PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, September 2, 2008

Apabila Mufti Perlis berpantun...

Bukan setakat melahirkan fatwa, malah aku begitu tertarik dengan pantun ini yang dihasilkan sendiri oleh Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dimuatkan di laman webnya, www.drmaza.com. Kepada siapakah beliau tujukan pantun ini? Lu fikirlah sendiri!!

Kota sarat disimpan tempayan
Zahir berlian di sunyi hari
Harta rakyat dijadikan taruhan
Akhir kebencian menjadi api.

Gula dan santan diuli roti
Kelapa diparut dimakan sama
Bila kebencian menjadi api
Apa dihasut ditelan semua.

Anak singa di Pulau Teberau
Anak tebuan seekor lari
Jika negara sudah kacau
ELOKLAH TUAN MENGUNDUR DIRI.

Pergilah mandi di Titi Tinggi
Jalan tersepak tali pencuci
Carilah ganti berbudi tinggi
BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI..

Berikut adalah pandangan peribadi aku...

(Tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah mati!).

Sekali imbas memang pantun ini jelas ditujukan pada pemimpin negara yang menyelewengkan harta negara, hidup dalam penuh kemewahan dan menggunakan kuasa politik demi kepentingan peribadi.

Natijahnya, apabila pemimpin berbuat demikian, maka rakyat menjadi marah. Pemimpin mengumpulkan harta, yang kaya menjadi bertambah kaya sedangkan rakyat bawahan semakin menderita dengan tekanan hidup yang semakin mendesak.

Api kemarahan rakyat lama-kelamaan membuahkan rasa benci kepada pemimpin negara dan arus perubahan mula berkocak menjadi satu gelombang.

Akibat keadaan ekonomi, sosial dan politik negara yang dilihat kurang stabil, maka pemimpin negara digesa untuk berundur.... UndurLAH! Dok Ketegaq apa lagi haihh...

Justeru, pengunduran pemimpin perlulah digantikan dengan orang baru. Namun, sudah semestinya rakyat mahu melihat pengganti yang lebih baik dan lebih berkredibiliti.

Memang betul dua baris terakhir pantun di atas. Kalau mahu dicari pengganti kepimpinan negara, maka perlu dicari yang berbudi tinggi dan boleh diterima sekalian rakyat.

Begitu juga, pengganti baru ini bukannya dari kalangan mereka yang setara atau lebih teruk dari yang sedia ada...

Betul tu BUKAN PEROMPAK GANTI PENCURI! Hahaha..

-am-

No comments: