PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Friday, September 5, 2008

Aplikasi tarbiyah Ramadhan hadapi keganasan Israel

Umat Islam perlu mengambil iktibar daripada 'tarbiyah' Ramadan yang mengajar supaya dihentikan penganiyaan sesuai dengan laungan `Allah hu Akbar' dan kalimah 'Laillah ha illAllah' untuk bersatu menentang keganasan kuasa Barat menzalimi rakyat Palestin.

Mengenai keganasan Zionis Israel yang berterusan sehingga membunuh 23 penduduk awam Palestin, sudah tiba masanya umat Islam bersatu menyerang habis-habisan rejim Yahudi sebagaimana mereka bersatu untuk menghapuskan ummah.

Jika rakyat Amerika sudah menolak Presidennya, W George Bush daripada terus mencatur negara kuasa besar itu, tidak ada alasan umat Islam untuk terus menyokong dan patuh dengan arahan pimpinan ganas itu.

Di atas tindakan Amerika yang bersekutu terhadap keganasan ke atas rakyat Palestin, saya mewakili seluruh Malaysia mengutuk keras tindakan biadap dan tidak berperikemanusiaan itu.

Barat telah mengaku sebagai tentera pengaman sebaliknya negara itu merupakan 'musang berbulu ayam', mereka berpura-pura membantu atau cuba mengamankan negara-negara di Timur Tengah seperti Iran sebaliknya mereka melakukan pencerobohan.

"Serangan Zionis Israel baru-baru ini membuktikan bahawa AS tidak menghormati perundingan yang dilakukan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,".

saya begitu kesal dengan ketidakadilan undang-undang yang menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein yang mempertahankan negaranya daripada diserang oleh tentera AS.

Sepatutnya Bush dan Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert yang dikenakan hukuman mati kerana mereka merupakan 'bapa keganasan'.

-am-

No comments: