PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, July 23, 2008

Petua kurangkan lapar dan dahaga ketika berpuasa

Salam,

Kalau nak kurangkan lapar dan dahaga di mana kita bekerja seperti biasa amalkan petua berikut, insyaAllah kurang lapar dan dahaga..


Mesti sahur.


Ketika nak makan nasi, bacalah selayaknya sebagai seorang Islam. Gumpalkan nasi sebanyak 3 ketul. Baca Surah Al Ikhlas 1x dan makan nasi segumpal. Baca lagi, makan lagi. Jadi 3x lah kita baca surah Al Ikhlas..


Dah habis 3 gumpal tu makanlah seperti biasa. Selepas makan sahur, makan buah kurma 7 biji. Sebelum makan, Bacakan selawat dan makan buah kurma, baca lagi makan kurma lagi..


Sampailah 7x. Amalan ini adalah baik untuk orang-orang yg bekerja di tengah panas, seperti buruh kasar dan sebagainya..


SEBENARNYA : Surah Al-Ikhlas itu adalah ayat yg dapat menguatkan segala sendi dan tulang dalam badan kita dengan izin Allah SWT..


Buah kurma itu, 7 biji kalau kita makan dlm sehari, iblis takkan dekat dengan kita. Dan ianya adalah amalan Rasulullah SAW, selain dari memberikan tenaga..


Cubalah dengan izin Allah SWT. Wallahualam..


-am-

No comments: