PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, July 19, 2008

10 Pesanan Imam Shafie yang perlu diikuti

Salam,
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada murid-muridnya serta umat Islam umumnya. Berikut adalah kandungan wasiat tersebut :

"Barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:

Hak kepada diri :

Mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

Hak kepada Izrail (Malaikat maut) :

Mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta kpd ALLAH S.W.T.

Hak kepada kubur :

Membuang tabiat suka menabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

Hak kepada Munkar dan Nakir :

Tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.

Hak kepada Mizan (Neraca timbangan amalan pada Hari Kiamat) :

Menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menahan kesulitan.

Hak kepada Sirat (Titian yang merintangi neraka pada Hari Kiamat) :

Membuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

Hak kepada Malik (Malaikat penjaga neraka) :

Menangis lantaran takutkan ALLAH S.W.T, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Hak kepada Ridhzuan (Malaikat penjaga syurga) :

Merasa redha kpd qadha’ ALLAH S.W.T, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH S.W.T dan bertaubat dari melakukan maksiat.

Hak kepada Nabi Muhammad S.A.W :

Berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung kepada as-sunnah (Hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari ALLAH S.W.T.

Hak kepada ALLAH S.W.T :

Mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan."

-am-

No comments: