PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, December 6, 2008

Fenomena 1 Disember 2008 / 3 Zulhijjah 1429..

Siapa perasan dengan fenomena ini..??
Memang kejadian ini benar-benar terjadi..

Bulan & bintang itu tersenyum kepadaku.. (fenomena 1 Dis 2008)..

SUBHANALLAH..

Rupanya itu 1 fenomena alam..

Yang tak pernah aku tatap selama ini..

Aku lihat bintang seperti sepasang mata..

Aku lihat bulan sabit seperti sebuah senyuman..

Akhirnya..

Aku lihat langit seperti tersenyum padaku..

Tuhan tahu manusia yang sedang bersedih selalu melihat ke langit..

Dan alam seakan-akan memberitahu mereka..

"Wahai orang-orang yang bersedih.. Usahlah gundah gulana.. Kamu tidak keseorangan.. Kami senantiasa menemanimu.."

Keindahan di bulan baru.. 3 Zulhijjah..

Bulan yang tersenyum, membuat aku kagum dengan keindahannya..

SUBHANALLAH..

Siapa yang melihatnya mampu tersenyum kembali..

Tuhan, inikah caraMu menunjukkan keagunganMu padaku?

Aku bersyukur, kerana terpilih melihat keagunganMu itu...


Kamu tahu apa itu? Kenapa ia terjadi..??

Inilah dia kekuasaan Ilahi.. Tiada siapa yang dapat menandinginya.. Melainkan Ia Robbul Izzati..

Fenomena ini yang dinamakan 'conjunction', boleh dilihat dari banyak tempat di dunia berlaku apabila dua buah planet berkenaan 'mengasak' bulan..

Kini ianya menjadi sejarah.. Huhu..

(1 Disember 2008 / 3 Dzul Hijjah 1429 H, Planet Venus dan Planet Jupiter).

P/s: Anda kecewa kerana alpa? Lupa amik gambar keindahan itu? Biar kekal di memori ingatan.. Atau langsung tak berpeluang utk melihatnya? Cukuplah hanya sekadar bertahmid dengan foto-foto ini.. Fenomena ini hanya dpt di lihat sekitar selepas solat Maghrib.. Selepas itu.. Keindahan itu sudah lenyap… Tiada lagi... Esok lusa belum pasti.. Fenomena ini hanya akan berlaku lagi pada 18 Nov 2052.. Atau mungkin tiada lagi.. Ataupun kita belum pasti berpeluang untuk melihatnya kembali keajaiban Ilahi ini..

Ya Allah, Kau panjangkanlah umurku... Untukk terus bersyukur padaMu..

-ibnumustafa-

2 comments:

Y u Z z 9071 said...

x tengok pun....ruginyeeee

awat hang x sms aku fiq

ibnumustafa said...

To YuZz9071: Lorr hg x tau ka? ruginya hg x tengok.. rugi banget.. cantik menarik tertarik dia memang da bomm.. kalau aku tau hg x tau, awai2 lagi aku dah sms gtau.. tp time tu kredit aku abish.. caner nak sms.. hahaha..