah lebih baik anda; kedua-dua pasangan menghadiri kursus pra perkahwinan. Walaupun diri dah rasa pandai dan 'terer' dalam bab-bab rumahtangga, tak salah kalau kita refresh semula apa yang telah kita pelajari sebelumnya.

Kos kursus : lebih kurang RM80 untuk satu sessi (tengok tempat jugak la..)

3. Mak Andam / Baju Pengantin :

Mak Andam adalah salah seorang yang amat penting dalam sesuatu majlis perkahwinan. Pilihlah mak andam yang 'power' yang sekali bagi service boleh makan tahun lamanya. Sesuai untuk bakal pengantin perempuan sahaja, yang lelaki nak ambil mak andam juga buat apa. Hahaha.. Sekurang-kurangnya kena 'booking' 6 bulan lebih awal. Baru boleh dapat baju pengantin yang lawa-lawa. Kalau lewat 'booking' nanti boleh mengundang masalah. Kalau ada pun mak andam terjun dari kampung sebelah. Hehehe..

Kos : RM1500++ (tengok jenis baju.. kalau ada baju batman atau otromen mungkin mahal sikit. nak cepat pakai baju gaban ja, dlm masa 0.05 saat dah siap pakai. muwahahaha..)

4. Photographer :

Selalunya mak andam akan rekomenkan kepada bakal pengantin photographer yang terbaik (kroni dia la tuh.. sharing is caring. hehe..) Kalau tak nanti anda kenalah cari sendiri. Sekarang ni pun dah ramai photographer-photographer jadi-jadian. Snap kot sana, shoot kot sini jadilah album. Bermutu atau tidak, dah bayar terima sahajalah. Hahaha..

Kos : RM800++


5. Kompang / Hadrah / Silat / Marhaban :

Lainlah kalau anda nak pakai loktang, tak perlulah panggil kompang bagai. Kalau nak panggil juga sekurang-kurangnya 3 bulan notis.

Kos : RM200++

6. Dekorasi Blok dan Pelamain :

Sekarang ni dunia dah canggih. Kolong blok, mereka boleh transform bagi jadi macam istana Taj Mahal. Silap haribulan boleh jadi macam lori cina mati. Haha.. Letak kacang sama kuaci sudah original. Tinggal nak campak keranda ja kat tengah-tengah tu. Macam-macam design macam-macam pattern. Hahaha..

Kos : RM1000++

7. Tukang Masak dan Khemah Kerusi Meja :

Tukang masak mestilah kena ada. Kalau tak ada macam mana tetamu nak makan? Lainlah kalau anda buat majlis walimah di Mac Donald @ KFC. Majlis bestday boy boleh la. Hahaha...

Kos : RM7500 (dalam anggaran 2000 orang tetamu. Mau yang datang tu 2x ganda, punggah!!)


8. Kereta :

Lainlah kalau rombongan anda nak pergi bertandang jalan kaki tak perlulah sewa kereta. (*naik basikal pun orait gaks..) Kalau nak sewa, kenalah sewa yg special punya.. Merc ka?.. Jag ka?.. BM ka?.. Lambor ka?.. Kira yg 'Besaaarrr Punyaaaa' kereta lah. Janganlah pulak badan tu besar tapi sewanya kancil.. sampai besok pun tak boleh masok! muwahahaha..

Kos : RM300++

9. DJ / Karaoke :

Kalau majlis senyap dan sunyi ja taklah meriah kan? Lazimnya orang akan guna khidmat DJ / Karaoke. Ada jugak yang amik band industan, brass band. Sekurang-kurangnya kena 'booking' 6 bulan lebih awal.

Kos : RM800++ (dengan dinner sekali..)

10. Berkat / Door Gift :

Kira door gift la tu. Yang biasa orang dok bagi telur rebus ja. Tapi sekarang ni dah kurang bagi benda alah tu, dunia dah maju la katakan. Arkitek majlis ramai lagi kreatif. Ada yang bagi tuala, minyak wangi, butang baju, sabun buku, cokelat, agar-agar, mangkok, gelas, surah Yaasin, etc..

Kos : RM3000++

11. Miscellaneous :

Perkara-perkara kecil yang selalu kita terlepas pandang. Perkara-perkara kecil beginilah yang selalu membuat kocek kita tebakar. Benda-benda seperti Bunga maggar, Bunga pahar, Sireh dara, Kek, Sabun, Rokok mentara / rewang / penaggah, Sewa kolong blok, Tuala good morning, pisau, barang-barang hantaran, cadar, kelambu, langsir, carpet, bill, lauk pauk pre and post majlis, plastik buat bungkusan kalau lauk tak habis, kad jemputan.. etc..

Kos : RM2500++

JUMLAH KOS ANGGARAN KESELURUHAN YANG ANDA KENA KELUARKAN IALAH : RM17,760.00

Itu semua belum termasuk dengan hantaran lagi. Jadi pandai-pandailah anda +- sendiri. Dari itu sesiapa yang dah nak berkahwin.. SELAMAT MEMBAJETKAN DIRI SEBELUM MENDAPAT UCAPAN SELAMAT PENGANTIN BARU!

Untuk mereka yang bakal-bakal.. Yang dah lepas tu, mungkin nak tahu jugak sebab musababnya. Zaman sekarang ni kan hantaran makin naik harga. Maklumlah kata peniaga ikut market price. Kalau harga emas naik, naik lagi harga bakal-bakal bini tu nanti. Tak ikut market price nanti orang kata kedekut lah, sengkek lah, tak mampu jangan ada hati nak kahwin lah, aduhai.. Macam-macam story lagi. Biasanya yang letak harga ialah mak-mak sedara sebelah perempuan. Mak Bapak sendiri selalu ikutkan aja, ni semua kerja orang perempuan, diorang lah yang kata. Kadang2 ada jugak bakal pengantin perempuan tu sendiri yang letak harga; lepas tu pakat dengan mak dia. Naya-naya..

Mengikut survey, sekarang paling minimum RM6000. Hantaran RM5000, RM4000 masih ada lagi, bukannya dah tak ada langsung, tapi dah boleh kira pakai jari tangan ja. Yang ada hantaran kira okay lah, tapi ada serba satunya lagi. Cuma serba-serbi dan serba boleh je belum ada lagi.

Di sini saya ada beberapa sebab kenapa hantaran sekarang makin mahal. Hmm.. anda bacalah sendiri:-

Sebabnya;

1. Anak perempuan seorang tu sahaja yang ada pun.

2. Anak perempuan sekolah tinggi 4 tingkat rendah, 4 tingkat menengah, 4 tingkat diploma, 4 tingkat degree, 4 tingkat master.. Total 20 tingkat..

3. Anak perempuan paling jambu dalam family.

4. Anak perempuan kerja 'high post' la katakan.

5. Anak perempuan biasa pakai barang branded. Lekeh-lekeh pun hand bag Paris Hilton.

6. Anak perempuan yang tastenya berkajang-kajang kalau disenaraikan.

7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus.

8. Anak perempuan yang rasa dirinya lengkap segala-gala.

9. Bapaknya towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif.

10. Anak perempuan tu pun jenis ek.. semacam jer.. hahaha

Selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (dialog ni selalunya berkisar dikalangan family lelaki) :-

1. "Eh! Nak meniaga anak ka apa ni?" Kadang tu mak bapak dia ok ja, si anak lak yang lebih-lebih.

2. "Kalau pandai masak ka jahit ka; satu hal jugak. Ni asyik pandai make up ja."

3. "Camni kalu bagitau kat depa simpan ja anak tu dalam store bawah tangga tu, tak pun boh dalam lemari kaca buat perhiasan."

4. "Kalau muke lawo macang Karishma Kapoor tu takpe gok. Ni idung pesek macang kene lenyek ngang steamroll jer."

5. "Ape diorang ingat kite ni sedara Bill Gates ke ape?"

6. "Lupakan sudah budak perempuan tu jang. Nanti omak carik kan yang lobih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

Kata2 dari sebelah pompan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berape yang lelaki kasi; kita amik je. Teman tak cerewet."

2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan, ala macam buat installment kete tu."

3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."

4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."

5. "Berapa kome nak beri, berilah. Nak ambik free pun tak ape. Anak perempuan kite rade amai lagi ni, x luak."

6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin- kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya :-

1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."

2. "Ehh sikit nah! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."

3. "Ni hantare kiro Rupiah ko Singapore dollars? Kitore cumo simpe Dinar Klate jo."

4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."

5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu. Bulan-bulan tak payah bayar sebab kita dah cashkan semuanya."

6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"

Haa... itu lah dia beberapa kerenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan-pasangan yang nak berkahwin tu; bincanglah betul-betul antara anda dengan family dalam hal ni.

Mak perempuan tu pun kalau nak letak harga; berpatutanlah dengan kemampuan pihak lelaki. Kalau tak berdengek lelaki tu nak adakan hantaran mahal-mahal Hati dah suka punya pasal, semua boleh aja. Cukup time badan cengkung-mengkung tak larat nak naik pelamin pasal kerja tiga empat macam untuk kumpul duit. Ada pulak tu yg terpaksa amik personal loan. Bank rakyat, bank Islam atau guna kredit card. Lepas kawin kepala lagi sewel dok fikir nak bayar hutang, loan rumah, loan kereta, loan komputer, 'loan bini'. Tak tercapailah maksud perkahwinan yang sepatutnya semakin memudahkan kehidupan, dah terbalik menjadi semakin susah.

BAJET DAN PERSIAPAN MENURUT SYARI'AT

Persiapan untuk membina rumah tangga Islam (Bait Muslim) merangkumi persiapan secara zahir dan batin, persiapan jasadiah (material, kewangan), ‘aqliah (ilmu), ruhaniah (semangat) dan syu’uriah (emosi). Sudahkah bersedia? Persediaan tidak mestinya bersedia 100%, tetapi cukup dengan persediaan yang memadai. Persiapan yang memadai itu subjektif.

Penilaiannya tergantung kepada kebijaksanaan kita. Baki persediaan yang belum siap disediakan boleh dibuat sepanjang jalan menuju hari pernikahan atau selepas pernikahan. Persediaan dan pembaikan diri hendaklah dilakukan bukan bermula jauh sebelum hari pernikahan dan tamat di majlis akad nikah sahaja tetapi ia berlangsung dan tidak akan pernah berhenti hingga suatu noktah yang pasti iaitu mati. Cuma persediaan sebelum hari pernikahan perlulah lebih intensif untuk mencapai peratusan persediaan yang memadai.

Persediaan material

Persediaan material penting kerana realitinya kita hidup di zaman materialistic. Mahu tidak mahu memang kita terpaksa hadapi reality dunia ini. Walaupun secara teorinya kita boleh memilih untuk melangsungkan pernikahan dan majlis pernikahan kita secara yang ringkas sahaja, tetapi menjadikan ia satu kenyataan tidak semudah memperkatakannya di bibir. Ya, memang kita mahu mudah dan ringkas, tidak membazir, serta menggunakan kekayaan untuk hal lain yang lebih penting i.e. infaq untuk belanja dakwah, tarbiah atau derma kepada rakyat dan mujahidin Palestin, tetapi hakikatnya perjalanan hidup kita tidak ditentukan oleh diri kita sendiri sahaja.

Umumnya kita yang menentukan perjalanan hidup kita tetapi proses ke arah membuat keputusan itu bukan dibuat oleh kita sahaja tetapi melibatkan orang-orang lain yang mempunyai kuasa atau setidak-tidaknya pengaruh ke atas kita atau hubungan istimewa dengan kita yang menyebabkan tidak sopan untuk kita tidak mengendahkan atau menolak ke tepi atau tidak mempertimbangkan langsung pandangan, cadangan, kehendak dan suruhan mereka. Mereka boleh jadi ibu bapa kita (yang mempunyai kuasa atas kita), dan sanak saudara kita (yang mempunyai hubungan istimewa dengan kita dan secara adabnya kita mesti menghormati mereka).

Apapun, jika kita berpegang pada prinsip keseimbangan, insyaAllah kita tidak akan terlalu mudah terlarut dengan desakan mereka hingga berlaku pembaziran, dan di sisi yang lain kita tidak akan terlalu berkeras dalam pendirian kehendak kita hingga mengguris hati mereka. Mereka adalah orang-orang yang dekat dan terkait dengan kita.

Kita tidak boleh selesa dengan banyaknya material / harta yang kita ada atau kita berasa material / harta yang kita ada ini sudah cukup. Kita juga tidak boleh terlalu kecut jika kita tidak punya banyak material / harta. Persoalan utama dalam menjayakan Bait Muslim ini bukan pada banyak atau sedikitnya harta, tetapi pada bagaimana kita akan mengurus harta itu?

Jika kita mengurus berdasarkan prinsip keutamaan; yang utama diutamakan dan yang tidak penting dikebelakangkan atau dilupuskan terus dari senarai, insyaAllah material kita akan terguna secara baik dan memadai, tidak kira ia banyak atau sedikit. Oleh itu, tidak pelik apabila kita melihat orang yang kurang material daripada kita telah dapat berkahwin dan hidup bahagia, sedang kita yang banyak material masih merasa tidak cukup dengan apa yang sudah kita ada. Ia bukan pada banyak dan sedikitnya harta, tapi pada bagaimana menguruskannya.

Sekalipun banyaknya material tidak menjadi syarat untuk memulakan Bait Muslim, tetapi material mestilah mencukupi untuk memulakan Bait Muslim. Tidak kisah sama ada ia banyak atau sedikit, yang penting ia mencukupi. Apa ukuran mencukupi? Ia subjektif. Banyaknya harta cenderung untuk mencapai status ‘cukup’ material. Tetapi berapa banyak orang yang ada banyak harta, tetapi hartanya itu tidak cukup-cukup untuk menampung hidupnya. Masalah ini disebabkan oleh sikap dan cara kita mengurus harta. Sedikit harta cenderung untuk mendapat status ‘tidak cukup’ material, tetapi berapa banyak orang yang sedikit hartanya dapat hidup sejahtera, baik dan bahagia. Pokoknya bukan pada sedikit atau banyaknya harta, tapi pada bagaimana mengurusnya.

Jika ternyata harta ada sedikit dan memang terbukti tidak mencukupi, bagaimana pula? Bukankah Islam menyuruh untuk berusaha? Jika berusaha, yang sedikit jadi banyak dan yang tidak cukup akan jadi cukup, biiznillah, insyaAllah. Yang tidak ada bukan rezeki. Rezeki telah dijanjikan Allah untuk setiap mahkluknya. Tetapi rezeki tidak datang bergolek. Yang tidak ada, yang perlu diadakan dan yang perlu dibuat ialah USAHA. Dengan berusaha, insyaAllah akan dapat rezeki dan akan cukup material. Nak usaha apa? Itu pun masih terbuka luas peluangnya. Yang penting, mahu berusaha dan memang membuat usaha, insyaAllah rezeki akan datang, baik bergolek, melayang, berjalan atau berlari.

Persiapan ‘akal

Persiapan ‘akal meliputi pemilikan pengetahuan. Pengetahuan yang sepatutnya ialah pengetahuan yang syumul merangkumi seluruh aspek kehidupan Bait Muslim, bukan pengetahuan dalam aspek tertentu sahaja seperti pengetahuan ibadat sahaja atau pengetahuan membesarkan anak sahaja atau pengetahuan mencari harta sahaja. Ya, memang banyak yang nak kena diketahui.

Di sinilah kemahiran pengurusan pengetahuan sangat diperlukan. Ilmu yang diperlukan untuk diguna dalam masa terdekat perlulah dicari dan dipelajari segera. Ia perlu diutamakan untuk dipelajari berbanding ilmu-ilmu lain yang masih belum sampai masa untuk menggunakannya. Ilmu yang tidak diperlukan dalam masa terdekat disimpan dulu sebagai niat baik yang penuh dengan keazaman serta dicatat dalam senarai perancangan ilmu untuk dipelajari nanti. Prinsip keutamaan sekali lagi hadir. Utamakan pelajaran ilmu yang terdekat masanya hendak digunakan, berbanding pelajaran ilmu yang entah bila-bila lagi masa untuk melaksanakannya akan tiba.

Dalam masa terdekat dengan tarikh pernikahan, ilmu dalam banyak bidang rumah tangga diperlukan. Sebagai bakal suami, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab suami diperlukan. Sebagai bakal isteri, ilmu tentang peranan dan tanggung jawab isteri diperlukan. Selain ilmu tentang peranan, ilmu tentang hak juga perlu diketahui, seperti hak suami dan hak isteri. Walau bagaimana pun, untuk kebahagiaan rumahtangga, kesungguhan kepada melaksanakan peranan dan tanggung jawab masing-masing jauh lebih penting daripada kesungguhan menuntut hak masing-masing. Ilmu tentang hak adalah untuk mengelak daripada dizalimi sahaja. Ilmu tentang peranan pula adalah untuk memastikan kita telah melaksanakan tanggungjawab dan amanah kita dengan adil dan sempurna. Jika kedua-dua pihak melaksanakan peranan / tanggungjawab / amanah masing-masing, serta memberikan dan menjaga hak pasangan masing-masing, insyaAllah kehidupan akan rukun, aman dan bahagia.

Banyak lagi bidang-bidang ilmu yang perlu dipelajari; ilmu mencari nafkah zahir, ilmu membelanjakan nafkah, ilmu nafkah batin, ilmu komunikasi dalam rumah tangga, ilmu tentang peribadi pasangan, ilmu keselamatan, ilmu kesihatan, ilmu kepenggunaan, ilmu ibadat, ilmu akhlaq, dan bermacam jenis ilmu lagi. Mencari ilmu itu jalannya bermacam-macam, tetapi yang paling senang ialah dengan membaca. Membaca yang dimaksudkan bukanlah membaca bahan bacaan sebarangan, tetapi membaca bacaan yang memang tepat untuk dibaca. Bagaimana mengetahui tepat atau tidak untuk dibaca? Buatlah penilaian, bertanyalah kepada orang yang lebih tahu dan berpengalaman, mintalah cadangan (recommendation) daripada yang pakar. Selain membaca, perkongsian pengalaman dan dialog lewat perbualan biasa juga sangat bermanfaat.

Persediaan ruhani

Sebelum sampainya tarikh pernikahan, atau jika tarikh pernikahan telah berlalu, tetaplah terus melatih diri dengan menyemai dan menyuburkan sikap yang baik dan memangkas buang sikap yang buruk dalam diri. Biarlah ceding-ceding sikap baik tumbuh menggantikan tempat sikap buruk yang telah dipangkas. Pada masa bujang, sikap yang baik mungkin senang kita ‘amalkan dan sikap buruk kita pula tidak menjelma keluar kerana tidak pernah diusik sesiapa. Sikap buruk mungkin ada, tetapi ia tersimpan rapi kerana tidak ada ujian atau cubaan yang mengganggunya. Tetapi, apabila sudah berkahwin, banyak ujian dan dugaan hadir dalam hidup sehingga ia mengganggu sikap buruk yang selama ini terpendam diam bertapa dalam gua diri, lalu ia (sikap buruk) akan menjelma keluar dan kita akan mendapati banyak sikap buruk pada diri kita selepas kita menikah.

Oleh itu, latihlah diri kita dengan sikap baik setiap masa dan bersungguh-sungguh bersikap baik, agar pada saat-saat genting, atau saat keletihan selepas kita telah bernikah, iaitu saat kita benar-benar menjadi diri kita yang sebenar, saat kita benar-benar diuji dengan cubaan berat, sikap-sikap baik itu tidak tertanggal dari diri kita, masih melekat pada kita dan kita masih ber’amal dengannya seperti biasa biarpun kehidupan kita telah berubah, contohnya kita menjadi makin sibuk, atau makin penat, atau makin banyak cabaran hidup mendatang. Maklumlah, kalau semasa bujang, kita hanya mengurus seorang manusia, maka kita tidaklah terlalu sibuk dan tidaklah terlalu penat. Tetapi apabila kita telah bernikah, kita telah megurus dua orang manusia yang berlainan jantina dan berlainan latar belakang kehidupannya, pastilah kita menjadi lebih sibuk dan lebih penat.

Oleh itu, latihlah diri kita membuang sikap-sikap buruk dalam diri kita sementara kita belum bernikah. Kalaupun kita telah bernikah, teruskanlah istiqomah membuang sikap-sikap buruk itu dari diri kita. Sikap buruk kita boleh jadi pelbagai dan banyak, tetapi boleh jadi juga beberapa dan sedikit, tetapi pokoknya kita tidak mahu sikap buruk ada pada diri kita biarpun satu kerana satu sikap buruk sekali pun mempunyai risiko yang besar untuk mengganggu gugat kebahagiaan rumah tangga apatah lagi banyak sikap buruk yang kita miliki. Contoh sikap buruk ialah sangat mudah berprasangka buruk, hasad, tidak mahu mengalah, cemburu buta tuli yang melampau, terlalu sensitif atau manja, pemarah, pendendam dan lain-lain lagi.

Jika pada masa bujang lagi kita telah ada banyak sikap buruk, maka buanglah cepat-cepat kerana sesudah menikah, ia lebih senang berkembang dengan subur berbanding masa bujang sebelum kahwin. Membuang sikap buruk bukan mudah, malah susah dan memakan masa. Tetapi kesusahan itulah mujahadah. Oleh sebab itu, teruslah bermujahadah membuang sikap buruk selepas nikah dan sekalipun telah lama bernikah. Perubahan itu mungkin walaupun susah. Disebabkan ia memakan masa, maka ia perlulah dibuang segera bermula sekarang.

Sekalipun jika masa bujang kita hanya ada beberapa sikap buruk saja, janganlah beranggapan ia sedikit dan boleh dibuang dengan senang apabila mendekati tarikh pernikahan atau setelah menikah. Setelah menikah, ia bukan lagi medan masa yang utama untuk membuang sikap buruk. Ya, tidak dinafikan membuang sikap buruk masih perlu dan masih boleh dibuat selepas pernikahan, tetapi ia bukanlah lagi medan focus utama setelah menikah, walaupun ia tetap penting. Banyak lagi kerja lain yang lebih penting yang perlu dibuat. Membuang sikap buruk menjadi kerja sampingan saja kerana banyak lagi kerja lain yang lebih utama yang perlu diutamakan. Menunggu masa selepas menikah untuk bermula membuang sikap buruk adalah perjudian yang sangat besar risikonya kerana peluang membuang sikap buruk tidak secerah sebelum menikah lagi sekalipun peluang itu masih ada. Selepas kahwin, peluang itu masih ada tetapi sempit. Sebelum kahwin, peluang itu memang ada dan luas. Pilihlah antara peluang yang ‘masih ada’ atau ‘memang ada’, dan pilihlah antara sempit dan luas.

Jika anda belum menikah, manfaatkanlah masa bujang ini sebaiknya untuk membuat persiapan dan apa yang perlu. Uruslah masa anda dengan bijak. Jangan biarkan sesaat pun masa anda terbazir dengan hal tidak berfaedah, kelak selepas kahwin anda akan menyesal. Selepas mati anda lagi menyesal kerana akan ditanya di sana.

Sudahkah anda bersedia? Untuk berkahwin dan untuk menjawab di Padang Mahsyar nanti..

-ibnumustafa-

1 comment:

awa_lynna said...

nanti kita tengok bape budget hang kena kuarkan time hang kawin okey.!