Sedar ataupun tidak, sahabat-sahabat semua telah meneruskan kehidupan masing-masing. Walaupun hala tuju kita berbeza, destinasi tidak sama, tetapi yang pasti TUJUAN HIDUP kita serupa. Tujuan hidup. Tidak tahu?? Yang mencipta ada jawapannya.
"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku". - Surah Az-Dzariyat; ayat 56
Bagaikan mimpi. Terasa seperti kita baru sahaja dilahirkan semalam. Dalam sekelip mata usia meningkat. Hari-hari mendatang di tempuh. Sehinggalah kita menjadi seperti diri kita sekarang ini. Kadangkala di atas, kadangkala di bawah. Itulah kehidupan, ibarat sebuah roda. Kejayaan yang di tempuh, semuanya datang daripada Tuhan.
"Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
Kejayaan bukan milik kita, sekaligus mengelakkan diri daripada rasa bangga. Tidak mungkin kejayaan ditempah tanpa pertolongan Allah S.W.T. Sedarlah bahawa kita berjaya, kita kaya, bukan kerana kita HEBAT, bukan kerana kita GAH. Semuanya datang dari Allah S.W.T, nikmat yang dikurniakan supaya kita bersyukur.
Mungkin ada yang menyatakan aku berjaya kerana otakku memang bijak. Aku punya kawan-kawan yang hebat sebagai pembantu. Aku punya kekayaan yang membolehkan aku 'membeli' segala sesuatu. Tetapi lupakah kita siapa yang mengurniakan semua itu? Siapa yang mengurniakan otak yang bijak, kawan yang hebat mahupun kekayaan? Semuanya datang dari Allah S.W.T. Semuanya dengan izin Allah S.W.T. Mungkin ada yang hairan, aku tetap diberi kurniaan yang hebat walaupun diri ini jauh dari Tuhan, jarang sekali mengucapkan syukur apatah lagi menyembah Tuhan. Jangan mudah alpa dan lalai, Firaun juga diberikan nikmat kesihatan tubuh badan yang tidak terhingga. Tidak pernah sakit sepanjang usia. Namun nikmat yang diturunkan merupakan satu ujian.
Disebabkan sifat Allah S.W.T itu ya Rahman dan Rahim, maka diturunkan jua kejayaan kepada hamba-hamba yang dikasihiNya. Memang benarlah, segala kekuatan yang datang untuk menempuh kehidupan, menghadapi cabaran serta daya upaya kita mengharungi segalanya tidak lain dan tidak bukan datangnya dari Allah S.W.T. Tanpa pertolonganNya, kita hanyalah insan lemah yang berasal daripada setitis air mani. Lemah dan tidak mampu untuk melakukan apa-apa. Apa sahaja.
Allahu Akbar..
Alhamdulillah atas kejayaan yang diberikan.
"Laa haulawala quwwata illa billa hil alyyil aadzim". Tiada daya upaya dan kekuatan ku kecuali dengan pertolongan Allah".
-ibnumustafa-

No comments:
Post a Comment