PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Saturday, July 5, 2008

Persoalan Hidup ..

Assalamualaikum & Salam sejahtera..

Enam persoalan hidup yang telah diperkatakan oleh imam Al-Ghazali.
Pernahkah kita merenung mengapa ia berkata begitu...

1.) Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini? – Mati
+ mungkin kerana mati sentiasa mengikuti kita ataupun kita selalu tidak sedar bahawa kita akan mati bila-bila masa apabila sudah sampai ajalnya.

2.) Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? - Masa lalu
+ Semakin hari semakin jauh kita meninggalkan masa kanak-kanak kita yg suci dari dosa dan kita tidak akan kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus berhati-hati dengan segala perbuatan kita agar ianya selaras dengan tuntutan syariah.

3.) Apa yang paling besar di dunia? - Nafsu
+ Manusia sering dikuasai oleh nafsu sehinggakan mereka sanggup bertuhankan nafsu. Maka kita harus berhati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

4.) Apa yang paling berat di dunia ini? - Memegang amanah
+ kita sanggup membawa amanah yang akhirnya tercicir begitu sahaja. Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi
permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.

5.) Apa yang paling ringan di dunia ini? - Meninggalkan solat
+ Orang semakin memandang ringan terhadap solat dan melaksanakannya atau tidak bukannya lagi merupakan perkara yang besar. Kadang kala kerana pekerjaan, kerana konsert, kerana bola kita gadaikan solat.

6.) Apa yang paling tajam di dunia ini? - Lidah manusia
+ walaupun pedang itu tajam sifatnya namun ianya tidak dapat menandingi kehebatan penangan lidah, kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Wallahu a'lam bissawab..

-ibnumustafa-

No comments: