Ayat ini menunjukkan, bahawa setiap daripada kita tidak terlepas atau dibiarkan begitu sahaja tanpa diuji oleh Allah, ia tidak lain adalah untuk mengetahui kebenaran iman kita kepada-Nya atau sebaliknya, hakikat ini telah disingkap oleh Allah menerusi ayat 2-3 surah al-Ankabut yang bermaksud: �Apakah manusia menyangka bahawa mereka dibiarkan dengan berkata, kami beriman kepada Allah, sedangkan mereka tidak diuji lagi. Sesungguhnya Kami (Allah) telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka semata-mata untuk mengetahui mereka benar-benar beriman atau mereka berdusta untuk beriman kepada Allah.�
Tetapi kenapa manusia diuji, apakah hikmah atau rahsia di sebalik ujian yang diterima?
Para ulama bersepakat, bahawa hikmah yang boleh disimpulkan dalam forum ini, antaranya :
1- Untuk mencapai pengabdian hakiki kepada Allah SWT.
2- Ujian yang menimpa umat Islam secara khusus, adalah untuk mematangkan mereka dalam kehidupan di muka bumi ini.
3- Bertujuan untuk menghapuskan dosa yang dilakukan oleh manusia.
4- Bertujuan untuk memperolehi pahala serta memartabatkan kedudukan mereka di sisi Allah SWT.
5- Dengan adanya ujian, ia memberi peluang kepada manusia untuk memikirkan akan segala kesalahan yang dilakukan pada diri sendiri dan orang lain di masa lampau.
6- Ujian merupakan satu pengajaran untuk kembali bertauhidkan kepada Allah.
7- Ujian juga mampu untuk menghilangkan rasa ego dalam diri dan menyediakan jalan untuk mendekati Allah.
8- Ujian ditimpakan ke atas manusia adalah untuk menyedarkan mereka akan kelebihan yang ada pada diri mereka setelah diuji.
9- Ujian juga berperanan untuk mendidik manusia menjadi matang dan mantap dalam segenap aspek kehidupan mereka.
10- Untuk mengenal kawan sebenar atau kawan yang berkepentingan, ia boleh didapati setelah adanya ujian daripada Allah.
11- Ujian juga mampu untuk mengingatkan manusia akan segala kesalahan sebagai persiapan untuk bertaubat kepada Allah.
12- Ujian mampu menyingkap hakikat sebenar dunia yang menjanjikan pelbagai tipu daya.
13- Ujian mampu untuk mengingatkan manusia akan kelebihan nikmat kesihatan dan kurniaan Allah.
14- Ujian menjanjikan kerinduan manusia untuk memasuki syurga Allah.
-am-
No comments:
Post a Comment