PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, May 5, 2009

BERSIH : Pakai warna HITAM pada 7 Mei tanda protes rampasan kuasa Negeri Perak

"1Hitam Malaysia! Demokrasi Didahulukan! Pilihanraya Sekarang!"

Anna Yusof

KUALA LUMPUR, 5 Mei (SK) : Gabungan badan pilihanraya bebas (Bersih) menyeru semua rakyat Malaysia untuk memakai baju berwarna hitam ke tempat kerja dan tempat awam bagi mewakili “1BlackMalaysia” memprotes tindakan Perdana Menteri Najib Razak yang manjadi punca rampasan kuasa di negeri Perak.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung di Chinese Assembly Hall, Kuala lumpur yang di hadiri oleh wakil Pas Dr Zulkifli Ahmad, wakil KeADILan Sivarasa Rasiah, wakil Dap Tony Pua, wakil Badan bukan Kerajaan (NGO) Wong Chin Huat dan Maria Chin.

Berikut adalah petikan dari kenyataan akhbar Bersih:-

Bersih mahukan isu rampasan kuasa di Negeri Perak oleh kerajaan Barisan Nasional dan melanggar perlembagaan demokrasi diprotes oleh seluruh rakyat Malaysia dengan slogan:

“Ya, Perdana Menteri, Dunia melihat, mendengar kami dengan ‘1Hitam Malaysia! Demokrasi Didahulukan! Pilihanraya Sekarang!

Slogan Najib: “1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” adalah satu lawak jenaka kepada rakyat Malaysia. Ini adalah seperti “1Kekuasaan-MalaysiaRasuah” lebih teruk lagi “Rakyat didahulukan” apabila rakyat dipaksa membutakan mata, pekakkan telinga dan tidak dapat bergerak dan bandaraya dikawal (curfew).

Apa makna “Pencapaian diUtamakan” mungkin untuk pencapaian untuk menolak undang-undang. Siapa tahu?

Berdasar kepada perkara-perkara begi, maka kami menyeru rakyat Malaysia memakai baju warna hitam pada 7 Mei ini. Walaupun protes ini secara aman namun kekuatan kita rakyat Malaysia sebagai tuan bagi politik dan tidak ada politik kotor yang akan terselamat dalam pilihanraya akan datang.

Bantahan awam ini boleh diadakan dan tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.

Sejarah Mahatma Ghandi yang membuat bantahan awam termasuk Martin Luther King dan rakyat Polland telah berjaya menjatuhkan kerajaan zalim dan tidak adil tanpa pertumpahan darah.

Marilah kita sama-sama mewarnakan negeri, wilayah, bandar dan kampung dengan memakai tudung, topi, serban, selendang, band lengan, riben, stiker serba hitam pada hari itu.

Biar ianya menjadi lautan hitam mengalir ke pejabat, pasar, masjid, kuil, gereja, kolej, taman, dalam bas dn komuter serta LRT, feri dan pesawat.

Marilah kita bersatu dalam ‘1HITAM’ dan memperlihatkan kepada dunia bahawa 1Malaysia dibawah Njib itu “1HITAMMalaysia’ tinggal dalam kegelapan.

Mari kita tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia akan berdiri teguh menentang pencerobohasn demokrasi, kebebasan dan ketenangan daripada politik kotor Najib.

Kita tidak akan membiarkan rampasan kuasa di Perak akan terjadi di mana-mana negeri di Malaysia. Tidak ada sesiapa yang boleh mangambil demokrasi, kebebasan dan kesejahteraan daripada kami.

Najib boleh merampas perlembagaan yang tidak dipilih rakyat seperti badan kehakiman, pentadbiran awam, SSuruhanjaya Pilihanraya, namun beliau tidak boleh menawan hati dan minda seluruh rakyat Malaysia.

• Kenyataan ini juga telah ditermapakai oleh Pusat Orang Asli, Pusat Tindakan Polisi (CPI) dan Kelab Anwar Ibrahim Club (AIC)

* sumber dari coretan www.suarakeadilan.com

2 comments:

selayang_bayu said...

bersih sgtker fikiran awak tu

ibnumustafa said...

To selayang_bayu: insyaAllah.. amieenn..