PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Monday, October 25, 2010

Nak SUAMI / ISTERI yang SOLEH / SOLEHAH??

"Susah betul nak cari isteri yang solehah," luah seorang pemuda di tangga masjid.. "Macam cari gagak putih," tambahnya..

"Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat," katanya lagi. Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum..

"Dah kahwin?" Akhirnya saya bertanya..

"Belum lagi… Kenapa?" dia pula tersenyum..

"Belum dapat yang solehah?" saya terus mengusik.

"Saya dah 29 tahun, sepatutnya umur 25 dah kahwin… Dah terlajak le ni."

"Oh gitu... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!" usik saya lagi..

"Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang."..

"Kalau tak jumpa, macam mana?"

"Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?"

"Apa syaratnya?"

"Syarat-syarat wanita solehah… mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat…"

"Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu," balas saya.

UKUR TAQWA

"Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertaqwa," katanya lagi..

"Macam mana pula nak ukur taqwa tu?" tanya saya..

"Tu yang pening. Taqwa tu dalam hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertaqwa!"

"Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?" pelawa saya..

ADA CARA LAIN

"Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadith?"

"Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami yang soleh… Cuba cari ciri-ciri suami soleh… Bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati… Ukur iman dan taqwa kita."..

"Nak ukur iman & taqwa kita… susah tu.. Itu soal maknawi."..

"Tapi, jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan taqwa orang lain."..

LEBIH TEPAT

"Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan taqwa… lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sebelum ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu. Tu yang kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki beriman untuk wanita yang beriman? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah."

TERLALU IDEAL

"Habis tu… saya kenalah berhenti cari wanita solehah sebab nak jadi lelaki soleh?"

"Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah."

"Ok jugak tu! Serampang dua mata," katanya..

"Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dengan tahap sederhana."..

"Maksudnya?"

"Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sebab sifat-sifat solehah itu 'on going process' (dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sikit, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh dipertingkatkan lagi."..

MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN

"Boleh lebih kurang lah ni ye?"

"Salah tu… Panduan dan ajaran Islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan."

"Apa kaitannya dengan yang kita bincang sekarang ni?"

"Gini, awak mesti lebih ketat dan tegas dalam menilai diri sendiri. Jangan amik mudah soal iman dan taqwa diri sendiri. Letakkan piawai tinggi utk diri sendiri. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin rumahtangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sikit… nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita…"

"Oh saya faham."

"Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya… untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi untuk calon isterinya dinilai dengan solehah yang tinggi. Itu silap!"

"Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti."

"Amieen… Tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan diri yang soleh."

"Dialah Allah dilangit dan dibumi. Dia mengetahui yang kamu rahsiakan dan yang kamu lahirkan dan mengetahui apa-apa yang kamu usahakan" - Surah Al- An'am; ayat 3.

...selaraskan niat dgn syara'… wallahua'lam..

-ibnumustafa-

No comments: