PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Wednesday, July 2, 2008

Alhamdulillah & Syukur...

Maksud firman Allah SWT: "Katakanlah: Sekali-kali tidak akan menimpa kami, melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman mesti bertawakkal." (At-Taubah:51)

Alhamdulillah saya serta dua orang sahabat terselamat apabila kereta yang saya pandu terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan, kilometer 258.9 selepas Terowong Menora kira-kira jam 3.20 petang Ahad lepas (29 Jun 2008).

Kejadian berlaku dalam keadaan hujan renyai-renyai ketika kami dalam perjalanan ke Pulau Pinang atas urusan kerja. Keadaan jalan yg licin mengakibatkan saya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas melanggar pembahagi jalan disebelah kanan. Kereta saya mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan. Namun saya bersyukur kerana kenderaan masih boleh dipandu. Setelah selesai membuat laporan di Balai Polis Trafik Kuala Kangsar kami meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.

Saya bersyukur kerana tiada kecederaan berat mahupun kemalangan jiwa yang kami alami. Kemalangan ini agak mengerikan kerana inilah kali pertama saya menerima musibah sedemikian.

"Berhati-hatilah di jalanraya, Ingatlah orang yang tersayang."

-ibnumustafa-

2 comments:

Y u Z z 9071 said...

masyallah..

nasib baik ko selamat...

hati2 ye

INSPIRASIHANA said...

Alhamdulillah selamat..jangan laju sangat....nanti takde org buat demo lagi dah...teruskan perjuangan