PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, November 2, 2010

Sebuah Perjalanan Hidup Yang Menakjubkan Si Ikan Salmon

Sesuatu yang tidak pernah terjangkau dalam fikiran kita. Selama ini apa yg kita cuma ambil tahu hanyalah mengenai khasiatnya sahaja. Tetapi kalau di pandang dari sudut lain pula, kisah perjuangan hidup si Ikan Salmon ini amat mengagum dan menakjubkan dan agak menarik untuk dikongsi bersama sebagai inspirasi kita menjalani kehidupan harian..


Ikan Salmon, satu dari sekian banyak jenis ikan yang banyak mengandung nilai gizi yang sangat bermanfaat bagi manusia.
Ikan salmon merupakan ikan yang berasal dari daerah Amerika Utara. Ia mempunyai kisah hidup yang panjang dan mencabar.
Jenis ikan ini dapat hidup di perairan tawar dan laut, dan merupakan salah satu komoditi hasil perikanan yang banyak dikonsumsi oleh masyarakat. Terlepas dari semua itu, tajuk di atas yang menjadi topik utama dalam penulisan ini hanyalah sekadar untuk menambah pengetahuan kita bersama.

Kitaran hidup si Ikan Salmon bermula di perairan tawar (hulu sungai), di sini telur-telur ikan salmon menetas (biasanya pada bulan November) dan di sini perjuangan hidupnya bermula. Tingkat kematian ikan salmon pada tahap ini sangat tinggi. Dari keseluruhan jumlah telur yang ditetaskan, lebih kurang separuh darinya sahaja yang berjaya menetas. Ikan salmon yang baru menetas ini dinamakan 'Alevin' di mana hidup dalam tumpukan kerikil di dasar sungai dengan memakan plankton. Setelah makanan habis, alevin akan keluar dari kerikil dasar sungai (dalam bulan Mei/Jun), pada tahap ini ikan salmon dinamakan 'Fry'. Fry kemudian membesar dan berkembang menjadi 'Smolt' yang kemudiannya bergerak ke muara sungai menuju ke lautan lepas.


Dalam tahun pertama hidup di lautan merupakan tahap yang paling kritikal di mana ikan salmon menghadapi pemangsanya. Predator yang memangsa ikan salmon dalam jumlah banyak adalah anjing laut. Di samping itu, singa laut, beruang, burung dan manusia juga menjadi ancaman kelangsungan hidup si ikan salmon.

Lama berkelana di lautan lepas (di antara 4-7 tahun), ikan salmon tumbuh besar dan cukup dewasa untuk berreproduksi. Di sini letak keunikan ikan salmon, di mana hidupnya bermula (menetas dari telur) di sana lah ikan salmon melakukan proses reproduksi. Ikan salmon yang hidup berkoloni (berkumpul dalam jumlah yang sangat banyak) akan berkumpul dengan koloni ikan salmon lainnya untuk bermigrasi kembali ke perairan tawar iaitu sungai, tempat penetasannya.


Perjalanan pulang ikan salmon bukanlah seketika, ianya memakan masa dengan hitungan bulan. Banyak rintangan yang menanti di perjalanannya, melewati batu karang, berenang melawan arus laut, melompat mendaki air terjun (daya lompat ikan salmon boleh mencapai 3 meter tinggi) dan lain lain.


Satu perkara yang paling menarik dan menakjubkan, selama melakukan perjalanan pulang, ikan salmon tidak memakan apa-apa pun dan ini boleh dikatakan juga sebagai berpuasa. SubhanAllah.. P
erjalanan hingga mencecah
1000 batu, selama masa yang panjang dan sukar itu mereka berpuasa dari makan, kerana pada masa itu bagi mereka tiada masa untuk berhenti makan. Perkara ini lah yang menjadikan mereka ramping dan panjang, mampu melarikan diri dari jaring para nelayan, lari dari sergapan burung pethrik, angsa jantan, beruang dan haiwan pemburu yang lain. Bekalan lemak yang ada di tubuhnya selama membesar itu sahaja lah yang menjadi sumber makanan hingga mereka sampai ke perairan tawar. Penggunaan lemak dari tubuh ini lah akan menyebabkan berlakunya perubahan fisik pada diri ikan salmon. Pada tahap ini, banyak ikan salmon yang mati kerana luka, keletihan atau pun pemangsa, hingga akhirnya hanya sedikit sahaja yang berjaya sampai ke hulu sungai.

Dari sumber yang diperolehi, belum ada yang berjaya memastikan bagaimana cara ikan salmon dapat menemukan kembali jalan pulang ke sungai tempat mereka mula-mula ditetaskan dahulu setelah berenang di lautan lepas bertahun-tahun lamanya dan beribu ribu batu jauhnya. Teori yang paling banyak didengar adalah ikan salmon menyimpan secara automatik aroma di mana tempat dia ditetaskan, dan inilah yang nantinya akan memberi panduan dalam perjalanan pulang kembali ke tempat asalnya.


Sesampainya di hulu sungai (atau tempatnya ditetaskan), dalam keadaan lelah ikan salmon akan menggali tanah di dasar sungai membuat lubang sedalam (25-30cm) untuk sarang dengan menggunakan ekornya. Di lubang itulah ikan salmon betina mengeluarkan telur 3,000 - 8,000 biji dan kemudian dibenihkan pula dengan sperma ikan salmon jantan. Selesai melakukan pembenihan, ikan salmon jantan dan betina menutup kembali sarang tersebut dengan kerikil. Kedua ikan salmon akan tinggal beberapa hari disekitar sarang tersebut hingga akhirnya keduanya mati bersama setelah kehabisan tenaga. Sebahagian bangkai ikan salmon akan dimakan oleh binantang yang hidup di dasar sungai, dan sebahgian lagi akan membusuk dengan bantuan bakteria hingga menjadi humus dasar sungai. Humus-humus tersebut akan dimakan oleh plankton dan serangga kecil di dasar sungai. Pada akhirnya, plankton dan serangga kecil ini pula akan menjadi makanan utama bagi anak-anak ikan salmon yang baru menetas satu bulan kemudiannya.


Itulah salah satu fenomena alam yang menakjubkan dan penuh keajaiban dari Yang Maha Esa. Bagaimana mungkin ikan Salmon yang bertahun-tahun hidup di lautan, boleh kembali semula ke tempat kelahiran mereka di hulu sungai pegunungan es?

Penelitian dan kajian telah menunjukkan bahawa ikan salmon telah diciptakan dengan sistem penginderaan khusus yang memungkinkan mereka untuk melakukan perjalanan yang menakjubkan ini.

Mereka telah diciptakan dengan kompas alam yang memungkinkan mereka menemukan jalan mereka di laut dengan merasakan medan magnet bumi.

Berkat ini, mereka dapat menemukan arah tuju mereka di lautan luas tanpa kesalahan.

Dapat kita lihat bahawa setiap tahap perjalanan yang dibuat oleh salmon telah diperhitungkan. Perkara ini telah menunjukkan sebuah keajaiban besar bahawa ada suatu program yang mengarahkan salmon untuk kembali setelah beberapa tahun kemudian ke sungai di mana ia dilahirkan.

Semua ini menunjukkan bahawa salmon adalah makhluk yang diciptakan-Nya khusus untuk melakukan perjalanan ini. Satu yang menciptakan salmon dengan segala kemampuan luar biasa adalah Allah S.W.T, Pencipta segala makhluk hidup dan Tuhan bagi sekalian alam.

Begitulah perjuangan dan kitaran hidup ikan salmon. Yatim piatu sejak menetas, menempuh perjalanan dengan resiko yang sangat besar dan berkorban demi kelangsungan populasinya di masa yang akan datang. Tentu banyak perkara positif yang boleh kita ambil dari cerita ini selain dari kandungan gizi yang dikandung ikan salmon.


Apakah pengajaran yang boleh kita perolehi dari kisah perjalanan hidup si ikan salmon ini? Setelah berkelana jauh ke lautan lepas dapat kembali ke habitatnya di hulu sungai walaupun terpaksa menempuh susah payah berenang melawan arus air sungai, air terjun dan pemangsa di mana resikonya adalah kematian yang menanti di hadapan. ia tidak pernah kenal erti putus asa. Kisah ini memberikan pengajaran dan keinsafan kepada kita, selaku pelakon di pentas dunia, iaitu manusia.. Bahawa setelah kita selama bertahun-tahun bergelumang dengan kehidupan dunia yang fana ini untuk mencari harta dan kesenangan, maka selayaknyalah kita sedar akan tempat kembali kita, iaitu kepada Zat Yang Maha Sempurna, Pencipta Alam Semesta. Walaupun, kita harus berkorban dan meninggalkan semua yang kita miliki untuk kembali kepada-Nya.

-ibnumustafa-

No comments: