PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, August 4, 2009

Tahniah kepada seluruh peserta demonstrasi Mansuh ISA

Tahniah buat semua peserta himpunan aman Mansuh ISA hari isabtu yang lalu. Anda semua adalah hero negara. Rakyat Malaysia patut berbangga dengan keberanian anda semua, turun ke jalan-jalan raya, mengambil risiko bagi memperjuangkan kebenaran dan membenamkan kezaliman.

Melalui apa yang kita lalui saya dapat rasakan semangat dan komitmen hebat anda semua. Ditembak gas pemedih mata, dibalun belantan polis, diasak semburan air asid, semuanya tidak menjadi halangan besar buat anda semua untuk mengungguli perjuangan menuntut agar semua undang-undang zalim dimansuhkan.

Saya rasa berbangga melihat anda beraksi demi kesejahteraan Malaysia tercinta ini.

Anda semua telah memulakan, polis juga telah menunjukkan belang, soalnya apakah langkah susulan selepas ini? Pastinya tidak boleh berdiam diri sahaja. ISA adalah akta paling zalim dan mesti dikuburkan segera. Apa lagi yang nak dirundingkan Najib sehingga perlu memakan masa untuk memansuhkannya secara total.

Saya yakin anda semua tidak pernah percaya dengan jaminan Najib itu. Saya juga. Jadi, mesti ada tindakan untuk memastikan ISA dilupuskan terus.

Sekali lagi, tahniah buat semua peserta demonstrasi 1 OGOS. Saya benar-benar berbangga dengan kehebatan anda semua!

ISA MESTI DIMANSUHKAN SECARA TOTAL!!

-ibnumustafa-

No comments: