PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, May 12, 2009

JANJI.. Tepatikah kita?

“Esok aku bayar la”
“Takpa lusa nanti aku akan siapkan jangan risau”

Inilah ungkapan yang sering kita ucapkan dalam hidup kita seharian. Namun wahai saudaraku apakah kita betul-betul mampu menunaikannya. Tanpa segan silu kata bicara diucapkan menabur janji dalam melaksanakan sesuatu sebagai jaminan bagi memuaskan hati seseorang. Bila gagal melaksanakan seribu alasan dihambur sebagai penyelamat diri. Inikah jiwa seorang yang beriman wahai saudara-saudaraku?

“Wahai segala mereka yang telah beriman sempurnakanlah janji-janjimu” - Surah al-Maidah.

“Dan sempurnakanlah olehmu akan janji Allah, apabila kamu telah berjanji dengan-Nya dan janganlah kamu meruntuhkan janji-janjimu sesudah kamu perkukuhkannya, padahal kamu telah jadikan Allah Pemeliharaan atas kamu, Bahawasanya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” - Surah Al-Nahl ayat 91.

“Wahai segala mereka yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu mengerjakannya” - Surah Asy-Syaf

Marilah kita merenung satu cerita yang berlaku pada zaman sahabat.

Cerita ini mengenai seorang Badwi yang dihukum bunuh kerana telah membunuh seorang Islam yang lain Arab Badwi tetapi telah dijamin oleh seorang Sahabat yang tidak pernah mengenalinya sebelumnya, kerana sebelum menjalani hukuman Arab Badwi itu meminta izin pulang ke desanya untuk memberitahu dan mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya yang sudah tua, isteri dan anak-anaknya.

http://www.zarzora.com/albums/TOPOGRAPHICA/bedouin_with_camels.jpg

“Kau boleh pulang tapi siapa penjaminmu??” soal hakim.

Arab Badwi itu pun bingung. Dia tidak ada saudara-mara di situ, juga tidak ada sahabat kenalan. Sebelum kedatangan Islam kaumnya adalah kaum yang paling rendah darjatnya di antara suku-suku kaum yang terdapat di padang pasir.

Pada waktu itulah sahabat itu tampil ke muka. Orang ramai sangat terperanjat atas sikap sahabat terbabit yang sanggup menawarkan dirinya sebagai penjamin. Mereka menganggap sebagai perbuatan yang dungu. Mahu menggalangkan leher kerana seorang desa miskin yang tidak diketahui asal-usulnya.

“Tetapi dia orang Islam” jawab sahabat itu tegas. “Dia telah mengucap dua kalimah syahadah. Saya percaya kepadanya. Kalau dia tidak menepati janjinya maka biarlah leher saya yang dipancung”.

http://www.bradford.gov.uk/NR/rdonlyres/B91BD1DA-4A4D-41E9-8049-A9DFCA2AF6E2/0/Justice.jpg

Hakim kenalah adil!

Hakim terpaksa menerima kerana sahabat itu ikhlas dengan pengakuannya dan menepati syarat. Arab Badwi itu pun pulang tetapi apabila hampir matahari terbenam matahari Arab Badwi itu tidak juga muncul-muncul. Semua orang yang menunggu di situ terus membuat kesimpulan bahawa Arab Badwi itu telah melarikan diri. Hakim dan para Sahabat menjadi gelisah. Mereka gelisah bukan kerana Arab Badwi itu melarikan diri tetapi kerana takut kehilangan seorang Sahabat yang baik, jujur dan dihormati dalam masyarakat. Sahabat itu tentu terpaksa menjalani hukuman sebagai galang ganti Arab Badwi yang dijaminnya itu. Hukum tetap hukum. Mereka berasa sangat dukacita. Alangkah sia-sianya kematian sahabat itu. Apabila tempoh menunggu sudah luput, Sahabat yang menjamin itu pun dibawa ke tempat pemancungan.

Algojo sudah siap dengan pedangnya yang terhunus. Pada saat yang genting itu, waktu orang menahan nafas menunggu mata pedang dijatuhkan, dari jauh mereka mendengar bunyi tapak kuda dan suara orang melaung. Arab Badwi itu muncul sambil berteriak-teriak dan melambai-lambaikan tangan supaya dilihat orang. Apabila sampai, dengan muka yang pucat dia berkata,

“Maaf saya terlambat. Saya menunggu orang untuk mengambil alih tugas menjaga anak yatim yang menjadi tanggungan saya”


The image “http://www.hedweb.com/animimag/horse-beach.jpg” cannot be displayed, because it contains errors.

Mendengar kata-kata Arab Badwi itu hakim terpegun, hatinya yang keras sebagai penegak keadilan cair dilanda keharuan. Arab Badwi itu lalu berjalan dengan langkah yang tetap menuju ke tempat pembantaian. Dia memeluk erat Sahabat yang menjadi penjaminnya, lalu duduk melutut menggantikan tempat Sahabat yang hampir sahaja menjadi korban itu.

Pada waktu itu waris orang yang kena bunuh tampil ke hadapan dengan penuh emosi lalu berkata; “Saya tidak sampai hati mengorbankan nyawa orang yang berpegang kepada janji. Saya tidak berani mengambil tanggungjawab kematian seorang manusia yang jujur. Saya sudah rela akan kematian bapa saya”

Hakim sangat terharu. Semua orang yang hadir ikut terharu. Hakim kemudian dengan suara yang serak menjawab, “Saya juga tidak berani mengambil tanggungjawab menghukum mati seorang hamba Allah yang berpegang kepada janjinya, yang tidak mahu mengorbankan orang lain kerana mahu melepaskan tengkuknya sendiri”.

http://www1.istockphoto.com/file_thumbview_approve/116576/2/istockphoto_116576_cartoon_judge.jpg
Maka Arab Badwi itu dibebaskan daripada hukuman mati dan menjadi mulia pada pandangan orang ramai kerana menepati janji dan sahabat yang menjadi penjaminnya juga turut menjadi mulia kerana keikhlasannya rela berkorban untuk menepati janji. Iman dan taqwa mereka kepada Allah SWT semakin kuat kerana keyakinan akan sifat baik di dalam hati manusia kini jelas terbukti wahai saudara-saudaraku sekalian, apakah pada hari ini, dalam zaman kita ini ada orang seperti Arab Badwi itu?

Sekarang kita berjanji bukan sahaja dengan lisan, dengan mulut tetapi dengan surat di hadapan peguam, dengan saksi, kita sanggup memungkirinya, malah tidak itu saja kita sanggup membiarkan yang menjadi saksi dan penjamin kita menghadapi risiko kerana janji kita itu. Apakah pada hari ini wujud sahabat yang sanggup menjadi penjamin kepada orang yang tidak dikenalinya? Sedangkan kepada orang yang kita kenal ataupun orang yang paling dekat dengan kita, kita tidak berani mengambil tanggungjawab kerana pada lazimnya orang yang paling dekat dengan kita itulah yang paling mudah memungkiri janjinya, yang mahu menipu kita dan yang sanggup memakan daging saudaranya sendiri.

Renungkanlah diri kita yang sering leka dengan dunia ini dan ingatlah firman Allah Ta'ala dalam surah Al-Isra ayat 17 yang maksudnya kira-kira; “Dan tunaikanlah olehmu akan janjimu, kerana janji itu akan ditanya.”

-ibnumustafa-

2 comments:

Y u Z z 9071 said...

thanks for the share

ibnumustafa said...

To Yuzz9071: Thanks too.. sama2lah kita menepati janji. semoga tidak dituntut di akhirat kelak..