PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, July 10, 2008

Al-Quran : Mukjizat Teragung Rasulullah S.A.W

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran bermaksud:
“Kami(Allah) akan tunjukkan tanda-tanda kebesaran Kami pada alam semesta ini( pada segenap ufuk ) dan pada diri manusia sendiri, hinggalah menjadi bukti yang jelas bahawa Al-Quran ini datangnya daripada Allah SWT. Wahai manusia, tidakkah cukup bagi kamu bahawa Tuhan kamu sendiri menjadi saksi terhadap segala sesuatu”.
- Surah Al-Fussilat, ayat 53.



Dalam nahu bahasa Arab, ‘Sa’ pada perkataan sanuriyahum’ itu menunjukkan future tense atau sesuatu yang akan berlaku pada masa depan. Ternyata firman Allah SWT tersebut benar berlaku selepas 1400 tahun setelah turunnya Al-Quran berdasarkan kajian segala ilmu: Sains, astronomi, matematik dan berbagai bidang ilmu lain.


PENGGUNAAN AKAL DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN: SEJAUHMANAKAH KEHARUSANNYA?

Para ulama' telah membahagikan metodologi tafsiran Al-Quran kepada dua aliran terpenting iaitu :


A.
Tafsir bi al-mathur ataupun al Tafsir al-Naqli

Iaitu bersandarkepada 4 sumber rujukan yang asas iaitu:

1. Al-Quran
- Ayat-ayatnya “saling tafsir mentafsir di antara satu sama lain”.

-Asbab al Nuzul dan Nasikh wa al-Mansukh

2. Al-Sunnah (Hadith-hadith Nabi)
-Ilmu Hadith

- Asbab al Wurud

3. Tafsiran Para Sahabat Nabi SAW


4. Tafsiran para tabi’in

A.Tafsir bi al-mathur ini sebagai metodologi pentafsiran Al-Quran yang terbaik, tersahih dan wajar diutamakan dan merupakan kemestian tulang belakang dan penyuluh jalan kepada tafsir secara akal iaitu Tafsir bi al-Ra’.

B. Tafsir bi al-Ra’

Diertikan sebagai iktikad(kepercayaan),atau qias atau akal atau ijtihad atau perbuatan merenungi dan memerhatikan.

Pendirian para ulama terhadap tafsir secara ijtihad dan penggunaan akal.

Terdapat 2 golongan :

Golongan 1:
Mengharamkan pendekatan tafsir Al-Quran secara akal.

Golongan 2:

Mengharuskan pentafsiran Al-Quran dengan menggunakan akal dan kekuatan daya intelek. Keharusan ini tidaklah bersifat mutlak sebagaimana yang disepakati para ulama.


Malahan terdapat syarat-syarat dan adab-adab yang wajib dipenuhi dan didikuti oleh sesiapa yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal.Imam al-Sayuti di dalam kitabnya al Itqan fi Ulum Al-Quran mensyaratkan hendaklah beriltizam dengan empat perkara iaitu:


1. Mufassir perlulah mengetahui segala hadith-hadith Rasulullah SAW yang mempunyai kaitan dengan tafsiran hadith.

2. Kemudian pula perlu merujuk tafsiran Para Sahabat Nabi SAW.

3. Pentafsiran hendaklah berdasarkan penggunaan bahasa Arab yang fasih.

4. Pentafsiran hendaklah bersesuaian dan bertepatan dengan hukum hakam syariat dan juga dengan tujuan-tujuan syariat Islam itu sendiri.

~ Kelayakan seorang Mufassir yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal/ijtihad terutama mengenai hukum-hukum syariat atau ilmu selainnya mesti merujuk (menguasai) ilmu-ilmu berikut: Ilmu Bahasa Arab - Nahu, I'rab,Saraf, al-Ishtiqaq, balaghah-Bayan, Ma'ani dan Badi', Qira'at Al-Quran, Usuluddin, Usul fiqh, Asbab al Nuzul, al-Qasas, Nasikh wa al-Mansukh, Ilmu Hadis dan Ilmu al-Mawhibah (bakat atau kepintaran)

Tujuan disebalik syarat-syarat tersebut adalah bagi memelihara kemurnian dan kesahihan ajaran-ajaran Al-Quran di sepanjang zaman.

Dalam hubungan di antara tafsir secara ma’thur dan tafsir secara akal, para ulama berpendapat bahawa kedua-dua metod pentafsiran tersebut mestilah saling kukuh mengkukuhkan serta lengkap melengkapi di antara satu sama lain di mana pertentangan dari segi tafsiran mestilah dielakkan.


Ringkasan:

Tajuk Buku: PENGGUNAAN AKAL DALAM PENTAFSIRAN AL-QURAN: SEJAUHMANAKAH KEHARUSANNYA MENURUT ISLAM?

Dr Rushdi B Ramli (APIUM);
Dikeluarkan oleh MAIPP

2 comments:

Web Sutera said...

Assalamualaikum sdr,

Salam ziarah. Sudikan baca entri terkini di blog saya, "Cintailah Allah dan Rasulullah"
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com

Wassalam.

ibnumustafa said...

To web sutera: insyaAllah kalu berkesempatan akan saya ziarahi..