PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Monday, August 1, 2011

Ahlan Wasahlan Wamarhaban Bikom Ya Ramadhan Al-Mubarak..





Perkara yang baik sempena bulan yang penuh barakah Ramadhan al-Mubarak ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan terutamanya dengan kedua orang tua kita (jika masih ada), antara suami & isteri dan dengan orang-orang di sekitar kita dan jauhkanlah dari kita sifat sombong dan bakhil.. maka perbanyakkanlah amalan sedekah di bulan mulia ini..

Oleh itu saya dengan penuh rasa rendah diri memohon ampun & maaf jika saya ada berbuat kesalahan, dari segi perilaku, perbuatan, perkataan @ apa jua yg menyinggung perasaan, baik yang disengajakan mahupun yang tidak disengajakan, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna sepanjang Ramadhan al-Mubarak ini..

Awalnya Rahmat,
Pertengahannya Keampunan,
Penutupnya Bebas Dari Neraka..

“Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. - Surah Al-Baqarah; ayat 183.

Hadith Rasulullah S.A.W: Ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An-Nasa'i dan Al-Baihaqi dari Abu Hurairah R.A, yang bermaksud:

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan.

Semoga kita sama2 mendapat barakah & ma'firah dari-Nya..
Rebutlah peluang sebaik mungkin di setiap saat dalam bulan yg penuh mulia ini..
Amieen..

Kullu 'Am Wa Antum Bikhair..
May Allah Bless You..
Have a Nice day..
..:: You’ll Never Walk Alone, Allah Is Always By Your Side ::..

-ibnumustafa-

No comments: