PERKARA 19: Setiap orang adalah berhak kepada kebebasan pendapat dan mengeluarkan fikiran; hak ini termasuklah kebebasan memegang pendapat tanpa gangguan dan menuntut, menerima dan menyebarkan maklumat dan buah fikiran melalui sebarang media dan tanpa mengira sempadan. - Universal Declaration of Human Rights (OHCHR)

Thursday, July 31, 2008

Tuntutan faedah pengurusan mayat - PERKESO, KWSP & ASB

Salam,
Kemaqin aku p breifing kat PERKESO, salah satu benefit PENCARUM yg mungkin ada antara kita yang tak tau, atau x perasan atau x diberitahu ialah tentang FAEDAH PENGURUSAN MAYAT. Faedah akan dibayar (boleh dituntut) dari perkeso sekiranya pencarum meninggal dunia akibat sebarang sebab. Pembayaran faedah akan dibayar kepada waris atau pihak yg menanggung perbelanjaan pengkebumian. Amaun yang diberi adalah RM1500.00 atau kos sebenar pengkebumian (yang mana lebih rendah) berdasarkan resit yang dikemukakan.

Untuk muslim x kira berapa kos pengebumian, PERKESO tetap bayar untuk khairat kematian sebanyak RM1500.00 dan perkeso akan bayar pencen Penakat untuk waris yg layak seperti balu dan anak2 si mati yg berumur di bawah 21 tahun pencen dikira 50% dari gaji terakhir si mati yg ada potongan socso setiap bulan. KWSP pun ada bayar khairat kematian sebanyak RM2,500.00 untuk waris tapi x de pencen bulanan. Bawak sijil mati, surat nikah, siji beranak anak2 surat pengakuan balu kalau ada. Pergi kat socso Jln Ampang tingkat bawah kalau x de masalah dlm tempoh sebulan siap tapi kena follow up selalu.. kalau x makan tahun.. tp dia org bayar tunggakan dari tarikh kematian. KWSP pun sama pergi Jln Gasing ambil borang dulu pas tu submit balik.. PNB tu kalau x silap Khairat kematian dia RM1,500.00, Bank Rakyat, Bank Simpanan Nasional pun ada bayar khairat kematian.

JIKA ADA SEDARAMARA, JIRAN ATAU KENGKAWAN YANG MENINGGAL TOLONG LE SELIDIK / INFORM KAT KELUARGA SIMATI TTG PERKARA NI DAN WAWARKAN/SAMPAIKAN MESEJ NE KPD ORG DISEKELILING KITA.SEMOGA DGN INI KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATANNYA... INSYALLAH.

-am-

2 comments:

azrin said...

A'kum,

Boleh buat tuntutan kdp Perkeso yang meninggal dunia semasa diberhentikan dan dimana simati adalah pencarum semasa bekerja dahulu?

Anonymous said...

hi, saya nak bertanya sikit tentang kiraan pencen daripa socso tue. pencen akan dibayar mengikut 50% daripada gaji terakhir. gaji terakhir tue, kira gaji pokok ke? atau gaji yang ada campur bonus and overtime?
harap dapat bals secepat mungkin.

terima kasih