- Surah Al-Fussilat, ayat 53.
Dalam nahu bahasa Arab, ‘Sa’ pada perkataan ‘sanuriyahum’ itu menunjukkan future tense atau sesuatu yang akan berlaku pada masa depan. Ternyata firman Allah SWT tersebut benar berlaku selepas 1400 tahun setelah turunnya Al-Quran berdasarkan kajian segala ilmu: Sains, astronomi, matematik dan berbagai bidang ilmu lain.
Para ulama' telah membahagikan metodologi tafsiran Al-Quran kepada dua aliran terpenting iaitu :
A. Tafsir bi al-mathur ataupun al Tafsir al-Naqli
1. Al-Quran
- Ayat-ayatnya “saling tafsir mentafsir di antara satu sama lain”.
-Asbab al Nuzul dan Nasikh wa al-Mansukh
2. Al-Sunnah (Hadith-hadith Nabi)
-Ilmu Hadith
- Asbab al Wurud
A.Tafsir bi al-mathur ini sebagai metodologi pentafsiran Al-Quran yang terbaik, tersahih dan wajar diutamakan dan merupakan kemestian tulang belakang dan penyuluh jalan kepada tafsir secara akal iaitu Tafsir bi al-Ra’.
Diertikan sebagai iktikad(kepercayaan),atau qias atau akal atau ijtihad atau perbuatan merenungi dan memerhatikan.
Terdapat 2 golongan :
Mengharamkan pendekatan tafsir Al-Quran secara akal.
Mengharuskan pentafsiran Al-Quran dengan menggunakan akal dan kekuatan daya intelek. Keharusan ini tidaklah bersifat mutlak sebagaimana yang disepakati para ulama.
2. Kemudian pula perlu merujuk tafsiran Para Sahabat Nabi SAW.
3. Pentafsiran hendaklah berdasarkan penggunaan bahasa Arab yang fasih.
~ Kelayakan seorang Mufassir yang ingin mentafsir Al-Quran secara akal/ijtihad terutama mengenai hukum-hukum syariat atau ilmu selainnya mesti merujuk (menguasai) ilmu-ilmu berikut: Ilmu Bahasa Arab - Nahu, I'rab,Saraf, al-Ishtiqaq, balaghah-Bayan, Ma'ani dan Badi', Qira'at Al-Quran, Usuluddin, Usul fiqh, Asbab al Nuzul, al-Qasas, Nasikh wa al-Mansukh, Ilmu Hadis dan Ilmu al-Mawhibah (bakat atau kepintaran)
Dr Rushdi B Ramli (APIUM);
Dikeluarkan oleh MAIPP
2 comments:
Assalamualaikum sdr,
Salam ziarah. Sudikan baca entri terkini di blog saya, "Cintailah Allah dan Rasulullah"
http://pasalbuku.blogspot.com
http://themakan.blogspot.com
Wassalam.
To web sutera: insyaAllah kalu berkesempatan akan saya ziarahi..
Post a Comment