PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Tuesday, July 15, 2008

"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"

Oleh kerana harga minyak naik mendadak baru2 ini, sekaligus ianya memberi kesan kenaikkan harga barang2 yang lain2, berikut adalah beberapa cara nak saving yg telah aku buat dengan mengubah cara hidup korang sumer spt yg dipromotekan oleh kerajaan mengong kiter..


"Ubah cara hidup anda (lifestyle)"


Part A (Kenderaan)

1) Yg Macho naik keta CC besar boleh tukar ke keta cc kecil (kancil, myvi, kelisa etc)


2) Yg naik kancil, myvi, kelisa tu leh tukar ke naik moto


3) Yg naik moto tu boleh tukar ke naik gheqek (beskal)


4) Yg naik gheqek (beskal) tu boleh tukar ke jalan kaki


5) Yg jalan kaki tu boleh tukar ke tumpang orang (jiran - kawan)


6) Yg asyik tumpang orang tu kalau tak tahan malu boleh beli keta. Lagi besar CC lagik macho. Sila rujuk nombor 1



Part B (Elektrik)

1) Jgn bayar bil anda.. biar diorang potong.. so tak payah la bayar lagi lepas tu.


2) Jual je semua barang elektrik anda (TV, astro, radio, dvd player etc). Tak de peluang dan alasan utk anda nak pakai elektrik.


3) Pakai lilin atau unggun api untuk menerangi malam anda. Ini adalah bagus untuk mengeratkan hubungan keluarga terutama suami isteri hehehe..


4) Kalau perlukan lampu juga anda boleh gunakan lampu gheqek (beskal) anda, yg ada dynamo jeler. Apa lagi mau lampu kayuh dan onkan dynamo gheqek (beskal) tuh. Kalau anda bijak mungkin anda boleh suruh hamster anda berlari mengelilingi roda yg dilengkapi dynamo tu. Tidak pasti pula kalau hamster anda pandai mengayuh gheqek (beskal) bersaiz mini.


5) Buat aktiviti malam (bukan yg sulit2) anda di tempat awam. Tempat ni lampu dia terang macam lampu stadium. So anda dah dapat save budget bulanan anda. Sebagai contoh anda nak lipat kain di waktu malam. Bawak je bundut kain anda ke Dataran Masjid Putrajaya dan lipat di situ. (Utk orang putrajaya je la)


6) Handphone anda kehabisan bateri? Jgn risau .. Recharge je hp atau barang2 elektrik anda kat opis atau di tempat2 awam yg ada soket elektrik (Hospital, Balai Raya, Pejabat YB, R&R PLUS etc) haha kerajaan akan tolong bayarkan bil elektrik untuk anda (Utk Anual nie). Hehe bijak bukan?


7) Nak tengok TV? tgk je kat rumah jiran atau restoran/warung yg
berdekatan. Tapi order la air suam atau teh O utk cover macho anda.


Part C (Makanan)

1) Tanam tanaman yg boleh dimakan disekeliling rumah anda. *Nota -
tanam orang mati tidak akan membuahkan hasil maksima.

2) Gunakan dapur kayu api atau dapur minyak tanah untuk memasak. Makan mentah pon ok gak kalau lalu.


3) Kalau selalu makan beras siam tu cuba try ubi kayu plak. Ni tanam sekeliling rumah la. Cicah dengan nyoq masin, pergghh sedap tu.


4) Schedule appointment meeting di pejabat anda. Includekan makan2 atau jamuan. Tak de jamuan jgn pergi.


5) Malam jumaat jgn lupa baca yasin kat msjid/surau. Kalau ada tahlil atau doa selamat mesti ada paling koman nasik lemak bungkus atau pisang.


6) Kalau VIP/ YB kawasan anda buat open house. Jgn lupa bawak tupperware atau mangkuk tingkat dan tapau sebanyak mungkin. Secara tidak langsung akan tersampailah mesej "rakyat berjimat cermat dan ubah cara hidup" kepada VIP/YB anda.


7) Makan je nasik lemak RM1 setiap hari. Kalau satu hari pagi, tgh hari dgn malam baru RM3. Kalau setahun 365 X 3 baru RM1095
Wuiii save gileerr bebbb.....

-am-

No comments: