Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...
Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... Jadi 'kilang' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah SWT menganggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah SWT beri sebab dia bekerja dengan Allah SWT. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya...
Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah SWT sentiasa mengampunkan dosanya.. Lahir sahaja bayi seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?
Marilah kita pegang kepada tali Allah SWT.. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah SWT izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah SWT beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung...
Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Allah SWT keatasnya jua...
Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini...
Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah SWT agar tidak derhaka denganNya..
Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki, juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi..
Fikir-fikirkanlah...
-am-
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). " - Surah Ali `Imran; ayat 110~
PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
untungnya jadi isteri....
;)
wanita djadikan dari rusuk yang bengkok, didiklah ia dengan iman dan kasih sayang supaya ianya dapat diluruskan dengan kelembutan..
To yuzz: a ah untung ek jd isteri, suami ni tanggungjawab dia besar dan berat, so kepade para isteri dan bakal isteri taatilah suami anda dan patuhilah ia walau ape pun arahan dan suruhannya, jgn diabaikan selagi ia tidak bercanggah dengan syariat dan hukum agama..
To adeqya: ya betul, 1 pendapat yg baik.. dgn kelembutan dan kesabaran sahajalah dapat mendidik seseorg tu menjadi insan yg baik dan berguna, bukan dengan cara kekerasan dan kemarahan yg bakal mengundang dendam dan benci..
Post a Comment